Wednesday 31 August 2011

Ramadhan yang berlalu

ye. Aku tau. Skang #Merdeka #Raya. Jangan cakap aku takda semangat patriotik. Aku cuma takda mood nak sambut both of them. Nantilah ada masa aku ulas #Merdeka #Raya tuh. 


Yep Ramadhan sudahpun berakhir. Cuma Ramadhan kali ni sangat terkesan bagi aku. Sangat!.. And for sure kalau ditakdirkan umur panjang aku hidup 50 tahun lagi, this Ramadhan pasti aku takkan lupakan. Ramadhan 2011.

Yep. Ramadhan kali ni banyak sangat cabarannya. Pada hari pertama berpuasa sehinggalah ke hari yang akhir. Ramadhan tahun ni banyak buat aku bersabar. Ramadhan kali ni juga banyak buat aku hilang air mata berkali-kali. Membazir je air mata aku tumpah bukan kerana dosa tetapi atas sebab lain. Dem ar. Malu je jadi lelaki. Tapi hey.! thats fact!. Itu air mata suci ok. hak hak hak. 

Ramadhan ni juga membuatkan aku belajar menjadi tabah.. Terima kenyataan dan jangan sesekali berputus asa. Entah. Aku tak tau. Aku cuma xnk give up. xnk, xnk dan xnk give up. Aku juga belajar senyum dalam kepahitan. I take this as challenge.

Dan ada beberapa sebab lagi yang Ramadhan ni buat aku rasa sangat special. Tak pernah berlaku sepanjang hidupku. Betapa Ramadhan kali ni sangat mengubah hidup aku. Sangat!. well.. sometimes, the are certain things better left unsaid aite? 

kadang-kadang aku rasa hidup aku sangat berserabut dan tak terurus. Tapi i still can manage perasaan, hide them, even not truly 100%, but its better than before. 

So sempena kedatangan Syawal ni, aku maafkan semuanya atas apa yang dah berlaku. Dan mohon maaf juga salah silap. Dan segala perlakuan yang tidak menyenangkan.

Still tidak menyesal atas apa yang berlaku kerana disitu terselit kemanisan bagi orang-orang yang bersabar. Dan aku akan terus bersabar sehinggalah masa yang menentukan.

Kita tak tau apa yang ada di masa hadapan kita, tapi kita tahu Siapa yang memegang masa depan itu, Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Mengapa berputus asa seandai kita yakin bahawa terdapat ganjaran bagi mereka yang bersabar dan ikhlas =)

p/s: yep. saya sgt serius!

p/s 2: hilang btol kesabaran aku dengan laptop adik aku ni.. jadah susah sangat nk taip.


No comments:

Post a Comment