Sunday 31 October 2010

SPECIAL ENTRY

Ok Sejarah nya bermula begini.. Friendster telah bercinta dengan Friendster's Blog lalu mendapat cahaya mata yang telah dikenali dengan nama Blogspot ini.. Alkisahnya, Blogspot ini telah dididik dengan sempurna dan bertemu jodoh dengan Facebook.. Dengan hasil bancuhan yang sempurna melalu teknik permanian berhadas, maka lahirlah anak perempuan yang kiut miut dan telah diberi nama Tumblr.


Ok, enough dengan Sejarah, now kita belajar tentang Matematik dan Statistik







Overall




Jadi kalau kita lihat secara overall nya, kebanyakkan entry dibuat pada tahun 2009, patut lah pointer aku drop. Jadi pada tahun 2010, secara konsisten setiap entry dibuat adalah selari dengan kesibukan penulis dan juga membentuk semangat keyakinan dalam diri penulis.


Data-data yang lain tu korang analisis lah sendiri yek.. Aku pon dah tak ingat maths ni.. (sesiapa yang serius nak menganalisis, click pada picture untuk kajian yang lebih jelas) hahaha


Jadi sempena 31 October 2010 ini, genap selama TIGA TAHUN Blog ini telah wujud.. Blog ini juga menyaksikan setiap suka, duka, peperangan, kedamaian dan segala bermacam khazanah yang tersimpan selama tiga tahun ini..


Justeru itu, aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada semua pembaca tegar, pengkomen tegar, silent reader, yang termasuk secara tak sengaja, nuffnang readers (dengan harapan aku akan klik balik nuffnang mereka), blogger yang walking, jogging, running, swimming, dan kepada semuanya secara langsung mahupun tidak langsung..


Sebarang idea, kritikan, dan surat cinta boleh lah direct terus ke komen entry ni yep..


Good Luck and All The Best!


Happy Burfday My Blogspot... Love U Very The Much!

Thursday 28 October 2010

Wednesday 27 October 2010

Hak!

gambar tak da kene mengena..


Setiap dari kita punya hak dan kebebasan untuk memilih.. Tapi kenapa macam aku rasa hak dan kebebasan aku disekat.. Atau aku yang terlalu baik sehingga semua nak menurut apa yang orang nak! Demm...


Sampai bila? Sampai bila rasa hati aku terus dibelenggu oleh perasaan bersalah, perasaan nak membalas hati dan budi.. Aku bukan orang yang mementingkan diri.. Jauh sekali nak dianggap orang yang melupakan sesuatu bila dah beroleh kesenangan.. Aku benci perasaan ini.. Perasaan ini merupakan satu penyesalan yang memang dah tak dapat nak diungkapkan... Atau aku harus terus buang perasaan aku sendiri demi membalas hati dan budi... Sebab aku tau, aku harus membalasnya!!


Jauh sekali aku nak bertindak sebagai anak derhaka!...... 

Tuesday 26 October 2010

interview



dalam minggu ni dah bberapa kali aku pergi interview.. bukan aku yang di interview, tetapi sekadar peneman atau pun menghantar kawan-kawan pergi interview.. baik tak aku? ya!, minggu ni je cukup tiga kali.. kesemuannya nun terletak di pasir gudang.. 


bila lah turn aku lak nak pergi interview ni.. hahaha.. demm.. ohh ya.. minggu depan aku bukak open interview pada semua yang nak apply.. syaratnya.. perempuan, beragama islam, pandai memasak, berkemampuan zahir dan batin.. 


interview untuk calon bini aku.. masa dan tarikh akan diberitahu kelak.. so.. get ready and stand by... ^_^

Saturday 23 October 2010

LESTARI - Mahligaimu Dari Airmataku



Ok.. ini siyesly xda kene mengena ngn sesiapa ataupun kehidupan peribadi aku sendiri.. Cuma lagu ini teramat sedap dan dah seminggu asyik berputar-putar dalam kepala otak aku ni... layanzzzz...



Izinkan diriku meluahkan rasa,

Maafkanlah aku andai kau terasa,
Biar ku paparkn apa yg terjadi,
Moga engkau tak ulangi.



Sungguh tak ku sangka kau berpaling tadah,
Setelah lamanya menjalinkan cinta,
Dalam diam-diam kau sudah berpunya,
Tanpa aku menyedari semuanya.



Aku mendoakan agar kau bahagia,
Bersama si dia insan yang kau suka,
Percintaan kita tak sampai ke mana,
Setakat di bibir saja.



Sayang...
Kau bina mahligai dari air mata,
Yang jatuh berderai di wajah sepiku,
Hancurnya hatiku bisa tak terkata,
Terhumban rasa diriku.



Oh aduhai ku masih ingati,
Janji manis dan saat romantis,
Kau pintaku supaya setia,
Akhirnya kau yang berubah.



Oh tuhanku tabahkan hatiku,
Temukan dengan ketenangan jiwa ini,
Dibelasah rindu,
Tetapi apa dayaku.



Ku cuba pejam mata tapi tak terlena,
Keranaku masih teringat pada mu,
Begitu payah nya nak ku melupakan,
Pernah kah kau memikirkan oh sayang...




Friday 22 October 2010

so-sial


yep.. aku orang yang suka bersosial.. tapi bukan liar.. aku suka lepak, lepak hirup embun malam.. menikmati sisa baki usia remaja.. coz kita semua tahu bila dah bekerja means kita dah hampir ke alam dewasa.. bila dah kawen maka completely kita dah boleh dianggap dewasa.. so dah dewasa sendiri mau ingat lah, kena ada tanggungjawab, gejala sosial kenalah ada batasan...




Lately, aku keluar dengan kawan-kawan universiti dan kawan-kawan sekolah.. bila kita bergaul dan sharing ideas and information, kita akan lihat setiap orang ada corak pemikiran tersendiri dan hala tuju masing-masing... Rasa seronok bila kita dapat lihat perbezaan pemikiran tuh tak kira lah dari aspek kerjaya, isu-semasa, ataupun politik.. The best effect nya kita akan gained more knowledge...


After graduate, aku rasa down dan tak tahu apa impian aku, apa hala tuju dan apa masa depan yang aku perlu lalui.. hilang punca dan putus asa... and know walaupun kita semua berbeza pendapat but ia memberi semangat bahawa apa yang kita lakukan ada lah yang paling tepat selagi ia tidak melanggar undang-undang agama dan dunia.. Perlu yakin bahawa setiap keputusan yang kita amek adalah betul.. dan sentiasa percaya dan usaha.. yang lain kita serahkan pada Yang Maha Melaksanakan..


And now, its clear, i wanna be....................

Wednesday 20 October 2010

Esok!

Aku pernah bagi ucapan di setiap kali program ketika dulu

Aku pernah bagi ceramah motivasi pada 200 budak-budak sekolah

Aku pernah bercakap dengan masyarakat

Aku pernah berbual dengan vip

Aku pernah present assigment

Aku pernah present viva

Kenapa esok masih lagi terasa cuak?

esok (baca: 20 october 2010)

Friday 15 October 2010

what a bad day today.!

Pernah tak korang mencari-cari spek hingga sepuluh minit tapi tak jumpa-jumpa.. Atas, kebawah, keatas balik for sure spek korang tak tau dekat mana... nak kata salah letak baru tadi pegang... owh! rupanya spek dah ada kat mata.. demmmm...


then after keluar pejabat pos... mencari-cari kunci kereta di dalam kereta sambil memandu... sebab ingat td letak kat poket... tapi cari kat seat tak jumpa... yang ada hanyalah wallet ngn resit pos laju tadi.. serta surat khabar... kunci kereta xda macamana nak memandu.. then korang sedar yang korang boleh memandu sebab kunci kereta dah melekat pada starter hole kereta... kalau tak macamana kereta nak bergerak.. bangang!!..


this is the most worst of this day... ok.. aku admit aku suka wat kerja last minute.. dan tadi pagi after prepare sehabis baik aku nak pergi anta job application by hand kat jbiotech kat jb ni haaa.. sampai sana.. perut aku siyesly meragam.. so aku yang memang dah terkepit-kepit ni terus cari tandas... then jumpa satu cyber cafe ni cakap nak pinjam tandas... dia pon kata ok..


Aku terus menuju ke tandas.. Bukak lampu, lampu tu takda.. aku tanya dengan mengigil.. Bang, xley bukak lampu ke... dia kata.. lampu tandas kena cut.. wth!... so aku pon berhadas besar dalam keadaan gelap gelita.. diulang... gelap gelita!... macam bangang... nak cari paip pon kena meraba-raba.. naseb teraba benda yang betul.. hahaha.. selekeh!....


Ini pemandangan aku semasa di dalam tandas!


After semua settle.. Aku pon cari di mana sampul job application aku... Rupa-rupanya dah ada dalam baldi takungan air... bangang tak?


Berjam juga aku termenung, tarik nafas, nak settlekan.. naseb ada idea datang.. cari kedai potostat, dan repair semua tuh termasuk beli marker, dan terpaksa beli sampul surat sekali lagi... pas send abes citer.. hahaha...


After balek.. lepak jap layan fb... tertido.. then after balek semayang jumaat baru teringat mimpi masa tido td.. ok.. ngeri!... aku semacam berada di hospital tempat aku praktikal.. nak mintak keje kot.. so ada makcik indon sorang jual ayam goreng crispy.. alaaa... yang macam uncle bob tu, dia sekeping, xda tulang... so aku cakap nak dua, sebab aku tersangat lapo.. Makcik tu tak nak jual.. dia siap gelakkan dan tak percaya aku nak beli ayam tuh...  Ish nak pelempang, makcik tu orang tua... Tolak tarik akhirnya makcik tu jual... And the crispy chicken turns out to be tuala wanita... Oleh sebab dia bungkus ngn brown paper makanya dia jadi sekeping sebiji macam ayam crispy.. Demmmm.... Ayam kegemaran aku tu (T_T)


Moral of the story.. jangan wat keje last minute, jgn makan nasi lemak b4 pegi mana-mana.. jangan beyak sambil bawak job application!


p/s: yakin! bahawa setiap musibah adalah penghapus dosa...

im so sorry



Im so sorry for what i think is my mistake that such this idiot things happened.
Im so sorry coz i never meant to hurt you
Im so sorry i couldn't help you to get through the worst situation that you ever have
Im so sorry coz i wouldn't be there beside you to calm you down
and holding your hand
Im so sorry if i made those tears come outta your eyes
Im so sorry coz i never gives what u ever want
Im so sorry coz i cant be someone you want me to be
Im so sorry if my words make u angry
Im so sorry if dont show much caring, loving and worry
Im so sorry coz i cant be perfect
Im so sorry coz i never been good enough

Things are getting more complicated and it wont make it...

But I still believes there is a hope.. If were are meant to be together, nothings impossible coz we are trying our best and Allah knows everything that are better for us..

Thursday 14 October 2010

Pernah Tak?



Pernah tak korang bila tengah malam macam ni then tak boleh tido then reloading reloading reloading blogspot, kemudian reloading reloading and reloading facebook...


Bukak blogspot tak tau nak update ape, then bila update kena berhati-hati.. Tarik rambut dalam tepung, tepung tak berselerak, rambut tak putus.. eloklah korang pergi tukar shampoo yang boleh buat rambut tak senang nak putus.. So biar hati-hati agar tepung je tak berselerak, sebab compom rambut takkan putus.. 


Bila bukak facebook, tak tau nak watpe.. takkan nak update status one in every 5 minutes.. Tapi ade je orang buat.. =) 


so....


p/s: I hate to say this, but desperately i need a job now!

Wednesday 13 October 2010

letters to juliet..



what if we were made of each other
born to become best friends and lovers
I want to stay right here
in this moment with you
over and over and over again
what if this could be the real love
a love, a love, yeah
I don't know what to think
is this real or just a dream?
in my heart is where you'll be
I'll keep waiting till we meet




Siyesly this movie is sweet and awesome... Sesuai untuk semua golongan yang nak bercinta, yang bercinta, yang putus cinta, yang masih menanti or whatever lah... 


Cinta boleh berubah! And we never know who is there that were made for us... Until we find them..


Dan bagai mana a-true-love akhirnya bertemu after 50 years... when talking bout love, its never too late!


Love's unpredictable 


p/s: ermm berangan jap!

Sunday 10 October 2010

Kasanova

Seperti mana update terbaru di facebook.. the next career to be.. Casanova.. The art of seduction..


can i? hahaha.. im not a sweet talker... even not a good seducer with a good skill of flirting. 


just a man with a good listener and motivational coach.. just like one of my friend said..


ahaha... berangan skejap kalau aku ada kelebihan seperti giacomo casanova ni dalam etika mengorat wanita..




based on casanova movie released on 2005.. satu movie dengan jalan cerita yang menarik.. Bagaimana lagenda penggoda ni akhirnya menemui their true love pada wanita yang menentang prinsip casanova ni sendiri. Prinsip casanova ni mestilah percaya yang cinta tu hanya pada pertemuan satu malam je.. not everlasting love..


Kiranya perempuan ni berjaya mengubah hati lelaki tu hanya dengan ketegasan prinsipnya dan kepercayaan.. Korang paham tak? kalau tak.. pergilah tgk movie tu sendiri.. hahaha...


sebab tu lah dalam budaya moden melayu skang ni pon ada falsafah yang mengatakan kita ni memang disengajakan untuk bertemu dengan cinta yang salah sebelum kita bertemu dengan cinta yang sebenar. supaya kita ni lebih menghargai apa itu makna cinta..


alah... itu zaman skang.. kena kenal dulu hati budi, rupa paras b4 berkahwin. Orang zaman tuk kaduk dulu tu kawen dulu baru bercinta. Macam best jerk.. Zaman moden ni ada buruk ada baik nya jugak kita kenal-mengenali dulu siapa yang akan jadi pasangan hidup kita...


Yang penting tahu batas-batasnya :p


p/s: really... i want to be Casanova. ok.. time to attend my first class.. art of seduction!

Friday 8 October 2010

Tak Reti Bagi Salam?

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

gambar dari blog ustz Hj. Hishamuddin dalam entrynya etika member/menjawab salam


Hangin tol aku harini... well at least ada gak benda nak hupdate.. ahaha... citernya adalah sekumpulan budak-budak dalam darjah 1-3 dtg rumah aku terpekik-pekik bagi salam.. Datangnya bukan sebab beraya tapi sebab nak antar brg... Anak-anak jiran jugak...


Bila dah bagi salam terpekik-pekik tuh, aku pun wat lah degil aku xnk keluar... Dalam hati ko bagi salam betul-betul baru aku muncul... Hari Jumaat kot.. Budak ke, bapak budak ke peduli hape aku... Bila dia putus asa tak ada orang keluar, dia boleh plak jerit "hoi tak reti nak keluar ke".. ahahahaha... aku zuppp terus muncul depan pintu...


lepas amek brg dan tanya apa itu ini... aku pun terus basuh budak2 tuh... hahahaha.... naseb lah mak bapak dia nak marah ke or whatever...


len kali kalau kita ni ada anak-anak, ajarlah sedari kecik lagi... Bagi salam.. kalau xda orang nyahut... Datang balik petang ke... Kalau xda jugak.. mak bapak main lah peranan telepon dulu ke... Sorry to say.. zaman skang ni mak bapak muda yang dua-dua pun kerja... Anak dibiarkan macam tak risau dah keselamatan diorang.. Pagi ptg siang malam main depan rumah tanpa pengawasan orang dewasa...


Zaman dah berubah.. dulu kalau bogel mandi sungai pun orang xkesah... main konda kondi pon xda sapa nak culik.. Zaman skang, korang percaya ke membiarkan anak-anak tanpa pengawasan?


Jangan buat anak je tau, then biarkan bersepah......


p/s: ermmm ok... dalam entry ustz hishamuddin yang bertajuk etika memberi/menjawab salam, orang dewasa wajib menjawab salam kanak-kanak....