Friday 29 January 2010

Mahasiswa dan Demonstrasi



Hari yang terbaik untuk melihat kekecewaan GMUKM tumbang di UKM...  sudahlah kalah, malah hanya kerana tidak beruas hati dan ego dengan kekalahan, mereka berdemonstrasi di hadapan pusat komputer.. 

Silap fakta!! 

bukan demonstrasi tetapi merusuh!!

TNC, dan pegawai2 yang ada dalam Pusat Teknologi Maklumat terkurung selama beberapa jam.. Itukah sikap yang kononnya mewakili suara mahasiswa? Itukah sikap yang diwar-warkan sebagai demokrasi adil dan terpimpin? Jelas jahanam dan memalukan UKM sendiri dengan sikap kebudak-budakan mereka... Lihatlah nama UKM akan meniti di bibir -bibir akhbar.. Betapa mahasiswa UKM suka merusuh dan berdemo.. sedikit sebanyak menjejaskan peluang dan masa depan mahasiswa UKM sendiri dengan kebodohan mereka..

Apakah mereka ini tidak ada isu hendak dimainkan sehingga menyatakan pilihanraya ini tidak adil disebabkan mereka kalah.. 

Jelas.. 

Aspirasi menang - Tidak adil
GMUKM menang - Kebenaran sudah terbukti

Dengan perwatakan dan gambaran seperti satu pertubuhan memperjuangkan Islam, jelas mereka tidak amalkan sepenuhnya apa itu Islam yang diperjuangkan.. Tanpa segan silu mereka memfitnah aspirasi tipu, serta mendoakan kehancuran Aspirasi, dengan suara muslimah yang lantang.. Bukankah mereka sepatutnya menjaga akhlak dan bukan menjerit2 seperti anjing yang tersepit?

Milik siapa budaya Berdemonstrasi ini? Tak salah dan tak lain ialah pimpinan teratas mereka, pakcik anwar berahim...

Mahasiswa pilih dan kenal, siapa mereka sebenarnya ini?

TOLAK GMUKM-PERUSUH

Wednesday 27 January 2010

kita tak serupa



kata orang rambut sama hitam hati lain-lain


mungkin ideologi kita berlainan
mungkin pendapat kita berlainan
mungkin perasaan kita berlainan
mungkin keinginan kita berlainan
mungkin kekecewaan kita berlainan
mungkin minat kita berlainan
mungkin rasa marah kita terhadap sesuatu berlainan
mungkin kepimpinan kita berlainan
mungkin suara kita dalam menegakkan sesuatu berlainan
mungkin ego kita berlainan
mungkin pengetahuan kita berlainan
mungkin cara kita bekerja berlainan
mungkin gurau kita berlainan
mungkin kenakalan kita berlainan
mungkin cara kita mengikut arahan berlainan
mungkin pemahaman kita berlainan


walau sebanyak mana mungkin kita berlainan
tapi tak mungkin persahabatan kita terputus ditengah jalan


banyak hati perlu dijaga
kekanan ada hati, kekiri punyai hati
kita berkawan memerlukan pengorbanan
biar kita terasa, tapi semua hati dapat dijaga


bagi kamu, apa mungkin  kita dapat puaskan semua hati kawan-kawan kita dengan perlakuan dan sikap kita?

GUY'S RULEBOOK





1. Men are NOT mind readers. 

2. "Yes" and "No" are perfectly acceptable answers to almost every question. 

3. If you think you're fat, you probably are. Don't ask us 

4. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials. 

5. You can either ask us to do something or tell us how you want it done. Not both. If you already know best how to do it, just do it yourself. 

6. Ask for what you want. Let us be clear on this one: 
Subtle hints do not work! 
Strong hints do not work! 
Obvious hints do not work! 
Just say it woman!!! 

7. Learn to work the toilet seat. You're a big girl. If it's up, put it down. We need it up, you need it down. You don't hear us complaining about you leaving it down. 

8. Shopping is NOT a sport. And no, we are never going to think of it that way. 

9. Crying is blackmail. 

10. Come to us with a problem only if you want help solving it. That's what we do. Sympathy is what your girlfriends are for. 

11. A headache that lasts for 17 months is a problem. See a doctor baby. 

12. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument. In fact, all comments become null and void after 7 Days. 

13. If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one. 

14. ALL men see in only 16 colours, like Windows default settings. Peach, for example, is a fruit, not a colour. Pumpkin is also a fruit. We have no idea what mauve is. 

15. If it itches, it WILL be scratched. We do that. 

16. If we ask what is wrong and you say "nothing," we will act like nothing's wrong. We know you are lying, but it is just not worth the hassle. 

17. If you ask a question you don't want an answer to, expect an answer you don't want to hear. 

18. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine...honest baby. 

19. Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topics as footy, cars, or the female nipple. 

20. You have enough clothes. 

21. You have too many shoes. 

22. I am in shape......”Round” IS a shape!! 

23. Thank you for reading this. (Yes hunny, I know...I have to sleep on the couch tonight) 

...But did you know men really don't actually mind that? It's like camping. 

Dudes/Dudettes...Invite as many women out there to join this group to potentially save a lot of relationships! It’s all about understanding us blokes....

Spread the word......




Monday 25 January 2010

Jebat Derhaka..



Kita bangga dengan sejarah asal usul kita.. Dan kita patut berbangga dengan kegemilangan Melayu Nusantara ketika dulu.. Di bawah naungan Sultan - sultan dan jajahan wilayah berdaulat yang kita miliki.. Kedaulatan yang kita sanjung berpaksi kepada agama Islam... 


Antara hikayat yang paling menarik yang berlaku dalam sejarah adalah peristiwa penderhakaan Hang Jebat kepada Sultan Melaka ketika itu.. Sejauh mana kebenarannya, apa yang pasti 'derhaka' itu sesuatu yang tidak boleh diterima di kalangan masyarakat melayu.. Apatah lagi kepada sultannya...


Kini, ketika seluruh rakyat Johor masih lagi berduka cita atas kemangkatan Pemimpin yang tercinta, Al-marhum Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, terdengar pula suara biadap dan kurang ajar yang menghina kesultanan melayu... 


Biadap dan Kurang Ajar!!!... Seperti Jebat yang dilahirkan semula.. Tapi bukan sebangsa... Kalau sebangsa, mereka ini ibarat anjing mengigit tuannya... Hanya tahu menyalak kosong dan mengigit.... 


Biarpun bukan Sultan Johor, tetapi kedaulatan sultan-sultan di mana-mana negeri pun harus dijunjung dan dijaga sebaik mungkin... Mungkin itu pertahanan terakhir kita untuk menyelamatkan negara ini dari dijajah sekali lagi... Penjajahan dari dalam...


Kalau pemayung Agama Islam dan hak kemelayuan kita dihina sebegini rupa, apakah kita mahu berdiam diri.. Apakah kita mahu melihat dan berdiam diri sambil tersenyum.. Setakat ini ada pihak yang cuba meniupkan sentimen kebencian dan menyalakan api huru hara..... Tak kira apa bangsa, apa keturunan dan darjat... Aib si mati perlu di jaga dan kesopanan dan kemuliaan Islam perlu dijaga.. Kalau orang Islam sendiri yang menjaja cerita aib si mati apatah lagi saudaranya, tak taulah nak cakap apa lagi... Buang saja nama Islam dalam Kad pengenalan tu..


Tak kira apa bangsa, semoga penghina dan pendurhaka ini dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima balasan setimpal mungkin.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Al-Marhum Baginda Sultan Iskandar, dan Semoga Allah melimpahi nikmat keamanan kepada Negeri dan Jajahan Takluk Johor khasnya, dan Malaysia am nya... Semoga Islam terpelihara di bawah naugan Sultan Ibrahim Ismail... 


Daulat Tuanku!!

Saturday 23 January 2010

Sembah Takziah - Al Fatihah




Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim, mangkat di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru. Baginda yang dimasukkan ke hospital tersebut pada sebelah petang hari ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.13 malam tadi. Pengumuman kemangkatan baginda telah di buat oleh YAB Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman, Menteri Besar Johor di dalam satu sidang media di Bukit Timbalan, Johor Bahru.


Saya turut merasakan bahang dan pilu sesuasana yang meyelebungi seluruh rakyat Johot mengucapkan Sembah salam Takziak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Zanariah binti Al-Marhum Tunku Ahmad dan semua kerabat Di Raja Johor, pembesar-pembesar Johor, pegawai-pegawai kerajaan Johor dan seluruh rakyat Johor yang diberkati Allah di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Almutawakkil Alallah, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.


Sesungguhnya pemergian Baginda teramat dirasai dan terasa satu kehilangan yang besar pada Negeri dan Jajahan Takluk Johor serta kehilangan yang besar juga pada Negara..


Semoga roh Baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang melakukan amal soleh dan dicucuri rahmat..


Al-Fatihah..

Thursday 21 January 2010

apa yang korang nak?



Lab.. Malas tol nak pikir.. Bila tiba hari Isnin, mula rasa resah.. duduk tak kena, baring rasa nk tido, makan pon tak ada selera.. Mana tak nya, masalah lab tak selesai lagi.. weee.. alangkah bagusnya kalau graduation tanpa theses.. boleh tak?

Cinta itu unik dan suci... Lepaskan andai kata ia bukan milik kita.. Mengejar benda yang tak pasti.. tapi itu yang kita selalu kejar.. walaupun tahu... kita tetap kehendakkan...

Apa yang lelaki nak kan dalam sesuatu perhubungan..?
Apa yang perempuan nak kan dalam sesuatu perhubungan?

Yang aku tahu, kawan-kawan tetap paling memahami....

Sigh... nak menulis.. xda mood... Supervisor nak jumpa minggu depan.. Lab satu habuk pon x ada lagi... adei.. Apa nak jawab.. mati aku!!.. dem.... ~out~  nk mati

Saturday 16 January 2010

Hari berjumpa rafael da silva




Baru balik subang.. sedikit kepenatan dan kelelahan.. jap lagi nak pi tengok bla straight dari jam 8.45 sampai jam 1.. kata bujang.. hahaha...




At first semalam masa gie subang, punyalah semangat.. Ingatkan sabtu dan ahad adalah kerja part time coaching tu.. Dapat jugak ambil gambar dan snap sana snap sini... Coaching budak-budak sekolah rendah.. On the way ke subang tu pada malamnya, telefon penyelia Smash Kit Company, kak Niza... Then dia kata cancel minggu nie.. Aduh.. Rugi je minyak ke subang dengan semangat yang bekobar-kobar.. Semangat Nak mencium bau duit sebenarnya.. hihi..


Tapi, datang ke Subang ni pon ada jugak kesempatan yang boleh diambil.. Bukanlah kesempatan tu untuk menyelak kain orang ye... Nak jumpa player manchester, Rafael da silva... hehe.. melepas rindu.. mamat ni kalau jumpa je mesti terkam.. Peluk, dukung dan gigit.. ouch!!.... 





(ni si adik, diberi nama rafael kerana rambut nya sebijik macam hafiz AF, namanya Adif)


Semalam jumpa si adik melayan sampai kul 12.. tepat adik tido, abang lak bangun.. abang ni roy keane ko sebab boleh tahan lasak jugak.. Maka melayan lah kartun kul 12 sampai 3 pagi.. Naik berputar mata melayan...





(si abang roy keane, namanya atiq, peminat setia ben10)


Dapat lah tgk Power puff girl, ben 10, mickey mouse pon ada.. kembali ke alam si kecil..Si mat lang pon layan je.. Agaknya dia ingat Mat Lang ni acik epong versi besar kot.. hehehe... Tapinya rindu betol ngn budak berdua ni.. So kesempatan tu dapatlah melepaskan rindu... 


Ikutkan kalau ada coaching balik ahad.. tapi tak ada kena jugak balik arini.. Sigh.. sekejap je melepak kat umah cousin.. subang suria... sekejap je lah jumpa rafael... 


nway hope minggu depan adalah coaching dan dapatlah job offer tusyen tuh.. side income!!.. huhu...

Tuesday 12 January 2010

kemahuan...




Kita sebagai manusia memang tidak lari kan daripada memiliki nafsu dan kemahuan... Aku pun.. Dah pelbagai kemahuan kadang-kala kita tidak dapat.. Pelbagai.. Termasuk keputusan yang cemerlang dalam exam, kemahuan terhadap kebendaan dan pelbagai.. Kemahuan untuk memiliki seseorang seperti itu dan ini..



Tapi bagaimana kita mencapai kemahuan kita itu.. Kadangkala bukan mudah.. Kadangkala menempuh halangan dan perkara yang sukar..


Dan ada sesetengahnya, memang kita tahu kita tak akan dapat.. Seperti ingin menyunting rakan lama, tapi rakan lama tu dah pun menjadi isteri orang.. Contoh sahaja... Bagaimana kita mahu menerima hakikat yang kemahuan kita itu tidak akan dituntuti... Tidak akan diperolehi...


Demm... Korang tak akan tahu betapa banyaknya kemahuan aku tak dapat diperolehi... Berapa kali agaknya aku sudah katakan pada diri, kesyukuran itu perlu.. Syukur dengan apa yang ada...


Ya.. Aku takut aku sudah lupa pada erti Syukur.. Kita senang, ada yang susah.. Kita susah, ada lagi yang susah... Celarunya emosi...


Hidup ini tidak akan seindah mimpi..
Hanya apa yang kau bayangkan, ianya akan terjadi sepetik jari..
Hidup in adalah pentas dan drama..
Satu kesilapan ianya tidak akan mudah berpatah masa..
Hidup ini adakah satu kesilapan?
Kerana kita tidak tahu untuk menghargai..
Betapa bernilai harga sebuah kesyukuran pada Ilahi..


sorry.. aku PMS!!... Demm

Monday 11 January 2010

Anugerah Juara Lagu



baru balik dari tgk AJL 24 live... weeeeee... thanks kepada kak marine dan husband kerana mendapatkan tiket free untuk saya.. Jadi dengan semangat teruja nk tengok secara live pertama kali.. Maaf lah kalau entry ni ada sikit baur baur jakun.. hahaha..





Pembukaan sungguh memukau dengan Dato Siti Nurhaliza dan Lan the Typewriter.. Sangat memukau... Cukup untuk memberi first impression yang sangat bertenaga... Berbaloi dengan penantian yang menyeksakan untuk beratur menunggu masuk ke dalam stadium..



Nway AJL 24 ni boleh dikatakan sebagai anugerah juara untuk juara... Disebabkan yang bertanding semuanya adalah bekas penyanyi dari realiti tv... Apa yang terbukti depan mata, walaupun aku x suka indie band, tapi sungguh!! indie band memang mendapat hati peminat.. terutama Bunkface.. Satu dewan menyanyi bersama-sama dengan fans club turut menari depan pentas.. Sangat seronok.. same goes tu Hujan... tumpang meriah jap..



Persembahan hafiz: Masih Jelas juga sedap.. terasa kelunakan suaranya... Begitu juga akim, misha omar, dan tomok... menunjukkan persembahan yang bertenaga... Dan black suaranya memang x sah kalau x menang vokal... Bila dia tarik tu semacam ada aura..



Stacy seperti biasa bertenaga menari tanpa kenal erti penat... dan semualah kecuali YUNA... aku rasa yuna tu x yah menanyi pon xpe.. live macam hambar je persembahan dia... x sedap pon.. Aizat.. tak yah komen yang lagu pergi tu.. memang feeling habes.. Yang lagu kau aku... tersangat comel budak sekolah menari..



Faizal tahir tetap menawan dan gempak walaupun terlihat wajahnya yang seakan-akan menahan sakit..  oklah untuk no 3..  Lagu-lagunya akan tetap di hati..



Apa yang bestnya live ni.. benda yang tak da dalam tv, ada depan mata.. penari dari segenap sudut.. dan boleh tahu macamana diorang tukar stage... jeritan fansclub... banner dan kain rentang setiap fansclub artis masing2.. meriah dan sangat cool ok... teruja jap!! oh ya.. aku nak jadi penanyi.. nak bertanding AJL tahun depan..



kalau diberi pilihan sebagai suara veto.... Aku sokong SEARCH sebagai pemenang.. Gempak habis!! Satu stadium menyanyi beramai-ramai.. macam tgk konsert SEARCH lak.. untuk Jay Jay, bagi yang tgk live di luar stadium, persembahan dia dilakukan 2 kali... Maybe kerana masalah teknikal..



nway puas hatilah.. terasa kemeriahan dan suasana bahang AJL... tahun depan boleh pergi lagi ni...




Sunday 10 January 2010

Gunung Ledang: Misteri Akhir




Tajuk nak gempak.. aha.. Balek dari pendakian Gunung Ledang tu, sebenarnya aku antara mereka yang turun lambat sekali... Tiba ke base camp lebih kurang jam 10.30 malam... Kami berempat, ikin, amir fahmi dan asmiza.. Beserta seorang ranjer Ledang.. Disebabkan asmiza tu mengalami kesakitan di lutut akibat kemalangan yang pernah dia lalui dulu.. Berbekalkan semangat "esprit de corps" (ehe).. Kami pon meredah lah hutan Ledang secara perlahan sambil mengumpat, bergossip dan bercerita isu semasa.. Ada ke? part Game dan EPL lah.. hahaha...



Semasa turun tu, expect akan sampai dalam kul 7 paling lewat... Tapi disebabkan lampu suluh yang terhad, ianya mengehadkan lagi perjalanan... Lampu sulus ada 2 je untuk 4 orang.. Satu lagi tidak terang..so overall ada 3 kesemuanya.. Malam kat hutan Ledang tersangat gelap.. Aku pon x expect sgt gelap.. Biasanya akan ada spot-spot yg terang disirami cahaya bulan.. Dengan penglaman ada dalam hutan... memang tak akan gelap mana.. Maybe sebab susunan hutan di gunung berlapis-lapis.. Jadinya cahaya bulan x sampai (boleh jadi tak teori ni)..



Alhamdulillah, tak ada pengalaman yang menakutkan.. Cuma kami ada terdengar bunyi benda jatuh betul2 di sebelah.. Tengah rehat masa tu.. And then renjer Ledang tu pon sergah benda yang jatuh tu "hey".. sambil suruh kitaorang ni beredar dengan secepat mungkin.. Apa yang jatuh? boleh jadi buah, haiwan ataupun misteri.. heeee....



Kalau hutan dah gelap.. Memang pelbagai bunyi akan dengar.. Tapi mental tu kena pikir semua tu bunyi haiwan.. memang pon.. Ada bunyi monyet, ungka, dan pelbagai jenis burung.. kalau mengaum tu, amaran suh lari lah.. Kalau lari pon, lagi teruk. Sangat gelap, dan terkeluar dari track..



Sumtimes ada jugak bila suluh ke pokok2, sekali imbas ternampak sesuatu yg putih, ada merah2 di tengah2 nya, kecik2... Berani kan diri suluh betul2.. Just pokok.. Maybe betul ada, maybe khayalan sebab gelap dalam hutan kan... Banyak kali jugak, disebabkan aku yang pegang lampu suluh tu.. Aku yang akan jalan dulu sorang, cari track.. Dan suluh ke atas.. Untuk bantuan As dan ikin untuk turun... Amir fahmi belakang sekali.. Dalam sorang2 tu terpikir gak, ada binatang ni.. mana aku nak lari dulu... Jarak antara renjer Ledang depan sekali, untuk bagi bantuan menyuluh aku.. Aku untuk suluh yang belakang.. jauh gak.. dalam keadaan gelap mybe terasa jauh..

tapi tulah pengalaman dalam hutan dalam gelap.. takut pon ada.. Down pon ada.. tapi kalau kita down, yang sakit tu mesti akan lagi down.. Alhamdulillah sampai juga ke base camp.. Lenguh bahu, lutut tak yah cakap... Beg disandang dari awal pendakian waktu pagi sampai ke akhir turun ke base camp.. Hampeh...



Yang banyak mengalami benda pelik2 terjadi pada group yang second last, turun dalam jam 7.30-8.00 mlm.. Diorang ternampak satu track yang seakanakan kiri dan kanan tu membentuk susunan yang cantik.. macam kebun... Diorang ckp kat renjer, "kita pernah lalu sini ke bang, ada kebun getah ni".. renjer cakap "jangan tegur, jalan je" ( dialog lebih kurang ye, sebab bukan saya yang alami)

Dan lagi diorang juga macam terjumpe satu rumah kayu yang cantek.. (cantek ke? aku tambah je ni).. lebih kurang lah..  Aku pun tak nampak celah mana ada rumah.. Mybe sebab diorang turun tu dan sampai tu dalam maghrib.. 



So far, oklah Trip ke Ledang kali ni.. Puas!! 

Gunung Besar Hantu? malas kenang!! hahahaha...


p/s: gambar adalah hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan misteri akhir.. 





Thursday 7 January 2010

Gunung Ledang



Dah hampir 2 minggu aku naik Gunung Ledang, baru nak tulis entry ye.. sungguh malas.. Aktiviti ni dianjurkan oleh kelab angkat aku Xtreme-C pada 25-27 Disember yang lepas.. Jadinya dah 2 kali aku ke puncak lagenda ledang yang sebelum ni dianjurkan oleh persatuan kandung aku, Persatuan mahasiswa Anak Johor (PERMAJ)..

Cuma ada sedikit beza antara pendakian yang sebelum ni dan yang dianjurkan baru-baru ini.. Berbeza dari segi track pendakian dan base camp.. Cuma rasa kalau dapat base camp di Kolam Anak Gajah sangat best dan sangat survival.. Gelap dan tidak ada langsung kemudahan.. Tapi tidak apa, kerana Ahli Xtreme-C is the best among the best.. (Ahaks, pujian ni)... tak hipokrit ok...

Nak cerita pon basically sama je... Pendakian ke puncak memakan masa hampir 6 jam.. begitu juga dengan turun ke base camp... Basically juga, pendakian ni memang lah susah, penat dan mencabar mental terutama di Ledang terkenal dengan KFC (Killing for climber).. Batu-batuan mencecah hampir 60 darjah... jadi biarlah gambar berkata-kata... Ad yang nak bertanya silakan... (malas betol nak bercerita)



Damn.. Guni ni kena pikul dari Check Point Gua Kambing sampai ke atas..
Sikit punya ringan.. melecet tgn..






Di Check point Taman Bonsai.. Lagi berapa minit saja lagi untuk ke puncak..
View di sini tersangat menarik..



Ni model kita sedang mendaki batu hampar.. tersangat merangsang mental
bila melihat batu hampar ni menegak depan kita.. naik just pakai tali yang disediakan









Puncak ledang boleh dikatakan puncak yang menarik, aman, sejuk
dan mempunyai view yang sangat menarik















Keesokan harinya diadakan aktiviti abseiling.. Yang tak abseiling tu boleh lah bermandi manda
dengan air terjun.. Boleh dikatakan menarik jugak..






Ada request suh aku ceritakan kenapa aku turun paling lambat.. Jarak antara group aku dan group second last turun ke base camp lebih kurang 2 jam.. Aku sampai ke base camp dalam jam 10 malam.. Nak cerita? nanti lah sambung ek.. (nak jugak bersambung.. hahaha)

p/s: sorry kak aza, entry pasal pertunangan tu ditunda ke entry seterusnya.. heeeee