Friday 31 December 2010

Thursday 30 December 2010

Motivasi Sekitar 10 minit

kadang - kadang kita terasa yang hidup ini tak semuanya indah... Maka kita banyak membuang masa dengan merungut dan merenung masa depan yang tak pasti kita nampak.. Pengalaman bekerja dalam sektor perindustrian atau bahasa pasarnya keje kilang ni sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda tentang erti nikmat dan bersyukur..


bayangkan operator kilang bekerja selama 12 jam dan hanya rehat selama 40 minit. Waktu rehat kebiasaannya mereka ni akan makan makanan yang dibekal dari rumah.. Tapi apa yang mengusik hati ini, bila ada sesetengah makcik-makcik operator yang rehatnya hanya beralaskan perut dengan bekal kacang tanah yang digoreng.. Air minuman pula hanya didapati dari water cooler yang memang disediakan di kantin kilang..




kita pula bila time lunch sibuk nak mencari McD, KFC, Pizza, atau nasi campur yang berkuahkan lauk-lauk yang sedap.. Bila kenyang, mata akan jadi mengantuk, kerja pon jadi malas..


Bila difikirkan balik, ada sebab mengapa kita berbeza dari cara hidup.. semuanya kerana impian dan harapan kita berbeza.. Dia mungkin berjimat.. wang perlu dihantar pada keluarga demi sesuap nasi.. wang dan pekerjaan baginya adalah satu keperluan untuk survival hidup..


Bagi impian dan harapan kita sama sekali sangat berbeza.. kita juga perlu berjimat.. tapi impian dan harapan kita sangat tinggi.. wang bagi kita lebih dari sekadar keperluan hidup.. kita perlukan pendapatan yang tinggi untuk bagi pendidikan yang sempurna pada anak-anak, kehidupan yang sempurna pada keluarga... dan kehidupan yang serba lengkap untuk kita mencelah arus pemodenan masa kini..


*kesimpulannya aku hanya bermotivasi sekitar 10 minit saja ketika tengok makcik tu makan kacang tanah goreng.. then bila aku mulai berfikir-berfikir-dan terus berfikir, aku jadi 'down' balik sebab harapan dan impian aku tersangat tinggi..


duh!

Sunday 26 December 2010

Malaya Tiger! *update



Umum tau kita dah menang pusingan pertama final Piala AFF Suzuki.. Harimau Malaya dah koyakkan sebelah sayap sang garuda... Dengan 3 koyakkan...


So well done and congrats...


Mesti ramai yang cakap.. "Alah kalau Malaysia menang, semua nak bangga.. Kalau Malaysia Kalah semua nak caci maki"... 


Aku plak nk cakap... Kalau kalah tapi team Malaysia main dengan baik, tak da sapa yang nak caci maki.. Tapi kalau kalah dan main macam mintak kalah.. Sapa yang tak hot..?


Sekarang pembangkang selalu cakap.. rakyat dah pandai memilih, dah pandai mengundi... Jadi rakyat sekarang pon tau jugak team mana yang pandai main, team mana yang memang macam ayam...


Jadi so far, Malaysian team main memang the best.. keep up the good work.. and good luck at Jakarta nanti... 


bawak balik Piala Suzuki tu ke Malaysia...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

*update - 20 Dec 2010


Malaysia win the AFF Suzuki Cup


Congrats to Malaysian Team..


And now all you need is consistency

maybe Malaysia will get thro to Final Wold Cup


who knows..!


Congrats Again!

Sukar untuk Diramal!

minggu ni dan minggu-minggu depan pastinya akan berubah... 


setiap hari lepas tersedar dari lena, mesti berharap setiap keputusan akan berubah... tapi realiti tetap macam tuh... sejengkal pon tidak terusik dan berubah... jadi kita lalui saja hari-hari dengan perasaan yang seribu satu macam rasa...


semakin dewasa ini, aku tidak pernah dapat apa yang aku nak.. itu realitinya...


masa depan sudah makin sukar untuk diramal!

Friday 24 December 2010

At This Time

At this time 


once again


i just wanna say


im totally 


give it up


and there's no point to still


work hard


coz the result would be the 


same

Wednesday 22 December 2010

Pompuan memang emo kan..?

Agree tak kalau aku cakap pompuan senang emo..?


well aku percaya lelaki juga senang emo.. but tak semua lelaki macam tuh.. kalau ada 10 orang sekor je yang suka emo tak tentu pasal... macam shiall....


kalau pompuan dari 10 tu.. aku bagi 9-orang-emo... seorang je yang pandai rileks, dan bertenang dan tak marah-marah macam kau yang tahu semua kan!...


apesal pompuan senang sangat nak emo!... aku geram tol... kalau kau penat sekali pun tak payahlah nak marah-marah... cakaplah ko penat and then orang akan paham lah.. tak payah nak kaunseling aku sebab belum sampai masanya aku nak kaunseling ko balek....


kalau cerita pasal survived... kau campak aku kat mana pun, aku boleh hidup je... Nway kalau dah ada jawatan ko, buat apa wujud jawatan aku kalau aku yang kena buat kerja..? dahlah jawatan aku atas dari ko, tapi gaji sama.. so takkan aku nak buat kerja ko pulak...


most important thing to remember... kalau bekerja.. tak ada sesiapa yang boleh ko percaya even dia kelihatan baik dan nice... sebab kalau dia dah emo, babi kat hutan pon dia boleh nak marah sesuka hati...


aku emo dalam blog je.. aku x emo depan orang.!

interview... phew!

ada org cakap aku orang nya kelam kabut.. aku x percaya.. rite now aku mulai percaya.. yes.. aku memang kelam kabut..


masa on the way ke Bangi... everything ok.. well prepared.. lengkap sijil hape semua...


but masa pagi tu.. something happened.. aku masuk tunggu giliran sepertimana yang dijanjikan pukul 9am interbiu tu... Dalam list i'll be a second.. tapi sorang pon tak dipanggil lagi.. so i keep waiting untill kul 10.30 kot rasanya....


then masuk seorang pegawai yang i guess seorang penemuduga... tetiba terdetik hati nak check fail sijil yang dibawa.. rupaya-rupanya fail sijil tu berisi dengan keratan akhbar.. kartun-kartun yang aku lukis.. kartun-kartun yang orang hadiahkan kat aku... Sijij-sijil yang buruk coz tertumpahkan air kat situ.. Senang kata thats not the file that i want to show kat penemuduga..


aku dah start berderau darah.. tapi kelebihan aku boleh bertindak dan berfikir dengan cepat... so aku terus bangun dan mintak tundakan my turn.. aku saja bagi alasan aku sakit perut..


aku terus berjalan secara laju ke kereta untuk ambil file yang satu lagi..... untuk pengetahuan, Putrajaya time pagi memang sangat sesak, penuh dengan kereta dan parking yang super duper padat... so kereta aku memang tersangat-sangat jauh dari tempat temuduga tuh.. 


Sigh...


bila masuk berpeluh-peluh... mencair di semua part macam cairnya ais di kutub-kutub utara dan selatan...


then aku anggap itu mesti kelam kabut sebab pagi tu aku sampai lambat... 5 minute to 9am baru sampai... sebab aku x expect putrajaya jem sangat.. dengan parking yang sangat-sangat takda..


so far aku letak 50-50 untuk peluang kerja tu.. (-_- !)

Sunday 19 December 2010

wish me.....

wish me luck..

i got an interview tomorrow

sangat inginkan kerja itu coz i believe ianya boleh membantu mencapai cita-cita, impian dan harapan yang dipasang selama ini... 

really-really hope...

so guys... pray for me and pray for my luck!

thanks

lots of love

Friday 17 December 2010

Next Year Wishlist..

Dah nak hampir masuk ke tahun 2011.. So nak buat wishlist.. Mudah-mudahan termakbul impian dan hajat ^_^
senarai ni maybe akan update dari masa ke semasa mengikut keperluan nafsu.. ahahaha..

1. Sony Erricsson X10


2. DSLR Camera.. Canon or Sony Maybe..


3. Modified my Vios 

(tinted, brake clipper, spoiler, leather seat)

4. Better Job

5. Jam tangan Fossil


6. Alienware PC for Gaming


7. Sony ps3
(kalau dah dapat Alienware gaming ni.. tolak tepi je PS3.. unless ada orang nak bagi free)

8. Bowling set..


(bagi menggantikan set aku yang ilang dulu)

9. TV Sony Bravia 3D



harganya mencecah Puluh ribu... Something like RM33+++
Duh! ni bukan wishlist next year.. Ni dah termasuk wishlist for life..
.
.
.
.
.
.
.
.
10. Awek Cun..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
10.1. Lisa Surihani....


Thursday 16 December 2010

Buah Kena Samak

Ini bukan kisahku.. Ini kisah seorang sahabat.. Sahabat ni graduan jurusan Syariah..


Alkisahnya kami on the way nak keluar.. Aku drive sementara dia di seat sebelah.. Tidak semena-mena Hp dia berbunyi ada meseg dari seorang kawan lama yang kedengaran begini;


" salam.. nak tanya sikit.. Apa hukumnya kalau kita makan buah hasil dari tanaman yang dibaja dengan sumber/baja yang haram?"


Dia memandang aku sambil baca balik isi kandungan meseg tu.. Aku tak reti bab hukum-hakam ni apatah lagi soalan yang pelik sebegitu rupa..


Dia berseloroh sambil menjawab meseg tersebut.. Jawapannya;


"Kena samak dulu buah tu sebelum makan"


Aku masih terdiam.. Antara percaya atau tidak jawapan yang diberi tu tepat..


Kemudian ada satu lagi meseg masuk sebagai balasan kepada jawapannya tadi..


" serius..? Kalau macam tu terima kasih!.."


Dia pandang aku kemudian tergelak.. Aku pun turut tergelak..  hahaha.. nampak sangat jawapan dia temberang dan budak yang menanyakan soalan tu mesti percaya bulat-bulat jawapan dari dia.. Jenuh agaknya nak samak buah satu persatu before nak makan.. Kurang asam! hahahaha 

Wednesday 15 December 2010

Cabaran Kerja

Mostly semua kerja akan menuntut kita bangun awal kan. Tu kenalah well prepared.. Tak ley dah enjoy lepak tengok movies sampai kul 3-4 pagi.. Kenalah lah jugak tahan bersengkang mata semata-mata nak update blog dengan monitoring facebook. Fakta yang menarik tapi pelik, FB tu tak ada pon yang interesting sangat tetapi ko akan keep reloading selama hampir dua jam tanpa berlaku nya perubahan yang besar dalam fb tu.. weird kan.. or aku sorang je yang rasa.?


Sampai office, perkara pertama mestilah buat-buat ada kerja selama satu jam.. Tak dapat kerja kilang nak macam kerja 'gomen'.. Punch jam 8.00.. Bersembang sampai rehat.. Alasan sebab ko kena buat-buat ada kerja, sebab malas nak turun ke production yang panas dan penuh dengan pencemaran bunyi.. Dalam production tu nanti, kena lah belajar untuk check setiap kualiti, make sure berat badan product tu ikut range, make sure jugak suhu tetap dan panas ikut keperluan sesuatu product.. And kena lah jugak berkawan dengan machines.. Dimana gripper, sealer, product pump, buffer tank, and semualah biology part of machines tuh.. Kalau kena kenal machines baik aku kenal engine part dalam kete aku.. 


Sehari kerja starting kul 8am balik kul 6pm petang. Waktu rehat sejam dari kul 12pm hingga kul 1pm.. Kerja kilang macamni menuntut ko kerja je sepanjang masa.. Nak curi tido, keluar jap... mimpi lah.. geng pon xda.. Semua stock skema, balik x sharp kul 6.. busy agaknya...


Standard ar keje mana yang tak penat kan.. Ni pon sampai terdemam-demam ni ha... Esok dapat mc.. Dan sejak kerja kat sini pelbagai dah rumours tentang kilang ni.. semuanya negatif.. Menambah kan lagi rasa 'nak resign'..  'nak resign'.. Semua bos dan staff QA muka tensen semacam dan nk makan orang.. Dalam opis semuanya pon diam.. Aku nak jugak bergosip pasal faizal tahir ke, or anna raffali.. Dengan HR pon bajet-kerek-nak-mampus..


Terfikir jugak.. Aku je yang rasa macam tu ke, atau kilang ni benar-benar x bagus..


Just three i keep in my mind

1: keep it as challenge
2: Take it as an experience
3: One day, InshaAllah..i'll find another better job offer and suit with me well..


p/s: demam yang sangat teruk! haih...

Tuesday 14 December 2010

New...

Rasanya macam rindu lah plak kat template lama.. becoz this one too simple.. Dengan tak ada masa nak buat header.. Main taruk je header yang asal boleh... Ermm




You guys think..? Any Suggestion..?

Sunday 12 December 2010

Aha!

aha!... hahaha... tergelak jap.. tak tau nak letak tajuk apa dowh.. mcm lama je tak update kan... nak tulis je mata dah berpinar ngntok.. huish... actually aku ada story tak-berapa-nak-best dan kelakar nak post kat sini...


yang tak-berapa-nak-best nya... aku tak suka kerja aku... hahahaha.... yes i know, aku tau... bersyukur dengan apa yang ada... tapi x salah kan kalau aku nak cakap yang i really tak suka... sebab apa..? simple.. tak kena dengan jiwa... mesti ada orang akan cakap... "eleh kerja memilih... kat luar tu ramai lagi yang tak dapat kerja.." so what? simple answer from me... bila kita nak buat sesuatu kenalah buat secara sukarela walaupun atas nama kerja.. kalau kau buat sesuatu kerja tanpa ko sendiri redha dengan kerja yang ko lakukan tu, makanya pada pendapat aku.. better kita cari kerja yang lain.. sebab aku percaya pada rezeki selagi mana kita percaya pada Tuhan yang memberi rezeki dan kebahagiaan...



yang kelakarnya... my boss memilih pekerjanya berdasarkan horoskop... and mostly semuanya berbulan 5... yang bulan 7 dan bulan 9 baru saja berhenti... sebab apa.. aku tak tau.. and mostly jugak, semua QA tarikh lahir bulan 5 akan kekal 4-5 tahun.. DUh! aku nak keluar dari sumpahan itu!... kelakar kan... aku rasa weird dan tak rasa persekitaran kerja akan berkembang dengan baik tanpa ada curahan idea dari pelbagai personaliti.. yep aku admit yang mostly karakteristik seseorang itu akan sama berdasarkan bulan yang sama.. kalau dah sama advantage nya senang bekerjasama.. disadvantage-nya xdalah apa yang dinamakan curahan idea dari pelbagai personaliti itu...




sangat weird!....

Thursday 2 December 2010

the end

passion president director vice director lawyer architecture dreams job sports friends special politician interest brilliant leadership clean good non-smoker happy-go-lucky friendly smile great others







nah! thats not me


coz im crying, and lost


coz im










loser!


Wednesday 1 December 2010

Balek Kerja - InshaAllah

Bila balek kerja je, dengan melalui jalan jem.. Perjalanan 20 minit boleh jadi 1 jam... Then akan tiba satu waktu tepat kul 7 akan ada refleksi dari siaran Hot fm.. Yang menyiarkan lagu-lagu keagamaan.. Dan salah satu lagu tu mengandungi bait - bait yang cukup memukau.. Seolah-olah ianya memahami apa yang difikirkan dan memberi semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan..



InshaAllah - Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on 
You feel so lost 
That your so alone 
All you see is night 
And darkness all around 
You feel so helpless 
You can’t see which way to go 
Don’t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 

Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 

Everytime you commit one more mistake 
You feel you can’t repent 
And that its way too late 
Your’re so confused, wrong decisions you have made 
Haunt your mind and your heart is full of shame 



Don’t despair and never loose hope 
Cause Allah is always by your side 
Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 
Insha Allah x3 
Insya Allah you’ll find your way 

Turn to Allah 
He’s never far away 
Put your trust in Him 
Raise your hands and pray 
OOO Ya Allah 
Guide my steps don’t let me go astray 
You’re the only one that showed me the way, 
Showed me the way x2 
Insha Allah x3 
Insya Allah we’ll find the way 



p/s: bait - bait nya cukup memukau! inspirasi!

Monday 29 November 2010

Cinta Terakhir

Cinta Terakhir – Aiman

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan




Sunday 28 November 2010

Astrology

korang percaya tak dengan astrology, zodiak dan bermacam-macam lagi tentang ramalan dari tarikh lahir ni... contohnya macam warna berdasarkan tarikh lahir, berdasarkan bentuk jari dan sebagainya... 


Aku x percaya tapi suka baca... Aku tak akan baca yang "minggu ni kamu bernaseb malang, kena langgar bulldozer etc etc".. tapi aku lebih suka baca part "kamu dilahirkan pada tarikh lahir ni kelihatan matang, berdikari etc etc"


Sebab kadang-kadang baca sumthing macam ni boleh membina semula keyakinan diri kita... Dan memang secara tak langsung akan ada beberapa persamaan.. lebih kurang 80% tepat dengan personaliti kita sebenarnya... 


Dan astrology yang aku baru baca sebelum ni hampir tepat dengan personaliti sebenar aku.. Terutama dari segi finances, dream and goals... Cuma tak ter explain... Dan Astrology ni boleh explain kan secara detail... =) Let See.........




 May 27 Birthday Astrology
 Geminis born May 27 are masters at reinventing themselves. This is their way of remaining interesting to themselves and others. They never quite let anyone see their true self, not even those individuals who are closest to them. They revel in maintaining a sense of mystery and intrigue.


Friends and Lovers
May 27 natives love the spotlight and enjoy an active social life. They like eccentric people who share their love of good food, good wine, and smart conversation. Romance is their favorite pastime. They are natural flirts and generally prefer "the chase" to any other aspect of love


Children and Family

Like many Gemini natives, May 27 people never quite grow up. They remain in touch with that magical land of childhood and take spiritual refuge in it when the realities of life grow too hard. They may not be excellent parents in the conventional sense, but they can bond with their kids as pals in a way that many parents cannot; they are pals more than parents. 

Health
May 27 individuals have a high-strung, nervous temperament. This can cause them to fall into bad health habits. Headaches and insomnia may be problems for these individuals. They can remedy these by learning how to relax, which can be difficult for any Gemini. 

Career and Finances
May 27 natives adore fashion and are often impeccably dressed, making them an asset in any profession. They are naturally artistic yet may prefer a career that exists on the fringes of creativity. They are not particularly good with money. They spend it far too freely and sometimes foolishly. They are generous in the extreme. 

Dreams and Goals
May 27 people want to be noticed. They have the feeling -- generally correct -- that they are not ordinary individuals but someone special. They will usually find a way to shine, since anything else is unbearable for their ego.


Thursday 25 November 2010

Negative thinking

Bila kita dah terfikir sesuatu itu negatif... susah plak kita nak ubah untuk jadi ianya positive.... no matter what ever you do. end up dia akan berubah balik jadi negative thinking... damm ouh!


positive... negative... positive.. negative... really..! boleh ke sesuatu yang negative tu bertukar jadi positive by the way of thinking matter je.. kalau dah benda tu memang negative kan....

kalau ikut rule mathematics ni... negative plus negative je baru boleh dapat positive...
kalau pikir negative then tambah lagi negative.... hosp. mental lah positive nya..! demm..


everything yang berlaku ada hikmah... cuma itu je positive thinking yang ada.. tak tahu sampai bila boleh bertahan nak pikir macam tu je... adeh.....


Tuesday 23 November 2010

So... Smile...

Dah berbulan duk umah... Semuanya jadi serba x kena... Ada je mood swing pelbagai sudut... macam budak budak pompuan lak.. Serba salah dari semua segi.. Ini tak boleh, itu tak boleh.. Lagi-lagi bila berhadapan dengan orang yang semuanya pon cerewet dan serba x kena.. So terpaksa lah ikotkan je kemana arus itu nak menghala... Semuanya jadi tanggungjawab kita nak memahami orang.. Tapi nak cari orang yang memahami kita bukannya senang.. Kadang-kadang terfikir... Dunia ni memang tidak adil dan tak da balance nyer... sebab... Secara teori yang dikeluarkan sendiri... kita mungkin memahami orang lain, tapi orang lain tidak memahami kita.. begitu sebaliknya... Kita tidak memahami orang lain, tetapi orang lain memahami kita... Dan siapa saje dalam dunia ni yang sanggup berkorban perasaan sendiri demi perasaan orang lain... I wish i can be that poor guy... Coz the world must be full with love not hatred.. Kalau kita korbankan perasaan sendiri boleh dikira kasih sayang.. Tapi bila kita nak orang lain memahami kita, and the end kita tak dapat, kita akan benci dan sakit ati.. lama-lama jadi dendam... just a theory..


hehe.. Dah janji kan b4 this, xnk lagi kecewa dan memendam perasaan.. Sebab aku nak semua dunia ni tersenyum... Biar perasaan dan keinginan kita disakiti.. Janji orang lain bahagia dan tersenyum.. Kita akan tersenyumm... Cuma susah sikit je nak ubah tabiat asal.. Tapi its ok... Kadang-kadang kita rasa kita betul.. tapi bila orang kata kita salah, mungkin ada benarnya.. just check and found ur wrong.. Semua orang buat salah...


Hopefully hari ni akan jadi satu hari permulaan kepada satu kehidupan yang lebih matang, satu kehidupan yang memacu diri ini menjadi lebih sempurna.. (Everybody not perfect, but try to be matured and perfect).... Hari ni harapnya akan merubah diri ini kepada bentuk yang lebih dikehendaki.. cayok-cayok...


Kalau kita tak da siapa nak memahami.. its ok.. kerana...
yang penting everytime, everywhere, everysecond, Allah ada, sentiasa mendengar, sentiasa memahami,... Secara sedar atau tak, Dia ada sentiasa disisi saat kita memerlukanNya.. Jadi sentiasalah ingat kepadaNya tak kira susah atau pun senang....



:) so smile... Hari ni start keje... kalau busy maaf ye x update blog... : D

Saturday 20 November 2010

Saya nak.....

Boleh tak saya nak girlfriend macam Hermione dalam Harry Potter.....




Dia cute, chumil, garang, tegas, berdikari, fashionable, pandai, bijak, smart, berani, tidak mudah mengalah, tak kenal erti kalah... dia nanges pon sweeeeeeeet jerk... saya dah jatuh cinta sangat-sangat pada dia...
.
.
.
.
.
.
.
.
Im in love........

Tuesday 16 November 2010

Lain Yang Mohon Lain Yang Dapat

Kalau aku tengok rakan-rakan lain dah bekerja.. Di hati masih terdetik perasaan cemburu. Yelah, kita still di rumah.. Duduk menghadap komputer hari - hari.. Tapi jauh di sudut hati, aku masih percaya setiap kita memang ada rezeki masing-masing.. Yang penting jangan mengalah dan usaha.. Aku masih menunggu panggilan temuduga dari setiap 25 kementerian untuk jawatan Pegawai Khidmat Singkat. Tapi latest ni, aku dapat panggilan temuduga yang kedua di KMC Food SDN BHD untuk jawatan lab technician (Microbiology)..


Bila temuduga, dengann perangai gelabah aku, aku boleh tertinggal resume.. nak wat macamana, tawakkal je lah.. Then bila temuduga, aku bernaseb baik sebab dia xperasan kot yang aku tak da resume.. Cuma terus terang dia cakap aku tak layak dapat jawatan Lab Technician tu sebab aku lemah dalam akademik, dan aku x dapat jawab langsung sepatah haram tentang Mikrobiologi..Siap kena gelak bila kata Apergillus tu kulat yang berspora.. Rupanya Aspergillus tak keluakan spora pon.. Padahal Aspergillus tu include dalam kajian tesis aku.. hahaha... malu dan down biasalah, tapi aku senyum je lah.. nak wat cmna..


Tapi bila dah kata, rezeki orang masing-masing, aku terus ditawarkan jawatan QA officer.. Maybe sebab aku pandai bodek kot.. hahaha... And QA ni kena jaga quality product and make sure setiap pekerja menjalankan prosedur yang betul... Termasuk prosedur untuk Lab Technician.. Agak susah gak aku nak terima.. Sebab kerja kilang swasta ni terlalu busy sampai takda masa bersosial.. Silap silap sabtu ahad pun kena kerja..



Cuma pegawai yang temuduga aku tu kata, kalau boleh tak nak aku keluar dari kilang ni sebab dia dah penat asyik nak train budak je tp at the end budak tu akan keluar.. Ermm aku dah serba salah.. sebab aku memang tunggu panggilan dari kementerian ni.. Tapi kalau aku dapat jawatan yang lebih baik, diorang boleh cakap apa kan? Then aku kena ubah lah personaliti aku jadi lebih pentingkan diri sedikit.. Asyik sangat rasa kesian, hidup aku pon takkan bergerak kemana-mana.. So aku akan try QA ni dulu.. Coz i know the true future of me still waiting...


Selamat menyambut AidilAdha dan melangkah ke alam pekerjaan =)

Friday 12 November 2010

Artis, Malaysia dan Internet.

Nak menang broadband free...? pergi mintak ngn pakwe atau makwe ko... hahahaha.... ~ intro..


ntah pape je... hurmmm zaman skang nih canggih kan dengan adanya internet... dan wujud slogan seperti "kemana saja hanya dengan jari" (lebih kurang lah).. Dengan promosi-promosi dari syarikat-syarikat besar yang nak melariskan penjualan broadband mereka, belom masuk lagi tmnet dengan streamyx nya.. apatah lagi skang dengan P1-Wimax...


Bayangkan zaman sekarang nih, budak-budak umur 7 tahun dah pandai melayari internet.. Sudah tau berblogging.. Sudah tau bermain laman web sosial.. Dan pandai menonton youtube.. Dengan sebilangan besar artis malaysia yang berlambak berpakaian seksi (baca: tak semua) ditambah dengan artis-artis luar negara, korang agak memberi pengaruh yang besar tak pada pembesaran kanak-kanak advance macamtuh.. Yelah, katakan dia bukak youtube, tgk video clip yang ada tarian, lirik yang tak senonoh dan gambar-gambar artis yang seksi.. Duh! Rasa macam tak selamat jew pada pemikiran kanak-kanak yang belom mengerti apa-apa tuh..


Yep.. Semua cakap peranan mendidik anak-anak pada ibu bapa.. Apatah lagi guru-guru sekarang telah dihapuskan sebahagian besar tanggungjawabnya dalam membentuk sahsiah anak-anak.. Guru-guru kalau nak jentik je kena saman.. Anak-anak skang plak memang susah nak makan saman.. Jadi memang tangungjawab pada ibu bapa je lah kan.. Katakan 10 orang ibu bapa yang sudah ada anak.. Belom tentu 10 ibu bapa tu mampu mengawal pergerakan dan perbuatan anak-anak mereka.. Kalau pun sekali berjaya dikawal, itu di rumah.. Di luar? Faktor rakan sebaya..? Budak-budak sekarang tadika pon dah ada i-phone.. Dasyhat..!


Zaman sekarang terlalu mencabar.. Artis-artis Malaysia kebanyakkan nya tak reti nak malu.. Seksi bagi mereka merupakan satu subjektif dan bergantung pada mereka yang melihatnya.. Tanpa mengira kesan pada orang lain.. Tolak tepi lah artis antarabangsa... Budak mereka memang dah acuannya begitu.. Yang kita terhegeh-hegeh berpakaian seperti mereka kenapa plak.. Ades..

Emma watson!.... 143.. hahahaha

Nak cakap pon entahlah... Cakap kat blog pon bukan diorang baca pon.. (-_- !).. Cuma nak bgtau.. Sesapa terbaca entry ni, kenalah kita kawal ketat sikit aktiviti-aktiviti anak-anak kita.. Jangan kita biarkan artis-artis jadi idola mereka.. Maher Zain takpe.. ahaks... okes...?


~ Akhir zaman ~

Tuesday 9 November 2010

perma..? ape tuh?

Well.. hahaha.. senak jap perut aku tahan ketawa... perma? pernah dengar tak? ermm ok! citernya begini.. aku ada lah tolong adik lelaki aku design t-shirt kelas.. untuk additional info, adek aku ni sekolah English College. or EC.. sekolah premier but satu gender.. Lelaki.. so sumbang lah sedikit idea untuk design coz idea asal just sangat-sangat tadika.. and then berlakulah perbualan begini.


Aku : Ni ha design.. nak garis-garis ke petak-petak.. kalau garis-garis tengah cantik look like Malaysian New Jersey..

Adek : Nak petak-petak lah.. nice gak!

Aku : ok, so aku ingat nak letak motto "we boys, no girls, no cries" kat belakang.. with block letter..

Adek : okeh, smart!

Aku : ok then depan kanan letak logo sekolah with EC bawahnya.. Belah kiri kita letak gambar SPERMA, amacam?

Adek : perma..? ape tuh..?

Aku : Errr.. Sperma.. Sperma... ko tak belajar ke kat sekolah..?

Adek : Ape tuh... xpernah dengar pon..

Aku : Err... owhh.. ulat.. yep.. ulat.... haa.. perma tu ulat...

Adek : apa kena mengena ulat ngn sekolah adek... ?

Aku : ohh ya!.. tol gak.. ok abaikan...

yang bulat merah design sperma
yang bulat biru idea kedudukan sperma
abaikan lukisan aku mmg x cantek

ok.. tamat that conversation.. hahahaha... lupa.. form 3 baru belajar sperma.. and dia just form 2... ok what idea aku, sekolah lelaki letak logo sperma..? 


aku ingatkan bebudak skang advance.. tak semua rupanya =)

supper

Aku bukanlah orang yang makan sekali banyak.. tapi jenis yang makan sikit and then berulang-ulang... so bila dah berulang-ulang akan ada makan di waktu tgh malam atau omputehnya adalah supper.. so bila rasa lapo dalam fikiran akan ada satu menu yang senang, best dan kenyang...


its a combination meal coz tak tau pon nama sebenarnya.. sebab ia terdiri daripada baked beans, scramble eggs, dan roti... ianya-ianya sangat menyelerakan plus sangat mudah disediakan.. =p biasanya scrambe eggs di sediakan macam ala-ala masak-tak-masak.. tapi aku suka style yang garing.. baked beans plak boleh pilih dari pelbagai jenama dan rasa.. ada yang hi-fiber, parmesan cheese dan macam-macam... baked beans perasa sardin ada tak agaknya?


as usual.. thanks to uncle google =p
menu ni sebenarnya dah biasa wat.. terutama afta spm.. coz menu ni berasal dari mrsm... hahaha.. so bila menyediakan supper macamni.. it really reminds me to mrsmbpj.. and how i miss that moments... kalau xcukup, then teringat ada satu van ni, dia jual nasi lemak dan rangka ayam.. so i still remembered the taste..and that will brings back the memories =D


so bila lapo di rumah, biasanya akan ada lagi satu menu.. sgt cepat dan sedap.. campbell soup.. pilihan hati mestilah mushroom plus chicken cream.. wajib dalan tin.. coz dalam paket sangat tak menepati citarasa.. 


maaf. saya tak kurang makan meggi.. =p

Monday 8 November 2010

at last

at last.. i know who really is I am.. makin dewasa ni makin banyak masalah jiwa... hahaha.. setuju x.. tipu lah kalau korang xda masalah jiwa.. kan... dalam entry sebelum ni banyak sangat aku mengadu yang aku dah tak sama macam dulu.. different personalities.. dan aku tertanya.. what is the best to describe me.. and i get an answer..


thanks to that question.. from anonymous.. what do you like bout urself.... and spontaneous i answer; i smile when my frens smile, i happy when my frens happy and i love to make people around me feels happy.. 


and thats me =) sebab saya yang dulu tak kira ketika bersedih, marah atau apa saje emosi.. tidak pernah tunjuk.. dan sebolehnya akan sedaya upaya membuatkan orang lain gelak, gembira dan rasa senang.. dengan cara itu, kita boleh lupakan segala masalah kita..



so.. lets now.. we make the world happy.. becoz the world deserve to be happy =)

Saturday 6 November 2010

rindu

ya! aku tau aku comel


masa mencari gambar profile utk facebook, aku terbukak gambar-gambar lama.. malangnya tak semua gambar-gambar lama ada dalam file .jpeg sebab zaman dulu yang ada hanyalah album-album yang bertimbun.. Dulu kalau nak tangkap gambar kena berhati-hati sebab filem mahal dan terhad kepada 12 keping or 24 keping.. Jika satu rosak je dah rasa rugi.. Nowadays, amek seberapa banyak, bila salah just delete.. itu je..


And then aku rindu kan zaman kanak-kanak.. Sebab kita tak pernah ada perasaan melainkan gelak ketawa dan menangis.. Ya! aku tau itu juga satu perasaan, tapi tidaklah seberat yang kita alami bila kita menginjak dewasa ini.. Sekarang everything kita kena pikir sendiri, kena selesaikan sendiri..  Dulu aku ada je perkara yang menganggu fikiran tapi as a child, aku anggap itu semua x penting.. Umur aku 12 tahun aku dah tau yang aku ni adopted child.. and aku xpernah rasa perasaan sebagai anak angkat.. apatah lagi bila aku tau i have no father anymore.. and aku tak pernah kenal dia.. aku x pernah tau siapa dia.. and my siblings.. and do i care? not at all.. sebab aku tau, ada orang yang menyayangi aku..


sekarang, everything kita kena pikir seolah-olah satu dunia punya masalah adalah masalah kita.. cam haram kan.. dan aku rindu saat kanak-kanak dulu sebab its pure... kita adalah kita, dan kita tak nak jadi seperti orang lain... and now, aku rasa diri aku dah bukan diri aku lagi.. ya! masa berubah, dunia berubah begitu juga dengan manusia.. but aku rasa perubahan diri adalah fake... sebab its not pure..  dan aku rindu nak kembali saat dulu, anggap semua masalah ni sepetik jari boleh selesai.. dan kita akan terus bermain, bermain dan bermain...


dari dulu lagi aku ada perasaan rendah diri.. dan aku atasi dengan keyakinan diri.. aku yakin yang aku boleh berjaya macam orang lain.. dan aku anggap yang aku ada keistimewaan sendiri... im not normal as you are masa kecik.. aku selalu demam every week in every month.. and my physical progress is too slow... and then aku diejek bantut, pendek or what so ever.. demm. ia nya tak menyenangkan ok.. and aku atasi dengan rasa, aku boleh pergi jauh dari korang... aku boleh jadi apa yang aku nak... aku setting kemana hala tuju hidup aku seawal usia menginjak 12 tahun lagi..


sekarang aku tak rasa aku seorang yang punya matlamat hala tuju.. becoz of what? i dun have an exact answer... dan aku tak rasa aku punya sebarang keistimewaan... aku tak rasa i can be what i want.. yang aku tau, yang aku nak, aku akan bangun pagi dengan setiap senyuman.. aku nak kembali seperti dulu.. walau banyak mana cabaran dan ujian.. aku akan terus bermain, bermain dan bermain tanpa pikir sebarang jalan nak menyelesaikannya...


Hidup ni complicated kan... Cuma satu yang aku percaya.. sebesar mana masalah kita, pasti ada lagi masalah yang lebih besar pada orang lain... and why not kita zahirkan satu perasaan syukur kita atas apa yang telah berlaku... dan kita akan terus tersenyum di setiap pagi... =)

Friday 5 November 2010

30 hari mencari 'macho'

baru pas tgk citer '30 hari mengenali cinta' kat astro lakonan aaron aziz dan erra fazira.. demm good story dengan lakonan yang mantap.. apa yang nak cerita bukan keseluruhan cerita tu... tapi nak cerita tentang karakteristik aaron aziz dalam cerita ni..


secara kasar apa yang aku boleh lihat, aaron aziz ini tersangatlah ego dan bersikap kasar terhadap pekerja nya.. the most important things, aaron aziz ni lebih senang boleh dikatakan sebagai tidak berperasaan langsung lah... dari segi aspek kemanusiaan sehinggalah kepada perasaan cinta... but for me, its normal for a man to be like that.. perasaan ingin berjaya, dan perasaan ingin menunjukkan diri itu lebih tinggi dari orang lain.. thats me,  a long day years ago.. look... whatever pon pandangan kamu, yang aku lihat, perwatakan aaron aziz ini tersangatlah macho bagi aku.. ahahaha...


so, kalau lihat... aku kerap sangat meluahkan apa yang aku rasa.. emo.. sakit hati.. jiwa tersiksa.. dan sebagainya... and now im trying to be like aaron aziz dalam cerita tu.. nampak macho pe.. seperti kata tadi, its normal for a man to be like that... keras hati, ego, semangat ingin berjaya untuk diri sendiri.. semangat untuk menunjukkan diri sendiri itu lebih cemerlang... and prove it with our own spirit..

u know what it is? its a macho sperm.. ahahaha

cuma tak lah panas baran seperti salah satu karakteristik yang ditunjukkan dalam watak tu.. sebab aku pon

"too cool to be hot"
via mEEnmeSSi
hahahaha

Thursday 4 November 2010

Friends

Seriusly... Aku ni seorang yang susah nak nanges.. biasa lah adat lelaki kan.. tapi ada satu benda yang air mata aku akan laju je berderai turun.. tatkala berlakunya perpisahan.. Dan setiap kali abes nya persekolahan, UPSR, PMR, SPM, Matrikulasi dan SPM mesti aku akan nanges.. Sebab aku tau, kita takkan dapat lagi pengalaman gelak ketawa dan mengisi ruang-ruang masa dengan aktiviti yang dah biasa kita buat..

Terkecuali di UKM.. sebab aku tau yang kita akan berjumpa lagi... Cuma jauh di hadapannya kita lebih tau yang kita pasti akan bawak jalan dan haluan sendiri bila tiba masanya nanti.. sorang ke utara, timur, barat dan selatan.. Duhh... Ketentuan dan takdir bukan...

there a lot more.. tapi susah nak cari semua kawan dalam satu gambar.. sorry pada yang tiada ^_^


Bila orang cakap zaman universiti paling best.. Yep.. thats right.. Cuma aku dalam universiti ni berkawan dalam banyak peringkat.. Yang pertama kawan-kawan satu kolej.. Yang kedua kawan-kawan PERMAJ.. and then kawan-kawan satu kos dan juga kawan-kawan yang kenal sebab satu Universiti.. yang terakhir sekali yang mana banyak bagi aku satu memori yang sangat -sangat wonderful, kawan-kawan aku yang terakhir sekali aku kenal... Dan setiap kali aku cakap terakhir aku kenal, aku mesti tertanya-tanya... Kenapa aku lambat berjumpa, dan lambat bermesra ngn mereka... 


Aku orang yang sombong kalau pertama kali kita berjumpa. Next pertemuan pon belum tentu aku akan buka mulut sebab nak bercerita banyak.. sehinggalah next, next, next bila aku rasa aku boleh jadi sebahagian dari korang.. Kalau x boleh, mesti ko akan menyaksikan aku lagi banyak diam dari bercakap.. Aku bukannya seorang yang mengadu segala masalah pada family.. Dorang sikit pon tak tahu apa yang aku dah belajar dari pengalaman, apa aku buat, apa yang aku fikirkan... Aku jenis bercerita pada kawan.. Then aku akan ska cerita masalah aku sebabnya aku xdapat cerita pada family, pada org lain.. Dan kau yang mendengar pasti aku akan hargai... Tak semua kawan kita sanggup mendengar masalah kita walaupun berulang-ulang kali cerita.. thats a fact...!  Dan kawan yang valuable, korang pon semua tau, susah sama2, senang sama2..


Dan pada korang yang rasa korang kawan masa senang je.. go to damn hell.. Aku pernah berkawan beb ngn orang macamni... Bukan satu, bukan dua.. ramai kot...


Aku tulis semua ni sebab aku nak luah kan yang aku rasa sedih nak balik johor... sebab ntah bila kita dapat bergembira lagi... and salah satu part aku suka melepak... sampai kul 4,5.. aku tau korang kata buang masa.. tapi masa yang kita buang itu amat berharga untuk dikenang, sebab dalamnya terdapat pelbagai peristiwa suka dan duka.. pahit dan manis...


and thanks for being my frens.. and thanks sebab tolong bila aku dalam kesusahan.. dan terima kasih atas segalanya...

Sunday 31 October 2010

SPECIAL ENTRY

Ok Sejarah nya bermula begini.. Friendster telah bercinta dengan Friendster's Blog lalu mendapat cahaya mata yang telah dikenali dengan nama Blogspot ini.. Alkisahnya, Blogspot ini telah dididik dengan sempurna dan bertemu jodoh dengan Facebook.. Dengan hasil bancuhan yang sempurna melalu teknik permanian berhadas, maka lahirlah anak perempuan yang kiut miut dan telah diberi nama Tumblr.


Ok, enough dengan Sejarah, now kita belajar tentang Matematik dan Statistik







Overall




Jadi kalau kita lihat secara overall nya, kebanyakkan entry dibuat pada tahun 2009, patut lah pointer aku drop. Jadi pada tahun 2010, secara konsisten setiap entry dibuat adalah selari dengan kesibukan penulis dan juga membentuk semangat keyakinan dalam diri penulis.


Data-data yang lain tu korang analisis lah sendiri yek.. Aku pon dah tak ingat maths ni.. (sesiapa yang serius nak menganalisis, click pada picture untuk kajian yang lebih jelas) hahaha


Jadi sempena 31 October 2010 ini, genap selama TIGA TAHUN Blog ini telah wujud.. Blog ini juga menyaksikan setiap suka, duka, peperangan, kedamaian dan segala bermacam khazanah yang tersimpan selama tiga tahun ini..


Justeru itu, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pembaca tegar, pengkomen tegar, silent reader, yang termasuk secara tak sengaja, nuffnang readers (dengan harapan aku akan klik balik nuffnang mereka), blogger yang walking, jogging, running, swimming, dan kepada semuanya secara langsung mahupun tidak langsung..


Sebarang idea, kritikan, dan surat cinta boleh lah direct terus ke komen entry ni yep..


Good Luck and All The Best!


Happy Burfday My Blogspot... Love U Very The Much!