Thursday 28 May 2009

Worst moment for Manchester United


Rumah ku xder Astro.. tak perlu disebabkan masalah yang pelbagai.. Jadi aku nekad.. melihat Manchester beraksi di kedai-kedai makan yang terpilih untuk menyajikan tayangan eksklusif ini.. Dengan mengenakan T-shirt Man U baru bewarna biru serta semangat, tepat jam 1.30, iaitu satu jam 15 mint awal dari sepak mula...



perlawanan taktikal Man U agak hambar di keseluruhan 90 minit permainan... Mungkin barangkali termakan dengan rentak kemas, hantaran sempurna dan skill individu yang dipamerkan oleh pasukan FC Barcelona..


So gelaran ke empat yang di idamkan oleh Manchester United terlepas ke kelab catalan sepanyol.. "In fairness we were beaten by the best team" ini adalah petikan ferguson untuk sky sports 1...


Permainan Barcelona tampak mengagumkan dengan hantaran yang cukup kemas dan ball position yang cukup baik serta serangan-serang yang rapi.. cukup untuk mendebarkan jantung peminat Man U di seluruh dunia.. Dan Messi sememangnya berada di kelasnya yang tersendiri seperti aku.. wahahaha..


Pape pun, Tahniah kepad FC Barcelona..




Wednesday 27 May 2009

Its coming

akhirnya untuk mengecapi umur yang semakin meningkat naik merupakan satu kesyukuran kepada Ilahi atas kebenaran dari-Nya untuk hidup sehingga ke hari ini.. setiap detik nafas yang di lalui bagaikan turut diiringi dengan setiap pengalaman kesukaran jatuh bangun nya seorang insan..

hari ini genap 22 tahun mengikut tarikh masihi.. 27 Mei 1987-27 Mei 2009... mengikut tarikh lahir dalam bulan islam jatuh kepada 28 Ramadan 1407... huh harapnya adalah malam itu merupakan malam lailatulQadar.. supaya insan yang lahir dalam tarikh itu adalah insan yang yang dianugerah dan bakal menjadi pejuang yang menegakkan syiar Islam di zaman modenisasi..

dengan 22 tahun pengalaman hidup, sedikit sebanyak telah mengajar kita mengenai masam manis nya kehidupan.. dengan ragam orang sekeliling yang sedikit sebanyak turut mempengaruhi latar kehidupan kita.. begitu banyak ragam.. dari kehidupan di tadika menganjak ke latar belakang persekolahan rendah... hidup ini ditambah lagi rencah dan garam dengan memasuki sekolah menengah sebelum menghadapi kesukaran sehingga diterima ke sek Men Teknik JB...

mendiami sekolah teknik yang mencecah selama seminggu sahaja sudah cukup untuk mendedahkan kita tentang perbezaan ragam persekolahan.. akhirnya selepas seminggu aku diterima ke Maktab Rendah Sains Mara BPJ.. di sini kita didedahkan dengan meluas tentang erti kehidupan.. disebabkan tinggal di asrama jauh dari keluarga, kita dapat mengenali watak rakan2 kita.. jujur? hipokrit? tulus? dan sebagainya...

Dari Mrsm aku terus terpilih kononnya untuk menyertai Kem PLKN Putra-Putri, Alor Gajah, Melaka.. Di sini walaupun hanya 3 bulan, disebabkan orang-orang yang terpilih ke kem ini mungkin sekali dikalangan perompak atau sebagainya dengan latar belakang akademik dan latar belakang yang sangat berbeza.. maka dengan ini, ia mengajar kita bagaimana untuk bersosial dengan orang2 yang berbeza.. bijak membuat telahan dan bijak memilih mana yang benar dan mana yang batil..

Dari kem plkn di Melaka, penghijrah bermula lagi bila di hantar ke Kulim Kedah untuk matrikulasi di Kolej MARA Kulim... di sini juga kita dapat mempelajari budaya yang jauh berbeza dari kehidupan biasa.. yelah manakan tidak.. kelapa di selatan nyiur di utara.. bahasa berbeza.. kehidupan juga sedikit berbeza..

Dan yang terakhir selepas Matrikulasi, aku terus menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia.. yang luas dan luasnya juga pendedahan sosial dan segala macam maha kemungkaran yang boleh dicetuskan.. cuma terpulang kepada kita bijak atau tidak menghadapinya.. ini cuma perjalanan 22 tahun hidup sebagai hamba Alla di muka bumi ini... yang akan datang, apa yang berlaku harap kita semua tabah dan cekal menempuhnya..

Dalam 22 tahun ini memang pelbagai ragam yang telah aku jumpa.. pelbagai masalah yang aku hadapi.. dan dalam dunia manusia ini memang hati itu sangat cepat berubah.. dari seorang yang baik ati mungkin berubah kepada seorang yang emosi.. menghentam orang lain dengan kata-kata yang cukup mencalar jauh di sudut hati.. ada juga yang nampak normal, berubah menjadi seorang yang tamakkan pangkat dan nama, sentiasa ingin berada di atas melebihi orang lain.. tapi yang banyak adalah jenis mereka yang pentingkan diri sendiri.. mendahului kesenangan sendiri dan sanggup melihat kesusahan orang lain walaupun kesusahan itu sudah terhidang di kepala mata sendiri...

kehidupan di universiti dalam ungkapan sosial kita akan melalui berbagai peringkat... tahun pertama menginjak ke tahun kedua.. dan tamat di tahun tiga atau empat... ada istilah senior dan ada istilah junior.. ilmu yang ada di dada x kira dari akademik ataupun dari organisasi sosial, ilmu itu diperturunkan dari generasi ke generasi.. kata-kata nasihat dari yang atas ke yang bawah.. dari peringkat ke peringkat.. senior yang mengangkat kita menjadi orang berilmu yang tahu cabang organisasi.. dan kita yang mengenalkan ilmu ini kembali pada junior agar ilmu tradisi diwarisi dari satu generasi ke satu generasi...

inila sebahagian daripada ragam manusia.. walaubagaimanapun ragam ini lah yang membantu kita mengenal manusia.. membantu kita mempelajari dunia luar yang sudah tentu semakin luas ragam dan kehendaknya nanti.. Semoga Allah memberi kita semua satu kekuatan dengan niat yang ikhlas.. kerana hati manusia itu cepat berubah dan tanpa disangka..

maafkan aku sekiranya selama ini kata-kata aku mencalari hati kalian.. dan aku maafkan juga atas kata-kata yang pernah menyakiti hati aku walaupun aku tahu kata-kata itu didorong emosi yang sangat keterlaluan... Walaupun hati ini masih meninggalkan parut atas hirisan itu..

Semoga semuanya selamat dan bahagia.. Dan semoga semuanya kembali kepada yang asal.. (n_n)







Saturday 23 May 2009

complicate

hidup ini sangat menyukarkan.. sangat meresahkan... sumtimes aper yang berlaku di sekitar menjadikan diri kita ini bagaikan resah, gundah dan pelbagai lagi perasaan..

semenjak balik cuti.. kelihatan blog ini berbaur kebencian, dendam, sedih, muram dan hitam.. kenapa? mungkin salah satunya adalah pengaruh dari aper yang berlaku di sekeliling dan juga pengaruh emosi.. seharian aku di rumah tido, nonton tv, makan.. ini yang menyebabkan sebahagian hidup dan perasaan aku seolah-olah ikut terkurung dengan aktiviti aku yang sangat membuhsankan...

tambah menjadikan perasaan aku bercelaru dan tidak sedap hati bila bercakap pasal PERMAJ.. nothing happen but nothing i know... ditambah juga apa yang berlaku di Kolej Ungku Omar, dan juga bila mengetahui my frens kapel dengan seorang yang aku tidak suka.. nampak pelik sebab apa hak aku untuk masuk campur tentang hubungan orang lain.. tetapi ia tetap menganggu gugat serta merentap perasaan aku..

cuti ini juga melayarkan angin yang tidak senang kepada aku.. mengkhabarkan keseluruhan teman aku berada di Univesiti masing2.. termasuk kawan2 di rumah.. ada yang praktikal.. dan kawan-kawan UKM juga masih berada di UKM.. ini menjadikan aku seorang yang....... sangat seorang, xda aktiviti2 yang menarik.. terasa penjara itu sama sahaja dengan keadaan aku sekarang.. dan everything seems lost contact... adakah semua tidak mahu melayan aku.. ok.. xpe..

hidup sunyi sebegini akan meresahkan lagi keadaan.. bila aku kerap terfikir,
sem depan aku dah x jadi PC lagi.. beshhnya jadi PC..
siapakah rumate aku sem depan?
dapat ke tak asrama ekk sem depan?
agak-agaknya apa tajuk thesis aku, siapa penyelia?
sem depan dah tak ramai member.. aku seorang jerk dalam microbiolgy tahun 4.. aku kan special kes..
hisshhh kenapa kawan aku kapel ngn dier?
mana si fulan bin fulan, fulanah binti fulanah ni pergi?
sapa nk teman aku melakukan aktiviti?

owhh mungkin selama 2 bulan aku akan berterusan sebegini.. atau mungkin situasi ini merubah aku menjadi seorang pasif sem hadapan.. depends bagaimana keadaan ini berterusan..



Thursday 21 May 2009

come and go!!

Terlalu merata pepatah yang dapat didengari, patah tumbuh hilang berganti.. tapi satunya perkara yang tidak dapat dijelaskan dengan pepatah ini adalah friendship.. walaupun seramai mana kawan itu datang dan pergi, dia tetap tidak akan dapat diganti...

Setiap liku-liku kehidupan seorang manusia bermula dari peringkat ke peringkat yang lain.. dari Tadika, ke sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, alam pekerjaan, alam rumah tangga, menjadi ibu bapa, mempunyai cucu dan seterusnya jika dipanjangkan umur.. tetapi, tidak ada sesiapa yang boleh menafikan alam perkahwinan adalah alam yang nikmat, dan tidak ada sesiapa juga yang boleh menafikan alam universiti lah alam yang paling indah..

perjalanan di universiti walaupun mempunyai ruang masa sesingkat 3/4 tahun, namun kenangan duka dan suka, pelbagai aktiviti yang direncana bersama rakan merupakan satu kenangan yang asti tidak dapat dilupakan oleh setiap mahasiswa universiti.. yang pastinya ceritera alam kehidupan universiti akan sampai ke telinga anak-anak dan cucu-cucu kelak..

hari ini aku sekali lagi terasa sesuatu yang bakal berlaku... kenangan yang diberi oleh teman-teman akan menjadi peneman untuk setahun lagi yang mendatang.. saat ini pastinya adalah satu saat perpisahan yang tidak sanggup ditelan oleh setiap mahasiswa.. dan pastinya juga setiap pertemuan titik akhirnya adalah perpisahan..

buat kawan-kawan se-universiti yang telah meninggalkan alam kenangan terindah untuk sem ini, Microb-ians, Kawan se-kolej, kawan se-PERMAJ, terima kasih atas pemberian, penghargaan yang tidak akan pernah aku lupakan.. terima kasih juga atas segalanya.. segala kesilapan yang disengajakan atau tidak disengajakan, anggaplah itu sebagai satu monumen yang akan berdiri teguh untuk dikenang sepanjang zaman.. maafkan juga atas segalanya..

semoga kita berjumpa lagi.. andai kata jasad berpisah dari nyawa terlebih dahulu sebelum kita berjumpa, nntikan di akhirat sana.. halalkan makan dan minum..

lots of love
semuanya indah di sini..



Wednesday 20 May 2009

Novels

Sebelum aku bukak ceritera mengenai novel2 sepertimana tajuk di atas.. teringin plak aku ni nak memanjangkan cerita KUO di Ambush oleh felo-felo dan pengetua KUO tengah pagi semalam.. ramai gak memember aku kena RM70 sebagai denda..

Yang pertamanya, tidak dinafikan memang salah setinggan tapi kalau ader fikiran yang waras, tidak perlu denda sampai RM70 walaupun termaktub dalam peraturan... Students ni bukannya Anak YB, malah mereka berkongsi bilik, sanggup bersempit semata-mata kerana ingin menjimatkan duit.. Dimana perasaan kemanusiaan seorang manusia? Seorang RM70, kalau sepuluh orang? tak ke mencecah RM700. Buat aper? sedekah ke rumah anak-anak yatim..

Rajin lak datang bilik semata-mata kutip duit.. Meh sini aku nak cerita, bilik aku terkopak pintu selama 2 sem berturut... dalam buku rekod, aku dah buat laporan sebanyak dua kali dalam buku tu, haram jadah nak datang, betulkan pun tidak? apa tuh..? sebab aku x bagi duit kan nak betulkan pintu? Boodoh..

berhenti je la kart situh... x larat aku nk cter panjang tentang kebodohan mereka yang semakin menjadi..

yup.. tentang novel..... aku sedikit kebuhsanan duk di rumah ini.. naseb di rumah, Bapak aku pun x amek RM70 sesenang hati.. aku ni penggemar novel, cuma tidak ada komitmen jerk nak baca menghabiskannya.. seperkara lagi, kebanjiran novel2 jiwang menyebabkan aku tidak berminat nak membacanya..

sekarang nih banyak juga novel yang aku sudah habis baca.. kebanyakan novel import.. Harry Potter sebanyak 7 siries.. Eragorn, Eldest, dan macam2 lagi yang aku sendiri dah x ingat tajuknya... Novel melayu cuma sekerat jerk, tapi adalah lebih 5 buah buku...

Apa yang menjadi genre kegemaran aku ialah novel melayu yang futuristik, jauh melangkau zaman kita kehadapan.. seronok seolah2 kita berada di masa hadapan.. lebih2 lagi karya faisal tehrani... banyak menyentuh aspek budaya melayu dan juga Islam..

untuk mengelakkan kebuhsanan aku, aku sekarang cuba menghabiskan Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani.. Novel ini sarat dengan kupasan mengenai pakaian zaman kemodenan sekarang yang dikatakan Islam tetapi tidak Islam, Kafir tetapi tidak Kafir.. Berpakaian tetapi telanjang... Isinya bakal di review akan datang.. Tunggu sehingga aku habis baca..

ohh ya!!.. sesiapa yang menyimpan karya Faisal tehrani labih2 lagi karya yang bergenrekan Sci Fic, boleh lah meminjamkannya kepada aku ya.. :p



Tuesday 19 May 2009

Its Touching My Heart

hari ni kebetulan hati aku resah, runsing dan risau... walaupun maknanya tidak jauh berbeza.. aku dapat tau paper metab ader 5/6 orang yang fail.. kuat hati aku mengatakan aku salah sorang.. kenapa?

sebab aku memang xley jawab soalan tuh.. langsung.. nway, hope Dr akan bagi markah kesian.. supaya tidak fail.. D pon ok jerk.. hope so.. please pray for me..

yup, apa yang aku nak bgtau kali ini.. aku terjumpa satu poem yang amat menyentuh hati.. nice dan terlalu puitis.. simple but maknanya memberi pengertian yang sunggu mendalam.. sangat2 memberi kesan kepada sesiapa yang membacanya..

Sesekali kalau Ku Kenangkan

Sesekali kalau ku kenangkan,
kita tidak seharusnya bertemu di pantai ini,
biar saja kita bertemu di dalam mimpi,
kerana hidup lebih indah di luar realiti.

Sesekali kalau ku kenangkan,
biar saja kita tidak pernah bertemu di dalam mimpi,
kerana mimpi pun bukannya sebuah janji,
biar saja kau tak pernah ada,
kerana kalaupun kau ada,
kau akhirnya kan pergi jua.

puisi ini nukilan abg Azman untuk arwah Pak Ngah aku.. like i say b4, simple tetapi memberi makna yang sungguh mendalam..

Al-Fatihah untuk arwah Pak Ngah, Mok Teh dan juga Atuk saya...




Monday 18 May 2009

BKRS Club, Myself and Unsattisfied

Lama x update.. tapi Alhamdulillah, semenjak kehadiran wireless dalam rumah aku ni, mungkin sehari 2 kali dapat update blog.. tapi memandangkan perjalanan hari-hari ku di JB semakin membosankan, mungkin juga x banyak cerita yang akan diperdengarkan... ingat nak cari kerja untuk menghilangkan kebuhsanan tapi rasa kemalasan pulak yang menjenguk diri ini..

Nway, x samapai seminggu aku di rumah, pelbagai khabar yang tidak enak bermain di telinga.. Baru-baru ini, khabar yang sangat tidak gembira... Kelab-kelab di UO di hadkan programnnya.. sebagai contoh, Xtreme-C hanya boleh menganjurkan xtvt sukan semasa family day dan juga kawalan pilihanraya kampus.. Maknanya dari contoh yang diberi, tidak akan ada lagi panjat gunung, dinner, or aktiviti yang seumpamanya..

Berita yang lagi tidak sedap didengar, Kelab lama aku, BKRS, Iqra' dan satu lagi kelab akan dibubarkan... atas alasan tidak membantu UO.. ini sama sekali aku tidak setuju, dan akan aku tentang... ini sudah lebih wahai barisan pentadbiran UO.. kalau betul berita ini satu kebenaran.. perasaan benci aku kepada barisan felo UO semakin menebal..

BKRS akan dibubarkan.. adakah orang-orang bebal yang setuju membubarkan BKRS tahu sejarah kelab ini.. adakah penampilan masa kini memadamkan kegemilangan kelab itu di masa silam.. pernahkah anda tahu matlamat penubuhannya.. semuanya tidak.. atas alasan kelab itu tidak membantu UO..

sekarang point ini tidak relevan... sekiranya benar BKRS, Xtreme-C dan kelab-kelab lain seperti Samudera dan Nusantara tidak membantu Pentadbiran KUO, sapa yang bantu..? Jaksa yang ketika itu dibarisi barisan felo-felo yang terlalu arrogant? harus ditegaskan.. kelab-kelab ini yang banyak menaikkan nama Kolej Ungku Omar, dan tidak sepatutnya dibubarkan atau dihadkan aktivitinya.. ini mampu memusnahkan atau mematikan kreativiti pelajar untuk berorganisasi.. kesimpulannya, KUO selama-lamanya tidak akan mampu melahirkan seorang pemimpin.. tetapi melahirkan kroni-kroni mereka yang bongkak dan bodoh..

Aku tentang sehabisnya..



Thursday 14 May 2009

Man U News

Akhirnya C.Ronaldo berpindah ke real marid.. tempat impian C.R ketika kecil katanya.. takpe, bak kata abang jual jersey di JB, Danga Bay... Man U x harapkan sangat Ronaldo.. tanpa Ronaldo pon Man U boleh menang.. Betul betul betul.. dulu masa bekcham keluar MU, ramai kata MU akan jatuh.. tapi sangkaan itu meleset.. Di bawah Sir Alex ferguson, ramai pemain hebat dilahirkan di bawah MU... Eric Cantona, Saha, Nistelrooy. Rooney, Tevez, Giggs, Scholes, Neville, dan ramai lagi.. 
Man U skang bukan di bawah tajaan AIG Insurance lagi setelah syarikat amerika itu jatuh miskin dan bankrup.. tapi tajaan man U dengarnya digantikan dengan Saudi Telecom.. Bila keluar perkataan Saudi compom syarikat ini mempunyai kewangan yang begitu kukuh.. Negara minyak lah katakan.. Tapi yang tak beshnya... Jersey baru Man U seakan-akan Power Rangers pada tahun 90-an.. aduh sungguh x lawa... nak beli pon perlu pikir 2,3 kali...


inilah dia jersey terbaru Man U.. hope jersey ini yang mula di jual di kedai-kedai jersey bukan jersey Man U yang sebenar.. Mintak-mintaklah tukar design jersey tuh... macam xder citarasa jer.. mungkin pada orang lain lawa kot.. haha.. paper pun Man U still the beshh.. Barca pon.. AC-milan pon.. erkk banyaknya sokong..





Wednesday 13 May 2009

Im home

wahhh.. sungguh lama x menghupdate blog.. mungkin kerana kekangan masa... dalam masa beberapa hari ruangan ini dibiarkan sepi, banyak perkara yang berlaku... sedikit sebanyak menjejaskan emosi... banyak...

pertamanya aku skang berada di rumah... sedikit mengembirakan apabila rumah aku sudah dipasang streamyx.. dan tadi siang, sempat lagi membeli wireless router, dan bermakna rumah aku kini adalah linkungan Wifi.. tapi rumah aku bukan kopitiam yerk.. dan masalahnya.. laptop atau lappy puppy (kawan-kawan aku panggil) aku diserang penyakit hilang keupayaan mengenalpasti wireless atau bahasa omputihnya xboleh nak detect wireless.. tak tahu mana puncanya.. aduh. mungkin format semula adalah langkah penyelesaian terakhir..

dalam beberapa hari.. hati aku menjadi sakit.. sakit mengenangkan apa yang telah orang buat pada kita... sebagaimana kita buat pada mereka-mereka yang terdahulu.. tapi harus ditegaskan disini.. situasi kita berbeza.. apakah pandangan kami ini umpama sampah yang kemudian harinya kamu semua yang akan tagih..

Untuk mereka yang baca, paham dan sedar.. ingat... bukan aku, tapi semua terasa.. bila kita berpersatuan, cubit paha kiri, paha kanan juga yang akan terasa.. aku sedar media maya ini bukannya tempat yang sesuai mengadu nasib.. banyak lagi saluran.. tapi kekadang aku harus bagi kamu semua tahu.. jangan pecahkan apa yang kita semua telah bina... jangan putuskan apa yang semua kita pernah sambungkan.. jangan ceraikan apa yang kita semua pernah cantumkan.. jangan kau nafikan apa yang pernah di ajarkan... perubahan itu perlu.. tapi tradisi tetap tradisi.. jangan kau cuba jadikan Malaysia ini satu negara republik!!!!

enough bout that.. perjalanan harus ditempuhi.. begitu juga emosi.. harus kita batasi... hari-hari aku di UKM jauh lagi untuk mencapai penamat.. berbeza dengan rakan-rakan.. ya!.. mungkin bukan rezeki aku.. tapi.. good Luck untuk semua.. moga mencapai kejayaan dunia dan akhirat..

Hati masih terasa sakit, sunyi, sepi, dan sendiri...








Friday 8 May 2009

World Is So Cruel

Kejam. sangat Kejam.. 3 Wanita, 2 hamil dan satu warga tua mati di ragut... Terbaru, seorang kelindan lori mati disamun...

Adakah dunia kita berulang kembali peristiwa Habil dan Qabil, malah berganda berjuta kali lagi tinggi kadar pembunuhan.. apakah yang berlaku dalam isu semasa ini.. dunia ini kelihatan nya sangat kejam...

Isu Doktor tidak dedikasi dalam menjalankan tugas juga menjadi isu yang semakin besar dan panas.. Yang kecik semakin besar, Yang besar cuba diperkecilkan...

Pada pandangan aku, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.. kalau ada sesetengah doktor yang memang bersikap sambil lewa, adakah kita mesti diam dan pertahankan... Ramai golongan masyarakat menyalahkan golongan Profesional ini dan golongan profesional ini pula menyalahkan masyarakat dan media yang dikatakan berat sebelah.. Jadi salah siapa? penyelesaiannya?

Berbalik kepada pepatah td, kalau ada bunyi sok sek yang menandakan tida kena pada mana-mana tempat, perbetulkan... bukannya defend tapi tak ada tindakan.. air liur semata-mata.. once kalau anda dah belajar medic, sanggup terima tugasan sebagai doktor whatever alasan sama ada nk duit banyak, glamour ataupun demi masyarakat, makanya saya pasti anda sanggup berkorban masa, tenaga dan wang demi masyarakat.. dan sanggup menerima kritikan untuk membina intitusi perubatan yang terunggul.. itu cabarannya!!

berlainan dengan jurusan pendidikan.. aku cukup benci jika ada orang mengatakan nak jadi cikgu.. sebab dah xder kerja.. WTF.... hello.. nak jadi cikgu, niat mesti betul.. bukannya nak didik anak beruk, tapi nak didik manusia menjadi orang berguna.. tapi Alhamdulillah kalau niat itu lama-lama akan berubah.. tapi, zaman sekarang susah nak jumpa cikgu yang betul-betul mendidik anak bangsa dengan ikhlas biarpun menerima wang RM 500 sebulan sebagai gaji..

tapi yang lagi menjelikkan.. Guru tidak lagi dihormati.. mudah diserang ibu bapa jika terjadi sesuatu kepada anak-anak mereka.. bagi aku satu.... Mak Bapak diorang bodowh sangat.. Kalau ko reti ajar anak ko, xdernya guru nak marah.. Aper nih?... Guru seakan tidak ada kuasa mendidik anak murid.. nak cubit tak boley, silap haribulan, marah sebab anak murid tak buat kerja rumah pon x boleh.. WTH..

Tidak hairan kenapa zaman sekarang penuh dengan gejala sosial... Mak Bapak sibuk cari rezeki, Kuasa mengajar guru terlalu terhad, anak-anak semakin bebas...

Isu semasa semakin tenat, Tepuk dada tanya selera..



Thursday 7 May 2009

Ice Skating




Ish3 semenjak ada Ragnarok Online dan Face Book nih, aku memerlukan tenaga dan sedikit semangat nak menghupdate blog ini.. haaaa. jadinya update terbaru adalah ice skating.. atau mungkin dialih bahasa jadinya ialah meluncur ais..

aku pergi bersama rakan PERMAJ sebaik sahaja exam terakhir aku habis lebih kurang jam 11 pg.. dan bertolak menuju ke Sunway.. sampai Sunway Pyramid tuh, mkn McD then jenguk sekejap di bawah, tempai ice arena tuh... perghhh macam senang jer bebudak nih meluncur.. penuh kepantasan..

sebaik sahaja beli tiket, terus masuk.. kebetulan plak, ice arena tu baru sahaja dibersihkan atau di touch up.. jadi dengan impian nak bergelar hockey ice player, aku terus masuk.. dan LICIN.. nampak macam senang..

dipendekkan cerita.. aku main dan jatuh.. main dan jatuh... kalau dikira, lebih kurang 10000 kali aku jatuh.. dengan pelbagai aksi jatuh yang berlainan.. tersembam, terlentang, sujud (bukan aku kot), terpeelecok, salah brake dll.... yang paling memalukan, kebanyakkan aksi terlentang semuanya terjadi di depan aweks2.. diorang siap gelak lagi.. perghhh jatuh saham aku...

hahaha.. tapi mungkin aku ni ada darah Naruto, jadi aku x give up, rugi beb bayar RM 21, main sekejap.. aku peduli apa jatuh banyak kali.. aku main, main dan terus main.. akibatnya melecet di merata-rata tempat di kaki aku.. huhu.. ishh3 main sampailah bebudak nih suh aku balik..

wei aku nak men lagi arrr... xpe, pasni aku nak men lagi, belajar sampai pandai dan menari dengan aweks2 yang pakai skirt..

mungkin bley jadi salah satu watak Disney On Ice kot.. hahaha





Tuesday 5 May 2009

my burfday wish and award

Aku di tag oleh atin..

aku nk buat tag ini.. kerana hari jadi aku semakin hampir 27 Mei 2009..
so kawan-kawan aware ehh.. dan makbulkan wish aku nih..

so tag ini berkisar mengenai list yang menjadi impian di hari lahir..

1) pertama sekali aku nak adakan besday party di palace of golden horses.. of coz mesti ada artis-artis yang seksi-seksi dan cute.. makanan yang mewah dan majlis yang cukup meriah.. kalau suprise lagi besh

2) oleh kerana aku sudey dapat sebijik Toyota Vios, maka aku nak accesories kereta itu.. colour brake clipper, front grill, carbon hood, sport rim 16 inch.. tinted.. ape lagi yer?.. kalo ader vinyl pon besh gak..

3) hp dah ader, haaaaa... nak upgrade kamera aku kepada dslr... dari semi-pro kepada pro.. baru cun..!!

4) laptop nak ganti kepada super laptop.. ok tak.. super comp pon bley lah.. dengan high spec..

5) besh jugak kalau dapat melancong ke Bali tajaan rakan-rakan.. haha.. ada ker? siap dengan penerbangan pergi balik, dan perbelanjaan serta duit poket 10 hari 11 mlm

6) mungkin ramai tak tahu.. aku ni penggemar kek.. lagi banana choc.. secret recipe pon bley.. xyah mahal-mahal sangat.. wahahaha...

7) sebagai seorang lelaki yang terdedah kepada peredaran zaman, makanya aku nk ipod. hahaha.. PSP dan juga PS3.. dapat salah satu pon xper :)

8) aku nak jumpa pemain- pemain Man U.. lagi bagus kalau dapat first eleven bersama team Man u.. Glory-Glory..

9) Set gitar elektrik.. hahaha.. siap amplifier.. dan gitar tersebeut of coz mesti berjenama..

10) haaaaa.. banyak lagi wish.. biasalah manusia semestinya mahukan sesuatu yang lebih dari kepuasan sendiri..

(ada ker yang nak tunaikan semua wish ni)



Dan aku dapat award dari En Akmal :) untuk blog 'Dream Achiever'
thanks









Sunday 3 May 2009

tribute to final year students

hahaha... aku tak tau nak cakap aper kat anda semua.. memandangkan aku ada setahun lagi so aku xdapat nak rasa sangat macam mana perasaan nak tinggalkan Uni.. hehe.. nantilah aku buat entry khas untuk member-member aku yang nk pergi tuh.. so skang ni just aku nk letak lagu yang diambil dari you tube.. lirik dia sangat besh untuk mereka-mereka yang nk bergraduasi dan mengimbau kenangan-kenangan masa lalu..

tribute dan di dedikasi kan untuk semua yang bakal meninggalkan alam universiti..

ada dua lagu.. first yang originalnya dari ogy Ahmad daud.. then dari AF5 students





Wajah Rahsia Hati

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi

( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati



Friday 1 May 2009

My Way

taken from my friendster's blog

A: Prinsip.. berbaloikah kau berpegang pada prinsip kau.. yang selama ini kau agungkan, selama ini kau banggakan.. padahal kau hampir korbankan prinsip kau pada waktu dan ketika yang sia-sia.
B: ada ketika prinsip itu berubah ditelan zaman, ia tidak praktikal untuk digunakan.. justeru itu adakah harus aku memegang prinsip yang lama… sedangkan aku merintih mengharungi zaman..

A: praktikal? adakah kau sedar apa yang kau nyatakan. mengapa lalang yang kau contohi.. adakah kau tidak ada pendirian.. adakah masa membutakan kau dari pendirian.. adakah kerana mereka?
B: aku… aku… aku tak pasti… adakah aku harus tetap… atau benar aku dibutakan oleh mereka.. tapi mereka bayangan aku…

A: nah… ketidakpastian kau itu menyatakan kau telah lari dari prinsip, harapan dan matlamat kau.. apakah sanggup bekorban kerana mereka… adakah kau percaya mereka sanggup berkorban untuk kau.. kau percaya?
B: tidak aku tidak percaya mereka sanggup berkorban untuk aku.. tidak sama sekali..

A: Maka haruskah kau berkorban kerana mereka.. mengikut telunjuk mereka atau kau harus mengikut kata hati sendiri..
B: aku… aku… ya kata hati sendiri.. aku harus mengikut kata hati sendiri.. yang salah adalah hati aku yang benar juga adalah kata hati aku..

A: lihat.. kau telah dibutakan oleh mereka.. kau percaya pada kejujuran, keikhlasan dan kesetiaan mereka dalam ikatan yang dicipta
B: secara zahir mereka kelihatan sempurna sebagai bayangku.. tapi semua pun tahu tiada siapa yang sempurna.. maka haruskah aku percaya pada mereka.. tidak.. tidak sama sekali.. hanya diri yang layak dipercayai..

A: cuba melihat kebelakang… lihat kembali kepercayaan yang kau genggam selama ini… hampir terjatuh dari pegangan… adakau kau mampu mengutip sisa-sisa yang terlepas..?
B: aku… aku tidak pasti.. aku hilang.. aku lari dari jalanku.. aku tidak tahu arah tujuku.. tolonglah… aku hilang punca.. dimana? dimana aku berada…

A: haha… ingatlah masa memang merubah.. tapi masa juga yang mendewasakan kita.. andai kau terus memburu masa tanpa menoleh kebelakang.. kau takkan tahu jalan yang kau tuju.. kau hilang punca..
B: harus apa yang aku perlu lakukan.. aku keliru.. jalan yang aku lalui tiada depan dan belakang.. kemana harus aku pergi.. hilang..

A: ambillah masa kenalilah diri sendiri.. dekatkanlah diri pada Tuhanmu… nescaya dia Maha Mengetahui Segalanya.. kau pasti menjumpai jiwamu kembali.. Jiwamu dan Cahayanya bakal membawa kau ke jalan yang diredhai.. tetapkanlah pendirian kau..
B: ya.. akan aku ikut nasihat itu.. tapi apakah harus aku mengendong sisa rintihan ini menerokai hidup yang baru.. aku tak mampu… ianya terlalu berat untuk dibwa,, terlalu sayang untuk dilepaskan… aku hidup selama ini, merintih kerana sisa rintihan ini… ia yang mengajar aku erti…

A: Bawa saja ia kemana saja.. masa silammu adalah kenangan.. sisa itu juga satu penglaman.. tahukah kau ia datang dari Tuhanmu.. percayalah sampai satu masa, sisa itu amat berguna buatmu.. memberi sinar dalam hidup kau.. percayalah.. ia hadir dengan izinNya hanya untuk kau… semoga ia membawa lembaran baru dalam sejarah..
B: ya aku akan berpegang pada itu.. Ya Allah.. tunjukkanlah jalan keredhaanMu.. Tetapkanlah imanku sebagai seorang hambaMu… sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi.. Ya Allah bukakanlah aku pintu hidayahMu. Berikanlah aku sinar kebahagiaan Di dunia dan Akhirat.. Jadikanlah aku sebagai pejuang AgamaMu.. Ya Allah, perasaan ini milikMu.. janganlah Kau jadikan ianya sebagai perasaan yang melekakan aku terhadapMu.. Ya Allah kasih sayangmu terbentang luas.. Ampunilah segala dosa-dosaku, jauhikanlah aku dari maksiat.. dan segala perbuatan yang terlarang.. Aminn…