Thursday 30 December 2010

Motivasi Sekitar 10 minit

kadang - kadang kita terasa yang hidup ini tak semuanya indah... Maka kita banyak membuang masa dengan merungut dan merenung masa depan yang tak pasti kita nampak.. Pengalaman bekerja dalam sektor perindustrian atau bahasa pasarnya keje kilang ni sedikit sebanyak dapat membuka mata dan minda tentang erti nikmat dan bersyukur..


bayangkan operator kilang bekerja selama 12 jam dan hanya rehat selama 40 minit. Waktu rehat kebiasaannya mereka ni akan makan makanan yang dibekal dari rumah.. Tapi apa yang mengusik hati ini, bila ada sesetengah makcik-makcik operator yang rehatnya hanya beralaskan perut dengan bekal kacang tanah yang digoreng.. Air minuman pula hanya didapati dari water cooler yang memang disediakan di kantin kilang..




kita pula bila time lunch sibuk nak mencari McD, KFC, Pizza, atau nasi campur yang berkuahkan lauk-lauk yang sedap.. Bila kenyang, mata akan jadi mengantuk, kerja pon jadi malas..


Bila difikirkan balik, ada sebab mengapa kita berbeza dari cara hidup.. semuanya kerana impian dan harapan kita berbeza.. Dia mungkin berjimat.. wang perlu dihantar pada keluarga demi sesuap nasi.. wang dan pekerjaan baginya adalah satu keperluan untuk survival hidup..


Bagi impian dan harapan kita sama sekali sangat berbeza.. kita juga perlu berjimat.. tapi impian dan harapan kita sangat tinggi.. wang bagi kita lebih dari sekadar keperluan hidup.. kita perlukan pendapatan yang tinggi untuk bagi pendidikan yang sempurna pada anak-anak, kehidupan yang sempurna pada keluarga... dan kehidupan yang serba lengkap untuk kita mencelah arus pemodenan masa kini..


*kesimpulannya aku hanya bermotivasi sekitar 10 minit saja ketika tengok makcik tu makan kacang tanah goreng.. then bila aku mulai berfikir-berfikir-dan terus berfikir, aku jadi 'down' balik sebab harapan dan impian aku tersangat tinggi..


duh!

2 comments:

  1. jgn down dulu!! Malaysia menang, so kena enjoy dlu... jumaat cuti..hahha

    ReplyDelete
  2. hahaha.. cuti plak aku..

    tambah sedeh..

    ReplyDelete