Showing posts with label rasuah. Show all posts
Showing posts with label rasuah. Show all posts

Thursday, 16 April 2009

Aku Pemberi Rasuah!!


kali ini title dalam bahasa melayu.. sebabnya aku tak tau nak translate..

ya, hari semalam aku dah memberi rasuah kepada seseorang.. aduhh jatuhlah kredibiliti aku sebagai seorang mahasiswa intelektual yang tinggi.. haha.. poyos..

Semalam aku baru balek dari JB menuju ke UKM.. al maklumalah, darah jiwa muda remaja... Speedometer kerap kali menujukkan angka 160/170 kmh.. jalan highway lak tuh kan.. lagi lah berlagak macam pemandu speed racer... tapi betol, aku xsedar speed sampai 170 kmh..

Maka dalam perjalanan selepas sempadan Melaka-N.Sembilan, aku ditahan polis trafik.. shit.. aduh.. First time kena tahan.. agak mengelabah gak.. hahaha.. Than ikuti perbualan aku.. :

Pak Polis: Encik tau apa kesalahan, memandu laju melebihi had, 146 kmh..

Aku: Mintak maap bang, kereta ni sedap di bawak, tak tau tertekan minyak kuat sangat, lagipun saya kejar masa ni, nak antar asigment jam 4.. saya student UKM..

Pak Polis: Sebelum saya saman awak, saya nak tanya, awak mampu x bayar saman ni.. Rm 300..

Aku: Saya ni student bang, mana ada duit.. RM 300 lak tuh.. Yuran UKM saya RM1000 tak bayar lagi..

Pak Polis: Kalau macam tuh, awak x ada cara lain..?

Aku: Cara lain? (blurr) owhh amaran.. bley kan amaran bang...

Pak Polis: Xda amaran2.. Bos saya ada kart depan tuh.. saman tetap saman.. nak saman atau cara lain?

Aku: ada cara lain ker selain saman? (bogel??, kena tangkap??, kete kena tarik?? )

Pak Polis: Awak nak saman ke cara lain? jangan buang masa saya.. banyak keter lain, saya ni tak mintak.. Jangan cakap saya mintak..

Aku: owhh (b_bi polis ni mintak duit aku)

Aku terharu bila bukak dompet, dalamnya sekeping not RM 50... siyallllllll.... Nak x nak, aku terpaksa bagi duit itu... Maka dengan sah, aku tergolong dalam golongan pemberi rasuah!!!! shilanat nya polis... mentang-mentang aku student, kau pau aku..

Perut dah buncit.. aku ni pon ngok gak, tak tgk no polis itu.. ceh.. kalau aku kaya, aku bayar saman... polis ni pon bongok gak kot.. dia tak tau ker skang zman siber.. mesti ader ramai blogger.. haha.. mana tau ader blogger sgapore kena tahan ker, abesla..

teruk betol polis zman skang..baru seorang.. yang lain?

Moralnya jgnlah bawak laju.. ingat orang tersayang..