Sunday 20 September 2009

Selamat Hari Raya

Sekejap jer dah sebulan berpuasa.. Kini tiba lak masa kita merayakan hari kemenangannya dengan menyambut Hari Raya..

Justeru itu, saya ingin meminta maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini terutama kawan-kawan sekolah, SKBBU 2, SMKBBU, SMTJB, MRSMBPJ, Kolej Matrikulasi Kulim, Kem PLKN Alor Gajah, Keluarga PERMAJ, Kawan-kawan Mikrob, Kolej Ungku Omar dan semia warga Universiti Kebangsaan Malaysia.

p/s: Hari raya disambut meriah di seluruh negara... semua nak sambut baik yang berpuasa penuh mahupun tidak.. Hairan ya, kenapa tidak ada yang menangisi pemergian bulan Ramadhan.. Bulan untuk kita melipatgandakan ibadah dan mencari keberkatan.. Sebab kita tak tau, adakah kita akan bertemu kembali Ramadhan untuk tahun yang mendatang.. Hanya Allah yang tahu..

Friday 18 September 2009

28 Ramadhan 1407

My birthday is 27 May 1987... bila di calculate mengikut kiraan application dalam Facebook, untuk ditukarkan ke bulan Hijrah, tarikh kelahiran aku jatuh pada hari bulan:-

Bulan kelahiran Islam anda adalah pada 28 Ramadhan 1407 Hijrah iaitu jatuh pada hari Rabu.

Maksud : Diambil daripada perkataan "ramda", yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.

Sifat : Anda baik, pendiam dan suka merendah diri. Anda tidak angkuh kepada teman-teman yang dikenali. Anda tidak suka menonjolkan diri. Kehidupan anda selalu selamat

Hari ini adalah 28 Ramadhan... Hari kelahiran aku kalau diikutkan dalam bulan Islam... Ramadhan bulan yang suci, bulan mulia Umat islam... Alhamdulillah aku dilahirkan dalam bulan ini, dan dalam 10 malam terakhir bulan Ramadhan...

Mohd Saiful Nizam nama yang diberi merujuk kepada erti Yang Terpuji Pedang Kebenaran... Dulu sahabat Nabi Muhammad S.A.W ada yang diberi gelaran pedang Allah, ataupun Pedang Agama... Pedang dikaitkan dengan keberanian dalam perjuangan.. bertepatan dengan Nizam beerti Kebenaran merujuk kepada keberanian dalam menegakkan kebenaran dan keadilan..

Aku harap aku adalah seperti namaku suatu hari nanti... Seperti Salaahuddin Al-Ayubi.. menegakkan kebenaran Agamai Islam.. Berani demi Islam dan Allah.. Kerana perjuangan...

p/S: My Dear, this is one of the reason why i feel tak sedap hati..





Monday 14 September 2009

LOve Can Hurt!!


Sebelum butir bicara merungkai lebih lanjut, adalah elok diberitahu seisi pembaca. Kandungan isi cerita adalah berdasarkan pengalaman penulis, bersandarkan kehidupan persekitaran dan tidak berniat untuk melukai sesiapa yang disayangi penulis.

Love can be Hurt!!. Its true. Sejauh mana anda percaya cinta itu menyakitkan? Cinta itu membutakan mata hati dan fikiran. Mencintai dan dicintai adalah sebahagian kemahuan manusia terutama remaja yang sedang berada pada pertengahan landasan pertumbesaran seiring dengan peningkatan hormon dan segala tindak balas kimia dalam tubuh. Cinta memang menyakitkan..

Berbalik pada mencintai dan dicintai. Aku pernah berada di kedua-dua situasi. Memang benar cinta tidak boleh dipaksa. Cinta datang walaupun jasad kita meNAFIkannya.. MeNIDAKkannya.. Kita boleh menolak, dalam keadaan serba salah. Tapi kita tidak derita. Sebaliknya dia yang ditolak menderita, menyakitkkan... Dirobek sejuta kekesalan, Disiat segala isi kekecewaan..

Hati sakit. Air mata yang berguguran seaakan bodoh. Menyayangi orang yang menafikan kasih kita. Bodoh kerana percaya pada harapan. Bodoh kerana kita menghabiskan separuh masa kita mengingati dia yang tidak pernah bertanya khabar kita.. Biar seratus orang berkata "biasalah, apa yang kita nak tak semestinya dapat" ataupun " mungkin kau akan jumpa yang lebih baik" tak akan pernah menjadi penawar kepada si derita. Sebaliknya kata-kata itu menambah derita.. Sebenarnya penawar kepada kesakitan ini adalah masa. Masa pengubat segala-galanya.. Masa menjadi teman dalam kesepian meredah kehidupan yang dirasakan terlalu sepi dan sunyi..

Cinta itu buta lagi membutakan.. Percaya? atau Tidak? Cinta mampu mengubah seseorang. Dari diam menjadi ceria. Dari ceria menjadi pendiam.. Dari seseorang yang tahu nilai persahabatan hingga sanggup mencederakan hati orang yang selama ini dekat di sisinya. Cinta menutup akal dan fikiran sehingga ada yang sanggup membunuh diri.. Sehingga ada yang menafikan kemewahan.. Dan sehingga ada yang sanggup dibuang keluarga demi CINTA.. Dan sanggup meminggirkan keluarga demi pendapatnya yang dirasakan benar.. Benar kerana apa? Benar kerana melindungi cinta yang SALAH..

Cinta kepada kekasih boleh datang dan pergi.. Cinta kepada kekasih mungkin beralih arah kerana berpaut pada dahan yang rapuh..

Dunia tak akan mungkin selamanya Indah.. Apa-apa pun yang berlaku.. Aku tetap sayangkan abang-abangku dan kakak-kakakku... Semoga semuanya diberkati cinta yang suci dan abadi dari Ilahi..

Saturday 12 September 2009

The Things I Hate

Semua yang ada dalam dunia ni, akan ada sesuatu yang dia tak suka. Akan ada jugak yang dia suka. Itu memang lumrah manusia. Aku pun begitu. Ada sesetengah sikap manusia yang aku sangat-sangat benci. Dan meluat. Dan tak sabar rasa nak lempang laju-laju. Antaranya:-

Mendesak

Suka sangat mendesak. Mendesak ni berlainan dengan memujuk. Contoh lebih dekat, bila kita pergi ke suatu tempat, mendesak nak balik cepat. Eh! sabarlah. Janganlah mendesak coz semasa pergi ko tak cakap plak nak balik kul berapa. Atau nak pinjam sesuatu, dah aku tak bagi, tak perlu nak mendesak. Kadang-kadang ada orang suka mendesak kita membuat sesuatu yang kita tahu perlu dibuat. Aku ni perikemanusiaan jugak. Kalau ada hal-hal kecemasan, consider lah kalau kau nak mendesak.

Pentingkan Diri

Aku dah biasa jumpa orang macamni. Dah biasa sangat. Antara contoh, ada member perlukan bantuan kecemasan nak pergi ke somewhere. Dan dia dengan selamba, sambil main game, mengatakan dia tak da masa. Wei, ingat kami buta ko tengah main game? Member ada hal kecemasan, apa salahnya kau tolong. Lagi satu ada saja manusia yang menghilangkan diri bila mendapat kesenangan. Pergilah, bukan kau sorang saja yang untung. Dapat duit sorang, sembunyi diri. Aku tak lahap dengan duit kau kalo nak main sorok-sorok pon.

Menuduh

Ada juga orang yang sikapnya nak menuduh tak tentu hala. Tak ada angin tak ada ribut. Menuduh! Aku cukup anti dengan orang macam ni. Kalau aku dah kata sakit kepala, means memang sakit kepala. Tak kan lah nak tipu lak. Tak payahlah kau tuduh nak kata aku sengaja cari alasan.

Itu saja top 3 sikap manusia yang aku tak suka. Banyak lagi sebab manusia ni memang tak pernah nak puas. Macam aku gak, ada saja yang tak kena. Tapi bersabar sebab aku pun bukan sempurna. Aku pon baru umur 22 tahun, banyak lagi yang perlu belajar.

Apa apa pun Sorry For Everything andai aku ada tersalah tersilap.

Saturday 5 September 2009

A List Of Book

Kalau dulu terkenangkan bulan puasa yang lepas-lepas around form 3, form 4 dan form 5.. asal balik rumah bulan puasa jerk, lepas sahur mesti main PS2... heaven giler-giler kalau main PS2 lepas sahur.. main sampai jam 10 then tido balik.. Before this around form 1, 2 sampailah form 5, lepas sahur aku akan bukak buku sejarah Nabi-nabi.. Ada berbelas siri dari Nabi Allah Adam sehingga Ke Nabi Allah Ibrahim.. Buku sejarah berkuli tebal tu lebih kurang salasilah keturunan Nabi Muhammad S.A.W...

Ayah dan Ibu pun baca buku yang sama.. oleh kerana aku yang jumpa siri buku tu dulu.. jadi aku yang lead dulu.. Membaca buku sejarah Nabi sedap dan nikmat.. apatah lagi membacanya lepas subuh.. atau lebih tepat lepas sahur... Bosan membaca, main game plak..

Alhamdulillah, budaya membaca nih dapat diterapkan kepada adik aku yang kecik tuh... Sekarang kami tengah giler buku pejuang-pejuang sejarah Islam keluaran PTS... Antara dalam list:

Yakjuj & Makjuj
Ahmidinejad Singa baru Dunia Islam
Salahudin Al-Ayubi Penakluk Jurusalem
Hulagu Khan Khabar Hitam Dari Timur
Abu Ubaidah penakluk Parsi

Dan banyak lagi semuanya pada adik aku.. xsempat nak balik rumah.. buat masa sekarang, aku tengah baca Sukma Angin.. Arena Wati.. tapi mungkin skip dulu.. sebab penceritaan dia berat skit... aku nak ringan-ringan dulu.. maybe skip then baca Hulagu Khan dulu..

Aku memang sangat minat sejarah Islam.. dan sejarah pada amnya... Sejarah Nabi dan Sejarah Pejuang Islam merupakan sejarah yang perlu ada dalam didikan anak bangsa kita sekarang.. Biar mereka mengenal yang mana Intan yang mana kaca.. tegak syiar Islam, mendirikan Negara dan Bangsa...


This week


As usual.. lot of things to do.. But a lot of 'malas' come to me... come come my dear 'malas'...
Kena wat poster for theses.. Duh.. Laptop macam nak di format coz sound dia tak berfungsi seperti biasa.. Kalo format, maybe satu hari hidup without my laptop... lagi lah bosan..

Aku terasa jemu lah layout hitam nih.. agak2 kalo aku wat background putih cantek tak? atau nak kekalkan hitam..? aku sangat suka 3 column yang ada dalam blog nih.. kalo boleh nak kekalkan 3 column nih.. background jer terasa sedikit buhsan.. nak tukar layout means banyak kerja aku nak save column aku banyak-banyak nih..

Sepatutnya aku gie Taman Negara Merapoh, Pahang this week starting this Friday 4th sept to This Monday.. Naseb trip ni cancel tunda after raya.. seksa batin masuk hutan dalam keadaan puasa... mau kena ganti puasa aku.. Trip cancel sebab tak dapat permission dari Jabatan Perhilitan.. Dengar cerita nak exit Hutan Merapoh kena lalu Gua Musang, Kelantan.. Jauh tuh..

Sigh.. minggu ni lak ada jer nak mengeluh.. everything seems wrong.. semuanya melibatkan emosi.. hahaha... standard operating procedure kot as students... adakalanya emosi terkawal, adakalanya susah nak cakap..

Conclusion for this week: Big Sigh..

Thursday 3 September 2009

Malindo


Mesti ramai dah dengar Malindo... Ringkasan kepada Malaysia-Indonesia... Yang dari wujudnya ketamadunan sebelum era penjajahan hubungan adik beradik nusantara ini telah lama berkekalan dan sehingga sekarang masih lagi dianggap serumpun, dan saudara...

Namun kewujudan blogs dan bloggers Indonesia yang mencaci memaki dan menggunakan segala ketidakpuasan hati terhadap Malaysia perlu dan wajib mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran serantau.... sila lihat sini dan sini....

Kecaman mereka Indonesia terhadap Malaysia melampaui batas-batas jiran terdekat... termasuk membakar bendera Malaysia, mengapi-apikan isu Manohara, Isu amah didera, Isu mencuri kebudayaan dan lain-lain.. Sebuah negara besar, tetapi apakah mereka tiada kerja... Malah mereka mengambarkan bendera Malaysia ke atas najis...

Aku terpilih ke Indonesia di Jakarta tahun lepas.. walaupun sebuah ibu negara Indonesia, tetapi turut dicemari dengan pelbagai wajah-wajah yang mencacatkan pandangan sebuah ibu negara kota... Sepatutnya rakyat mereka mengalihkan perhatian terhadap isu itu, bukan melancarkan provokasi kepada Malaysia... mereka kata mereka tidak Gentar... Nah! sapa kata kami tidak takut!

Indonesia ramai mencari sesuap nasi di Malaysia.. Ramai yang senang lenang... Antara beberapa yang mewah mencari sesuap nasi, ada yang kurang bernasib baik; didera... tapi berita itu hilang ditambah kekejaman pendatang asing;mencuri; merogol; merompak dan membunuh.... Perempuan banyak melacur di kota-kota Malaysia... Sepatutunya mereka berterima kasih kerana kami semua pemurah, baik hati melepaskan mereka mencari rezeki... bahkan ketika tsunami, atas nama persaudaraan, kami tolong menghulurkan bantuan... Ini caranya balasan mereka?

Anda sanggup mati demi Indonesia... Kami juga pertahankan Malaysia.... Hentikan provokasi ini.. atau kesudahannya Kami bukan lagi bangsa yang berlembut hati sesama saudara serumpun.....

Movie: Up


Up... Sebuah Movie dari Disney & Pixar.. Pas berbuka di Alamanda, tetiba teringin nak tgk movie ni.. macam menarik.. dan terus beli tiket..

Nak cerita kat sini bukan review keseluruhan cerita.. tapi cerita ni comel cukup untuk mencuit hati dengan gelak ketawa yang selamba... yang paling menarik cerita nih adalah isinya.. Bagaimana seorang tua cuba untuk menunaikan hajat nya semasa kecil... Mungkin sekarang umur 78 tahun.. tapi kerana tidak berputus asa.. impian nya semasa kecil untuk mengembara ke Amerika Selatan menjadi kenyataan setelah umurnya 78 tahun...

Cerita ni sangat touching... Kalau dihayatinya mampu membuat menangis.. cerita ni bagi aku lebih kepada kehidupan dari skop penjelajahan yang cuba ditonjolkan... Kadangkala apa yang kita kejar selama di dunia ini, xpernah tercapai... apa yang kita impikan, apa yang kita mahukan... bukannya senang... Bayangkan impian dan hajat lebih 70 tahun baru kita dapat..

So.. tengoklah cerita nih kalau nak tahu apa yang touchingnya....