Salam Ramadan pada semua.. belum terlambat lagi kot rasanya.
Maaf lah kalau rasa dah terlambat coz kat opis baru boleh update blog. Lagi-lagi
tengah mengerang sakit gigi ni, kesabaran adalah satu nilai yang paling tinggi
boleh diwujudkan. Dengan dapat mesej yang menyakitkan hati, itu ini tak kena. Silap
hari bulan monitor boleh pecah kena tumbuk. Tapi Alhamdulillah, bulan puasa
adalah salah satu bulan yang banyak mengajar kita bersabar.
Kepada yang putus cinta, take this time to rebuild and
regain ur semangat. Janganlah asyik nak meraung nak salahkan orang sana sini..
nak merayu-rayu dan menyakitkan hati orang lain. take this time sebanyak-banyak
nya untuk mengadu pada yang mencipta Cinta itu dan yang mencipta Insan itu
sendiri. Pada siapa lagi yang boleh kita yakin akan pertolongan nya selain dari
Allah. Dia lah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kuasa Atas tiap-tiap sesuatu. Dan tolonglah, jangan ganggu kebahagiaan orang
lain hanya kerana diri sendiri terasa terseksa..
Kepada yang mencari cinta, sandarkan lah cinta itu atas
cinta Ilahi. Ketahuilah bahawa yang terbaik itu datangnya dari Allah, maka janganlah
berputus asa dalam mencari dan memiliki. Sentiasa berusaha dan jangan kecewa
andai cinta itu belum bisa dimiliki. Bukan kah Allah ada perancangan yang
terbaik untuk Hamba Nya.
Walau bagaimanapun keadaannya, sentiasa ingat, jangan
biarkan hati ini berpaling dari cintakan Allah. Jangan biarkan hati ini
cintakan Insan melebih cinta kepada Allah dan Rasul Nya. Salam Ramadan buat
semua. Semoga Ramadan ini menjadi pemangkin semangat untuk kejayaan kita. Dan jangan
lelah untuk memburu ibadah dan malam yang dijanjikan lebih baik dari seribu
bulan.
p/s: I Love U.. (Boleh tak?)
No comments:
Post a Comment