Showing posts with label burfday. Show all posts
Showing posts with label burfday. Show all posts

Monday, 1 June 2009

Happy Belated Birthday



Sabtu malam yang lepas aku ke Melaka, ada sedikit majlis harijadi dikalangan saudara mara jerk.. tapi besh.. Majlis ni adalah gabungan hari jadi antara aku dan cousins aku, Dila, Kak Shima dan juga Abg Anuar.. combine sekali 27, 28, 30 dan 31 Mei.. hehe.. so ada 4 org yang menyambut harijadi secara serentak..

Yang menariknya da 2 kek dari secret recipe.. nama x ingat coz namanya pelik dah mcm nama resipi dari peranchis.. ada Barbeque, nasi goreng, Cup Cakes yang chomey (credit to kak aza) dan bermacam lagi maknan...

hope segala impian dan hajat akan tercapai oleh para penyambut hari jadi ini..
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..




Wednesday, 27 May 2009

Its coming

akhirnya untuk mengecapi umur yang semakin meningkat naik merupakan satu kesyukuran kepada Ilahi atas kebenaran dari-Nya untuk hidup sehingga ke hari ini.. setiap detik nafas yang di lalui bagaikan turut diiringi dengan setiap pengalaman kesukaran jatuh bangun nya seorang insan..

hari ini genap 22 tahun mengikut tarikh masihi.. 27 Mei 1987-27 Mei 2009... mengikut tarikh lahir dalam bulan islam jatuh kepada 28 Ramadan 1407... huh harapnya adalah malam itu merupakan malam lailatulQadar.. supaya insan yang lahir dalam tarikh itu adalah insan yang yang dianugerah dan bakal menjadi pejuang yang menegakkan syiar Islam di zaman modenisasi..

dengan 22 tahun pengalaman hidup, sedikit sebanyak telah mengajar kita mengenai masam manis nya kehidupan.. dengan ragam orang sekeliling yang sedikit sebanyak turut mempengaruhi latar kehidupan kita.. begitu banyak ragam.. dari kehidupan di tadika menganjak ke latar belakang persekolahan rendah... hidup ini ditambah lagi rencah dan garam dengan memasuki sekolah menengah sebelum menghadapi kesukaran sehingga diterima ke sek Men Teknik JB...

mendiami sekolah teknik yang mencecah selama seminggu sahaja sudah cukup untuk mendedahkan kita tentang perbezaan ragam persekolahan.. akhirnya selepas seminggu aku diterima ke Maktab Rendah Sains Mara BPJ.. di sini kita didedahkan dengan meluas tentang erti kehidupan.. disebabkan tinggal di asrama jauh dari keluarga, kita dapat mengenali watak rakan2 kita.. jujur? hipokrit? tulus? dan sebagainya...

Dari Mrsm aku terus terpilih kononnya untuk menyertai Kem PLKN Putra-Putri, Alor Gajah, Melaka.. Di sini walaupun hanya 3 bulan, disebabkan orang-orang yang terpilih ke kem ini mungkin sekali dikalangan perompak atau sebagainya dengan latar belakang akademik dan latar belakang yang sangat berbeza.. maka dengan ini, ia mengajar kita bagaimana untuk bersosial dengan orang2 yang berbeza.. bijak membuat telahan dan bijak memilih mana yang benar dan mana yang batil..

Dari kem plkn di Melaka, penghijrah bermula lagi bila di hantar ke Kulim Kedah untuk matrikulasi di Kolej MARA Kulim... di sini juga kita dapat mempelajari budaya yang jauh berbeza dari kehidupan biasa.. yelah manakan tidak.. kelapa di selatan nyiur di utara.. bahasa berbeza.. kehidupan juga sedikit berbeza..

Dan yang terakhir selepas Matrikulasi, aku terus menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.. yang luas dan luasnya juga pendedahan sosial dan segala macam maha kemungkaran yang boleh dicetuskan.. cuma terpulang kepada kita bijak atau tidak menghadapinya.. ini cuma perjalanan 22 tahun hidup sebagai hamba Alla di muka bumi ini... yang akan datang, apa yang berlaku harap kita semua tabah dan cekal menempuhnya..

Dalam 22 tahun ini memang pelbagai ragam yang telah aku jumpa.. pelbagai masalah yang aku hadapi.. dan dalam dunia manusia ini memang hati itu sangat cepat berubah.. dari seorang yang baik ati mungkin berubah kepada seorang yang emosi.. menghentam orang lain dengan kata-kata yang cukup mencalar jauh di sudut hati.. ada juga yang nampak normal, berubah menjadi seorang yang tamakkan pangkat dan nama, sentiasa ingin berada di atas melebihi orang lain.. tapi yang banyak adalah jenis mereka yang pentingkan diri sendiri.. mendahului kesenangan sendiri dan sanggup melihat kesusahan orang lain walaupun kesusahan itu sudah terhidang di kepala mata sendiri...

kehidupan di universiti dalam ungkapan sosial kita akan melalui berbagai peringkat... tahun pertama menginjak ke tahun kedua.. dan tamat di tahun tiga atau empat... ada istilah senior dan ada istilah junior.. ilmu yang ada di dada x kira dari akademik ataupun dari organisasi sosial, ilmu itu diperturunkan dari generasi ke generasi.. kata-kata nasihat dari yang atas ke yang bawah.. dari peringkat ke peringkat.. senior yang mengangkat kita menjadi orang berilmu yang tahu cabang organisasi.. dan kita yang mengenalkan ilmu ini kembali pada junior agar ilmu tradisi diwarisi dari satu generasi ke satu generasi...

inila sebahagian daripada ragam manusia.. walaubagaimanapun ragam ini lah yang membantu kita mengenal manusia.. membantu kita mempelajari dunia luar yang sudah tentu semakin luas ragam dan kehendaknya nanti.. Semoga Allah memberi kita semua satu kekuatan dengan niat yang ikhlas.. kerana hati manusia itu cepat berubah dan tanpa disangka..

maafkan aku sekiranya selama ini kata-kata aku mencalari hati kalian.. dan aku maafkan juga atas kata-kata yang pernah menyakiti hati aku walaupun aku tahu kata-kata itu didorong emosi yang sangat keterlaluan... Walaupun hati ini masih meninggalkan parut atas hirisan itu..

Semoga semuanya selamat dan bahagia.. Dan semoga semuanya kembali kepada yang asal.. (n_n)







Thursday, 12 March 2009

happy yippie burfday

selamat ulang tahun to my adek
aka faez yang buncit lagi tembam..
semoga berbahagia di samping insan tersayang..
panjang umur dan murah rezeki..
12 Mac 2009 yang berumur 13 tahun this year..
maap gambar hang tkder,
comp aku dah lama hilang kegambarannya



Saturday, 21 February 2009

Sleep Disorder And Happy Yippie Burfday

4 am rite now but still cant sleep walaupon dah sangat ngantok.. owhh nampaknya dunia ku memang dah terbalik.. bapak aku selalu marah... siang tido malam berjaga.. for sure kena membebel.. but nothing i can do malam2 nih.. kalau siang bley lepak2 mkn cendol.. kalau malam2 nak mkn maggi pon malas nak masak air.. so disebabkan tak tau nk watper terpaksalah aku post sekali lagi untuk my blog even dah post today dalam kul 10 td.. its ok kot, 2 post in a day.. haha..

Before i forget, today 22 february 09 is my mums burfday.. HAPPY BURFDAY IBU.. thanks 4 caring me, jaga, didik, asuh dan dsb selama 22 years.. Thanks A Lot.. Thanks and Thanks and Thanks....

Malam-malam sebegini kadang-kadang memori kita akan mengimbas peristiwa lalu termasuk peristiwa yang mampu membuat kan kita menangis.. and its really hurt.. dan ader juga kenangan-kenangan kita yang membuatkan kita tersenyum bila memikirkan impian kita selama ini, minat kita dan perlakuan kita... Dan aku? ketika menanti detik untuk terlena, aku terpikir kan sesuatu... adakah impian aku selama ini tercapai..? dan aku terpaksa akur yang kehendak aku selama ini hanyalah mampu dicapai hanya jika aku bermimpi.. aku memang minat dalam bidang penulisan.. sometimes aku minat menulis cerpen, sometimes aku minat menulis puisi, sesetengah keadaaan, mendorong aku menulis lagu.. hahaha,, apakah aku mempunyai bakat? Sebahagian dari impian aku ketika dulu, bermain gitar... Niat aku untuk Bermain adalah demi seseorang.. dan memasang impian untuk mencipta lagu bersama iringan gitar.. lagu yang dicipta juga adalah untuk seseorang.. dan sehingga kini, aku terus memasang impian bermain gitar.. bermimpi mendendangkan lagu ciptaan ku..

aku juga mempunyai minat yang sedikit terpesong dari pada kebanyakan guys out there.. aku cenderung meminati novel sci fic, dan novel yang berunsurkan fantasy.. kenapa? kerana pengakhiran dari kedua-dua genre ini membuatkan aku terasa diriku memainkan peranan utama dalam novel-novel tersebut.. aku bahagia.. aku gembira.. kerana aku tak dapat apa yang aku gambarkan dalam novel itu menjadi satu kehidupan yang realiti di depan mata aku.. aku takut.. aku takut aku kehilangan watak-watak dalam permainan realiti aku.. aku inginkan kehidupan aku sentiasa dibayangi satu kehidupan fantasi.. tapi betapa aku berusaha, hakikat still hakikat.. kenyataan masih lagi merupakan satu kenyataan.. realiti akan tetap realiti yang datang bersamanya cabaran dan unsur-unsur yang menguji kekuatan seseorang yang bergelar insan.

Mungkin, kadangkala kita harus meluahkan apa yang terbuku dalam hati.. walaupun sesetengahnya pahit untuk ditelan oleh kita atau insan terdekat yang disayangi..