Monday, 6 June 2011

Stanza Cinta - Drama Adaptasi Novel

Aku bukanlah seorang lelaki yang layan novel-novel cinta. Seingat aku cuma satu or dua saja novel cinta melayu yang aku khatam. Mostly novel melayu aku lebih suka ada elemen sejarah, kemelayuan, imiginasi dan islamic. Dan semua elemen ni tak aku nafikan ada dalam karya Faisal Tehrani dan kebanyakkan novel yang pernah aku khatam adalah karya dari beliau. Ayat-ayat cinta juga sebahagian dari novel islamik yang membuatkan aku tertarik untuk membacanya sehingga habis.


Compare to malay novel, aku lebih suka kepada imiginasi khayalan terlampau. Semua novel Harry Potter, Eragorn Siries, dan lain-lain dah pun abis aku membacanya. Kadang-kadang ada juga aku curi novel adik aku dengan niat nak cuba membaca, tapi baru dua halaman aku dah mula bosan dan tutup terus. 
 
 
Aku adalah seorang lelaki yang gemarkan bahasa yang puitis dan romantis. Sastera adalah sebahagian hidden part dalam diri aku. Bila saja aku terbukak FB Fan page Stanza Cinta, aku mula tertarik kepada bahasa dan ayat dalam novel ini termasuk elemen islamik yang diselitkan. This is the first time aku rasa eager nak beli sebuah novel cinta melayu untuk aku baca dan habiskan. Seriously this is first time for me.
 

So mari kta preview sikit Novel Stanza CInta yang akan diapdaptasi ke drama di  TV3 pada 19 Jun ini.


Sinopsis:
Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus. Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah? Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya. Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?

  • TAUFIQ IMRAN --“Kutahu bahawa dirimu merindukan kasih suci yang sejati, kuyakin bahawa dirimu mendambakan kasih putih yang hakiki, tetapi kusedari bahawa semua itu adalah salah dan juga keliru, akan membuat hati menjadi ternodai. Maafkanlah segala khilaf yang telah kita lewati yang membawamu ke jalan yang melupakan Tuhan. Kita harus berpisah untuk menjaga diri, untuk kembali harungi hidup dalam redha Illahi dan apabila takdir-Nya kita bersama, pastilah Allah akan menyatukan kita”  
  • Perjalanan ini begitu dahsyat. Bagai belayar di lautan gelora. Bagai meniti titian penuh berduri. Namum labanya begitu hebat. Hanya si cekal dan si tabah tiba ditujuannya.
  • Orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah,sebagaimana org yg kurang bekerja,badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan,kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah.
  • Ada orang yg lebih menderita daripada kita, tetapi masih mengekalkan imannya, dan ada orang yang lebih bahagia daripada kita, tetapi sedang menggadaikan imannya.
  • Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah,lembap serta tidak disukaii insan. Tetapi sesudah musim sejuk itulah tumbuhnya bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur.
  • Bukankah cinta itu indah! Cinta adalah sebahagian daripada nafas kehidupan. Tetapi, apakah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada khaliqnya belum tercapai.
  • Syurga itu untuk org yang lemah-lembut dan berkasih sayang. Manakala neraka itu pula tempat untuk org yang keras dan suka memutuskan sillaturrahim.
  • Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia, Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...Allah sudah pun menghitung air matamu.
  • Usah mengjangkakan masa depan, kerana masa depan adalah milik Tuhan. Sebaliknya, hadapilah hari-hari yg mendatang dengan penuh senyuman, usaha serta tawakkal pada-Nya. Dan redhalah atas segala yg telah diberikan kerana segalanya pastilah yg terbaik.
  •  Cinta itu bukan pilihan....Cinta ikhlas dari hati..Jika tepat pada masa,ketika,keadaan dan siapa,cinta itu adalah kuasa luar biasa yg tiada bandingannya.
  • Dalam kita melangkah..terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat. Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri. Mungkin air matatika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman ug kian terkoyak lantaran ada langkah yg tersasar drpd keikhlasan.
  • "Jika ALLAH sayang kepada seseorang, Dia akan berikan iman. Jika ALLAH sayang lagi, Dia akan beri kekuatan untuk mengamalkan agamaNya.Dan jika ALLAH sayang lagi, Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan dunianya, untuk menguji sejauh mana pula cinta hambaNya itu kepadaNya " 


Sumber: kalampatah.blogspot.com




No comments:

Post a Comment