Sunday 26 October 2008

"Abah.. bagi balik tangan Ita"

sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk

bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.

Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun
memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya

.

Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar
dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang
hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama
pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu
rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si
anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan
habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali
membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti
histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak
buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------

- hai... manusia-manusia.. buat anak tau tapi xnk jaga, kan bagus jaga anak sendiri.. nnti xdelah anak mati jatuh bangunan, mati kena dera ngn bibik.. walaupon takdir tapi cuai.. mak bapak yg cuai.. haha my future wife kena jaga anak sendiri, kalau ader bibik pon, kemas umah jerk.. masak pon wife yang masak..

-dah jadi mcm ni baru nk menyesal, jadikanlah cter ni satu pengajaran dan teladan yerk..

-haha knapa ntah, semenjak dua menjak ni aku suker benor nak mencari cerita-cerita sedih mcm ni.. baru sket nih, byk lagi yang sedih2 dan memberi pengajran..

-nway pon, belajar lah dari kesilapan.. kalo bukan silap kita, belajar dari kesilapan orang..

-hidup peace selalu.. :)

Friday 24 October 2008

Antara Maruah Dan Duit..


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,g
eli.
Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh m
enggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!


Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"


Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.
Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"



"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku menghapirinya.
Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

"Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula.
Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali.
Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.
Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.


Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

sedih, kadang-kadang kita berbelanja mewah tetapi lupa pada yang susah.. senangnya kita sampai lupa kan mereka... kadang-kadang kita hina, kita pandang pon jijik... hidup ni putar bagaikan roda.. ntah esok ntah lusa, kita pulak yang susah.. hidup jangan menyombong.. hidup di jalan Allah hidup besederhana.. ingat-ingat pada yang susah.. jangan kedekut untuk bersedekah.. PEACE...

Monday 20 October 2008

Sony Ericssons w960i



disebabkan se w850i aku msok air, maka fungsi hp tu kini diragui..
masalah btol.. bluetooth pon xley on..
jadi tanpa membuang masa, dermalah kepada aku... wahahaha
sorang sering seringgit pon xpe..
seribu org seribu ringgit..
wahaha...
sebabnya aku skang mengintai se w960i plak...
siap touch screen lgi..
walkman, dan screen yg besar
bley gak edit Microsoft word dan xcel
cuma design sedikit kureng dan x slide..
tp harganya jauh mencecah RM 1600..
huhu....
InsyaAllah one day..
derma -derma!!!!

Sunday 19 October 2008

Frustrated, Headache, and Disappointed


huh... hujan2 begini, kepala makin sakit-sakit... sakitnya mencucuk2...
hari ni je aku bengang dalam banyak perkara..
tenet yang slow dan bodo (bak kata Amier, bersyukur lah gak)
dan someone yang cuba mencabar aku, mencabar keegoan aku
ok fine.. xda hal lah... nk sgt tgk ego, dan kemarahan aku...
and then jgn menyesal...
aku betol-betol bengang

Monday 13 October 2008

eid holidays

Cuti 2 minggu ni, 3 perkara telah aku abeskan..

Novel Ayat-ayat cinta


Imposibble lelaki sebaik fahri (watak utama dalam a2c) wujud dalam dunia ini.kalau ada pon satu dalam sejuta.. bukan kisah cintanya tapi kekuatan imannya dan pemikirannya yang standing ulama-ulama zaman kegemilangan ketamadunan islam. Kalau wujud seribu muslimin seperti fahri, menjentik pon musuh islam x berani nak lakukan terhadap kaum muslimin.. bayangkan tidak pernah bercinta sehingga cinta pertama ketika sudah bergelar suami, sentiasa menjaga pandangan, setia menjaga batas2 pergaulan dan sebagainya.. the first malay novel i read.. I think 4.5 star over 5 for ayat-ayat cinta..


Game Starwars: the force unleashed (ps2)


Jalan cerita game ini mengisi ruang antara jalan cerita starwars III: revenge of the sith dan starwars IV: a new hope… bermain sebagai watak Jacob nion, adalah anak kepada jedi knight yang dibunuh oleh darth vader disebabka penghapusan jedi counsil oleh order 66.. vader kemudiannya mengambil jacon untuk dijadikan apprentice sebagai sith untuk meneruskan kesinambungan pengahapusan jedi.. konflik yang muncul di pertengahan jalan cerita bermula bila vader sebenarnya mempergunakan Jacob nion untuk membantu mengesan individu-individu yang memberontak kepada empire yang dikuasai emperor palpatine/darth sidious dan darth vader.. Jacob ditugaskan untuk membantu vader dengan alasan untuk mengulingkan pemerintahan darth sidious/ emperor palpatine dengan menyatukan pemberontak-pemberontak.. tugas itu disempurnakan sebaik mungkin oleh Jacob nion, dan tertubuhlah rebellion di bawah senator organa dan princess leia.. matlamat sebenar vader adalah mempergunakan Jacob dan membunuh pemberontak-pemberontak sekaligus diketahui oleh Jacob dan jacob berpaling menentang vader.. dalam penentangan itu, Jacob terbunuh dan pemberontak-pemberontak melarikan diri.. jalan cerita game ini sebenarnya menceritakan bagaimana rebellion itu tertubuh untuk menentang pemerintahan kejam empire..


Starwars saga


Setelah abes men game starwars, aku pon membeli starwars dari episode 1 sampai episode 6… lengkap jalan ceritanya.. wawawa obsess sungguh aku terhadap something yang berunsurkan science fiction + fantsy nih…. Dengan kecanggihan industry perfileman Hollywood, filem yang dihasilkan seakan-akan reality….wahaha.. next time, aku akan abeskan harry potter plaks… hehe…