Monday 29 June 2009

Morning Monday

Morning.. bagusnya.. setiap hari sekarang aku sudah mampu mencelikkan mata seawal jam5 pagi.. jadi perkembangan ini boleh diteruskan untuk sem depan... dan hope jadual tidur biologi ini akan berkekalan untuk setahun berikutnya...

owhh ya!! td bgun tros melakukan senaman mata dengan menjenguk blog org lain.. setela lalu lalang, aku terjumpa ini.. Malaysian Typing Speed Test.. dan aku teros mencubanya... bawah ini ada simpanan rekod aku.. juga dikatakan seseorang tu boleh mencapai sehingga 70 perkataan dalam masa seminit.. jadi u guys kalo nak menguji kecekepan jari jemari masing2... maka boleh lah klik ke record dibawah.. Selamat mencuba!!

59 perkataan

Speed test





Saturday 27 June 2009

Minggu Mesra Mahasiswa UKM


Tak lama lagi pelajar baru nak masuk.. untuk sesi 2009/2010... Sepanjan aku kart UKM, dah 3 kali termasuk ini melihat kedatangan pelajar baru.. dan 2 kali sempat menjadi pemudahcara (PC/Fasilitator) bagi Minggu mesra Mahasiswa... sebelum namanya ditukar kepada Minggu Mesra Pelajar bagi sesi yang lepas...

Apa yang nak dikatakan, aku rindu menjadi PC bgi 3M.. Seronok... walaupun penat, tapi akhirnya pasti beroleh kepuasan.. Kali pertama jadi PC, terus diangkat ke bahagian pendaftaran.. Pening jugak.. banyak nk kena handle time tuh.. pendaftran beratus-ratus PC, Pengedaran borang aku-janji, tag nama dan sebaginya.. 3 hari sebelum Bermulanya 3M, aku dapat tidur beberapa jam jerk.. penat tapi seronok..

Kali kedua dapat jadi Penolong Ketua Pemudahcara 3M.. yang ini tidak memenatkan sangat.. cuma memantau ke sana-sini.. sudah ada kereta jadi tidak ada masalah nak berulang-alik ke kolej, DECTAR dan Dewan Gemilang..

Aku jadi Pmudahcara khusus untuk pemudahcara bahagian pusat.. Secara ikhlasnya, PC Pusat lagi penat dar PC kolej.. tidak dinafikan kedua-dua ada tugas sendiri, tapi itu hakikatnya.. dan juga PC Pusat perlu mengharungi kekuatan mental yang lebih.. Ada silap sikit, satu UKM akan terasa... Kalau PC Kolej silap, mungkin kesan pada kolej saja..

Apa yang menjadi rindu, rindu nk kemas DECTAR, rindu nk bergaduh dalam bilik mesyuarat dengan PC Kolej, RIndu nak lepak, makan kat bilik Mesyuart, Rindu nk tgk peljar masuk ke Dectrar, dan Rindu kan suasana yang sunyi ketika 3M..

Sekarang ni, kesinambungan diteruskan oleh pelajar junior.. Mereka termasuklah Zharif, Mus, Akmal, Lina dan beberapa lagi pelajar junior PERMAJ.. Nway, Good Luck Kepada mereka dan menjadi penyambung legasi PERMAJ dalam 3M... Train junior-junior dan jangan putuskan kesinambungan ini!!!... Good Luck..

p/s: Gmbar 3M aku ilang kesemuanya, disebabkan external hard disk rosak.. sedihnya..

p/s 2: huhooo.. aku dah abeskan smallville season 8... can't wait for the season 9 to release.. kalo release pon kena tunggu gak, sebab amerika pon x kuar lagi.. duh... dijangka tygan kat sana 2009/2010.. Mcm pelajar 3M laks..



Thursday 25 June 2009

Feeling Alone Sumtimes

Tak ramai yang tahu sejarah background aku yang sebenarnya... Cuma yang terdekat dan rapat saja yang mengetahui.. yang lain? tidak tahu pun x mengapa.. tak penting pun bg mereka..

Aku pada asasnya dan kelihatan fizikalnya adalah anak sulung dari 3 adik beradik.. Beza antara aku dan adik kedua aku (gurl) adalah lebih kurang 6 tahun.. Sebagai seorang yang sulung, umum mengetahui perwatakannya yang berdikari, bertanggungjawab, mengalah dan sebagainya yang sesuai dengan status dan peranan sebagai seorang penjaga dan pengawal kepada adik-adiknya.. Yang sulung juga biasanya mahir dengan kehendak adik-adik dan pandai mengawal dan mententeramkan jiwa adik-adiknya..

Aku mungkin kelihatan begitu, tetapi aku juga ada dark sidenya.. hahaha.. Mybe aku juga dapat
dilihat berlainan dari sudut yang lain, kerana jiwa aku adalah jiwa anak yang bungsu dari adik beradik yang ramai.. Anak yang bungsu ni manja, dan mengharapkan bantuan dari segala segi dan aspek.. kurang berdikari.. ini pendapat secara asas, sebab pengaruh persekitaran mungkin memberi penekanan kepada kehidupan yang berbeza.. Jadi tidak menghairankan, jikalau seseorang yang pertama kali berjumpa dengan aku, akan mengatakan aku bukan anak yang sulung, sebaliknya anak yang bungsu..

Aku ada sedikit sikap yang jarang ada pada orang yang lain.. aku tidak suka memberitahu or sharing kehidupan peribadi aku kepada family aku.. terutama parents.. aku lebih suka mengambil sikap berahsia.. Di sekolah rendah, berbelas denda, tamparan dan sebagainya aku terima... Di sekolah menengah, tamparan, lempang mungkin sudah lali hinggap di pipi aku... Kerja rumah? jangan harap aku nak buat... sampai terbawa-bawa hingga kehidupan Universiti.. tapi parents aku tak pernah tahu, kehidupan aku di sekolah.. Setiap kali ditanya, jawapan yang terpacul - ok jer, seperti biasa.. Walaupun begitu, aku manja sangat ngn parents aku...

Jadi sudah biasa, segala masalah, akan aku pendam sendiri.. atau mungkin rakan-rakan yang dipercayai menjadi tempat untuk segalanya... Sebagai seorang yang memiliki jiwa anak bungsu.. aku teringin mempunyai abang, atau aku prefer akak.. sebagai tempat rujukan, tempat untuk sharing everything... juga untuk memahami siapa aku yang sebenarnya... sebab tu kekadang, bila aku di luar linkungan kawan-kawan, aku terasa sedikit sunyi... kehidupan ini sedikit menyesakkan..

Tapi macam mana sekalipun, aku bersyukur atas pemberian dari Tuhan... Mungkin kalau ditakdirkan aku sebagai anak tunggal, mungkin kehidupan akan lebih menyesakkan.. Jadi bila aku sunyi, aku akan senyum sebagai tanda aku masih bersyukur...

p/s: entry ini ditulis disebabkan kebuhsanan menunggu buffering smallville di internet.. watching online..




Tuesday 23 June 2009

Let Dance Together


Sebulan lebih aku duk umah, walaupun aku xmembesar, tapi tetap tidak menyihatkan bila aku makan, tido, baring, tgk tv dan pelbagai lagi aktiviti lepak-lepak.. so dalam fikiran, ada baiknya kalau aku skipping.. semasa tgh skipping pagi semalam, aku tetiba mcm nak beli dance mat, boleh jugak kuarkan peluh... indoor jerk.. tak yah kuar umah..

Jadinya tengahhari tuh jugak aku gie Angsana, JB.. gie beli jap.. beli, terus main.. sampai nk muntah KFC dah aku ni.. hahaha... dah mcm org cacat pon ada gak.. terkial-kial.. nway xkuar sangat peluh.. or mybe belur expert dan rancak lagi kot..

Aku tgk org main benda alah ni kart arcade machine, mak aii.. dah macam rancangan realiti, u think u can dance.. Aku pon baru pas skipping dan menari.. petang nih nk menari lagi.. hahaha..

Smallville season 8 hampir nk abis.. x sabar lak rasanya nk mengetahui kesudahan season 8.. nway ada sambungan lagi Smallville season 9 dan 10.. xsabar, x sabar dan terus x sabar....



Thursday 18 June 2009

Power To Change

Mungkin ada yg jemu bila aku cakap tentang Super Hero.. but that not the point here.. Setelah aku tgk SmallVille dan bergelut dalam menghadapi pelbagai tekanan perasaan, aku berharap agar aku ada kebolehan menghentikan waktu dan yang paling utama, kebolehan aku untuk kembali ke waktu-waktu sebelum ini agar aku boleh ubah beberapa perkara yang buat aku menyesal sekarang ini...

Lot of thing must be change.. tapi whatever happens rite now tak boleh diputar balek.. life must go on.. Salah satu yang aku inginkan, keputusan2 yang pernah aku buat dalam 5 or mybe 10 tahun sebelum ini dapat aku ubah.. Ubah untuk hasil yang aku perolehi sekarang ini turut berubah.. Tapi bagaimana pun aku berangan, realiti is still realiti... Mungkin kita tak tahu, kesilapan keputusan kita akan buatkan kita lebih matang dalam menentukan tindakan kita seterusnya.. atau... mungkin keputusan ini sebenarnya yang terbaik dalam hidup kita 5 or 10 tahun akan datang...

Kadang2 aku cemburu ngn perempuan.. diorang senang2 boleh nanges.. semua org tahu, nanges boleh mengurangkan tekanan.. bila aku kenang apa yg terjadi, aku ingin nanges.. mungkin sebab aku lelaki yg macho dan encem (perasan lebih) so aku xley nanges.. jaga imej beb.. nway aku x nanges eh... hahaha...

Dalam keadaan tak sedar, aku turut perasan aku berubah sama sekali.. after matriks, aku bukan orang yg sama... aku sombong, ego, dan aku kurang senyum, dan kerap moody.. seriously thats not me.. mungkin ini satu-satunya yang boleh aku ubah.. keep bangun pagi dan sentiasa senyum.. whatever happens in the world, i must face it with smile.. sebab aper, sebab aku seorang yang periang dan heppi go lucky, seorang yg tiada masalah langsung... hehehe.. dan juga aku boleh simpan moody aku dan marah aku dalam poket seluar mybe?.. hahaha

Kata one of my best friend in my school, aku cool.. sebab aku x moody, aku xsuker marah2.. dan yg penting, kalau aku marah, aku tak tunjuk.. simpan jerk..

nway, sedalam mana kita simpan xelok juga.. bak kata Jemi dalam blognya, "lepaskan apa yang terpendam, jangan biarkan ia berada dalam hati. Nanti busuk, bila busuk orang kata busuk hati".. so this blog adalah satu-satunya cara aku luahkan segala yg terpendam.. so jgnlah marah kalau entry aku ada terselit yg moody2 sket.. Nway ceria-ceria selalu :)



Tuesday 16 June 2009

SmallVille Season 7


Aku meneruskan lagi edisi cuti ini dengan SmallVille Season 7.. sebenarnya aku tersangat lah obses ngn smallville tapi tak dapat nk mengikuti sangat.. Jadi bila ada peluang, aku grab lah cd nya.. ada duit sikit... Aku beli terus season 7 dan 8..

Aku suka smallville lebih dari CSI or whatever American TV Series yg lain.. yang kedua aku suka charmed.. Ada org cakap aku suka smallville sebab aku suka superman.. hahaha xdalah suka sangat.. 60% bolehlah.. tapi apa yg menariknya smallville nih, dia menceritakan latar belakang clark kent, so jalan cerita dia sebenarnya yang memukau.. dah tentu hubungan romantik Clark dan Lana yang mencetuskan hormon untuk aku terus mengikutinya.. Dan juga hubungan perasaan antara Chloe-Clark-Lana-Lex dan juga Lois Lane... besh22 sangt beshh..

Dan aku kini obses dengan Small Ville.. dan semua wikipedia aku dah hafal.. hahaha...

Quote: "Smallville: Calling (#2.22)" (2003) [Lana is holding Clark's birthday cake]

Lana: Make a wish.
Clark: I've been wishing for the same thing ever since I was 5.
Lana: And now?
Clark: And now I don't have to, she's standing right here in front of me.


huhu.. me too.. wish that she's standing right here in front of me... :)



Friday 12 June 2009

('', ('', )

kasihku takkan hilang walau setitis air dari lautan..
rinduku itu kekal tertulis pada awan gemawan..
biar angin membawa lembut cintaku pada dia dalam diam..
biar dia tahu betapa siksa menyimpan syahdu yang terpendam



Thursday 11 June 2009

Korea Influence


ntah brape lama aku tak gunting rambut.. semakin mengembang.. jadinya pagi tadi, aku berlari kejap ke salon rambut dekat Giant Tampoi.. Teman my mom gie beli barang dapur.. jadi aku curi masa jap melencong ke salon tersebut..

Sampai sana, aku cakap ader design magazine x? dia tunjuk yang kebanyakkan nya asian hair style.. Jadi aku cakap ngan dia aku nak rambut ala-ala korea gitu... (sambil malu-malu kucing)... Kuat juga pengaruh korea nih.. hahaha.. cuma kulit aku nih hitam manis skit lah.. ok la tuh.. dari jauh nampak mcm korea jugak kan..

Chinese Guy tu ckp, kalu nk rambut mcm korea tuh sket, aku kena rebonding.. rambut aku x cukup lurus.. wahhhh... selama aku kecik sampai ke besar, first time aku dgr org cakap rambut aku x cukup lurus.. aku rasa rambut aku dah macam jerami padi pon ada.. Aku pon suh lah dia touch up yang mana elok, yang mana chantekk...

Semua sekali termasuh cuci Rm25.. stndard price lah tuh kan.. nway korea or not... i tetap kelihatan encem.. hahahahaha... Nway gambar yang kuning tuh, tersangat aku suka... hehe.. jadi aku menayang sekali lagi gambar itu.. :p



Tuesday 9 June 2009

Boys Over Flower



Boys Over Flower.. di kalangan gurls mesti for sure ramai tahu dan tengok drama bersiri korea nih.. perghhh giler arr... aku baru jer abes tgk drama nih.. dan ini merupakan drama korea yang ke dua aku abes tgk selain dari Full House... so clap-clap kepada diri sendiri... haha..

Aku pernah mencuba nak menghabiskan 100 little tears ntah pape, hana yori no dango, my girl dan yang terbaru cofee prince.. semuanya x abes, dan xtau pon endingnya sebab aku tak larat.. cerita nya meleret-leret... ader juga drama yg aku skip, x tgk full episode macam autumn in my heart.. kira 90% lah aku tgk keseluruhan cerita autumn in my heart tuh...

First episode aku tgk cerita nih, alahai poyonya... ade ker gurls ramai tegedik2 mcmtuh kart jejaka di satu sekolah swasta yang dipenuhi students kaya... tapi makin lama makin best plak... alang-alang aku duk menonong kart umah, ada baeknya aku habiskan cerita bersiri mcm ni kan.. dan Aku pon x tersangka tertangkap cintun kart Drama nih..

pada aku ader 3 episode yang besh, part yang sedey tp cuma aku xnanges... hahaha x macho lak kalau aku nanges walaupun duk tgk sorang2...

1) pertama masa Jun Pyo nanges kat Airport Macau, nak bagi kasut kart Jan Di.. feeling tol, mcm aku lak Jun Pyo.. aku ada iras2 sket, cuma rambut jerk lain..

2) kedua, masa Jan Di ngn mak dia jerit2 nama bapak dia yang keluar membelah lautan.. nak cari hasil...

3) ketiga, masa Jun Pyo hilang memory dan x ingat pasal Jan Di kart hospital.. huhu.. sedey lah gak... naseb aku duk tgk sorang2.. hahaha...


Bagi aku Ga Eul dan Jae Kyung yang paling chomey dalam cter nih.. hehe.. aku nak kawen ngn org korea lah.. hehe buat bini no 2, 3 or 4.. hehehe...

1- Gu Jun Pyo
2- Geum Jan Di
3- Ji Hoo
4- Woo Bin
5- Yi Jung
6- Ga Eul
7- Ae Pong (tersesat jap.. hehehe)

pasni nak abeskan Small Ville episode 7 dan 8.. wow banyak tuh..

p/s: credit kart atin.. disebabkan gambar ini diambil dari blog beliau.. trimasss...



Friday 5 June 2009

it's smile with broken heart


6.42 a.m : ntah kenapa, mentari semakin menunjukkan kelibatnya.. namun mataku tidak jua terpejam.. letih dan ngantuk tapi xbisa berbuat apa.. dari malam sampai ke pagi.. aku termenung.. kosong.. hati membeku.. minda ku bercelaru.. hati kian terusik.. jiwa bagai di landa musibah.. semuanya bagaikan tidak kena pada tempatnya..

title di atas sedikit gempak.. sedikit jerk.. title nih actually di ambil dari blog lama aku.. tersedar blog lama aku nih sebenarnya bertahan selama 3 tahun.. dari oktober 2006 sehinggalah oktober 2008... dalam masa yg sama, blog nih start dari oktober 2007 sehingga ke hari ini.. 2009.. secara tidak rasminya lebih kurang 3 tahun berblogging secara amatur.. huhu... dan post kart blog nih pon dah mencapai lebih dari 100 entry.. cuma aku x perasan..

title ni seakan cukup mengambarkan keadaan aku sekarang ini.. tersenyum walaupun jauh di sudut hati seakan terasa kelainan.. pedih yang mendalam.. walaupun sebenarnya malas nk membuka satu entry pagi nih, tapi jiwa seakan-akan mengarah jari jemari dan meruntun untuk menaip, menari mengikut rentak hati..

kalau berkesempatan, klik disini untuk melihat posting blog yang lama.. sebuah sajak yang aku create sendiri.. tak tahulah sedap ke tak.. aku buat korang baca dan komen.. adilkan?.. hahaha..
okies.. jumpa next entry..






Wednesday 3 June 2009

Project N.S


Pernah dengar Project N.S...? Bukan Project Pop tau yang nyanyi lagu ngetop bukan superstar tuh.. Ceritanya alkisah begini, ada one station television ni is trying to promote PLKN menerusi program realiti, Project N.S yang mana ‘pelakon’ utamanya adalah Diana Danielle, Suki dan Aliff.. wahhh.. glamour giler.. Pernah aku mendengar bisik-bisik di telinga ini, yang Pelakon Project N.S ni tidak akan diberi kemudahan yang lebih baik dari peserta-peserta PLKN yang lain.. Tidak ada kemudahan yang special diberi kepada mereka...

Jawapan aku tipoooooo..... setipo-tiponya... helloooo kalau dah ada selebriti kart situ, dan siap masuk Tv, secara logik akal, akan ada peruntukan lebih untuk kem tersebut... akan ada penambahbaikan yang ditumpukan kat kem tersebut dari kem-kem lain.. ini sudah semestinya, sebab takkan nk masuk tv amek gmbar kem2 yang selekeh..

Dengar jugak yang si Diana Danielle telah dinobatkan sebagai Timbalan Penghulawati yang merupakan pangkat kedua tertinggi bagi semua peserta perempuan latihan PLKN ini. Bagus mereka ini bukannya sekadar pandai berlakon tapi juga berkepimpinan.. hahaha.. statement ini agak tepat tapi tak setepat-tepatnya.. of coz dia sebagai selebriti, mestilah org akan pilih dia, bukan kerana daya keimpinan tapi kerana title selebriti yang dipegangnya.. ada setuju?

Program ini dikatakan sebagai satu wadah yang cuba ditunjukkan kepada anak-anak muda bahawa PLKN ini mempunyai matlamat program yang bagus.. dan juga memberi keyakinan kepada ibu bapa bahawa kem-kem ini adalah satu jaminan tempat yang selamat untuk anak-anak mereka.. tapi kenapa selebriti? kan lagi bagus serta menambah keyakinan kalau program realiti ini ditunjukkan kepada peserta-peserta awam yang bukan selebriti.. yang latar belakang mereka dari sudut sosioekonomi, sosial yang terlalu berbeza.. ini yang patut ditonjolkan sebagai satu program yang bermatlamatkan penyatuan warganegara Malaysia dari pelbagai aspek termasuk perpaduan kaum.. setakat tiga selebriti itu semestinya tidak memaparkan apa yang kita hendak lihat sebagai satu program yang begitu banyak matlamatnya..

Kenapa aku begitu membantah rancangan TV ini.. kerana aku pernah manjadi peserta PLKN.. wawawawa... bukanlah jeles sebab aku tak masuk tv.. tapi kebanyakkannya aku takut apa yang dipaparkan jauh sekali dari realiti.. dan ini keistimewaan ini tidak adil kepada peserta-peserta yang lain..

p/s: gambar diatas bukan gambar aku yerk..



Wedding Planning By Parents


Zaman sekarang susah betul nak mencari seseorang yang belum pernah lagi bercinta... Seseorang yang betul-betul percaya percintaan selepas pernikahan lebih bahagia dan nikmat dari percintaan sebelum pernikahan... Adalah jugak sorang dua orang memember aku yang percaya akan keyakinan ini.. Yang lain rata-ratanya pasti mempunyai pengalaman bercinta..

Dan kes yang terjadi pada seorang member aku, member lama yang bertahun dah x berjumpa, lelaki, yang mana pilihannya x disukai oleh keluarga.. Perkara ini diketahui olehnya bilamana dia menyuarakan hajat untuk bertunang dengan pilihan hatinya sedangkan parents dia sudahpun mengaturkan perkahwinannya dengan anak kepada sahabat parentsnya sendiri dalam masa beberapa tahun lagi..

Dalam zaman macamni pun masih terjadi perkara sedemikian... ingatkan zaman dulu-dulu jerk yang ada.. Rupa-rupanya drama dalam televisyen akan ada juga berlaku pada masyarakat realiti.. Adakah pilhan hati keluarga lebih baik dan perfect.. Bagi aku rasanya tidak juga, bahkan mungkin akan merosakkan sama sekali keluarga itu jika tidak kena pada gayanya.. Jodoh dan kebahagiaan semuanya di aturkan oleh Maha Pencipta..

Bila aku tumpang empathy, susah jugak rasanya berada di kedudukan tersepit tu.. mungkin berbelah bahagi kerana ingin menjaga hati ibubapa, dan dalam masa yang sama perasaan sayang yang mungkin susah nk ditinggalkan.. Dalam keadaan ini, susah nak mencari keadaan menang-menang... Mesti akan mengguris salah satu belah pihak..

Kalau aku, aku akan ambil situasi kalah-kalah... Tak perlu kahwin terus.... dengan pilihan hati dan juga pilhan keluarga, dua-dua xperlu kahwen.. Biar membujang sampai ke tua.. Agaknya kenapa parents dia bertindak sedemikian? payah juga kes macam ni kalau berlaku....

Semoga semuanya yang berada di atas muka bumi ini bahagialah hendaknya yerk...





Monday 1 June 2009

Happy Belated Birthday



Sabtu malam yang lepas aku ke Melaka, ada sedikit majlis harijadi dikalangan saudara mara jerk.. tapi besh.. Majlis ni adalah gabungan hari jadi antara aku dan cousins aku, Dila, Kak Shima dan juga Abg Anuar.. combine sekali 27, 28, 30 dan 31 Mei.. hehe.. so ada 4 org yang menyambut harijadi secara serentak..

Yang menariknya da 2 kek dari secret recipe.. nama x ingat coz namanya pelik dah mcm nama resipi dari peranchis.. ada Barbeque, nasi goreng, Cup Cakes yang chomey (credit to kak aza) dan bermacam lagi maknan...

hope segala impian dan hajat akan tercapai oleh para penyambut hari jadi ini..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..