Tuesday 28 June 2011

10 tanda wajib kahwin

tertanya-tanya nak kahwin ke tak? ini ada tandanya.


10 tanda wajib kahwin

1. Sunyi di hati walaupun dikelilingi ramai orang.

"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)

Perasaan sunyi dan sayu merupakan sindrom paling kerap menimpa manusia yang kosong hatinya daripada mengingati Allah. Kesunyian ini bermaksud hati terasa kosong dan wujud perasaan sepi sehingga boleh membawa kepada penderitaan, kepiluan serta kesedihan. Usahkan diri mereka yang mengalaminya, orang yang melihat juga akan berasa kesedihan tersebut.

Apabila seseorang itu berasa sunyi sekalipun terdapat ramai orang di sampingnya, maka itu adalah tanda pertama bahawa dia sudah sampai waktu untuk berkahwin. Kawan yang ramai bergelak ketawa tetapi jenaka dan lelucon itu tetap tidak dapat mengubat kekosongan di hati. Ini lantaran wujud ruangan vakum yang perlu diisi oleh seseorang yang dipanggil sebagai 'buah hati'. Apabila didatangi perasaan sunyi yang pelik ini, maka ketahuilah bahawa perkahwinan itu sudah diwajibkan bagi mencegah kejadian dan penyakit lebih berat.

Rasulullah bersabda:
"Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." - Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at-Tirmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila berseorangan, manusia itu mudah terdedah kepada pelbagai godaan, pemikiran tidak tangkas, akal lemah dan mudah terperangkap oleh tipu daya syaitan. Maka ketika itu, berkahwin sudah menjadi wajib bagi menyelamatkan kehidupan. Ini kerana syaitan sentiasa mendorong manusia untuk berbuat mungkar sehingga mereka terjerumus ke dalam jurang maksiat.


2. Kehidupan yang tidak terurus.

Kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah ALLAH dengan mengikuti lunas-lunas Islam. Kehidupan memberi kita satu peluang mengumpul sebanyak mungkin pahala bagi mendapatkan ganjaran syurga. Malangnya, bagi sesetengah orang, kehidupan mereka tidak terurus. Ia boleh dilihat ketika menziarahi rumah mereka. Keadaannya bersepah, tidak kemas, makan serta pakai mereka tidak teratur sehingga mengundang pelbagai masalah sampingan. Justeru orang seperti ini perlu dikahwinkan.Perkahwinanlah yang akan menjadikan mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik dan juga bersistematik.
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang solehah dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya." - Hadith sahih riwayat Muslim no. 4589.


3. Jiwa menjurus kepada lawan jantina

Pernahkah terjadi perasaan berdebar-debar dan jantung berdegup laju tatkala berada berhampiran dengan lawan jantina? Sekiranya 'ya' dan jika keadaan sudah menjadi parah, jangankan sesekali duduk berdekatan, cukuplah kalau hanya sekadar melihat wanita cantik atau lelaki kacak melintas di hadapan mata.

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat petunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

"Katakanlah kepada orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan mereka..." - Surah an-Nur: 30-31

Rasulullah S.A.W. bersabda di dalam sebuah hadith qudsi yang menerangkan bahawa pandangan itu seperti panah beracun.
"Pandangan itu adalah panah beracun di antara panah iblis. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takut kepadaKU, maka akan AKU gantikan dengan keimanan, yang ia dapatkan manisnya di dalam hatinya." - Hadith riwayat at-Tabrani dan al-Hakim.

Jika hati atau jantung berdebar-debar sewaktu memandang lawan jantina, maka sudah pasti mereka ini termasuk di dalam golongan yang diwajibkan berkahwin.
ALLAH berfirman:
"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir." - Surah ar-Rum: 21


4. Hilang fokus apabila wujud lawan jantina.

Hilang fokus atau lemah tumpuan adalah perkara normal yang berlaku kepada kebanyakan orang bujang. Keadaan ini berlaku kerana mereka kerap memikirkan berkisar tentang soal pasangan, masa depan yang tidak pasti dan persepsi daripada banyak pihak. Akibatnya, ia memberi kesan kepada tugas harian seperti mereka mudah hilang tumpuan, prestasi kerja merosot serta hasil produktiviti menurun. Mereka yang mengalami gejala hilang fokus atau lemah tumpuan ini adalah berpunca daripada faktor psikologi serta perasaan tidak stabil. Umumnya, penyakit ini disebabkan oleh kesunyian dan kekurangan cinta serta belaian kasih sayang. Jalan selamat dan ubat yang paling mujarab kepada masalah ini ialah dengan berkahwin.
"Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya; mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH; sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. ALLAH menjanjikan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam Syurga 'Adn serta keredhaan daripada ALLAH yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar." - Surah at-Taubah: 71-72


5. Cemburu melihat kebahagiaan orang lain.

Perasaan cemburu atau ghirah di dalam Islam terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah padabahagian yang halal dan diperintahkan iaitu cemburu di dalam perkara kebaikan. Kedua ialah kepada perkara haram serta dilarang iaitu cemburu yang melampaui batas dan merosakkan. Cemburu yang melampaui batas ini disebut hasad. Perasaan hasad ini mampu menghapuskan kebaikan yang ada pada diri mereka, sebagaimana api membakar kayu kering. Inilah yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya:

"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." - Hadith riwayat Abu Daud.

Di dalam hadith yang lain, ada disebutkan:
"Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan. Hendaklah saling memaafkan dan jadilah kamu bersaudara." - Hadith riwayat Muslim.

Berusaha menunaikan kewajipan perkahwinan jika sudah wujud perasaan cemburu dan tertekan apabila melihat kebahagiaan orang lain. Terutamanya ketika melihat kawan-kawan di sekeliling sudah pun mempunyai pasangan. Cemburu melihat orang lain berpasangan adalah isyarat bahaya bahawa perkahwinan itu perlu disegerakan. Ketahuilah bahawa perkahwinan itu sememangnya indah sehingga wajar untuk kita berasa cemburu.


6. Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak.

Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berumah tangga. Apabila perasaan keibuan atau kebapaan tumbuh di dalam sanubari, ia akan mula memainkan peranan dengan menguasai diri dan mempengaruhi segala tindak tanduk. Ini menunjukkan bahawa seseorang yang sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri. Inilah fitrah yang sudah ditetapkan oleh ALLAH.

ALLAH berfirman:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi ALLAHlah tempat kembali yang baik (syurga)." - Surah ali-Imran : 14

Ketika memegang kanak-kanak atau bayi, terasa berat untuk kita melepaskannya. Apabila berada berhampiran mereka, naluri keibuan atau kebapaan itu seolah-olah mendorong kita untuk merangkul, bermain, mengusik dan membelai manja serta menikmati penuh gembira senyuman yang suci bersih itu. Itulah petanda bahawa sudah tiba masanya kita bergelar ibu dan bapa.


7. Jatuh cinta pada seseorang.

Jatuh cinta merupakan fitrah setiap manusia, begitu juga dengan perasaan minat dan suka. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ALLAH telah mencipta manusia dengan fitrah sedemikian. Lelaki dijadikan untuk tertarik kepada wanita dan begitulah juga sebaliknya. Maka,tarikan ini adalah fitrah di mana ALLAH telah menyediakan jalan keluar yang paling sempurna iaitu dengan berkahwin secara sah. Perkahwinan merupakan sebaik-baik jalan perhubungan di antara lelaki dan wanita.

Ibn al-Qayyim berkata bahawa ia adalah 'Ketetapan ALLAH dengan hikmah-Nya menciptakan makhluk dalam keadaan saling mencari yang sesuai dengannya. Secara fitrah saling tertarik dengan jenisnya. Tetapi akan menjauh daripada yang berbeza dengannya.' Inilah ketetapan ALLAH kepada semua makhluk-Nya.

ALLAH berfirman:
"DIAlah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya, DIA menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya..." - Surah al-A'raf: 189


8. Desakan hawa nafsu

Ini selalu terjadi kepada lelaki dan wanita yang baru mencapai usia remaja. Sekiranya terdedah kepada lawan jantina, mereka akan cepat tergoda dan teruja. Bahkan, golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga kerap kali mempunyai desakan ini. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dan perkara ini perlulah diambil berat. Mereka mesti berhati-hati di dalam mengendalikan hawa nafsu tersebut kerana ia boleh mengundang pelbagai masalah dan bahaya. Jalan paling selamat bagi menangani desakan nafsu ini ialah melalui perkahwinan. Melaluinya, desakan tersebut dapat dilangsaikan menurut tatacara Islam.

Hadith ini memiliki syahid yang diriwayatkan oleh Abu Zubair. Daripada Jabir, bahawa Rasulullah S.A.W. melihat seorang wanita lalu wujud keinginan di dalam hati baginda. Lalu baginda mendatangi Zainab yang sedang membuat roti dan lantas melaksanakan hajatnya. Setelah selesai, baginda keluar dan bersabda:

"Sesungguhnya seorang wanita menghadap dengan bentuk syaitan dan mundur dengan bentuk syaitan juga. Jika ada di antara kalian melihat seorang wanita, lalu berasa ghairah, maka datangilah isterinya (salurkan kepadanya). Sebab hal itu dapat menolak penyakit yang ada dalam hatinya." - Hadith riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Baihaqi dan Ahmad. Matan ini milik Ahmad daripada beberapa jalur yang berasal dari Abu Zubair.

Maksud 'wanita sebagai menghadap dengan bentuk syaitan' bukan menunjukkan satu penghinaan atau penindasan. Makna paling tepat ialah wanita itu dipergunakan oleh syaitan dengan menghiasi mereka sehingga kelihatan cantik di mata lelaki yang memandang. Hakikatnya, wanita itu biasa sahaja. Hal itu berlaku kerana syaitan menghiasi mata dengan penipuan dan godaan.


9. Beronani.

Onani atau melancap ialah perbuatan mengeluarkan air mani bukan melalui hubungan intim atau persetubuhan. Beronani adalah satu perbuatan yang dipandang sebagai dosa besar di sisi Islam.Demikian, menurut majoriti para fuqaha. Imam Syafi'e dan Imam Malik juga mengharamkan perbuatan sedemikian. Ini berdasarkan firman ALLAH S.W.T. di dalam al-Quran:

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampaui batas." - Surah al-Mukminun: 5-7

"Hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal." - Hadith riwayat al-Bukhari no. 5063, Muslim no. 3389, an-Nasa'i dan Ahmad.

Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa puasa berperanan untuk mencegah nafsu syahwat, bukannya merawat. Rawatan mujarab bagi penyakit ini hanyalah melalui perkahwinan.


10. Dorongan untuk melakukan hubungan intim.

Seseorang itu wajib berkahwin jika telah wujud di dalam jiwanya desakan untuk melakukan hubungan intim. Lelaki yang memiliki desakan nafsu yang kuat dibenarkan untuk berkahwin sehingga empat orang isteri pada satu masa. Ketentuan ini diperkuat lagi dengan ayat al-Quran.
ALLAH berfirman:

"...Kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian, jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil maka (kahwinilah) seorang sahaja..." - Surah an-Nisa' : 3.

Itulah hikmah ALLAH memberi keizinan untuk berpoligami kepada suami yang memiliki kekuatan dan kemampuan yang ditetapkan oleh-Nya. Memiliki nafsu syahwat yang kuat bukanlah satu kesalahan. Sebaliknya, ia adalah kebaikan jika disalurkan pada jalan yang halal dan benar. Justeru, lelaki haruslah lebih bijak dalam menangani kemampuan ini.


Sumber :

petikan di ambil dari sini


p/s: untuk makluman tak ada satu pun ciri-ciri ni yang ada pada aku.. muahahahaha
p/s 2: abes kalau duit tkda, mcmana nak melamar anak orang ye? diri sendiri pon tak terurus..


Tuesday 21 June 2011

Kerusi P-Ramlee



Dari hari tu aku dah perasan satu sosok kerusi kecil berwarna perang gelap, tersandar di belakang pintu pantry untuk di buat alat menyendal supaya pintu tidak tertutup dengan tiba-tiba. Di sebalik warna perang gelap itu terdapat tulisan yang jelas; P-Ramlee terletak di hadapan kerusi itu dan di atasnya secalit lagi tulisan; Director. Jika di amati, kerusi itu memang mustahil untuk dicipta pada zaman ini yang mementingkan keselesaan dan kesempurnaan. Sesuai berada pada zaman 60an dan 70an, kerusi kecil ini sukar untuk dipertikaikan keaslian nya dan kebenaran adakah kerusi kecil ini milik Pengarah Tersohor pada zaman itu yang kita kenali sebagai P-Ramlee.


Ada yang kata, kerusi ini pada asalnya berada di muzium, entah bila sampai di sini. Tidak tahu asal usul dan juga tidak tahu keasliannya. Mungkin hanya jenaka orang lama bila melihat fizikal kerusi tersebut saling tidak tumpah seperti kerusi director yang digunakan untuk filem-filem zaman dulu. Kalau terbukti benar dakwaan kerusi itu milik P-Ramlee, mungkin harganya akan mencecah ribuan ringgit. Jadi kebenaran kerusi itu menjadi tanda tanya. Sebab aku macam percaya je kerusi itu milik P-Ramlee apatah lagi dengan tulisannya yang benar-benar oldshool.


Tak percaya? Tengoklah sendiri. 







Monday 20 June 2011

Inhaler!

Dulu masa kecil aku rasa aku sangat bernasib baik, tak ada masalah kesihatan, boleh bermain bola dengan baik, apa saja sukan aku boleh terlibat dan sebarang aktiviti outdoor aku boleh involve. Terbit rasa kasihan bila ada kawan-kawan yang duduk tepi padang dengan hanya melihat kawan-kawan yang lain bermain dengan seronok. Dan mostly dia yang duduk di tepi padang ada masalah kesihatan yang kronik, maybe asthma atau jantung berlubang.


Pada mereka yang asthma, inhaler tak pernah lekang dari kehidupan. Sentiasa ada dibawa bersama 24 hours per day. Inhaler ni sejenis alat bantuan pernafasan untuk melegakan pernafasan kita apabila diserang asthma. So bagi aku inhaler ni adalah satu simbol kelemahan. Dan bergantung padanya menunjukkan kita ni ada kelemahan dan tidak boleh aktif seperti orang lain. sangat kasihan masa kecil dulu bila tengok ada kawan-kawan yang ada asthma ni tak boleh nak aktif seperti mana orang lain.


(inhaler)


And now tadi, aku pergi ke Pusat Kesihatan UKM untuk pemeriksaan masalah pernafasan aku ni. Bila doktor periksa, dia cakap bunyi pada pernafasan aku bukan lah bunyi yang normal pada penghidap asthma. She afraid ada something lain yang menyebabkan radang paru-paru so I must take a blood test. Bila dah buat blood test, there’s normal and no infection. So bukanlah sesuatu penyakit yang dinamakan pneumonia atau lebih kepada jangkitan kuman pada paru-paru. So bukan asthma dan bukan jangkitan. Dah tu yang aku terseksa selama 5 tahun kebelakangan ni penyakit apa plak.


For time being, aku kena kurangkan mandi malam, kena take more exercise (padahal seminggu 3 kali main futsal) and bla bla bla. And important things, aku dah tak boleh ambil pil ventolin dan akan digantikan dengan inhaler. Duh! Aku kena pakai inhaler pada masa-masa kedewasaan ini. Sangat tak macho! Damn!



Tuesday 14 June 2011

Sakit

Aku ada fantasi yang liar. Dari dulu sampai sekarang aku masih berfantasi kan yang bukan-bukan. It’s not fantasy about Maria Ozawa. Nope. Tidak sama sekali. Tapi aku selalu berfantasi kan riwayat hidup aku akan selalu berakhir dengan tragik. Sometimes bila tengah drive, aku akan selalu terbayang macam mana kalau accident, dan apa akan jadi pada orang-orang sekeliling aku. Sila jangan tiru imaginasi liar ni sebab ia nya mengundang bahaya. LOL.


Dan salah satu fantasi yang selalu bermain di dalam kepala otak ni bagaimana kalau aku ada satu penyakit kritikal, macam brain cancer. Sebab aku selalu terbayang kalau ada penyakit kritikal macam tu, berapa ramai orang akan datang melawat aku. Dan starting cerita bila aku mula di diagnose, kemudian mula mengasingkan diri, menyimpan rahsia penyakit aku sampai lah bila orang tahu aku dah tahap yang sangat kritikal. Its more macam drama. Kadang-kadang rasa bangang juga macam mana aku boleh membayangkan something yang memang tak patut untuk dibayangkan. Tapi itulah aku. Bila rasa stress dan down, that is what I think. 


Tak semua orang bernasib baik macam kita dan tak semua orang yang diberi pilihan oleh Allah untuk menghadapi ujian berat. Sepatutnya kita bersyukur dan bukan meminta sesuatu yang buruk.


Jadi di kesempatan ini, marilah kita sama-sama berdoa atas sahabat Elyza Bt Bidi yang menjalani pembedahan jantung pada hari ini. Semoga dia cepat sembuh dan sama-sama menikmati kehidupan seperti biasa. Don’t give up dan semoga dapat menghadapi ujian Allah dengan redha. Nanti boleh kita boleh main bowling sama-sama.


Semoga Allah mempermudah kan urusannya. Aminn.



Monday 13 June 2011

Newbie Driver.

Dulu masa first nak ambil lesen, terbayang-bayang nanti macam mana agaknya waktu nak ambil lesen dan bertanggungjawab kena drive ke sana sini. Then terbayang macam mana kalau tiba-tiba fobia nak bawak kereta, rasa takut dan mungkin time tu kita duduk di sebelah semtara wife pula yang bawak kereta. Kalau ada anak kecil, kita plak yang  kena dukung. Orang kiri kanan mungkin akan tersenyum sinis lihat kita, dan itu yang aku buat sekarang bila aku tengok lelaki di sebelah sementara perempuan tengah drive. Janggal kan.


Bila dah ada lesen,  lebih kurang setahun tak bawa kereta. Then bila first  dapat bawak kereta secara bebas jalan-jalan di bandar JB, time tu lah terlanggar pagar dekat satu kawasan kilang. Cuak punya pasal, terus balik tak berani dah nak jalan-jalan lagi jauh. Then dapat arahan pergi hantar dan ambil adik-adik pergi sekolah. Rasanya satu hari kalau tak kena hon memang tak sah. Kesilapan major yang selalu kita buat, gabra bila nak tukar lane. Memang bagi signal tapi agaknya cuak nak tengok side mirror, rasa was-was dan kita pun tukar lane secara tiba-tiba. Tak sedar ada kereta dekat belakang. Lucky setakat ni tak kena langgar lagi, kena hon je.


Bila bawak kereta di jalan lama, nak potong lori ni rasa berdebar-debar. Maklumlah masa kelas memandu dulu, sepatah haram pun tak di ajar cara nak memotong dengan betul. Tangan pun menggigil masa berkira-kira nak memotong. Kena make sure dulu kereta dilane bersebelahan ni betul-betul clear baru potong. Rasa tak yakin dalam diri tapi gagahkan juga memotong. Bila dah pandai dan yakin nak memotong satu hari nanti. Everything akan jadiok. Dan aku pernah potong 3 lori balak sekali gus di jalan Mersing-JB, time tu just guna Proton Savvy. Penumpang semuanya hanyut, tidur tinggalkan aku sorang buat kerja gila dekat atas jalan raya. Padan muka. Siapa suruh tidur!.


Bila dah ada kemajuan sikit, baru dapat kebenaran bawak kereta untuk jalan jauh. First jalan jauh, dari JB ke Muar then ke Bangi. After 5 years driving, baru rasa confident. And now, bila di highway, kelajuan tak pernah kurang dari 120 km/j. Rasa macam nak maki je kalau ada kereta yang lembap, tukar lane sesuka hati, dan suka sangat brake tak tentu fasal. Kadang-kadang lalu jalan biasa pun mesti speeding. Kelajuan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. That’s why banyak mat rempit. Mereka sukakan kelajuan. Time tu tak ingat dah kalau jatuh tergolek apa akan jadi.


Dah banyak kali merasa jalan jauh dan drive dalam keadaan keletihan. Pernah juga drive dari Bangi – Mersing – JB – Bangi dalam masa satu hari. No second driver. Kereta ni kalau nak mahir kena belajar dari pengalaman. At first bila bawak kereta tu, belilah second hand. Sebab I bet mesti banyak calar dan kerosakan minor. Terlanggar divider, terlanggar belakang kereta orang, tak dapat nak menganggar jarak yang sesuai dan semua tu kena belajar dari pengalaman. So bila dah 5 tahun bawak kereta ni, bukanlah mahir sangat dan there a lot of thing kena belajar tapi setakat cilok-cilok tu ok dah. 


Apa-apa pun kelajuan membunuh!. Even kita seorang racer dan expert bawak kereta serta memiliki 100 tahun pengalaman memandu, kemalangan tetap tak berbau walaupun 5 titik drop perfume kita letak. So be careful dan always beri kerjasama ketika memandu.


Ayah pernah cakap “ laju boleh tapi jangan berlumba!”

Thursday 9 June 2011

Berita

Berita pada hari ini di mana-mana saja media sangat mencurigakan. Walaupun news tu dari mana-mana parti, kaum, negara dsb semuanya meragukan. Macam sekarang ni heboh pula isu tiga remaja yang ditembak mati polis pada tahun lalu sebenarnya dibunuh polis dalam keadaan melutut/merayu. Bila ada seorang yang share dekat laman sosial, kemudian berjangkit pula hingga ramai share sambil memaki, menyalah kan polis walaupun orang yang share tu bukan dalam bidang undang-undang, bukan ada di tempat kejadian. So what do you think?


Bagi aku cerita tu belum lagi disahihkan benar. Bagaimana kalau berita tu saja dikeluarkan sebagai alat propaganda? Jadi sudah tahu siapa yang terlibat menyebarkan fitnah? No. aku tak katakan media kerajaan saja yang betul. Mereka pun banyak bermain propaganda. Sebab tu aku lately malas nak share berkaitan politik sebab kita tak pasti ia benar atau tidak. So better kita mencegah kan diri ini dari terlibat dalam perkara yang mendatangkan fitnah.


Macam video Anwar Ibrahim tu dan juga Isu liwat beliau. Aku tak ada di tempat kejadian. Dan aku bukan pakar dari segi undang-undang. So aku lebih kurang 50-50 dalam kes ni. Sebab yang tahu sebenar-benar kejadian ni adalah tertuduh dan pendakwa. So tak perlu lah kita nak fanatik sangat dengan individu sehinggakan kita rasa hanya dia saja yang benar, maksum, tak pernah ada kesalahan. Juga tak perlu kita nak percaya bulat-bulat setiap berita yang keluar. Baca dan analisis sendiri. Tak payah nak share, share bagai. Buat huru-hara negara je.


Dunia dah semakin pincang dan huru-hara. Nak buat macam mana. Ye dok?


Kembalilah kita pada yang Maha Esa meminta perlindungan dan panduan kehidupan.