Friday 27 April 2012

An Essay for job

Tadi ada isi satu job application di Jobstreet. Then dia mengada-ngada lak nak tanya satu soalan bonus..

what is most important to consider when working with customers.?
 
so aku pun jawab lah based on my knowledge and experienced. 

Maafkan aku kalau grammar nya terabur..

Dan kalau ada idea untuk anda ambil, silakanlah.. Ilmu untuk semua.. Rezeki masing-masing..

Maafkan aku juga kalau aku up kan diri sendiri.. hahaha..


....................................................................................................
 
when talking about customers, I believe that the level of CONFIDENCE is important. Why is that? Because confidence is a proof that you are experienced enough to talk about the products, or services to customers even though you are new on this business.

I remembered, one of my friends had just said that, if you are working on business, or selling a products, what happen actually is, you are you are selling yourself more than products. Show the customers how good are you and presenting them a products with an excellent level of confidence. Customers will attract to you and your products.

Everything must be confidence; dressing, talking, presenting, explaining, end encouraging

Another important character when working with customers is having a good skills of communication. Why? because a good communication will show you who you are. An excellent communicator and presenter will encouraging customers to buy and close a deal with them. They will believe in us. Because we had that skills, GOOD COMMUNICATION.

The last one from my point of view, you must build a STRONG RELATIONSHIP with customers. Treat them like you treat your friends and your families but not treat them like your wife or your girlfriend. Otherwise, you will face a big problems. A good relationship will make sure and encouraging them to believe, to understand better, and to give them highest expectation of our qualities.

So confidence, good skills of communication and strong relationship is a must when you need to working with customers. I believe as a student leader, I have those skills. And by being a part-time car's sales advisor and tutor at tuition center, I know how to attract and communicate with customers or peoples.

Thank You.


................................................

p/s: aku saje je post kat blog, in case kalau soalan sama berulang lagi.. Aku boleh copy and paste je =)

Thursday 12 April 2012

Mencari Hidayah! Islamkah kita di Akhirnya?

Nizam keluar dari tempat persembunyiannya yang terletak di bawah tanah berhadapan dengan bangunan parlimen. Tapaknya kelihatan masih tersisa dengan bekas runtuhan.

“Aku mesti cari Hidayah dan anak-anak, Aku tak boleh pengecut begini”

Nizam keluar dengan berhati-hati. Suasana luar gelap. Sesekali terdengar luahan dan jeritan manusia yang kejam diseksa yang diselang-seli kan dengan iringan bunyi peluru yang bertaburan tidak mengenal mangsanya. Nizam kali ini tekad untuk menyelamatkan dan mencari Hidayah. Sudah lama dia duduk berdiam diri bersembunyi dan diselubungi kegelapan. Kali ini dia benar-benar tekad dan berazam. Berbekalkan senapang M4, senjata hasil kerjasama Asean; Malaysia, Indonesia dan Thailand, dia keluar dengan satu matlamat. Mencari tanpa dikesan.

..............................
“hei Nizam! Bangunlah. Kata malam ni nak buka gerai, bangunlah!”

“Aku tak larat lah Man, badan rasa tak sedap, tekak rasa pahit”

“Betul ni. Rugi kau nanti tau, Dengarnya Hidayah nak datang malam ni. Dia ada ajak nak main badminton juga rasanya” Azman bingkas bangun. Sambil melirik senyum kepada Nizam. Senyum yang penuh makna dan mengejek.

Nizam membuka sedikit mata, masih terbaring, berat benar hendak diangkat kepala apatah lagi nak bangun dan bersiap. Nizam dan Azman adalah rakan sekampung yang kini menetap pinggir Kuala Lumpur. Bekerja di kota raya yang mempunyai seribu satu kesibukan ini tidak menghalang pemuda ini untuk melakukan kerja lebih masa. Nizam membuka gerai burger di hadapan Dewan terbuka. Maklumlah, Kerja sebagai dispatch di waktu siang hari belum tentu untuk memberi makan pemuda ini selama sebulan.

Gerai yang diusahakan hampir selama setahun ini ada pengunjung setianya. Cik Hidayah. Seorang gadis yang aktif, bola matanya berkaca, tegas dari gayanya bercakap, jalannya lembut, ketawanya manis, lehernya jinjang, rambutnya tersisip rapi, senyumnya menawan, kata-katanya jujur.

 “dia idamanku, dia tegas, dan dia punyai kelainan, dia manja di sebalik garang, dia lembut di sebalik keras” itulah ayat yang sering kali didengari daripada mulut Nizam.

..............................
Nizam tersentak dari bayangan silam. Kakinya tersadung pada serpihan runtuhan bangunan yang menjadi saksi peperangan ini. Ini bukan peperangan biasa. Tapi ini peperangan mempertahankan maruah Agama dan Bangsa. Bermula dengan peperangan saudara akibat pemberontakan kaum kini beralih dengan campur tangan kuasa asing. Akibatnya rakyat sendiri hidup melarat, sedangkan kuasa asing diangkat sebagai raja tidak berdaulat dan meratah bumi perut tanah air sendiri.

Bunga raya yang dulunya mekar kini diragut kelopaknya satu persatu. Raja-raja digugurkan dari takhta, pemimpin bumiputera dilucutkan kuasanya, rakyatnya yang Islam dinafikan hak Islamnya, Masjid diratakan, laungan azan semakin tenggelam, darah Muslimin bertaburan. Semuanya atas dosa yang mereka sendiri lakukan, terbiar akhirnya di tanah sendiri.

Rakyat hidup sembunyi termasuk Nizam, mereka hilang saudara dan rakan. Cuma ada segelintir pemimpin yang masih berjuang menuntut hak mereka sebagai Tuan pada tanah ini. Yang bukan Islam ramai yang menyerahkan nasib mereka pada pemerintah asing. Apakah mereka hendak menolak tuah? Pemerintah asing menawarkan mereka kehidupan dan keselamatan selagi mana mereka tidak menyokong rakyat yang Islam dan menawarkan bantuan pada mereka. Tuah dunia digandakan pada mereka yang sanggup membuang iman hanya kerana ingin berlindung di bawah payung keselamatan si zalim. Mereka membuang Islam.

Dan ini adalah peperangan mempertahankan Iman dan Islam. AllahuAkbar!!

sambungan di sini