Thursday 15 March 2012

Nak Berbisnes..

Dulu pernah jual burger di tepi kompleks futsal Vrox. Kalau tahu, di jalan reko berhadapan dengan restoran Tupai-Tupai yang semua orang sibuk duk kata tak halal itu hari. Tapi akhirnya terpaksa let go gerai macam tu jek. sebab nya, tak da idea dah nak bawak ke mana gerai tu. Puas mencari tapak baru, tapi still tak jumpa atau tempat dah penuh dengan peniaga lain. Kita tak nak lah sampai mencantas rezeki orang lain.

Reason tak mahu bertahan di tempat sama, sebab akak tu kenakan cas RM10 sehari untuk sewa tapak. Bayangkan kalau sebulan, mahu makan RM300. Kalau sebulan pun tuntung RM400 macamana nak rolling modal. Untung makan angin je akak tu. So kami pon pakat tarik diri.

Lately sibuk terfikir nak berniaga semula, cuma modal lak tak ada. Area Bangi ni kena kreatif. Sebab kalau tak kreatif kurang perjalanan bisnesnya.. Kalau berniaga orang mesti laku kan.. hahaha..

Ada idea tak nak berniaga apa? hurmm..

Wednesday 14 March 2012

Aku dah penat

Beratus dah aku habis nak copy resume, then cop sana sini.. tayang muka mintak tanda tangan dari pegawai. untuk salinan sijil-sijil aku.. Tapi sampai sekarang satu company pon tak pandang setiap permohonan aku.. Sampai sekarang tak ada masuk pon kenyataan temuduga untuk aku kecuali seperti yang dinyatakan semalam.

Aku dah penat nk isi borang, kena semak balik berapa A aku dapat dalam PMR, berapa persatuan aku masuk.. Then nak kena ingat balik i/c ibu bapa aku.. Meletakkan aku dalam keadaan serba salah nak letak ibu bapa yang mana satu.. 

Aku dah muak nak bukak balik laman2 web setiap pagi waktu pejabat untuk kembali lihat peluang-peluang kerja.. Then buat aku pikir, kalau susah dapat rezeki macamni, untuk apa aku belajar tinggi-tinggi?


Lalu kau terlupa yang rezeki itu rahsia Allah.. Usaha itu adalah kunci.. Kalau mengalah awal, tak perlu lah kita hidup dalam dunia ini.. Sebab kita dah membuktikan kita mampu bersaing di dalam peringkat sperma lagi.. kan.. hahaha...


Aku akan terus berusaha dan berusaha demi orang yang aku sayang.. Aku akan terus penat, muak dan hilang kudrat, wang dan tenaga demi Allah, demi masa depan aku.. demi keluarga dan demi dia...

sama sekali aku tidak akan putus asa.. chayok-chayok!

Tuesday 13 March 2012

Intebiu.

tadi dapat email.. 9 april 2012, Isnin ada interview NUCW kat jalan Masjid India.. apabenda NUCW tu.. ntah.. sepatah haram pon aku tak ada idea.. haha.. yang penting.. jangan berharap and keep on searching bebeh..

nk kumpul duit.. nak kawen.. kawen.. kawen... hahaha..

k. bai..