Thursday 30 April 2009

Low Density Lipid is My Nightmare

do u know what is LDL or Low Density Lipid.. And its relation to Heart attack.. check this:

"High LDL Level can lead to cardiovaskular disease, LDL can be oxidised to form oxLDL, oxLDL is taken up by immune cells called macrophages - engorged macrophages form foam cells. Foam cell trapped in the walls of blood vesses contribute to atherosclerotic plaque formation. The results in narrowing of arteries which may lead to heart attack "

aku baca nota biochemistry.. im taking this examination today.. then.. mybe penat membaca atau too sleepy, aku rebah di atas katil.. dan aku bermimpi.. mimpi bout the one i loved most.. selain my mom.. its about my father..

damn damn.. ini hanya mimpi.. i pray almost every day, every second, every time, i died first before my parents.. coz i love them so muchhh.. cant imagine, living in this world wthout my parents..

mungkin kerana asyik dengan LDL.. (low density lipid) yang boleh membawa heart attack.. membuatkan aku termimpi.. walaupun mimpi tetapi tetap merisaukan.. dan di saat ni, aku rindukan arwah Pak ngah aku..



I wish my life is perfect

kadangkala dalam hidup, kita mahukan semuanya sempurna.. macam dalam lirik lagu, semuanya besar, kereta besar, rumah besar, perutpun mau besar..

Kadangkala dalam hidup, kita mahukan sesuatu yang kita tidak pernah ada.. kita mahukan hp yang canggih.. kita mahukan kereta yang canggih.. dan semacam yang canggih..

kadangkala dalam hidup ini juga kita mahukan perubahan dalam kehidupan yang sempurna.. kita mahukan perjalanan hidup kita senang, seperti putera dan puteri dalam kayangan.. Teman-teman yang senantiasa memberi sokongan dan setia termasuk kekasih hati yang begitu memahami..

Tapi apakah kita lupa, untuk kita bersyukur dengan apa yang ada.. mungkin apa yang diberi adalah yang terbaik.. adalah yang sempurna untuk kita tanpa kita menyedarinya..

kita juga lupa.. di setiap kelemahan, akan ada timbal balik dengan kesenangan.. dan kita juga sering lupa, di setiap kesenangan akan ada kesusahan dan kelemahan..

aku juga begitu.. ada kelemahan dan ada kekuatan sendiri.. mungkin kerana stress dengan exam.. membuatkan aku terasa diri ini seperti insan yang sangat lemah dan sangat tidak berdaya..

alangkah bagusnya aku ada apa yang aku mahukan.. alangkah baiknya aku dapat apa yang aku impikan.. alangkah indahnya jika aku ada teman yang dapat aku luahkan segala-galanya.. alangkah indahnya jika aku dapat melepaskan apa yang terbuku di hati.. alangkah leganya jika segala isi hati ini dibebaskan kepada si pendengar..

tapi aku lupa.. dia yang Maha Mendengar, dia yang Maha Memahami.. dia yang Maha Tahu segala isi langit dan bumi.. membuatkan aku sebak seketika.. betapa hinanya aku ini di hadapan Tuhanku sendiri..

Aku keseorangan ketika ini

biarpun tiada siapa yang sudi menemani aku, aku tahu Tuhan sentiasa di dalam hati...



Tuesday 28 April 2009

Facebook!!

ya.. bertemu kembali.. ahah.. macam selamat pagi Malaysia laks.. hehe... well tengahari td, sepertimana yang diberitahu, aku ader exam.. tapinya exam ni tidak langsung mencipta sejarah.. macam biasa, duduk di tempat yang ditetapkan.. menjawab dengan tekun selama sejam.. dan termenung dengan khusyuk selama 1 jam setengah.. haaaaa... mesti berjayanyalah resepi mencipta kejayaan.. nanti aku cipta e-book.. maklumlah, skang nih suma e-book.. resepi mencipta wang, mencipta dollar Amerika dari daun pon ader.. aku minat gak e-book nih.. hehehe.. boleh tambah duit katanya.. baru nak berjinak-jinak..

Abes exam, aku bersama sebahagian kosmate mentekedarah KFC di warta.. warta sahaja sudey,, dekat.. makan dengan penuh sopan.. almaklumlah, aku nih ala-ala keturunan lelaki melayu terakhir..

so ape kena ngn title facebook nih.. haaaa... cternya mcm ni.. kosmate aku nih rata-ratanya gilerkan facebook.. ishh.. xabes - abes.. banyak gak drama aku dengar kat facebook diorang.. cekerama ada, lagenda ada, semua pon ada... hehe.. jangan ingat saya tak tau haaa.. hehe.. kontroversi...

maka dengan terbukanya jaringan facebook di kalangan pelajar Mikrob tahun 3 ini, aku dijemput sekali untuk join.. heheh.. ramai lak tu suh aku sign up facebook.. huhu.. bukan xnak sign up.. probnya, frenster pon sebulan dua bulan aku x bukak.. inkan pulak satu lagi laman social.. besh ker facebook nih..? kosmate aku siap ketagih lagi game pet society dalam facebook.. wonderpets ader x..?

hehe.. nanti eh, rakan-rakan kosmate aku yang disayangi.. nanti aku buat facebook.. bley kita gosip2, umpat2, atau backup sekiranya anda terkena serangan kata-kata.. hehehe...tunggulah aku abes exam, nanti aku sign up..

huhu.. hebat betol penangan laman web social sekarang nih.. macam-macam ada!!! tapi laman seperti ini ada banyak kebaikan sebenarnya.. selain dapat menemui kembali kawan-kawan yang telah lama terpisah.. dapat jugak menambah kenalan baru.. dan juga sumber untuk bertukar-tukar maklumat.. rasanya itu matlamat sebenar..

tapi ada gak yang bangang.. laman social seperti ini, digunakan sebaik mungkin untuk menjual maruah, ataupun mencari mereka yang sudi menjual maruah.. letak gambar yang kononnya seksi, mendedahkan bentuk yang tidak sepatutnya didedahkan.. apatah lagi disaksikan beribu-ribu umat manusia seluruh dunia.. hahah.. yang lagi xley blah.. dah tau tak x chantek, banyak jerawat, hidung kemek, bley lak edit gambar kat photoshop, then letak gambar seksi itu seolah-olah dia ratu bikini.. kononnya nak tarik perhatian supaya ramai buaya-buaya datang dekat page dia.. hahahaha.. part ini yang paling kelakar..

opss termembebel lak.. hehe.. k.. selamat lah mencari kenalan baru dengan jaringan social ehh..




Monday 27 April 2009

History in My Exam

aku baru jer abes exam arini.. Interaksi Mikrob.. Hishh banyak pengalaman aku dalam menjawab exam hari ini.. apa yang berlaku hari ini akan menjadi sejarah untuk hari esok..

pertama sekali aku tersalah masuk dewan.. wahh. hahaha.. xpernah-pernah salah masuk.. Dalam slip tertulis Lobi Utama, aku lak gie masuk dalam Dectar.. sampai ke meja no 15, ada budak perempuan dah duduk.. huhuu.. aku tgk meja, then aku aku tgk budak tuh, budak tuh tgk aku balek.. Dia cakap, saya salah meja ker? aku dalam keadaan blur, tanyalah pengawas kat sebelah, Kak, dimana lobi utama.. Kat belakang, jawabnya.. aku apa lagi, terus memecut keluar dectar.. hahaha.. naseb aku x sound budak perempuan tuh.. dah lah Third year.. Dewan exam pon bley salah.. fail btol..

kemaluan aku telah digantikan dengan senyuman bercampur cuka.. kira masam-masam manis lah nih.. soalan spot yang aku dapat bukan lagi soalan spot, tapi lebih kepada soalan bocor.. semua masuk.. takda yang tertinggal.. aku pun dengan yakin dan tenang jawab.. tapi kebanyakkan nya aku lupa.. aku nih makan semut banyak sangat ker.. aduh ni lah akibat dari hobi aku menghendap tandas perempuan di blok A, Blok B dan flatlet..

tengah sesedap nak buat.. sambil memicit jari jemari aku kerana banyak menulis (konon), berlaku perkara yang pernah terlintas di fikiran awal pagi td.. tapi aku x sangka andaian menjadi realiti.. Perut aku meragam... aduh.. aku toleh kiri, aku toleh kanan, Pengawas nih makan gaji buta ker? aku dah tak tahan.. aku pon lari.. lantaklah.. kira nih sejarah ke dua.. xpernah-pernah aku masuk tandas ketika exam.. Buang air kecil pon x pernah, apa lagi ini yang BESAR.. nih suma akibat burger kot..

malam tadi beli 2 burger.. jimat kononnya.. Satu burger ayam double special + cheese.. (tamaknya)... satu lagi burger ayam special aku simpan untuk supper lewat tgh malam.. aku mkn burger tu pun dalam kul 3.00 am.. aku yakin, burger tuh dalam keadaan normal.. tapi dalam hati terpikir, agak-agak macam mana bila perut aku meragam nnt ketika exam.. nah, last-last berul2 terjadi.. hahaha..

sejarah ketiga.. aku x berhenti menulis untuk 2 jam setengah.. woww. biasanya 1 jam jawab.. 1 jam lagi termenung memikirkan nasib.. dah abes waktu pon, jari aku still nakal nak tulis walaupun kelentong jerk, bukannya fakta betul2 dari note.. hebat-hebat..

semasa exam td, the person behind me, and the right one, meminta kertas jawapan lebih.. aku tercabar dan tercalar.. nak mintak jugaklah kertas jawapan lagi satu.. tetapi.. penulisan aku cukup2 muat satu jerk kertas jawapan.. kalaulah dapat satu legi extra kertas jawapan tu.. for sure satu lagi sejarah exam muncul dalam hidup aku.

exam kali ini mencipta 3 sejarah, dan bakal menambah lagi satu tapi tidak kesampaian... walaubagaimanapun, aku target C jerk.. sebab apa? sebab mid sem aku tak dapat jawab langsung.. dan inilah subjek yang aku telah siapkan assignment yang dikecoh-kecohkan sebelum ini, tapi tak hantar.. kuang kuang kuang.. maaf kawan-kawan.. give up dah nak hantar..

so ape lagi..study untuk next paper.. tomorrow.. wish me luck ya!!





Saturday 25 April 2009

im Gay



im Gay opsss.. tidak mungkin sama sekali.. Jika dilarang dalam Islam, maka larangan itu jelas.. waimah sekali pon mereka-mereka yang songsang ini manusia, ada hak dan kebebasan.. tapi ia tetap di larang dari hukum agama..

aku terbukak you tube, filem pendek 'comolot'.. boleh lihat seperti mana di atas.. sangat mengelikan tetapi tidaklah mengejutkan sangat filem ini.. yang memang ternyata filem ini ke arah kebaratan..

Tapi yang mengejutkan comment-comment yang diberi.. sangat tidak sopan dan terlebih ajar.. Memang kita Islam dan berhak menegur, tetapi tidak perlu kata-kata makian yang melambangkan kita bukan islam yang sempurna.. tetapi juga, sangat kurang ajar, yang menegakkan benang yang basah.. dan menghalalkan atau menidakkan hukum Islam ini..

lihat contoh-contoh comment.. nak detail layari 'you tube' sendiri.. Maaflah jika contoh comment ini diluar batasan bahasa... dan sedikit lucah... aku just copy and paste..

1 - [ well, so far this case is not becoming too serious. takde apa-apa pun?? korang juz cakap jer takde usaha apa-apa pun tak beguna jgak..rakyat MALAYSIA NI TERLALU CLOSE-MINDED LAHH.. ]

2 - [kita ni kna open skit kt malaysia mcm2 ragam manusia, gay pun makhluk tuhan gak......hidup ni kna lh variety skit baru lh gempaq skit ]

3 - [ bleh blah lh froet dn jessa..ada telo ke tara ke!.that my bussines.sye hnya tumpang banga ada flem melayu yng buat kelainan dala filem tempatan..kalo orang mcm korang ni jadi pemimpin takde la menara kembar,jmbtn ppinang,Al brujal plam island..otak fanatisam..tak ke mane ooi!.dngn korang orang lain semua tak betoi!..tak payah nipu diri dngn bercermin kn kopiah dn serban..Allah Swt.tau ape dalam hati kite..kisah nabi lut tu bukn hnya soal homo dn hetro.tapi orang kepo mcm korang ni gak slh satu ]

4 - [ Lantak la gay ke apa ke . habis main puki zina tu tak dosa ke? Kalau tak silap hukum sula sampai mampus. Gay nabi tak mengaku umat jer tak la suruh bunuh. so still boleh tabat la. zina ? ]

5 - [ nk brkhutbah p ler kt dewan org ramai ke...nape plak kt cni?ko x tahu nikmat menghisap kotel lelaki lebih baik dr menjilak 'burit' pompuan berdosa....ko ni kolot lg that y ler x tahu nikmat 'batang' ygkeras ketika mengulum nya kepuasan yg sukar di luahkn dgn kata..... ]


sapa kata kes ini belum lagi parah... sapa kata rakyat Malaysia close mind.. tapi biar berpada.. lupakan politik.. sama ada BN, Pas atau pun keADILan sekalipun bukannya elok.. hanya tau menggunakan isu ini sebagai politik.. jika ada niat nak banteras atau pun menghapuskan gejala songsang, buat dengan ikhlas.. demi Agama, Bangsa dan Negara...

Ada yang kata, menangani mereka mungkin perlukan pendekatan yang memahami bukannya kekerasan.. memang betol.. ada yang betul, ada yang salah.. kalau kita memahami Islam, ambil contoh hukuman murtad.. sepatutnya pancung.. maafkan dan betulkan jika salah.. tetapi sebelum hukuman itu dijalankan.. kita harus meperbetulkan dan memberi dakwah supaya si dia kembali ke pangkal jalan..

contoh lain isteri yang nusyuz.. mula dari yang ringan, asingkan tempat tidur, pukul dengan cara yang dibenarkan, kemudian baru lafaz talak.. Dalam Islam ada diberi pendekatan secara berhemah.. step by step..

dah yang ini, isu homo, dah lemah lembut pon masih sama tetap songsang, haruskah berlembut lagi? gigit jerk anu diorang.. bukan aku? bagi beruang gigit.. isu ini harus di ambil penekanan.. bukan asyik isu pilihanraya kecil x abes2... dah tau nk sambung belajar xyah jadi wakil rakyat.. opsss terkeluar tajuk..

continue balik.. isu ini sangat xboleh di diamkan.. sebelum mereka-meraka ini memintak hak kebebasan, diwujudkan NGO khas untuk mereka, perlindungan dan sebagainya.. atau mariage sesama gender dibenarkan di Malaysia.. so anda semua mahu jika one day, jika perkara ini tidak dibendung, tertempias ke anak-anak kita..

Jadi kita sebagai masyarakat Islam yang menjadikan Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan wajib membanteras gejala songsang ini.. ayuh demi masa depan Agama kita, dan Bangsa...

sekadar pendapat.. benda mungkar harus dibenci.. biarpun dalam hati yang selemah-lemah iman..


..

Friday 24 April 2009

Ragnarok Online, Addicted?


Sapa tahu itu ragnarok online.. sapa yang pernah men? aku dulu pernah ketagih game ini.. time tuh form 4.. sekolah kart MRSMBPJ so xdapek lah nak men kart sekolah.. tapi bila balek umah jerk, aku akan pasang intenet, men sampai tak tido langsung.. gila ketagih... hampir 12 jam men.. gila ketagih..

skang nih, aku ketagih lagik.. walaweii.. exam dowh.. exam week ini.. aduh.. terima kasih kart sabirin.. dia yang bawak pengaruh ragnarok versi baru, private server ke laptop aku nih.. (agak-agak ko baca x sab, blog nih)...

tertangguh lagi emosi aku mahu study kerana Ragnarok.. tapi aku memang kipas susah mati ragnarok online.. so sapa-sapa yang die-hard-fans jugak, meseglak aku ek... mana tau bley kita bertukar-tukar hasil perbincangan.. hahaha.. jadi skang nih aku buat tanaman bergilir; ragnarok-study-ragnarok-study... hope so, aku dapat study... 5 more papers... aduih..

pape pon go go ragnarok!!

Thursday 23 April 2009

examination and delicious burger

hoho
arini aku exam.. arini la kan.. entry ini pun dibuat sudah menunjukkan jam 2.40 pagi.. exam aku petang..

tapi bila exam.. penyakit aku mulalah datang.. asal nak baca note, aku teringin nak downlod mozilla firefox new version.. asal nk baca note, aku rasa cam nak renew jerk ym aku ke version yang baru.. yang ini, aku tukar mozilla firefox version 2.0 kepada version 3.0 .. sebab utama penukaran ini, aku
xley sign in untuk blog aku.. tetapi setalah penukaran, kenapa susunan blog aku sedikit terabur ekk.. font dia berubah sama sekali.. ader sesapa bley tolong jawapkan x?

ayooo.. susah ini macam.. ok.. lupakan firefox.. selepas acara mendownlod, terasa perut meragam kelaparan.. dalam hati terpikir kan
burger di depan petronas mapley.. maka setelah perancangan rapi dibuat.. aku pon terus salin seluar dan mengambil kunci kereta.. last-last tersalah belok ke bilik ijan.. ayakkk... ijan mau ikot, sekali apish dan topeq.. lapar katanya.. hahaha dari burger yang sepatutnya bungkus, beralih arah untuk makan di mapley pulek..

balek dari mapley.. ada pulek
perlawanan futsal.. menlah dari kul 12 sampai kul 2 iaitu waktu sebelum entry ini ditulis.. opss kalau u olss nak tau, burger aku x makan lagi.. hahaha.. lepas siap mengeblog, aku ngap lah burger itu..

kul 3 ader
perlawanan bola man u dan porstmouth.. maybe tgk online jerk kot.. almaklumalh dunia sudah maju.. sapa tahu? haaa.. xtau ke dunia dah maju skang.. ishh2... dan kesimpulannya di sini, bila aku nak study?? naseblah exam aku kul 3.30 petang

agaknya aku kena extend 5 tahun kot baru dapat study elok-elok... hishh.. x kawen lah aku nampaknya mcm nih..

last but not least, doakanlah aku berjaya ekk jawab exam esok.. ok.. buh bye..




Tuesday 21 April 2009

men such as tomcat

are you such as tom cat?

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?


1) Kucing jantan suka dibelai.

Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...

Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.



2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar

Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.

Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.



3) Kucing jantan kuat tidur

Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.



4) Kucing jantan kuat merayap

Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar,kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan.

Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.



5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik

Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.



6) Kucing jantan tak suka dipaksa

Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur,takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.

Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.



7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)

Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.



8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka

Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!



9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling

Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated).
Kalu kita kejar, ia akan lari.

Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.



10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina

Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia
(pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia).

Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia.

Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)



sebab apa aku post artikel sebegini.. hampir 90% sama dan sependapat dengan aku.. yang lelaki di luar sana mcam mana..? cuma no 10 jerk 100% tak sama macam aku.. aku ni setia tau.. sekali 4 orang gadis aku setia.. hahaha...

p/s: artikel ini di ambil oleh http://lalala-08.blogspot.com/ . so layarilah blog ini jika kamu ada kelapangan waktu.. sekian..




Monday 20 April 2009

Microbiology Memories

semakin hari, aku seakan sudah terasa kelainan.. ini kerana tidak lama lagi, rakan-rakan yang seangkatan dengan aku akan menamatkan zaman bujang mereka di UKM ini.. opss ini maksudnya mereka akan berkahwin dengan pekerjaan di luar atau sambung membujang dengan 'master' mereka.. dengan kata lain, mereka sebenarnya akan menamatkan pengajian di UKM.. ini termasuk cosmate aku.. Microbiologist..

dulu semasa first year, aku sangat pendiam.. aku lebih rapat dan mengenali dengan budak bioteknologi tumbuhan.. kerana mereka ini lebih sekepala dengan aku.. dan bagi aku "alahai budak microb ni, skema gila, time lecturer sonyap jerk" so aku pun memilih seat belakang sekali.. melakukan aktiviti yang tidak bersangkut paut dengan subjek seperti melukis, main hp, berangan ataupu tido!! nak bising pon keseorangan.. dan xder saper nak temankan aku membisingkan diri dalam kelas.. sedangkan yang lain, khusyuk mendengar kuliah.. jadi perkara ini sangat asing bagi aku.. sesiapa yang sekelas dengan aku time matriks dulu mesti tau perangai aku.. sehinggakan orang tak akan sangka aku budak sains hayat..

selama dua tahun aku mendiamkan diri, kurang bergaul.. cuma ada sesetengah sahaja dari cosmate yang aku tegur.. Kb dan Hana, itupun lab partner aku.. ini xtermasuk along dan adlina, mereka ini seangkatan dari UO.. dan mereka ini juga adalah si peminjam note.. apabila masuk 2nd year, aku mula rapat dengan pai, dan eein.. sebabnya kami sama-sama memasuki kelas mandarin.. balik sama-sama, duduk pun sama-sama.. dan dari situ aku mula rapat dengan budak mikrob..

kadang-kadang aku rasa terasing, mereka sesama mereka akan buat study group, berbincang tentang subjek, bertukar-tukar note.. sedangkan aku hanya melihat, kekurangan note, dan kadang-kadang note exam aku bergantung semata-mata pada wikipedia.. kadang-kadang aku terasa malu kerana sesetengah dari rakan-rakan ini begitu baik menyumbang note pada aku.. tapi aku.. tetap sama, tiada perubahan..

kemuncak aku mengenali dan memahami cosmate aku semasa kita ada lab TDR di CGAT.. terdapat banyak kenangan kat situ.. termasuk nasi lemak CGAT dan juga bahan-bahan yang diketahui mampu memandulkan students.. hahahaha.. selepas aku rapat dengan cosmate, banyak lah aktiviti yang dilakukan bersama.. gelak ketawa dalam kelas, bowling, aktiviti memakan KFC, program Hari raya.. dan yang terbaru dinner Mikrob yang khas untuk kita.. batch final year..

Untuk dinner mikrob.. kita semakin dan semakin rapat.. bagi aku, aku buat dinner ini bukan untuk aku.. sebab aku belum lagi grade.. tapi aku buat untuk kepuasan anda semua.. untuk meraikan anda semua.. salah silap dan cacat pada majlis itu, minta maaf banyak-banyak..

hari ini aku terasa sesuatu.. aku keseorangan kembali untuk 2 sem berturut-turut.. melakukan thesis keseorangan, menghadiri kelas juga keseorangan.. tiada lagi cosmate untuk aku meminjam note.. tiada lagi gelak ketawa dalam kelas.. mungkin aku akan menjadi lebih asing.. dan pada hari itu, hendak atau tidak.. harinya pasti akan terjadi.. (kerana aku seorang yang akan extend untuk program mikrobiologi x termasuk shira)


Special untuk Hana, mintak maaf kalau ada salah silap, kita seakan-akan sudah tidak bertegur.. tidak tahu dimana puncanya.. Untuk Kb, anda ada hutang dengan aku ya!!.. bila nak langsaikan.. haha..

so.. u guys.. along, Kb, Hana, Chayok, wani bajni, pai, eein, dayah, atin, hawa, wawa, temah, shirah, siti, carol, adlina, azmir, ejat, kak.basha, wan, razid, kak umi, dak wan (ane), mar, lan, wani kelantan, tie, wanies (byk wani nih) dan all chinese and indian students.. Thanks bebanyak.. all the best.. selamat bergraduasi.. semoga kenangan ini akan kekal selamanya dan tidak akan terpadam.. Good Luck.. owhh and dun forget me.. rajin-rajin melawat aku di UKM..

p/s: credits to wanie bajni for the pictures.. dan maaf kalau ada nama yang tertinggal, maaf dipinta mohon diampun..



ur cosmate:

Sunday 19 April 2009

My Brute

Ketepikan sekejap title di atas ini.. so the new issues yang ingin dipertengahkan ialah, aku-belom-lagi-menghantar-assignment.. aduhh.. tkpe.. mungkin esok sempat lagi walaupun minggu exam sudah pun start..

second issues, adalah aku-telah-menolak-JAKSA... and thanks to semua yang menyokong aku, kiri, kanan, depan dan belakang.. dan.. ayuh nyanyi ckett.. kiri, kiri, kiri, depan belakang, kiri depan, kiri belakang, kiri depan belakang.. hahaha... thanks again.. hope apa pilihan ini adalah yang terbaik.. aku ni memang susah sket nak buat keputusan.. kalau shopping, baju biru or merah pon adalah dalam satu jam memikirkannya..


ok, berbalik kepada tajuk, my brute.. ini apa? ini ialah game mak cik oi... (opssss kantoi men game di kala study week dan assignment belom dihantar).. jap gie, saya studylah ekk.. nak discuss jap bout this game.. ok, first sekali, anda kena create nick name, dan character sendiri, bentuk tubuh, warna rambut dan sebagainya.. bagaimana mahu bermain? game ni, setiap kali perlawanan karakter anda dalam arena, character akan bermain/berlawan secara automatik.. so xder lah nk tekan keyboard kuat-kuat untuk special combo or whatever... dari sini, mcm mana nak menang dan naik level..? lawanlah dengan level yang setaraf dengan anda.. jgn risau, kalau kalah pon still gained experience.. dan yang beshnya, anda semua boleh join pelbagai clan, dan mencari anak murid sendiri..

character yang dibina, jika anda telah melepasi tournament dan tahap tertentu, anda akan diberi ranking seperti padawan, brutal legend, beserk soul, vengeful flame dan banyak lagi..

game nih sedap gak, dan elok dimainkan di kala ingin release tension sempena study week ini.. just klik link di bawah untuk mencipta karakter sendiri.. so selamat mencuba.. Good Luck.. all the best..



Friday 17 April 2009

My Asignment

Aku ada asignment.. Tarikh terakhir untuk hantar asignment tersebut jumaat yang lepas... Maka ini menunjukkan yang aku tidak hantar asigment itu tepat pada waktunya.. Lalu aku berjanji untuk menyiapkannya pada hari isnin yang lepas..

Kebetulan aku balek rumah, johor bahru makanya, kena lah hantar ari rabu.. Disebabkan hari rabu aku sampai lambat, aku bercadang hantar hari khamis.. Tetapi.. Disebabkan aku pemalas.. Aku ingin hantar hari jumaat, iaitu hari ini.. Jadi kita tengok, aku berjaya atau tidak laksanakan misi ini...

hahaha... Sebenarnya aku ada satu habit yang sangat-sangat teruk.. Habit nya suka menangguhkan kerja.. lebih-lebih lagi asignment.. Lihat saja sekarang, aku dah tangguh selama seminggu dari tarikh asal.. Tidak tau sama ada lecturer akan terima atau tidak.. Lagi satu, bahang exam sudahpun terasa di kalangan mahasiswa, tetapi aku? masih lagi mengelamun.. owhh betapa aku ini pemalas.. Bila lah aku nak berubah.. Cepat, siapa yang boleh tunjukkan aku jalan kebenaran.. hahaha..

Owhh ya, credit untuk Kamilah, Shida, dan Jannah.. kerana tolong aku siapkan lab report IMT.. terima kasih yang amat sangat.. :)



Thursday 16 April 2009

Aku Pemberi Rasuah!!


kali ini title dalam bahasa melayu.. sebabnya aku tak tau nak translate..

ya, hari semalam aku dah memberi rasuah kepada seseorang.. aduhh jatuhlah kredibiliti aku sebagai seorang mahasiswa intelektual yang tinggi.. haha.. poyos..

Semalam aku baru balek dari JB menuju ke UKM.. al maklumalah, darah jiwa muda remaja... Speedometer kerap kali menujukkan angka 160/170 kmh.. jalan highway lak tuh kan.. lagi lah berlagak macam pemandu speed racer... tapi betol, aku xsedar speed sampai 170 kmh..

Maka dalam perjalanan selepas sempadan Melaka-N.Sembilan, aku ditahan polis trafik.. shit.. aduh.. First time kena tahan.. agak mengelabah gak.. hahaha.. Than ikuti perbualan aku.. :

Pak Polis: Encik tau apa kesalahan, memandu laju melebihi had, 146 kmh..

Aku: Mintak maap bang, kereta ni sedap di bawak, tak tau tertekan minyak kuat sangat, lagipun saya kejar masa ni, nak antar asigment jam 4.. saya student UKM..

Pak Polis: Sebelum saya saman awak, saya nak tanya, awak mampu x bayar saman ni.. Rm 300..

Aku: Saya ni student bang, mana ada duit.. RM 300 lak tuh.. Yuran UKM saya RM1000 tak bayar lagi..

Pak Polis: Kalau macam tuh, awak x ada cara lain..?

Aku: Cara lain? (blurr) owhh amaran.. bley kan amaran bang...

Pak Polis: Xda amaran2.. Bos saya ada kart depan tuh.. saman tetap saman.. nak saman atau cara lain?

Aku: ada cara lain ker selain saman? (bogel??, kena tangkap??, kete kena tarik?? )

Pak Polis: Awak nak saman ke cara lain? jangan buang masa saya.. banyak keter lain, saya ni tak mintak.. Jangan cakap saya mintak..

Aku: owhh (b_bi polis ni mintak duit aku)

Aku terharu bila bukak dompet, dalamnya sekeping not RM 50... siyallllllll.... Nak x nak, aku terpaksa bagi duit itu... Maka dengan sah, aku tergolong dalam golongan pemberi rasuah!!!! shilanat nya polis... mentang-mentang aku student, kau pau aku..

Perut dah buncit.. aku ni pon ngok gak, tak tgk no polis itu.. ceh.. kalau aku kaya, aku bayar saman... polis ni pon bongok gak kot.. dia tak tau ker skang zman siber.. mesti ader ramai blogger.. haha.. mana tau ader blogger sgapore kena tahan ker, abesla..

teruk betol polis zman skang..baru seorang.. yang lain?

Moralnya jgnlah bawak laju.. ingat orang tersayang..




Wednesday 15 April 2009

Politics And Me

Aku anggap apa yang berlaku ini lumrah sebahagian dari politik.. Aku anggap cerita ini luahan hati aku dalam menempuh perjalanan di kampus ini yang sentiasa bergelumang dengan politik.. walaupun post ini panjang, Bacalah sampai ke bawah, supaya anda tahu perjalanan hidup aku sehingga aku dalam dilema.. mungkin kerana hati itu busuk!! Berilah sedikit komen supaya aku tahu jalan yang perlu dipilh..

Aku menjadi Presiden Permaj dengan jalan yang senang… Rakan sekeliling memberi laluan yang mudah.. Aku tau mereka lebih layak dari aku.. Tapi mereka senang dan sudi membantu aku dari bawah.. Terima kasih juga kepada Kepimpinan PERMAJ sebelum ini.. memberi tunjuk ajar dan menerapkan pelbagai kemahiran..

Abg Syahrin, Bekas presiden Permaj 1998, dan kini menang sebagai exco pemuda UMNO Malaysia, pernah berkata.. Dia berada di landasan terbaik pada ketika ini adalah kerana PERMAJ.. dan aku berani berkata.. jika cerah masa depan ku di akan datang semuanya kerana PERMAJ.. PERMAJ adalah tulang belakang kejayaan aku sehingga kini..

Dengan PERMAJ, jalan aku terbentang luas.. hasrat ingin memegang kepimpinan UIPK (Urusetia Integrasi dan Perpaduan Kaum, HEP UKM) dan GPMS ( Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) UKM sudahpun terhenti di pertengahan jalan.. Namun, Alhamdulillah aku dapat memegang barisan Pemudahcara Bahagian Pusat dengan menjadi ketua sekretariat Pendaftaran, pada Minggu Pengenalan Pelajar 07/08.. Dengan jawatan ini, pengaruh di sekitar UKM mulai merebak.. Aku Berjaya menguatkan hubungan dengan HEP UKM, dan pelbagai lagi organisasi..

Jalan aku bertambah mudah bila aku menjadi Timbalan ketua pemudahcara bahagian pusat, MMP 08/09, jawatan kedua tertinggi di kalangan pelajar-pelajar, semasa minggu pengenalan pelajar diadakan selama seminggu.. Alhamdulillah sepanjang 2 tahun berturut-turut memegang jawatan Pemudahcara bahagian pusat, pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat aku perolehi.. dan yang paling penting, kekuatan minda dan mentality.. sebabnya untuk menguruskan 12 kolej yang pelbagai ragam, sudah semestinya emosi must be stabil dan kuat..

Sepanjang di UKM, 2 kali tawaran peluang keemasan berturut-turut datang kepada aku.. Tawaran untuk menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar.. Dan yang menjadi penghormatan, Pegawai HEP sendiri yang datang untuk meminta aku menjadi MPP UKM di samping rakan-rakan.. Teringat En Zameri, Ketua Pendaftar HEP UKM.. pernah berkata satu kerugian bagi aku melepaskan peluang MPP UKM.. Tapi sudah tentu aku ada alasan tertentu.. Aku ketandusan pointer yang melayakkan aku bertanding..

Sekali lagi, bahagian HEP UKM memberi aku penghormatan yang yang agak tinggi.. aku ditawarkan menjadi wakil UKM dalam delegasi pemimpin pelajar Malaysia ke konvensyen MALINDO Malaysia-Indonesia.. Hanya 3 orang wakil dari setiap Universiti.. Dan aku terpilih walaupun aku bukan MPP UKM.. Terasa sedikit bangga, sebabnya semua universiti yang lain menghantar YDP, NYDP MPP dan sebagainya sebagai wakil university mereka.. Konvensyen yang diadakan selama 10 hari di anjurkan setiap tahun oleh Kementerian Pelajaran Tinggi dan Majlis Kepimpinan dan Latihan Pelajar Universiti Malaysia (MAKLUM).

Untuk program Mikrobiologi UKM.. Aku diamanahkan untuk menjadi ketua Pengarah bagi annual dinner untuk kos mikrob.. dan aku memang ingin pegang.. sebabnya.. Aku ingin membuktikan kemampuan aku.. Aku bukan sekadar bercakap kosong.. Jika diimbas kembali tahun sebelumnya, ketika senior2 mikrobiologi memegang organisasi annual dinner.. Segala pandangan, cadangan, dan segala kritikan aku, dibuang mentah-mentah.. malah mereka mempertikaikan pencapaian akademik aku.. adakah pencapaian akademik berkaitan dengan pencapaian organisasi? Mereka juga menuduh aku bercakap kosong.. berlagak bagus dan sebagainya.. Maka dengan itu, aku berjaya buktikan.. dan penganjuran program ini di lihat terlalu berjaya dengan penajaan besar dari MOSTI (Ministry of Science, tenchnology and Inovasi).. Tempat yang special dan berkelas tinggi, makanan yang mewah dan pujian dari pelbagai pihak.. Dekan, Pensyarah dan juga MOSTI sendiri.. Untuk itu, pujian ini sepatutnya disandarkan kepada semua AJK Program ini.. Thanks A Lot.. Aku harap, ini dapat menutup mulut-mulut yang memandang rendah keupayaan akademik aku.. (walaupun xda kena mengena)..

Untuk kolej.. Aku berjinak dengan BKRS.. Sehingga aku di lantik menjadi Exco kepimpinan BKRS.. Di bawah amanah yang dipikul, aku berjaya menjalankan program Interaksi 1st year yang selama ini tertangguh selama 2 kali di bawah kepimpinan orang lain.. Mungkin mereka ada kesulitan yang susah nak dielakkan.. Tapi aku Berjaya menjalankan program itu.. walaupun ketika itu keadaan memaksa supaya program itu ditunda sekali lagi… Masalah Disebabkan kumpulan ajk dan organisasi berpisah jauh dengan kumpulan sasaran pelajar tahun pertama.. Berkat kesungguhan AJK-AJK program, Alhamdulillah aku Berjaya melaksanakannya..

Untuk kelab Xtreme-C.. walaupun aku bukan ahli.. tapi keakrabannya seolah-olah aku sebahagian daripada membership Xtreme-C.. mungkin kerana sebahagian besar organisasi itu terdiri daripada rakan-rakan rapat aku.. walaupun hanya ahli angkat sahaja, aku diberi penghormatan dari kelab ini, aku dibenarkan join pelbagai aktiviti, menjadi penceramah yang tak bertauliah, dan sebagainya termasuk menjadi Timbalan Jentera Aspirasi untuk KUO.. Untuk Jawatan Timbalan jentera, aku dapat membuka sedikit peluang untuk aspirasi bertakhta di hati pelajar-pelajar dengan beberapa siri ceramah x rasmi waktu malam.. walaupun aku tahu, jawatan ini sepatutnya terbuka hanya untuk ahli kelab sahaja.. tapi anda beri saya kepercayaan.. Thanks Guy..

Ada yang kata, aku tidak bagus.. susah untuk menjadi orang bawahan aku.. susah untuk bekerja dengan aku.. Bagi aku, mungkin ya ataupun mungkin tidak.. Tapi dari pengamatan kasar, aku tidak mencari kuasa macam ko..!! Tawaran yang datang pada aku… Aku tidak mengejar except satu dua jawatan.. Tapi kebanyakkan aku dapat sebagai tawaran.. Jika orang memberi aku peluang untuk sesuatu jawatan, bermakna Orang yakin dengan kemampuan aku.. Maka dengan itu, orang sudah bersedia bekerja di bawah aku, atau bekerja dengan aku.. Tapi sebagai pemimpin, mungkin ada kesalahan atau kelemahan.. itu aku mengaku, sebab aku manusia..

Dan hari ini secara terus terang, aku mengaku.. Aku memohon jawatan YDP Jaksa (Jawatan Kuasa Kebajikan Siswa SIswa) Kolej Ungku Omar mengikut prodesur tertentu termasuk temuduga untuk jawatan itu.. For ur information, mengikut info yang aku dapat, not sure rite or not, hanya aku yang meminta jawatan YDP.. hanya aku sahaja tahun tiga yang memintanya.. Atas alasan aku ingin menjadi YDP, yang pertama dari segi politik KUO, kedua dari susunan program-program yang sepatutnya memberi faedah kepada kolej, bukan program yang sia-sia.. Yang ketiga, ingin merebut peluang beberapa marketing besar yang ingin menjadikan KUO sebagai tempat event..

Dengan pengalaman aku menerajui pelbagai organisasi yang lebih besar dari kolej, aku rasa aku layak.(aku x cakap aku bagus), tapi mengikut pengalaman dan As 3rd year student.. Aku berpengalaman dalam Minggu Pengenalan Pelajar.. Aku berpengalaman dalam link-link dengan HEP dan pelbagai kementerian di Malaysia.. Aku berpengalaman dalam menghadapi situasi-situasi kritikal semasa berorganisasi.. (apakah aku perlu senaraikan semuanya jawatan-jawatan yang pernah aku pegang?)

Mengecewakan, Aku dapati, permohonan aku ditolak.. Aku ditawarkan JAKSA Keusahawanan dan bukannya YDP.. WHY? Kalau u guys baca, Felo dan Pengetua Kolej, Give me a reason.. Adakah anda yakin dengan kemampuan calon lain yang dianggap lebih baik dari aku.. Kalau macamtu bagilah dekat mereka.. Buktikan.. Atau Felo ingin membentuk kroni tersendiri.. yang aku tau, pandangan Jaksa lama ditolak dalam menentukan JAKSA yang baru.. Adakah anda adalah kuasa Veto.. Bagus dan sebagainya? Selama 2 tahun pun bukannya ada perubahan.. sama sahaja!!! Owhh ya... Disebabkan hanya seorang yang memohon YDP, maka dia dianggap menang tanpa bertanding, rite.. Itulah yang terjadi dalam kepimpinan JAKSA yang lepas.. Tapi mengapa sekarang di ubah cara pemilihan..

Sekarang aku dalam dilemma..

Terima Jawatan Jaksa Keusahawanan atau Tolak!!..

Aku ingin terima sebab aku ingin buktikan, yang aku akan cari pengaruh aku sendiri, dan buktikan yang aku mampu buat.. Kuat kan politik UO yang lesu dan memalukan.. Sangat memalukan.. Adakah Felo-Felo KUO tahu ini?

Aku ingin tolak sebab aku meluat dan menyampah dengan mereka yang seolah-olah menafikan kemampuan orang lain yang lebih dari mereka!!

Terima atau Tolak?


Saturday 11 April 2009

Double Dinner

9 April 2009
Majlis Ramah Mesra PERMAJ - Alumni
Puri Pujangga UKM



10 April 2009
Malam Seni Mahasiswa Mikrobiologi 09
Impian Golf Resort, Kajang




Kepada Ajk pelaksana Malam Seni Mahasiswa Mikrobiologi 09
Thanks A Lot
Ucapan Tahniah diterima pelbagai pihak
Anda semua berhak menerimanya..
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua
atas usaha kita bersama-sama menjayakannya
walaupun terdapat pelbagai tekanan dari persekitaran
kita berjaya buktikan
cakap kita bukan sekadar kosong..




Thursday 9 April 2009

islamic empire


seminggu ini, aku telah beli 2 novel yang menceritakan ketamadunan islam.. Yang pertama Benarkah Iskandar bukan Zulkarnain? yang menyingkap rahsia Al-Quran yang banyak menceritakan Zulkarnain adalah seorang raja yang beriman dan hebat. Namun gelaran Zulkarnain tidak layak disandarkan kepada Iskandar ataupun Alexander The Great mengikut hujah-hujah dan perbahasan dalam buku ini.

Yang kedua adalah Jatuhnya Sebuah Tamadun.. Yang membongkar rahsia kegemilangan dan kejatuhan yang dialami oleh Empayar Tamadun Islam sepanjang zaman.. Kedua-dua isi buku ini mungkin akan dikupas oleh entry yang akan datang..

Apa yang menariknya, di dalam pengenalan buku 'Jatuhnya sebuah Tamadun' ini menceritakan zaman peradaban Islam terbahagi kepada 3 bahagian..

-Zaman Klasik (zaman Nabi Muhammad S.A.W, khulafa al-Rasyidin di Madinah, Bani Umaiyah di Damaskus, dan Bani Abasiyyah di Baghdad)
-
Zaman pertengahan (safawi di Parsi, Mughal di India, dan Uthmaniah di Turki)
-
Zaman moden (dikenali zaman penjajahan Eropah terhadap Islam dan kebangkitan memperoleh kemerdekaan dari penjajah, ini termasuk Mesir, Turki, India, Malaysia dan Indonesia)

Setiap tamadun akan ada kebangkitan, dan akan ada kemunduran yang silih berganti.. Itu memang tidak dapat dinafikan.. Jadi apa yang menarik perhatian aku, jika sejarah mencatat tamadun Islam gemilang di zaman Klasik dan pertengahan, mengapa tidak ada Kebangkitan Islam di zaman moden? pastinya suatu masa yang akan datang, muncul sebuah kuasa Islam yang gagah, yang tidak mampu ditindas oleh Israel dan sekutunya.. yang mempunyai suara yang kuat di peringkat global..

Bayangkan negara itu adalah negara Islam Malaysia.. Nabi Muhammad sudahpun memberi tunjuk ajar dan teladan bagaimana Baginda mentadbir Madinah yang masyarakatnya terdiri daripada masyarakat yang majmuk.. Jadi Malaysia pun mampu menjadikan Madinah sebagai contoh untuk memacu kebangkitan kegemilangan ketamadunan Islam..

Jadi, yang BERHAK saja yang mampu mentadbir Malaysia untuk kearah merealisasikan Malaysia sebagai satu gagasan Ketamadunan Islam Moden.. InsyaAllah.. Ini terbukti, disebabkan ketamakan kita berpolitik dan merebut kuasa, Pulau Pinang mungkin mengikut jejak Singapura.. Fikir-fikirkanlah..



Wednesday 8 April 2009

Fast and Furious 4

semalam aku tgk movie yang bertitlekan fast & furious.. ok.. not bad.. jalan cter seperti biasa, bad guy vs nice guy, cops etc.. cuma yang menerujakan kami adalah kereta-kereta yang cambesh dan aksi lumba yang penuh mendebarkan.. Lebih aksi dari hujan yang mewarnai litar F! sepang tempoh hari.. Waaaahhhh.. sebagai seorang lelaki yang betul2 tulen dan maskulin.. kereta merupakan teman peribadi yang amat penting.. dan perlumbaan atau kelajuan membawa maksud yang sangat subjektif dan mampu membawa keghairahan seperti juga malam pertama.. opsss!! Kalaulah aku diberi pilihan untuk memilih kereta apa sahaja yang dikehendaki.. haha.. just like the movie..

huh.. wayang ini sedikit sebanyak mempengaruhi minda aku untuk terus berjuang demi mencantekkan kereta.. Tunggu 3 tahun lagi warranty, dan aku akan design my new car mengikut citarasa aku.. hehe.. Tambah front grill yang cambesh. sport rims 16 inch.. Lowered kan sket depan.. Angel eye LED, dan neon di bawah keter.. Owhh Sport TRD (Toyota research development) muffler di belakang.. Carbon Hood, dan lain-lain lagi.. Tak sabar rasanya untuk melihat kereta Vios ini bertukar wajah!!

Owhh adakah saya mengagumi kereta lebih dari seorang perempuan cantek??
Saya mengagumi apa sahaja yang mempunyai bentuk badan yang menggairahkan dan cantek :)
haha.. memandai jerkk..

Monday 6 April 2009

JJU 7583, a precious moment







Akhirya.. Kehilangan dirasai.. walaupun patah tumbuh hilang berganti.. yang pergi akan tetap diingati..
kenangan akan kekal sebagai satu memori yang pastinya tidak akan terpadam.
JJU 7583




Friday 3 April 2009

OMG

Korang pernah mengalami panggilan telefon or naseb yang mencemaskan..? ya! aku pernah.. setahun yang lepas.. Berkisar adek perempuan aku.. Maklumlah gadis remaja zaman skang.. Kalau x lari ngn Mamat Indonesia, majuk lari keluar rumah ntah mana-mana pergi..

Kisah cemas aku setahun yang lepas.. Panggilan dari adek lelaki aku..

Adek: Epong kart ner?

Aku: ader kart UKM ni, knp?

Adek: Epong ader masalah besar.. Kecian kart Ibu ngn Ayah..

Aku: Kenapa ngan Ibu ngn Ayah?

Adek: Diorang keluar nih, cari Bakyah.. Dah 3 Malam Bakyah xbalek rumah, Ibu dah tepon semua member dia, xder.. Tak tau Bakyah kemana skang.. Ibu dah wat report polis.. Ibu susah hati nih.. Nanges jerk..

Aku: 3 hari hilang, kenapa baru bagitau skang!!.. Kenapa bakyah lari dari rumah?

Adek: Tak tau.. Ibu cakap Dia merajuk sebab Ibu ada marah bakyah.. Bakyah kurang ajar, dia melawan, dia marah2 ibu balek.. Pastu Ibu tampar Bakyah sampai Bakyah nanges, esok terus bakyah lari.. lepas sekolah dia terus x balek2.. Ayah tunggu kart sekolah dia tkder..

Aku: Dah tepon semua member dier ker? macam mana lah bley lari bakyah nih.. Apa yang dia buat sampai Ibu marah?

Adek: tak tau, adek tkder masa tuh.. Ibu cakap dia nak keluar ngn memember dier, Ibu x kasik.. Cmmana nih epong..

Aku: Nak buat cmner, cari jelah.. Nak suh Epong balek umah x?

Adek: xper, Xyah balek.. Ibu cakap xyah balek..

Epong: Knp Ibu x bagi balek?

Adek: Sebab.. Adek nak cakap kart epong ; April fools

Epong: Asam Boy &^*%&%$&^$^%#

Aku ditipu aderk sendiri setahun yang lepas.. Nway Aku nk balek JB petang nih.. tapi terlawat blog Mr.Shahrin dan teringin juga menceritakan pengalaman aku.. Hampehh.. K, jumpa lagi Isnin depan!!

Thursday 2 April 2009

Farewell Party!!


Hari ini aku meraikan majlis perpisahan dengan Teman Setia aku..
Teman aku sebagai pendengar di kala aku sedang marah!
Teman aku yang setia ketika aku dalam pelbagai situasi..
Dia segala-galanya
Membantu aku di kala aku kesusahan..
Teman yang akan diam, walaupun aku marah dia.
Teman yang akan mendengar segala luahan isi hati aku pada dia..

Teman aku ketika aku bersedih
Teman aku ketika aku gembira
Segalanya dia sentiasa disisi

Hari ini aku mula merasai kehilangan..

Aku ingin nangis..
Aku sangat ingin menangis..

Aku seorang yang takut pada kehilangan..
Aku bakal kehilangan kau, teman.
Surely, aku akan rindu kau sesangat..

AKU SAYANG KAN KAU
AKU SANGAT SAYANG PADA KAU

sampai akhir hayat aku, aku tidak akan lupakan kau.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup aku!!