Showing posts with label isu sosial. Show all posts
Showing posts with label isu sosial. Show all posts

Thursday, 27 August 2009

Dont Judge Books By Its Cover

Mesti ramai dah tau apa maksudnya.. kalo kita perincikan lagi, kadangkala sesuatu muka depan buku tu, nampak cantik, kemas, penuh dengan ilustrasi dan mampu menambat hati pembaca walaupun dengan hanya melihat kulit depan... bila sahaja kita buka isinya, mak aii.. kosong.. tak ada input yang boleh diguna pakai.. ibarat menghabiskan duit dengan sesuatu yang sia-sia..

ada sesetengah buku nampak usang, kotor, berdebu.. lapuk yang tersangat.. malah ada yang sedikit koyak.. tulisan di muka depan pudar, tenggelam tidak menarik.. tetapi isinya bagaikan lautan yang sarat dengan ilmu.. berisi cukup manfaat.. siapa yang membaca pasti memperoleh ilmu darinya.. cukup bagus.. hampir sempurna...

bagaimana pula dengan situasi ini?

situasi 1

dalam keadaan memandu di satu bulatan dengan keadaan yang sesak, ada satu Toyota unser parking tepat disebelah. Pemandunya dikira dalam linkungan 40 an.. Mungkin Pak Haji.. cantik dengan jambang.. berkopiah putih.. dari luaran, sesiapa yang terpandang pasti berkata dalam hati " orang ni mesti tinggi ilmu agamanya"... namun dengan tiba-tiba.. tingkap toyota Unser itu terbuka, dan dia meludah ke luar.. hampir tepat mengenai kenderaan sebelah.. dia ludah sekali lagi.. lagi, lagi dan lagi... hampir lima kali dia ludah ke luar tingkap kereta tanpa mengambil kira kereta sebelah yang sangat tidak jauh dari keretanya.. bukak pintu dah boleh kena kereta sebelah.. jadi itu bagaimana?

situasi 2

ketika zaman kenaikan minyak yang amat tinggi, di satu stesyen minyak.. ada seorang Pak haji lengkap berkopiah di kala tengahari tengah memarahi petugas kaunter bayaran stesyen tersebut... dia memaksa petugas tersebut mengurangkan harga minyak.. sambil membebel, sambil memaki... dan sambil mengutuk kerajaan.. dengan suara keras dan hampir menimbulkan kekecohan serta menyebabkan ramai pengguna lain beratur sesak menunggu dia.. Petugas itu merayu yang dia tidak bersalah, dan bukan dia yang menaikkan harga minyak.. kes ini kelakar bukan.. Jadi kes ini macam mana pula?

situasi 3

ada jiran dekat tak berapa dekat... boleh dikatakan soleh.. cukup luaran hampir sempurna jika dipandang.... jiran2 terdekat memandang dengan penuh kehormatan... 5 waktu ke masjid lengkap berjubah dan beserban... namun di sebalik rumah tangga.. anak bini tak pernah dapat nafkah... nafkah apa tak pasti... anak bini ditinggalkan dan sering dipukul jika tidak mengikut kemahuannya... cukup sempurnakah dia?

3 situasi ini anda sahaja yang boleh tentukan.. Di sini hanya bagi situasi untuk anda renungkan dan ambil apa yang baik, apa yang tidak.. Bukankah Solat itu mencegah kamu dari kemungkaran.. Jika masih melakukan kemungkaran, maknanya ada masalah dalam solat kamu... mungkin mencuri dalam solat yakni rukuk dan sujud tidak sempurna.. atau Bacaan Al-Fatihah tidak betul...

Sekada memberi nasihat kepada diri sendiri dan anda semua...

p/s: x update blog sebab demam... hampir gak seminggu.. huhu...naseb bukan H1N1.. Alhamdulillah... mungkin entry akan datang nak cerita pasal pengalaman demam masa kanak-kanak.. hehe.. besh.. mimpi yang memang x masuk akal...

Friday, 8 May 2009

World Is So Cruel

Kejam. sangat Kejam.. 3 Wanita, 2 hamil dan satu warga tua mati di ragut... Terbaru, seorang kelindan lori mati disamun...

Adakah dunia kita berulang kembali peristiwa Habil dan Qabil, malah berganda berjuta kali lagi tinggi kadar pembunuhan.. apakah yang berlaku dalam isu semasa ini.. dunia ini kelihatan nya sangat kejam...

Isu Doktor tidak dedikasi dalam menjalankan tugas juga menjadi isu yang semakin besar dan panas.. Yang kecik semakin besar, Yang besar cuba diperkecilkan...

Pada pandangan aku, kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang.. kalau ada sesetengah doktor yang memang bersikap sambil lewa, adakah kita mesti diam dan pertahankan... Ramai golongan masyarakat menyalahkan golongan Profesional ini dan golongan profesional ini pula menyalahkan masyarakat dan media yang dikatakan berat sebelah.. Jadi salah siapa? penyelesaiannya?

Berbalik kepada pepatah td, kalau ada bunyi sok sek yang menandakan tida kena pada mana-mana tempat, perbetulkan... bukannya defend tapi tak ada tindakan.. air liur semata-mata.. once kalau anda dah belajar medic, sanggup terima tugasan sebagai doktor whatever alasan sama ada nk duit banyak, glamour ataupun demi masyarakat, makanya saya pasti anda sanggup berkorban masa, tenaga dan wang demi masyarakat.. dan sanggup menerima kritikan untuk membina intitusi perubatan yang terunggul.. itu cabarannya!!

berlainan dengan jurusan pendidikan.. aku cukup benci jika ada orang mengatakan nak jadi cikgu.. sebab dah xder kerja.. WTF.... hello.. nak jadi cikgu, niat mesti betul.. bukannya nak didik anak beruk, tapi nak didik manusia menjadi orang berguna.. tapi Alhamdulillah kalau niat itu lama-lama akan berubah.. tapi, zaman sekarang susah nak jumpa cikgu yang betul-betul mendidik anak bangsa dengan ikhlas biarpun menerima wang RM 500 sebulan sebagai gaji..

tapi yang lagi menjelikkan.. Guru tidak lagi dihormati.. mudah diserang ibu bapa jika terjadi sesuatu kepada anak-anak mereka.. bagi aku satu.... Mak Bapak diorang bodowh sangat.. Kalau ko reti ajar anak ko, xdernya guru nak marah.. Aper nih?... Guru seakan tidak ada kuasa mendidik anak murid.. nak cubit tak boley, silap haribulan, marah sebab anak murid tak buat kerja rumah pon x boleh.. WTH..

Tidak hairan kenapa zaman sekarang penuh dengan gejala sosial... Mak Bapak sibuk cari rezeki, Kuasa mengajar guru terlalu terhad, anak-anak semakin bebas...

Isu semasa semakin tenat, Tepuk dada tanya selera..



Saturday, 25 April 2009

im Gay



im Gay opsss.. tidak mungkin sama sekali.. Jika dilarang dalam Islam, maka larangan itu jelas.. waimah sekali pon mereka-mereka yang songsang ini manusia, ada hak dan kebebasan.. tapi ia tetap di larang dari hukum agama..

aku terbukak you tube, filem pendek 'comolot'.. boleh lihat seperti mana di atas.. sangat mengelikan tetapi tidaklah mengejutkan sangat filem ini.. yang memang ternyata filem ini ke arah kebaratan..

Tapi yang mengejutkan comment-comment yang diberi.. sangat tidak sopan dan terlebih ajar.. Memang kita Islam dan berhak menegur, tetapi tidak perlu kata-kata makian yang melambangkan kita bukan islam yang sempurna.. tetapi juga, sangat kurang ajar, yang menegakkan benang yang basah.. dan menghalalkan atau menidakkan hukum Islam ini..

lihat contoh-contoh comment.. nak detail layari 'you tube' sendiri.. Maaflah jika contoh comment ini diluar batasan bahasa... dan sedikit lucah... aku just copy and paste..

1 - [ well, so far this case is not becoming too serious. takde apa-apa pun?? korang juz cakap jer takde usaha apa-apa pun tak beguna jgak..rakyat MALAYSIA NI TERLALU CLOSE-MINDED LAHH.. ]

2 - [kita ni kna open skit kt malaysia mcm2 ragam manusia, gay pun makhluk tuhan gak......hidup ni kna lh variety skit baru lh gempaq skit ]

3 - [ bleh blah lh froet dn jessa..ada telo ke tara ke!.that my bussines.sye hnya tumpang banga ada flem melayu yng buat kelainan dala filem tempatan..kalo orang mcm korang ni jadi pemimpin takde la menara kembar,jmbtn ppinang,Al brujal plam island..otak fanatisam..tak ke mane ooi!.dngn korang orang lain semua tak betoi!..tak payah nipu diri dngn bercermin kn kopiah dn serban..Allah Swt.tau ape dalam hati kite..kisah nabi lut tu bukn hnya soal homo dn hetro.tapi orang kepo mcm korang ni gak slh satu ]

4 - [ Lantak la gay ke apa ke . habis main puki zina tu tak dosa ke? Kalau tak silap hukum sula sampai mampus. Gay nabi tak mengaku umat jer tak la suruh bunuh. so still boleh tabat la. zina ? ]

5 - [ nk brkhutbah p ler kt dewan org ramai ke...nape plak kt cni?ko x tahu nikmat menghisap kotel lelaki lebih baik dr menjilak 'burit' pompuan berdosa....ko ni kolot lg that y ler x tahu nikmat 'batang' ygkeras ketika mengulum nya kepuasan yg sukar di luahkn dgn kata..... ]


sapa kata kes ini belum lagi parah... sapa kata rakyat Malaysia close mind.. tapi biar berpada.. lupakan politik.. sama ada BN, Pas atau pun keADILan sekalipun bukannya elok.. hanya tau menggunakan isu ini sebagai politik.. jika ada niat nak banteras atau pun menghapuskan gejala songsang, buat dengan ikhlas.. demi Agama, Bangsa dan Negara...

Ada yang kata, menangani mereka mungkin perlukan pendekatan yang memahami bukannya kekerasan.. memang betol.. ada yang betul, ada yang salah.. kalau kita memahami Islam, ambil contoh hukuman murtad.. sepatutnya pancung.. maafkan dan betulkan jika salah.. tetapi sebelum hukuman itu dijalankan.. kita harus meperbetulkan dan memberi dakwah supaya si dia kembali ke pangkal jalan..

contoh lain isteri yang nusyuz.. mula dari yang ringan, asingkan tempat tidur, pukul dengan cara yang dibenarkan, kemudian baru lafaz talak.. Dalam Islam ada diberi pendekatan secara berhemah.. step by step..

dah yang ini, isu homo, dah lemah lembut pon masih sama tetap songsang, haruskah berlembut lagi? gigit jerk anu diorang.. bukan aku? bagi beruang gigit.. isu ini harus di ambil penekanan.. bukan asyik isu pilihanraya kecil x abes2... dah tau nk sambung belajar xyah jadi wakil rakyat.. opsss terkeluar tajuk..

continue balik.. isu ini sangat xboleh di diamkan.. sebelum mereka-meraka ini memintak hak kebebasan, diwujudkan NGO khas untuk mereka, perlindungan dan sebagainya.. atau mariage sesama gender dibenarkan di Malaysia.. so anda semua mahu jika one day, jika perkara ini tidak dibendung, tertempias ke anak-anak kita..

Jadi kita sebagai masyarakat Islam yang menjadikan Al-Quran dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai panduan wajib membanteras gejala songsang ini.. ayuh demi masa depan Agama kita, dan Bangsa...

sekadar pendapat.. benda mungkar harus dibenci.. biarpun dalam hati yang selemah-lemah iman..


..