Monday 11 January 2010

Anugerah Juara Lagu



baru balik dari tgk AJL 24 live... weeeeee... thanks kepada kak marine dan husband kerana mendapatkan tiket free untuk saya.. Jadi dengan semangat teruja nk tengok secara live pertama kali.. Maaf lah kalau entry ni ada sikit baur baur jakun.. hahaha..





Pembukaan sungguh memukau dengan Dato Siti Nurhaliza dan Lan the Typewriter.. Sangat memukau... Cukup untuk memberi first impression yang sangat bertenaga... Berbaloi dengan penantian yang menyeksakan untuk beratur menunggu masuk ke dalam stadium..



Nway AJL 24 ni boleh dikatakan sebagai anugerah juara untuk juara... Disebabkan yang bertanding semuanya adalah bekas penyanyi dari realiti tv... Apa yang terbukti depan mata, walaupun aku x suka indie band, tapi sungguh!! indie band memang mendapat hati peminat.. terutama Bunkface.. Satu dewan menyanyi bersama-sama dengan fans club turut menari depan pentas.. Sangat seronok.. same goes tu Hujan... tumpang meriah jap..



Persembahan hafiz: Masih Jelas juga sedap.. terasa kelunakan suaranya... Begitu juga akim, misha omar, dan tomok... menunjukkan persembahan yang bertenaga... Dan black suaranya memang x sah kalau x menang vokal... Bila dia tarik tu semacam ada aura..



Stacy seperti biasa bertenaga menari tanpa kenal erti penat... dan semualah kecuali YUNA... aku rasa yuna tu x yah menanyi pon xpe.. live macam hambar je persembahan dia... x sedap pon.. Aizat.. tak yah komen yang lagu pergi tu.. memang feeling habes.. Yang lagu kau aku... tersangat comel budak sekolah menari..



Faizal tahir tetap menawan dan gempak walaupun terlihat wajahnya yang seakan-akan menahan sakit..  oklah untuk no 3..  Lagu-lagunya akan tetap di hati..



Apa yang bestnya live ni.. benda yang tak da dalam tv, ada depan mata.. penari dari segenap sudut.. dan boleh tahu macamana diorang tukar stage... jeritan fansclub... banner dan kain rentang setiap fansclub artis masing2.. meriah dan sangat cool ok... teruja jap!! oh ya.. aku nak jadi penanyi.. nak bertanding AJL tahun depan..



kalau diberi pilihan sebagai suara veto.... Aku sokong SEARCH sebagai pemenang.. Gempak habis!! Satu stadium menyanyi beramai-ramai.. macam tgk konsert SEARCH lak.. untuk Jay Jay, bagi yang tgk live di luar stadium, persembahan dia dilakukan 2 kali... Maybe kerana masalah teknikal..



nway puas hatilah.. terasa kemeriahan dan suasana bahang AJL... tahun depan boleh pergi lagi ni...




No comments:

Post a Comment