Monday 24 January 2011

Pasti Ada Cahaya..

Aku terpinga-pinga.. Di hadapan ku ada satu pintu.. Kelihatan kukuh dengan salutan warna putih.. Kelilingnya bagaikan ada cahaya.. Mungkin itu laluan kebahagiaan ke arah cahaya, desir hatiku.. Aku mengambil hela nafas bagaikan untuk memenuhi ruang keberanian ku.. Tombol pintu putih itu dipusing.. Perlahan-lahan terbuka.. 




Aku terdorong untuk jauh melangkah.. Di depannya ada satu tangga berpintal menuju kebawah.. Tanga itu seakan misteri.. Seolah-olah ianya sebuah tangga yang membawa kita menyusuri satu perjalanan yang misteri.. Entah ke mana agaknya laluan ini membawaku.. Aku ketapkan bibir.. Peluh mula memercik ke wajah.. Dalam keberanian ini, sedikit tergugat menyerlahkan ketakutan yang asli dalam diri..



Aku melangkah perlahan-lahan.. Setapak demi setapak.. Bahang angin yang panas itu seakan membakar tubuhku.. Butiran halus pasir yang disertakan bersama angin jelas menganggu pandangan.. Sesekali aku memejamkan mata.. Bimbang cedera.. Walaupun butirnya halus, tersilap perkiraan boleh membawa padah.. Bila keadaan mula kembali tenang, aku teruskan memijak jerlus-jerlus pasir yang luas ini.. Terdesir di hatiku yang dunia ini sangat luas.. Padang pasir yang bagaikan tiada sempadan.. Kanan dan kiri bagaikan sama.. Utara dan Selatan entah dimana letaknya..


Aku teruskan melangkah.. Bingung.. Entah kapan aku tiba di tempat yang seluas ini.. Entah dari mana mulanya.. Aku tidak ingat entah bilanya.. Peluh mula membasahi baju.. Tekak mula rasa kering.. Dahaga mula meronta-ronta.. Jasmani mula terasa penatnya.. Rohani mula terasa lemah.. Aku tidak lagi larat menghayun kaki memasak ke dalam pasir-pasir halus ini.. Entah di mana saja arahku, keadaan tetap sama.. Terasa rebah.. Aku terduduk tidak terdaya.. Mentari terik di atas kepala membakarkan ubun-ubun rambutku.. Sesekali angin hangat bertiup tetapi tidak langsung dapat menyejukkan keadaan ini.. Aku terus rebah.. Muka bertemu ke bawah.. Makin terasa butiran pasir ini membakar wajah.. Aku pasrah kan saja.. Kerana itu yang aku terdaya, sebuah harapan untuk keajaiban..




Mentari yang dulunya memancar bagaikan tiada malam kini sunyi.. Angin yang bahang itu diam tidak berlalu.. Panas bertukar dingin.. Terang bertukar gelap.. Kalau dulu, aku boleh lihat butiran halus pasir-pasir melekat ke tubuhku.. Kini gelita yang hadir bertandang.. Kalau dulu aku masih gagah bertongkatkan harapan untuk berjalan mencari arah.. Kini tiada satu pun petanda di mana belakang di mana hadapan.. Terdetik di hatiku, biarlah satu cahaya cukup untuk menyuluh laluanku.. Tapi hampa..


Dalam keseorangan, aku berharap adanya teman dari sang cahaya.. Aku makin bingung.. Petanda apakah ini.. Aku beranikan diri menyusur kegelapan itu.. Aku tidak mahu menunggu dalam gelap.. Bimbang barangkali akan mati terdampar sia-sia tanpa usaha.. Aku yakin penghujungnya pasti ada penyelamat.. Akan aku biarkan diri ku melangkah.. Andai mati di tengah jalan, biar ada tapak-tapak usaha kita di belakang. Bukan menyerah sisa-sisa hidup kita pada takdir..




Aku terus berjalan.. Suasana begitu sepi dan gelap.. Hanya tapak kaki yang kedengaran.. Setapak demi setapak.. Latar tanpa irama.. Kudratku makin tidak terdaya.. Hela nafas makin tidak kedengaran.. Sayup-sayup degup jantung berdetak... Aku matikan langkah ku.. Gelap menjadi semakin gelap.. Walau tiada beza diantara ruang kegelapan.. Tapi aku tau yang aku terbaring terdampar menunggu masa.. Tiada cahaya! Hanya Menunggu masa!


Pasti Ada Cahaya..!

No comments:

Post a Comment