Aku dah penat

Beratus dah aku habis nak copy resume, then cop sana sini.. tayang muka mintak tanda tangan dari pegawai. untuk salinan sijil-sijil aku.. Tapi sampai sekarang satu company pon tak pandang setiap permohonan aku.. Sampai sekarang tak ada masuk pon kenyataan temuduga untuk aku kecuali seperti yang dinyatakan semalam.

Aku dah penat nk isi borang, kena semak balik berapa A aku dapat dalam PMR, berapa persatuan aku masuk.. Then nak kena ingat balik i/c ibu bapa aku.. Meletakkan aku dalam keadaan serba salah nak letak ibu bapa yang mana satu.. 

Aku dah muak nak bukak balik laman2 web setiap pagi waktu pejabat untuk kembali lihat peluang-peluang kerja.. Then buat aku pikir, kalau susah dapat rezeki macamni, untuk apa aku belajar tinggi-tinggi?


Lalu kau terlupa yang rezeki itu rahsia Allah.. Usaha itu adalah kunci.. Kalau mengalah awal, tak perlu lah kita hidup dalam dunia ini.. Sebab kita dah membuktikan kita mampu bersaing di dalam peringkat sperma lagi.. kan.. hahaha...


Aku akan terus berusaha dan berusaha demi orang yang aku sayang.. Aku akan terus penat, muak dan hilang kudrat, wang dan tenaga demi Allah, demi masa depan aku.. demi keluarga dan demi dia...

sama sekali aku tidak akan putus asa.. chayok-chayok!

1 comment: