Monday 24 October 2011

Alasan

Setiap benda pun mesti ada alasan kan.. well ini ada alasan kenapa blog aku tak berupdate.. hahaha..


Sebab aku tak ada pc atau laptop..


Then come up with a good reason. Well its actually an accurate reason.. tak nak update sebab takut kalau orang baca, akan cakap aku perasan, akan ada orang butthurt dengan repekan aku atau akan ada org kata aku syok sendiri.. hahaha..


Sebenarnya tak ada mood nak tulis.. eh.. tidak, sekarang aku perlukan pc dan mood untuk menulis.. sebab aku rasa nak masuk pertandingan menulis esei sempena ulang tahun Bangi Bandar Ilmu anjuran Adun Bangi kot. Dia ada listkan beberapa tajuk tapi tajuk yang menarik minat aku adalah “Bangi belum layak diiktiraf sebagai bandar ilmu”. Sebab aku ada opinion yang mengatakan ya, setuju. Bangi belum lagi layak digelar bandar ilmu walaupun sekitarnya ada beberapa Institut pengajian tinggi. Kenapa? Adalaaaah.. hahaha.. nanti korang curi plak idea aku kan..


Aku tak adalah rajin sangat nak menulis, nak memerah idea bagai tapi sebab aku nak duuuuit.. hahaha.. nak kaweeen.. eh. Tak.. aku nak duit tu nak beli macam-macam. Hahaha..


Ok.. nak cari mood bahasa-bahasa sastera dan indah!..


Taman hati penuh berwarna,
Entah bila warnanya pudar,
Taman hati sedang berbunga,
Entah bila berakhirnya mekar.


Ku tancap mawar disisip selasih,
Sesegar tanah atasnya taman,
Ku sulam doa lembaran kasih,
Agar tabah menanti idaman.


eh.. tak.. ni puisi aku curi dari orang lain..

Monday 17 October 2011

Keikhlasan

Minggu ni adalah minggu busy.. haih.. silap! Bulan yang busy… dengan proses perpindahan rumah, then dengan konvo.. ni bulan Oktober adalah bulan siswazah.. Huuu. Tak termasuk lagi bengkel sana sini, then nak editing, meeting dan ntah-ntah apa lagi nak dibuat..


Blog pon xda mood nak update. Maybe sebab kurang rasa down-down.. dan xda masa nak dibazirkan untuk membelek blog atau menulis.. hurmm itulah.. ingat nak cari satu pc.. so bila balik kerja boleh lah update kalau ada masa..


Skang hal umah pon dah 80% settle.. after this dah boleh looking for a new job.. then barulah boleh fikir hal-hal lain.. lepas tu nak cari part time either nak cont jual burger or other alternative yang lain. Aku ada terbaca dalam twitter,


“kunci kepada usaha dan tidak mudah putus asa adalah keikhlasan”


Sebab bila kita ikhlas, kita tidak akan cepat berputus asa. Bila kita berdoa juga tanpa henti dan putus asa, atau tidak ragu-ragu terhadap Yang Maha Menerima doa juga menunjukkan kita ikhlas dalam berdoa. So it makes me think, kenapa sejak-sejak akhir ni rasa bersemangat balik nak kejar apa yang kita impikan.


Keikhlasan itu adalah subjektif. Siapa kita nak mengukur tahap keikhlasan seseorang. Hanya Yang Memiliki Hati saja yang tahu sejauh mana keikhlasan kita.  Jadi, dalam apa saja yang kita lakukan, letak niat kita tu atas sebab ikhlas. Jadi kita tidak akan mudah rasa kecewa. Mungkin ada, tapi tak adalah sampai menonggeng.


Thanks to someone yang sebenarnya secara tak langsung give me encouragement untuk terus berusaha dan usaha.. Well there’s must be a reason kan setiap benda yang berlaku.. kita tak tahu apa yang terjadi di masa hadapan, tetapi jika ini hanya sementara, aku tetap bersyukur atas apa yang telah terjadi, dan tidak akan pernah menyesali walau sedikit pun. Thanks =D



Thursday 13 October 2011

No Update

yee.. yee.. aku tau takda update.. PPS UKM sangat busy dan aku pun buat2 lah busy, padahal ada je time nak update kan.. 


tomorrow i fly to langkawi.. itupun bukan holeday.. kompom tak berjalan.. ada meeting disana.. then after pulang bermeeting, i plan to buy a new pc.. boleh lah berupdate, xda alasan lah busy kan..


hahaha... okies.. tata.. ada benda nak disiapkan.. mwahh =)