Pilihan

Baru saja jalan-jalan ke blog orang lain sementara tunggu seseorang balik kerja. So aku terjumpa satu blog yang menceritakan dilema seseorang. Sebenarnya ia merupakan satu review tentang satu drama bersiri. Tapi aku suka pada part jalan cerita. (Maybe itu jalan ceritanya, maybe.)

So ada dua situasi;

Katakan;

Si salmah ada minat seseorang, lelaki ni kacak, ramai peminat, dan katakan dia ada pakej yang lengkap. Uh! Cinta itu buta. Of course segala-galanya tentang si lelaki si A ni semuanya akan sempurna di mata Salmah. Tapi Salmah tahu lelaki ni tidak serius, banyak perempuan keliling pinggang, tak ada masa depan dan hanya tahu mempermainkan ramai perempuan.. Salmah tahu hakikat ni tapi hanya dengan dia saja Salmah rasa hati berbunga-bunga, rasa gembira dan senyum sepanjang masa.

Then, ada seorang lelaki minat pada Salmah. Lelaki ni ada masa depan, serius, bertanggungjawab dan sangat menyanyangi si Salmah. Cuma hati Salmah saja pada orang lain. Salmah tahu, lelaki ni pasti akan menjaga Salmah dengan sebaiknya tapi Salmah tak boleh nak terima. Sebab hati Salmah pada lelaki A td.

So yang mana agaknya pilihan Salmah, Kalau korang, Akal ke Hati..?

p/s: Aku tak reti pilih.. sebab aku hanya ada seorang saja dalam hati. Fullstop!