Thursday 22 November 2012

Merepek

Hari ini aku sakit gigi. Satu kerja pon tak dapek nak dibuat. Satu kerja pon tak jadi nak focus. Jadi apa yang aku boleh buat? Melihat kembali ke atrikel-artikel lama yang pernah diterbitkan. Rasa kelakar pun ada. Rasabetapa jarak usia juga mempengaruhi akal sedar dan tanpa sedar kita. Then tetiba terbukak entry lama yang bertajuk BFF dan lover. Ermm BFF..? Lover..?


itu entry yang lama. And still sampai sekarang aku masih percaya lelaki dan perempuan kalau rapat dan terlebih rapat tak mustahil mereka satu hari nanti akan bercinta. Well!.  Banyak dah bukti terjadi di depan aku. Sebab dengan seorang kawan sahaja yang tau erti susah senang bersama kita. Yang sanggup berhabis berpanas berhujan untuk tolong kita, untuk dengar masalah kita. The most important is, dia lebih tahu sisi gelap kita.

Ini draft lama. Masa aku sakit gigi minggu lepas. Sekarang dah ok. Tapi itulah. Kalau dah takda mood nak menulis. Haram lah nak bersambung bagai. Padahal memang takkan bersambung!.
Sekarang ni aku dah tak tau nak merepek pasal apa. So far semuanya kelihatan ok. Dah hampir nak proceed ke step yang seterusnya. Doakan.  =) Doakan juga kerjaya aku yang aku rasa masih lagi dalam keadaan yang tak memuaskan. Yep!. Aku tau aku kena bersyukur dengan apa yang aku ada, ramai lagi jobless di luar sana yang tidak ada apa-apa kerja sekarang. Then siapa kata yang aku tak bersyukur? Aku bersyukur tetapi aku nk improve kan kerjaya aku.

Dan aku rasa sekarang tiba masanya aku mengalah. Aku akan mohon DPLI kalau dibuka. FULLSTOP!

Monday 24 September 2012

tersentuh!.

Blog. Dah lama di biarkan. Pasal mood sudah tak ada nak menulis. Kalau aku emo sahaja baru aku akan menulis di blog. Mungkin sebab sudah lama aku tak period kot. Perut pun dah makin naik. Nampak sangat aku pregnant dan sudah tidak boleh berselindung lagi dengan masyarakat.

Hari ni aku buat satu panggilan ke rumah. Macam biasa, sebagai seorang anak yang patuh, aku ya kan saja setiap bebelan ibu. Mungkin dia banyak benda yang nak dicerita. Mungkin juga aku dah terbiasa menjadi seorang listener yang terbaik. Siapa yang cuba nafikan aku bukan seorang listener yang terbaik, dia tak pernah kenal aku. Full stop. Haha. Di akhir perbulan itu, aku berseloroh semuanya ok, dan esok dah masuk gaji. Dan di balas dengan “duk sana jimat-jimat sikit duit tu, dah nak kahwin ni kena jimat”.

Entah kenapa, hati aku tersentuh. Sangat tersentuh!.. 

Monday 18 June 2012

Sokonglah Orang Yang Anda Sayang!

kadang - kadang kita perlukan 'sokongan' lebih dari 'nasihat' dalam setiap tindakan kita.



Pernah tengok cerita three idiots lakonan Amir Khan? Pernah ambil friendship value dia? “Just do whatever makes you happy and do what you like. If you don't like your job, you'll never be successful. Do what you're good at doing".

Persahabatan mereka adalah banyakkan menyokong apa yang rakan mereka lakukan dan kurangkan nasihat apa yang rakan mereka tak nak dengar.

Situasi 1

A : Aku rasa nk berniaga lah.
B : ko ada skill ke nak berniaga? Modal banyak tau. Risiko. Sekarang ni tak elok kalau nk berniaga. Kewangan tak berapa stabil.
A: Aku ada modal. Aku nk start kecik-kecik dulu. Tak reti boleh belajar bro!. Aku nk bukak bisnes bundle lah kat area kajang.
B : wei, ko betul ke ni? Bundle dah ramai sangat buat. Mana ko nak cari supplier. Kat kajang ni dah berlambak dah orang buat bisnes bundle..
A : Sigh!

Situasi 2

A : Ibu, Angah dapat kos Undang -undang kat Universiti Z
Ibu : Nanti jadi peguam lah ye? Boleh bawak ke undang - undang tu? 
A : Boleh je.. InsyaAllah.. Sebab Angah memang minat nk jadi peguam
Ibu : Peguam ni banyak benda kotor. Nak hafal sana sini. Ibu lebih suka Angah jadi cikgu.
A : Tapi Angah tak suka jadi cikgu.
Ibu : Cikgu ni terjamin. Tengok Cikgu Safura tu, baru je beli kereta Camry. 
A : Anak murid sekarang nakal-nakal.
Ibu : Kenalah ajar budak - budak. Bukan susah. CIkgulah paling senang. Gaji pun tinggi. Senang hati Ibu nanti. 
A : Sigh!


Suka tak kalau korang berada di situasi si A. Instead kita nak raih sokongan dalam apa yang kita buat, kita telah diberi nasihat yang sebenarnya tak perlu langsung. Kita tak suka berada dalam situasi itu, tapi itulah sebenarnya yang kita buat.

Melayu sukar nak memahami perasaan orang lain. Orang nak berjaya. Kita support!.. Kita sepatutnya support walaupun kita tau benda tu berisiko. Yang lebih penting kita tau, dia akan lebih berjaya kalau dia dapat sokongan kita. Kalau tak berjaya? Sokong juga. 

Aku tau kita sebenarnya berhadapan dengan manusia. Pelbagai karenah. Sekarang aku cuba belajar untuk alihkan  perhatian aku lebih pada Tuhan. Sebab aku tau, dia sentiasa redha dengan apa yang kita buat asalkan halal dan berfaedah, Sebab itu dia kata, kerja adalah ibadah. Maka apa kerja yang kau lakukan adalah ibadah. Lihat betapa Tuhan Menyayangi kita dan beri full support dengan ganjaran apa yang kita lakukan adalah ibadah ( pahala )

Motivasi manusia perlukan sokongan!. itu je aku nak bagitau. 

5 TIPS MEMILIH DURIAN:






Kadang-kadang terasa nak makan durian tapi malas nak beli. Sebab nya aku ni tak reti langsung nak pilih buah mana yang bagus. Serah je bulat-bulat pada penjual. Kalau nak senang, makan je kat situ. Kalau rosak boleh bantai lepas geram time tu jugak. hahaha. 

Kalau dah mengidam sangat, beli je kat supermarket yang dia siap kopek. Adalah sebungkus polistren tu dalam RM15 - RM20. Dah tentu elok dan tak rosak..

So kat sini ada beberapa tips nak beli buah durian. Dicedok dari FB : TryMasak.

5 TIPS MEMILIH DURIAN:

1. Duri-Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya durian jenis ini memiliki isi yang bagus, kering dan manis. Selain itu, duri yang agak tumpul akan lebih mudah untuk dibuka.

2. Bentuk Buah-Durian yang memiliki bentuk unik dan tidak bulat biasanya memiliki isi yang tebal, manis, dan berbiji kurus.

3. Bau-Durian yang matang akan mengeluarkan aroma yang kuat dan harum. Sebelum membeli durian, ambil baunya dengan cara merapatkan sedikit hidung ke kulit durian. Jika kurang berbau, ini bermakna durian tersebut tidak sempurna matangnya. 

4. Kulit-Pastikan kulit luarnya tidak cacat. Jika ada cacat pada kulitnya (misalnya busuk atau ada lubang ulat) kemungkinan isi di dalamnya busuk dan tidak dapat dimakan. 

5. Goncang Durian-Untuk memilih isi durian yang berkualiti, goncangkan durian dan rasakan getaran kecil di dalam buah. Letakkan kedua telapak tangan pada buah durian, diikuti dengan jari-jari tangan dan dipegang agak erat. Dan goncang secara perlahan-lahan. Jika dapat merasakan getaran kecil ini bermakna isi buah kering dan matang kerana isi yang kering akan terpisah dari dinding kulit dalam manakala isi yang lembab atau terlalu lunak akan melekat di dinding kulit durian tersebut.

Selamat Mencuba =)

Wednesday 13 June 2012

Re-Design


Aku nak sambung cerita "Mencari Hidayah". Konon cambest kaaaan..

Tapi aku nk design kembali blog ni. Come up dengan cambest header.. Dan jenamakan semula. 

Baru datang balik feels nak update senantiasa..

Ada orang baik hati yang rela hati nk design kan blog ni dgn bayaran sebungkus sirap limau ais?

Thursday 7 June 2012

Sesuaikah 25 Tahun untuk berkahwin?

Tahukah anda, Nabi Muhammad S.A.W berkahwin dengan pasangannya Siti Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun. Ketika itu hanya umur Siti Khadijah sahaja yang masih menjadi persoalan. Yang diterima umum setakat ini menyatakan 40 tahun, ada juga pendapat mengatakan beliau hanyalah berumur 20-an ketika itu. Sesuai dengan tajuk, maka dapatlah dibuktikan bahawa umur 25 tahun sudah cukup matang bagi seseorang lelaki untuk berkahwin berdasarkan sunah Rasulullah S.A.W. 



Dulu kalau kami gathering ramai-ramai dengan saudara, mesti akan ada yang tanya, bila nak kahwin? Spontan aku jawab, "tunggulah dulu mak ngah, 10 tahun lagi baru kahwin".. Buat apa kahwin awal kalau belum lagi ada kepuasan dalam mengejar hidup. Kereta pun mak bapak yang bayarkan separuh. Gaji bulanan just cukup untuk menanggung seorang je. Dah tu siapa pulak nak bagi bini kita makan nanti? pasiaq? no no no!... 


Dengan kawan pun belum puas nak enjoy. Nak merasa lagi lepak tengah-tengah malam tengok bola. Balik kerja nak tidur puas-puas. Siapa nak temankan bini ye dak? Kalau dah kita busy dengan life kita untuk lepak dan mencari keseronokan. Al Maklumlah, badan masih sihat, umur pun masih muda.. Nak rasa kehidupan bujang sepuas-puasnya.. Dulu kalau ex-partner tanya bila nak move to a serious part. Aku dengan jawapan yang klise, "rilekslah dulu, belum boleh kahwin lagi, belum matang lagi nak dirikan rumahtangga". Jawab dalam nada yang acuh tak acuh dan selamba. Itu adalah pemikiran aku dalam 10-5 tahun kebelakang. 


Tapi aku berani cakap yang aku mula mengubah prinsip dan persepsi aku terhadap perkahwinan di awal atau pertengahan 20-an bila aku mula terjatuh hati pada kesayangan. haha. *blushing. Perasaan nk bertanggungjawab atas dirinya sepenuh hati, nak menjaga, nak melindungi, dan nak membimbing tu terlalu kuat sehingga aku rasa hanya perkahwinan saja caranya untuk aku lebih menghargai kehadiran dia. Entah!. kata orang, itu tandanya dah sampai seru!.. 


Aku juga mula percaya, kejayaan akan lebih dirasai dan mudah dicapai bersama dengan orang yang tersayang. Sebab tu agaknya dikatakan rezeki dengan sendirinya akan datang. Salah satu sebab mungkin kita ada lebih semangat dan motivasi, saling kerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Aku belum kahwin dan tak pernah kahwin tapi aku percaya pasangan kita mampu memberikan kita satu semangat yang besar untuk kita terus berusaha mencapai apa yang kita nak.. Itu belum lagi sentuh bab anak yang secara natural nya memberikan perangsang yang kuat pada kita. 


Ada juga orang yang cakap, kalau nak sambung Master, better kahwin dulu. Nanti ada orang temankan buat thesis, ada orang temankan kita study waktu malam-malam. Kalau sakit ada orang jaga. Kalau tertidur ada orang tolong kejutkan. Rasa macam sooo Shweet gitteww hahaha.. Kalau nak tengok bola tu, rasa macam syok je tengok sorang2 walaupun bini tertidur kat sebelah. Ke aku sorang yang berangan macam tu?


ermm tak taulah.. Kita sebenarnya dan sepatutnya makin matang dalam berfikir.. Bukan makin terkebelakang. So sekarang ni aku mula mendidik diri sendiri untuk menjadi pemimpin, untuk menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Terus bersemangat untuk berusaha.Dan terus mengejar impian ssesambil mencari duit untuk berkahwin. 


Mari kita ubah persepsi kita. Perkahwinan sebenarnya tidak menghalang kita untuk mengejar apa yang kita impikan, malah tidak langsung menghalang kita untuk terus berbakti kepada kedua orang tua kita, adik beradik keluarga. Malah perkahwinan sebenarnya mampu mencetuskan semangat yang kuat untuk kita terus berusaha demi masa depan bersama. 


Kecuali lelaki/perempuan itu hanya mahu berkahwin tanpa ada rasa komitmen yang kuat terhadap pasangannya. Itu dah masuk cerita lain =)


note: Saya dah pun masuk 25 tahun ya pada 27 Mei yang lalu.. Happiey Besday to Me!.. =) ececeh.. 













Tuesday 5 June 2012

Yawn!


Tak Tau aih nape ngantuk sangat.. dan blog ni serius tak terupdate.. semuanya bagaikan hangat-hangat taik ayam je.. aduhai.. looking for a new spirit.. a new environment..

this drawing hanyalah lukisan yang dibuat berdasarkan salinan asalnya di internet.. aku mana pandai lukis... so tiru je lah.. Yawnzzzzz...

Friday 27 April 2012

An Essay for job

Tadi ada isi satu job application di Jobstreet. Then dia mengada-ngada lak nak tanya satu soalan bonus..

what is most important to consider when working with customers.?
 
so aku pun jawab lah based on my knowledge and experienced. 

Maafkan aku kalau grammar nya terabur..

Dan kalau ada idea untuk anda ambil, silakanlah.. Ilmu untuk semua.. Rezeki masing-masing..

Maafkan aku juga kalau aku up kan diri sendiri.. hahaha..


....................................................................................................
 
when talking about customers, I believe that the level of CONFIDENCE is important. Why is that? Because confidence is a proof that you are experienced enough to talk about the products, or services to customers even though you are new on this business.

I remembered, one of my friends had just said that, if you are working on business, or selling a products, what happen actually is, you are you are selling yourself more than products. Show the customers how good are you and presenting them a products with an excellent level of confidence. Customers will attract to you and your products.

Everything must be confidence; dressing, talking, presenting, explaining, end encouraging

Another important character when working with customers is having a good skills of communication. Why? because a good communication will show you who you are. An excellent communicator and presenter will encouraging customers to buy and close a deal with them. They will believe in us. Because we had that skills, GOOD COMMUNICATION.

The last one from my point of view, you must build a STRONG RELATIONSHIP with customers. Treat them like you treat your friends and your families but not treat them like your wife or your girlfriend. Otherwise, you will face a big problems. A good relationship will make sure and encouraging them to believe, to understand better, and to give them highest expectation of our qualities.

So confidence, good skills of communication and strong relationship is a must when you need to working with customers. I believe as a student leader, I have those skills. And by being a part-time car's sales advisor and tutor at tuition center, I know how to attract and communicate with customers or peoples.

Thank You.


................................................

p/s: aku saje je post kat blog, in case kalau soalan sama berulang lagi.. Aku boleh copy and paste je =)

Thursday 12 April 2012

Mencari Hidayah! Islamkah kita di Akhirnya?

Nizam keluar dari tempat persembunyiannya yang terletak di bawah tanah berhadapan dengan bangunan parlimen. Tapaknya kelihatan masih tersisa dengan bekas runtuhan.

“Aku mesti cari Hidayah dan anak-anak, Aku tak boleh pengecut begini”

Nizam keluar dengan berhati-hati. Suasana luar gelap. Sesekali terdengar luahan dan jeritan manusia yang kejam diseksa yang diselang-seli kan dengan iringan bunyi peluru yang bertaburan tidak mengenal mangsanya. Nizam kali ini tekad untuk menyelamatkan dan mencari Hidayah. Sudah lama dia duduk berdiam diri bersembunyi dan diselubungi kegelapan. Kali ini dia benar-benar tekad dan berazam. Berbekalkan senapang M4, senjata hasil kerjasama Asean; Malaysia, Indonesia dan Thailand, dia keluar dengan satu matlamat. Mencari tanpa dikesan.

..............................
“hei Nizam! Bangunlah. Kata malam ni nak buka gerai, bangunlah!”

“Aku tak larat lah Man, badan rasa tak sedap, tekak rasa pahit”

“Betul ni. Rugi kau nanti tau, Dengarnya Hidayah nak datang malam ni. Dia ada ajak nak main badminton juga rasanya” Azman bingkas bangun. Sambil melirik senyum kepada Nizam. Senyum yang penuh makna dan mengejek.

Nizam membuka sedikit mata, masih terbaring, berat benar hendak diangkat kepala apatah lagi nak bangun dan bersiap. Nizam dan Azman adalah rakan sekampung yang kini menetap pinggir Kuala Lumpur. Bekerja di kota raya yang mempunyai seribu satu kesibukan ini tidak menghalang pemuda ini untuk melakukan kerja lebih masa. Nizam membuka gerai burger di hadapan Dewan terbuka. Maklumlah, Kerja sebagai dispatch di waktu siang hari belum tentu untuk memberi makan pemuda ini selama sebulan.

Gerai yang diusahakan hampir selama setahun ini ada pengunjung setianya. Cik Hidayah. Seorang gadis yang aktif, bola matanya berkaca, tegas dari gayanya bercakap, jalannya lembut, ketawanya manis, lehernya jinjang, rambutnya tersisip rapi, senyumnya menawan, kata-katanya jujur.

 “dia idamanku, dia tegas, dan dia punyai kelainan, dia manja di sebalik garang, dia lembut di sebalik keras” itulah ayat yang sering kali didengari daripada mulut Nizam.

..............................
Nizam tersentak dari bayangan silam. Kakinya tersadung pada serpihan runtuhan bangunan yang menjadi saksi peperangan ini. Ini bukan peperangan biasa. Tapi ini peperangan mempertahankan maruah Agama dan Bangsa. Bermula dengan peperangan saudara akibat pemberontakan kaum kini beralih dengan campur tangan kuasa asing. Akibatnya rakyat sendiri hidup melarat, sedangkan kuasa asing diangkat sebagai raja tidak berdaulat dan meratah bumi perut tanah air sendiri.

Bunga raya yang dulunya mekar kini diragut kelopaknya satu persatu. Raja-raja digugurkan dari takhta, pemimpin bumiputera dilucutkan kuasanya, rakyatnya yang Islam dinafikan hak Islamnya, Masjid diratakan, laungan azan semakin tenggelam, darah Muslimin bertaburan. Semuanya atas dosa yang mereka sendiri lakukan, terbiar akhirnya di tanah sendiri.

Rakyat hidup sembunyi termasuk Nizam, mereka hilang saudara dan rakan. Cuma ada segelintir pemimpin yang masih berjuang menuntut hak mereka sebagai Tuan pada tanah ini. Yang bukan Islam ramai yang menyerahkan nasib mereka pada pemerintah asing. Apakah mereka hendak menolak tuah? Pemerintah asing menawarkan mereka kehidupan dan keselamatan selagi mana mereka tidak menyokong rakyat yang Islam dan menawarkan bantuan pada mereka. Tuah dunia digandakan pada mereka yang sanggup membuang iman hanya kerana ingin berlindung di bawah payung keselamatan si zalim. Mereka membuang Islam.

Dan ini adalah peperangan mempertahankan Iman dan Islam. AllahuAkbar!!

sambungan di sini

Thursday 15 March 2012

Nak Berbisnes..

Dulu pernah jual burger di tepi kompleks futsal Vrox. Kalau tahu, di jalan reko berhadapan dengan restoran Tupai-Tupai yang semua orang sibuk duk kata tak halal itu hari. Tapi akhirnya terpaksa let go gerai macam tu jek. sebab nya, tak da idea dah nak bawak ke mana gerai tu. Puas mencari tapak baru, tapi still tak jumpa atau tempat dah penuh dengan peniaga lain. Kita tak nak lah sampai mencantas rezeki orang lain.

Reason tak mahu bertahan di tempat sama, sebab akak tu kenakan cas RM10 sehari untuk sewa tapak. Bayangkan kalau sebulan, mahu makan RM300. Kalau sebulan pun tuntung RM400 macamana nak rolling modal. Untung makan angin je akak tu. So kami pon pakat tarik diri.

Lately sibuk terfikir nak berniaga semula, cuma modal lak tak ada. Area Bangi ni kena kreatif. Sebab kalau tak kreatif kurang perjalanan bisnesnya.. Kalau berniaga orang mesti laku kan.. hahaha..

Ada idea tak nak berniaga apa? hurmm..

Wednesday 14 March 2012

Aku dah penat

Beratus dah aku habis nak copy resume, then cop sana sini.. tayang muka mintak tanda tangan dari pegawai. untuk salinan sijil-sijil aku.. Tapi sampai sekarang satu company pon tak pandang setiap permohonan aku.. Sampai sekarang tak ada masuk pon kenyataan temuduga untuk aku kecuali seperti yang dinyatakan semalam.

Aku dah penat nk isi borang, kena semak balik berapa A aku dapat dalam PMR, berapa persatuan aku masuk.. Then nak kena ingat balik i/c ibu bapa aku.. Meletakkan aku dalam keadaan serba salah nak letak ibu bapa yang mana satu.. 

Aku dah muak nak bukak balik laman2 web setiap pagi waktu pejabat untuk kembali lihat peluang-peluang kerja.. Then buat aku pikir, kalau susah dapat rezeki macamni, untuk apa aku belajar tinggi-tinggi?


Lalu kau terlupa yang rezeki itu rahsia Allah.. Usaha itu adalah kunci.. Kalau mengalah awal, tak perlu lah kita hidup dalam dunia ini.. Sebab kita dah membuktikan kita mampu bersaing di dalam peringkat sperma lagi.. kan.. hahaha...


Aku akan terus berusaha dan berusaha demi orang yang aku sayang.. Aku akan terus penat, muak dan hilang kudrat, wang dan tenaga demi Allah, demi masa depan aku.. demi keluarga dan demi dia...

sama sekali aku tidak akan putus asa.. chayok-chayok!

Tuesday 13 March 2012

Intebiu.

tadi dapat email.. 9 april 2012, Isnin ada interview NUCW kat jalan Masjid India.. apabenda NUCW tu.. ntah.. sepatah haram pon aku tak ada idea.. haha.. yang penting.. jangan berharap and keep on searching bebeh..

nk kumpul duit.. nak kawen.. kawen.. kawen... hahaha..

k. bai.. 

Sunday 12 February 2012

Tentang Kerja Lagi

Banyak sangat aku merungut sebab kerja kan. Then akan ada kata-kata, "duh, tak reti bersyukur, dah ada kerja pon masih lagi nak merungut".. Laaaa... Bersyukur is still bersyukur.. Tapi kemahuan tu mesti ada.. Pedulik apa orang nak kata.


Hari ni, Ahad, jam 4.50 Petang.. Aku masih di opis.. Aku rasa nak buat kerja.. Sebab aku suka kerja tak da orang.. Sibuk nk suh potostat sana sini.. Nak suh Scan sana sini.. Hakikatnya kalau dah macam tu memang aku tak buat kerja langsung dari pg sampai petang.. Aku tak suka semangat kerja aku di ganggu.. 


At least arini tak ada gangguan.. But unfortunately, emosi aku lak diganggu.. hahaha.. Banyak sungguh alasan.. Aku pening kepala macamana selesaikan masalah data ni.. Thats not my bidang lah nak merekacipta format data dan statistik ni.. Nak kena buat graph.. Macam aku ni memang background data dan statistik..


Kalau suh aku just fill up data entry takpelah.. Ni nak kena format, clean then nak kena kira berapa percent.. Sigh!.. Aku tak ada basic dan aku tak reti.. So semangat aku nak kerja di sini memang dah tahap worst apatah lagi staff kat sini mostly macam..... macam hensem laaaaah... demm you...


Macam fu*k kan.. dah lah kena buat data entry.. Kena jadi Personal Asst lak tuh.. then kena suh potostat sana sini, scan sana sini..Jap lagi aku kena bukak pintu sana sini.. Bila aku buat kerja ckp aku still tak buat kerja.. Gaji dah dua bulan tak dapat.. In proses.. Aku tak nak lah salahkan sesiapa.. Mybe its a part of process.. Then tak motivational langsung.. Untuk apa aku kerja sini dengan sukarela lagi sedangkan tak ada langsung imbuhan untuk aku? 


So aku tak nak buat kerja.. Nak balik.. Byeeeeee...




Wednesday 1 February 2012

Problems?

prakata: eh ini entry tak puas hati.. jadinya bahasa kat sini dan emosi tulisan ini tak elok untuk kesihatan, apatah lagi grammar dan spelling.. abaikan..

gile.. tell me what my job scope actually.. Research Assistant. so why aku kena buat kerja macam technician, pembantu am tadbir atau kerja-kerja khas utk semua pegawai? then semua orang tau aku research asst tp kenapa aku kena jadi personal asst timb pengarah? Engkau orang tau jugak yang aku sikit pon tak berkira pasal gaji, apatah lagi mengungkit pasal gaji jadi boleh sesuka hati nk condemn aku.. selama beberapa bulan aku cuma diberi gaji tak sampai RM 1440 (basic gaji after tolak kwsp), then sekarang aku kena tunggu more than 2 month untuk dapat duit belanja aku... Now sekarang siapa yang berkira? I just wating my time.. Aku dapat pegawai-41 je, mmg aku sembur sorang-sorang..

Aku kena buat kerja pegawai-pegawai yg aku rasa aku cuma sekadar tolong.. dan aku buat kerja-kerja pembantu am rendah, jadi pernah selama ni aku mngadu yg aku terpaksa buat semua kerja tu.? tak... sebab aku percaya tu semua aku just anggap pertolongan dari aku yg mana aku still percaya one day aku akan dapat balik pertolongan dari orang lain.. Engkauorang jangan tipu, aku bukan bodoh.. Ramai lagi orang yang aku kenal kerja sebagai research asst.. so aku tau scope kerja yang sebenarnya.. tapi aku diam.. sebab aku tau aku cari rezeki kat sini...

tapi jangan kata aku main-main buat kerja.. atau aku perlu banyak lagi kerja-kerja bawahan sebelum aku dapat jadi pegawai.. babi apa kalau bukan kerja aku yang tak siap... jadi itu bukan tanggungjawab aku.. now tell me, which job kerja aku yang aku tak siapkan?

tak kisah lah kalau nak kata aku tak layak jadi pegawai, or korang gelakkan aku kalau aku mohon jadi pegawai, sebab i assume itu semua sebagai kritikan utk aku baiki diri.. yep.. ada reasonnya supaya aku sedar, theres a lot of thing aku kena belajar dari bawah.. tapi kalu dah macam ni korang suh aku buat kerja, babi pon boleh mogok.. puihh!....

syiall lah...aku bengang sebab aku tak dapt gaji dah dua bulan dan aku terpaksa makan pasir.. yet engkorang masih suka suki babi kata aku main2 buat kerja... pe? ko bagi aku elaun ke kalau aku serius buat kerja smp mmpus.. takkan.. amount gaji aku still mcm tu.. so tunggu je lah ye.. aku tawar ati dah.. ko bagi aku timbalan pengarah pon belom tentu aku nk stay kat sini lagi...

tunggulah sebulan lagi baru aku delete entry ni..



Tuesday 17 January 2012

AKu nak...

Syukur with what I have right now. Believe me. Rasanya aku tak perlukan apa-apa lagi. Cukup semuanya. Then kau akan terfikir kan masa hadapan. Yup. Masa hadapan perlukan aku untuk lebih berusaha dan memikir. Penatnya fikir. Aku penat. Aku penat sebenarnya berperang dengan emosi dan kemarahan. Aku cuba tahan kemarahan. Kalau lah aku mampu dari segi kewangan, kestabilan kerja dan sebagainya yang patut, dah lama aku masuk melamar. Biar semua tutup mulut dan diam tanpa sebarang kata.

Bukan susah. Ini keputusan aku. Aku dah mampu fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Dan aku mampu juga fikir yang mana sesuai yang mana tak. Sorry to say.

Then aku juga mula sedar. Tak akan ada kebahagiaan datang bergolek begitu saja tanpa ujian yang datang. So let it be.. dan aku sanggup redah apa saja yang akan datang after this. Termasuklah aku kena bersabar sebab kena stay opis untuk teman bos aku tengah3 malam buat kerja. Fuuuh!..  demm! Bukan dapat o.T ke apa.. sia-sia je.. takpe… InsyaAllah esok luse aku plak jadi bos.. hahahaha.

Bila lama sangat aku kena bersabar, aku mula give up.. oh not this time.. I won’t give up lagi… coz cukuplah dulu-dulu aku mudah give up.. huh! Jom gi cari keje cepat. Alang2 dah ada kat opis ni boleh edit resume bagai.. oh ya.. dan cari keje part time lagi after office hour..

Ada sesapa nk bg keje part time tak?

Dah sampai masanya aku berusaha kumpul duit. Aku nak…………………………

Monday 16 January 2012

Perasaan-tak-patut-ada

Saya benci perasaan ini.. Sangat.. Did I do something wrong? Senang sgt get offense by others.. even perkara kecik pon mudah tersinggung.. don’t tell me that my estrogen hormone are in high level replacing testosterone hormone.. Dan time mcm nilah makin ramai-ramai org sibuk nak jadi minah-minah laser. Uh!.. damn!.. please lah... shouldn’t be like this..


What? It’s not ur problems actually either me get a job or not.. and please don’t basically judge people based on what you think and see.. im more better than you thought! Please! Never mind, still I can smile and pretending nothing happens.. just assume it as bad dumb ass joke…


Well then I notice.. boring.. peoples are all the same..


And my dear.. please.. don’t let somebody ruins what we have right now..


143