Wednesday 31 August 2011

Ramadhan yang berlalu

ye. Aku tau. Skang #Merdeka #Raya. Jangan cakap aku takda semangat patriotik. Aku cuma takda mood nak sambut both of them. Nantilah ada masa aku ulas #Merdeka #Raya tuh. 


Yep Ramadhan sudahpun berakhir. Cuma Ramadhan kali ni sangat terkesan bagi aku. Sangat!.. And for sure kalau ditakdirkan umur panjang aku hidup 50 tahun lagi, this Ramadhan pasti aku takkan lupakan. Ramadhan 2011.

Yep. Ramadhan kali ni banyak sangat cabarannya. Pada hari pertama berpuasa sehinggalah ke hari yang akhir. Ramadhan tahun ni banyak buat aku bersabar. Ramadhan kali ni juga banyak buat aku hilang air mata berkali-kali. Membazir je air mata aku tumpah bukan kerana dosa tetapi atas sebab lain. Dem ar. Malu je jadi lelaki. Tapi hey.! thats fact!. Itu air mata suci ok. hak hak hak. 

Ramadhan ni juga membuatkan aku belajar menjadi tabah.. Terima kenyataan dan jangan sesekali berputus asa. Entah. Aku tak tau. Aku cuma xnk give up. xnk, xnk dan xnk give up. Aku juga belajar senyum dalam kepahitan. I take this as challenge.

Dan ada beberapa sebab lagi yang Ramadhan ni buat aku rasa sangat special. Tak pernah berlaku sepanjang hidupku. Betapa Ramadhan kali ni sangat mengubah hidup aku. Sangat!. well.. sometimes, the are certain things better left unsaid aite? 

kadang-kadang aku rasa hidup aku sangat berserabut dan tak terurus. Tapi i still can manage perasaan, hide them, even not truly 100%, but its better than before. 

So sempena kedatangan Syawal ni, aku maafkan semuanya atas apa yang dah berlaku. Dan mohon maaf juga salah silap. Dan segala perlakuan yang tidak menyenangkan.

Still tidak menyesal atas apa yang berlaku kerana disitu terselit kemanisan bagi orang-orang yang bersabar. Dan aku akan terus bersabar sehinggalah masa yang menentukan.

Kita tak tau apa yang ada di masa hadapan kita, tapi kita tahu Siapa yang memegang masa depan itu, Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Mengapa berputus asa seandai kita yakin bahawa terdapat ganjaran bagi mereka yang bersabar dan ikhlas =)

p/s: yep. saya sgt serius!

p/s 2: hilang btol kesabaran aku dengan laptop adik aku ni.. jadah susah sangat nk taip.


Thursday 18 August 2011

when it comes to...

“I remember years ago, someone told me I should take, caution when it comes to love, I did, I did”


Yang di atas tu adalah sebahagian petikan dari lirik Impossible-Shontelle. And it was one of my favorite song. Aku boleh jadi suka kepada sesuatu lagu disebabkan lirik dia ada menyentuh apa yang aku rasakan ketika itu. Sama juga macam lagu Ungu-Cinta Dalam Hati dan Ungu-Percaya Padaku. Lirik dia seolah-olah apa yang ada dalam hati aku yang cuba nak sampaikan; dan disampaikan menjadi bait-bait lirik yang diterjemahkan ke dalam lagu. Kedua-dua lagu Ungu tu dah lama aku suka. Especially Cinta Dalam Hati.


Even sebelum lagu Impossible ni release or a years ago ada someone told me, aku dah mula berhati-hati bila membabitkan tentang perasaan. Well, u know sometimes I can manage my feeling without anyone know, sometimes memang bila aku fikir kesannya tak seteruk mana, aku biarkan orang sekeliling tau. But the weakest part of me, I can hide my emotion but not my action. Its hard sebab setiap perlakuan tu datang dengan sendiri. I try to deny dan duduk diam-diam. Tapi rasanya lagi sakit bila kita just ignore perasaan yang sepatutnya dibiarkan wujud dan bercambah.


One more thing I learned, jangan pernah tipu perasaaan sendiri. Bila kau tipu dan sekat perasaan yang wujud dalam hati tu, lama-lama perasaan itu sendiri akan keluar bila tiba masanya. It’s just like air sungai. Kita biarkan saja dia mengalir. What happened if kita sekat fitrah dia mengalir. Airnya akan melimpah. Dan bila kita release sekatan, airnya akan deras meluncur dan memusnahkan apa saja yang ada.


Dan jangan pernah menipu diri sendiri.


Aku adalah seorang yang sangat ego. Sangat sombong dan aku bukan lah seorang yang mesra waktu kali pertama bertemu. so I think with that personalities, chances aku nak terjatuh dekat orang tu tersangatlah rendah. That’s why in my life, jarang untuk aku benar-benar sakit sukakan seseorang. U can differentiate, bila kau kata suka, cuma tengok dari jauh, sesekali jadi stalker. Atau ada satu lagi perasaan bila mana, she is the one that can make you are the happiest person in your life, maka secara fitrah tanpa dipaksa-paksa, you will do what you never expected to do. 


Bila dia ada, aku tak pandang orang lain. everyone seems like tak wujud. I dun care seksi mana pun orang yang lintas depan aku. And every second, every minutes I just think only her. Semuanya rasa tak kena. kadang-kadang aku takut nak tidur. Yes. Mimpi memang tersangat indah. But then you akan bad mood sepanjang hari bila tersedar yang you can’t get that dreams into your reality. The most craziest part, kau boleh rasa kehadirannya seolah-olah dia ada di sebelah kau. Boleh dengar suara dia, boleh tengok senyuman dia. Orang kata, kalau dah gila, apa pun boleh berlaku. 


Oh ya. untuk pengetahuan, semua perasaan ni hanya lah angan dan khayalan semata-mata ya.


 Kalau ada betul pun apa salahnya. Ye dok. ツ




Friday 12 August 2011

Bodohnya manusia pada harapan.

Bukan embun. Tapi hujan yang turun dengan renyai. Bumi dibasahi, lembap, terasa sejuk pagi mencengkam urat dan tulang. Aku duduk melabuhkan punggung di tangga halaman rumah. Dari jauh kelihatan anak muda, pakaiannya kusam, wajahnya muram. Tangannya menggenggam sesuatu, secangkir bekas susu getah. Makin lama makin hampir padaku.


Anak muda itu melirik matanya. Penuh mesra. Sekuntum senyuman dihamparkan. Anak muda itu menyusun bicara.


“apakah itu harapan? Apakah ertinya dalam kehidupan?”


Aku pula cuba menyulam senyuman. Butir kata ku kemas kan perlahan-lahan, agar jawapannya difahami tanpa tersirat, dan maknanya tidak terlindung.


“ia abstrak tidak nyata, ia wujud tidak tampak. Ia disusuli keinginan yang kuat, sukar di hapus oleh waktu. Ia seperti mengejar bayang-bayang dalam gelap. Terkadang ia bahagia, terkadang ia derita. Semakin ia disanjung tinggi, semakin keras ia jatuh. Ia sukar untuk dikawal. “


Anak muda diam tiada reaksi. Malah menyambung tanya.


Apakah wujud harapan itu di hatiku?


Aku bingkas tersenyum dengan mesra. Cuba menutupi kudrat ku yang dimamah usia. Aku mendongakkan kepala ke kaki langit, memutar kembali ingatan, menyelongkar kembali memori.


“Manusia bukanlah manusia jika tidak punya keinginan; kita adalah An-Nafs, bersifat hawa nafsu; kita adalah insan, didorong rasa memiliki. Harapan adalah semangat yang menggerakkan manusia. Manusia yang tidak memiliki harapan dalam hatinya sama saja seperti menunggu mati”


Aku menghirup sedikit nafas pagi. Segarnya tidak semuda dulu. Tapi nikmatnya tetap ada. Kicau burung pagi masih berbunyi, gemersik  daun masih lagi beralun.


Berbunyi dan beralun…berbunyi dan beralun…berbunyi dan beralun… begitulah jua getar sukma di dalam hatiku saat harapan ku sandarkan di puncak langit. Sesekali ia bernada sayu. Sesekali ia bernada ceria.


Yang tetap bergetar pada laluannya hanyalah harapan itu. Mengharap pada yang satu. Mengharap pada bekalan doa-doa rindu. Mengharap pada kesudahan yang tertera di dalam mimpi. Mengharap pada kebahagiaan di alam realiti.


Sehingga kini aku masih menanti, putus asa sudah menjadi asam garam ku. Begitu juga usaha ku yang diselang seli dengan air mata. Aku masih menanti walaupun cara mu, sikap mu, perbuatan mu meluluhkan hatiku. Aku masih menanti walau apa pun asal mu, dosa mu, silam mu, waktu lalu mu, dan apa jua takdirnya ku terima. Siapa engkau dan siapa jua engkau aku terima.


Reda ku pada pilihan ku, reda ku pada ketentuan MU, dan usaha ku tidak akan pernah kenal erti jemu. Biarkan asalkan pengakhirannya seperti yang aku impikan biarpun aku terpaksa menanti di syurga.


Anak muda… aku tidak penah menangisi sebuah harapan seperti ini. Maka hendaklah kau jauhi harapan pada cinta. Ia seumpama duri yang melekat pada jantung mu. Setiap hela nafas ia menyakitkan. Manusia suka akan kebodohan dan diperbodohkan. Menghambakan diri pada impian yang sudah ternyata bersuluh bukan miliknya. Mencari cinta yang jauh sedangkan di depan punyai masa depan.


Tapi aku tetap akan menanti. 



Wednesday 10 August 2011

HB my Dad & Convo

Today 10 August 2011. Happy Birthday to my lovely father, Md Yunos Bin Abd Rahman. May Allah bless you and keep you always in His tender, loving care. To the world, you may be one person. But to me, you are the world for me. Aminnn...


And this 10 August means that one years had gone. My convocation day on 10 August 2010. I really remembered it coz it was my gift to my father's birthday at that time. A years ago.


I just Love u Dad.. <3

Thursday 4 August 2011

Setiap Hari di Opis



setiap hari di opis..  eh bukanlah setiap hari.. keselaluan.. inilah kerja aku.. gambar atas penuh dengan laman sosial; facebook, twitter, blogspot dan tumblr.. cover mestilah dengan email. hahaha

bawah plak, mestilah cover dengan beberapa document. senang nanti nak ubah kalau ada orang lalu lalang..

pekerja govemen memang daddykasi kan.. hahaha

Wednesday 3 August 2011

Cinta Ramadan

Salam Ramadan pada semua.. belum terlambat lagi kot rasanya. Maaf lah kalau rasa dah terlambat coz kat opis baru boleh update blog. Lagi-lagi tengah mengerang sakit gigi ni, kesabaran adalah satu nilai yang paling tinggi boleh diwujudkan. Dengan dapat mesej yang menyakitkan hati, itu ini tak kena. Silap hari bulan monitor boleh pecah kena tumbuk. Tapi Alhamdulillah, bulan puasa adalah salah satu bulan yang banyak mengajar kita bersabar.


Kepada yang putus cinta, take this time to rebuild and regain ur semangat. Janganlah asyik nak meraung nak salahkan orang sana sini.. nak merayu-rayu dan menyakitkan hati orang lain. take this time sebanyak-banyak nya untuk mengadu pada yang mencipta Cinta itu dan yang mencipta Insan itu sendiri. Pada siapa lagi yang boleh kita yakin akan pertolongan nya selain dari Allah. Dia lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kuasa Atas tiap-tiap sesuatu.  Dan tolonglah, jangan ganggu kebahagiaan orang lain hanya kerana diri sendiri terasa terseksa..


Kepada yang mencari cinta, sandarkan lah cinta itu atas cinta Ilahi. Ketahuilah bahawa yang terbaik itu datangnya dari Allah, maka janganlah berputus asa dalam mencari dan memiliki. Sentiasa berusaha dan jangan kecewa andai cinta itu belum bisa dimiliki. Bukan kah Allah ada perancangan yang terbaik untuk Hamba Nya.


Walau bagaimanapun keadaannya, sentiasa ingat, jangan biarkan hati ini berpaling dari cintakan Allah. Jangan biarkan hati ini cintakan Insan melebih cinta kepada Allah dan Rasul Nya. Salam Ramadan buat semua. Semoga Ramadan ini menjadi pemangkin semangat untuk kejayaan kita. Dan jangan lelah untuk memburu ibadah dan malam yang dijanjikan lebih baik dari seribu bulan.


p/s: I Love U.. (Boleh tak?)