Thursday 31 March 2011

Angin

Semusim angin


Aku ini ibarat angin
Sekejap semusim dingin
Semusim lagi membawa kehangatan
Tidak pernah setia pada ketetapan
Sentiasa berubah mengikut perasaan


Sekejap aku terpana pada timur
Atas keraguan, aku beralih pada barat
Entah bila akan datang kepastian
Yang bisa tetap pada perjalanan


Aku ini ibarat angin
Yang menghembus pada saujana pemandangan
Dengan kedinginan yang aman
Entah bila angin itu akan bertukar
pada deras dan kelajuan yang menakutkan


aku Cuma berharap akan tiba masanya
berjaya mencari  satu destinasi yang pasti
untuk aku salju kan kedinginan ini
pada dia yang benar-benar sudi
dan terima aku sebagai satu kesyukuran yang hakiki.



Wednesday 30 March 2011

Kepercayaan

Hari ni kita bincangkan fasal isu motivasi. Berangan jadi seperti Dr Fadzilah Kamsah sekejap.


Ramai orang inginkan kejayaan. Tapi kejayaan tu tak semua yang dapat. Maka agaknya berapa ramai orang yang berjaya sama ada kejayaan di dalam perniagaan, kejayaan sebagai pendidik, kejayaan sebagai ahli politik dan kejayaan yang bermacam-macam ini mempunyai satu rahsia atau etika untuk berjaya. Ada satu perkara yang boleh dirumuskan pada mereka-mereka yang berjaya ini ialah, mereka mempunyai kepercayaan.


Kepercayaan yang pertama adalah percaya pada Tuhan. Pada orang Islam dah semestinya itu adalah yang pertama terjadi. Setiap kali kita menerima berita kegagalan, kita kena percaya yang Allah S.W.T mempunyai satu perancangan yang lebih bagus untuk kita. Kita kena percaya, yang gagal ini adalah sementara sebab ada kejayaan yang akan tunggu kita di hujung sana.


Kadang kala kita berdoa bersungguh pada Allah untuk kita beroleh kejayaan. Tetapi kejayaan yang diminta tetap tidak kunjung tiba. Agaknya bagaimana kepercayaan kita? Adakah tetap utuh atau sudah mula menampakkan kegoyahan? Yang sebenarnya kita kena tetap percaya, kerana doa itu datang dalam 3 perkara. Yang pertama, apa yang kita doa/hajat, itulah yang kita akan dapat. Yang kedua, hasil doa itu akan datang dalam bentuk lain yang mana ia mungkin memberi manfaat yang lebih berguna. Di sini kita kena percaya, perancangan Allah itu sememangnya baik untuk hamba-Nya. Yang ketiga doa itu datang pada hari akhirat kelak yang mana memberi kesenangan untuk kita menjalani urusan di sana. Walaupun doa itu datang dalam bentuk yang berbeza, kepercayaan kepada Tuhan sepatutnya tidak akan pernah pudar kerana Tuhan itu mempunyai perancangan yang lebih bagus untuk kehidupan kita.


Kepercayaan yang kedua adalah kepercayaan pada diri sendiri. Kita kena percaya yang diri kita ada potensi untuk berjaya kerana setiap orang ada kelebihan masing-masing. Itu adalah biasa yang kita pernah dengar. Tapi setakat mana orang percaya pada kelebihan kita itu. Setakat mana orang menggunakan kelebihan itu sebagai satu senjata untuk beroleh kejayaan. Manusia kadang-kadang tak pernah ingat kejayaan atau perkara baik yang pernah mereka lakukan. Yang biasa mereka ingat adalah perkara mengarut/merepek yang biasa mereka kenang. Sebab masyarakat sekeliling jarang untuk memuji perkara baik yang kita lakukan. Tetapi masyarakat sekeliling sangat mudah untuk mengutuk mengeji perkara buruk yang pernah kita lakukan. Walaupun begitu, dengan mengingati perkara baik dan kejayaan yang kita pernah lakukan, sebenarnya kita sedang mengingati kelebihan yang kita ada.


Kelebihan yang kita ada itu seharusnya digunakan untuk kita memacu kepada kejayaan. Kita kena percaya pada diri sendiri dan percaya yang kelebihan kita itu sebenar memberi manfaat untuk kita. Kalau kita percaya pada diri sendiri, perasaan putus asa itu tidak seharusnya ada. Ramai orang yang berjaya berpegang pada prinsip ini. Percaya pada diri sendiri.


Kepercayaan yang kedua adalah percaya pada sistem. Kalau kita berniaga kita kena percaya pada sistem yang kita lakukan. Kalau kita belajar kita kena percaya pada sistem yang kita sedang belajar. kalau kita tidak percaya pada sistem, kita akan lebih membuang masa untuk perasaan ragu-ragu, membangkang dan mengeluh sedangkan orang lain yang sedang mengikuti sistem ini telah jauh terkehadapan meninggalkan kita. Percaya pada sistem membuat kita percaya apa yang sedang kita lakukan. Kalau kita sedang belajar, kita percaya sistem membaca, tutorial, peperiksaan akan membantu kita mencapai kejayaan yang sepatutnya.  Sistem yang dimaksudkan di sini adalah kita kena percaya apa yang sedang kita lakukan ini. Yakin dan jangan memberikan perasaan ragu-ragu anda terhadap apa yang anda kerjakan ini.


Dengan ketiga-tiga kepercayaan ini digabungkan di dalam diri, InsyaAllah, kejayaan itu sebenarnya sudah terbentang di depan anda. Cuma masa sahaja untuk anda menggenggam kejayaan itu.



Tuesday 29 March 2011

Bangun lambat

Setiap hari mesti cenderung bangun lewat. Kalau office tu jenis strict, confirm memang dah kena denda. Jam loceng besar ada, jam hp ada tapi masih juga bangun lewat. Bengang pun ada. Agaknya kalau office tu bapak kita punya, masuk pukul 4 petang pun tak apa. Hari ni je masuk office pukul 10.50 pagi.


Ada tak cara nak bangun awal. Aku aim nak tidur awal je pas ni. dan tolong jangan lah nak ajak aku ke mana-mana sampai heret aku tidur pukul 3 dan ke atas. Kalau tidur lambat for sure aku akan bangun lambat. Tak boleh kalau nak bangun awal. Tersedar then aku akan tidur balik juga. 


Ada tak cara nak bangun awal. Instead memakai jam loceng? Aku pun tau, ada sesetengah orang bangun Cuma pasang niat. Dan body kita automatic akan tersedar pada waktu yang kita inginkan untuk bangun. Tapi tak berjaya juga untuk aku. Niat tak baik kot. Haha.


So u guys kalau ada lagi petua-petua macam mana nak bangun awal, bagi taulah. Semoga esok tak lagi bangun lambat..


Monday 28 March 2011

Induksi Exco 2011/2012

Kursus Induksi Exco Permaj sesi 11/12 baru je melabuhkan tirai nya semalam. Penat memang tersangat penat. Wajah peserta memang penat. Mana tak bila dah kena dera habis-habisan. Tapi dia orang tak tau, abang-akak lagi penat. Nak drive dari KL-JB, kena meeting time kamu tidur, kena rangka perjalanan program, kena fikir idea what is the best module nak bagi supaya kamu sayangkan Permaj dan do the best to them.


So far rasa puas hati bila akhirnya ada respond dari exco baru Permaj yang melahirkan rasa sayang dan bersemangat tinggi. Cuma harapnya semangat tu jangan tinggal sebarang dua bulan saja. Kalau boleh dan mesti boleh untuk selama-selamanya. Coz semangat tu kita perlukan untuk kita lahirkan next generation dan untuk kehidupan kita bila dah kerja nanti.


Cuma terfikir, persatuan apa selain dari Permaj yang boleh berkumpul selama 13 generation di dalam satu program. Walaupun 13 next generation tu tak dapat datang, at least 1 generation satu wakil. Even PMUKM pun tak rasa mereka mampu lakukan.


Mesti sedih bila rumah impian dimusnahkan. Abang-akak ni pun tak sampai hati bila tengok rumah yang kamu buat tu comel-comel dan cantik. Apatah lagi penat berjalan semata-mata nak mencari barang-barang terbuang untuk bina model rumah impian tu. Ditambah lagi dengan impian yang ada pada rumah tu; 100 menara impian, rumah hi-tech, dewan konvensyen Permaj (aku tau korang bodek!), pertanian yang maju, bilik yang besar dan luas, perpustakaan lengkap dan etc. Walaupun impian still boleh tetap runtuh kalau ada halangan dan kamu tidak dapat mengatasi halangan itu. Akhirnya rumah impian tu pun musnah. Jahat abang-akak kamu. Haha. Ada yang cabut-cabut, ada yang pijak rumah. Koyak-koyak kan dinding rumah.


Tapi puas hati tengok kamu nangis. Rasa nak pijak-pijak lagi rumah impian tu. Haha. Angin jahat rasa bertambah-tambah. Habis setiap satu rumah tu hancur-hancur jadi cebis-cebisan. Tapi impian itu yang ditanam pada semangat adik-adik supaya jangan jadikan semangat dan impian kita musnah dan hancur akhirnya. Rasa sakit hati dan kecewa yang sangat tu ada pada setiap insan. Kalau kita boleh rasa, kita patut tau yang abang-akak juga ada perasaan itu. Jadi jangan kita hancurkan impian mereka nak tengok Permaj ni ada untuk 10 generasi lagi yang akan datang.


Jadi bila salah satu impian dan harapan kita hancur, kita tak boleh nak salahkan orang sebab asas kesalahan kita tu datang nya dari kita sendiri. Kita yang tak menjaga apa yang dikatakan hak kita. Bila tiba masa, kita Cuma terpegun dan tergamam bila tengok orang lain yang musnahkan harapan kita.


Good Luck; All The Best!


p/s: italic word contains double meaning!.one for Permaj, the other one for someone else. thanks!.





Friday 25 March 2011

ketegasan

Well sebagai manusia, kita memang banyak kelemahan. Tahu kah anda, salah satu aspek penting bagi seseorang pemimpin adalah ketegasan dalam keputusan!. Ianya bukan saja available untuk pemimpin besar seperti Perdana Menteri, CEO, etc tetapi tetap available untuk setiap lelaki yang bakal menjadi suami. So apa guna jadi lelaki kalau kau tak boleh nak buat keputusan dan mendidik seorang perempuan. It’s not about ego. It’s about KETEGASAN!.


Aku dulu sukakan seorang perempuan yang berdikari dan tegas. Tegas ni menunjukkan seorang perempuan tu lebih berkarisma dan anggun, punya gaya. Tapi dalam konteks yang semakin dewasa ni. Ketegasan seorang perempuan itu kadang kala boleh bertukar menjadi ego dan keras kepala. So kau sebagai lelaki sampai bila nak berlembut bertolak ansur dengan perempuan yang acuh tak acuh dan sentiasa nak kau ikut setiap acuan dia? Sometimes.... not sometimes, but I think 8/10 setiap keputusan kau sebagai lelaki yang kena buat. Bincang itu perlu kalau mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.


And now it seems aku kena lebih tegas dan ego. Aku ni terlalu baik. Perasaan simpati dan tak sampai hati aku terlalu tinggi. Sikit-sikit tak sampai hati. Sikit-sikit kesian. Semua orang cakap dengan aku, even aku kesian kan orang, tak ada orang pun akan kesian kan aku. Semenjak aku jadi Presiden PERMAJ beberapa tahun lalu, setiap keputusan aku tidak teguh dan sentiasa bertukar-tukar mengikut emosi dan pendapat orang lain. Aku Cuma tidak mahu menjadi diktator. Aku Cuma mahu win-win situation!.


Tapi win-win situation tu yang akan buat beberapa orang sentiasa kecil hati dan terpinggir. And now aku akan cuba belajar menjadi yang dulu. When i say no, it’s NO!. Please show me some respect with my decision!. Aku bukan mahu menjadi lebih ego. Aku Cuma mahu keadaan menjadi lebih baik. Kalau kau tak boleh terima keputusan aku kita boleh berbincang. Berbincang di sini tidak bermakna aku kena ikut seratus peratus kehendak dan kemahuan kau. Kalau kau tak boleh nak bertolak ansur atau masih tadika lagi dalam bab bertolak ansur, aku juga tak akan bagi muka. Just MARK my WORDS!


And now, aku juga kena lebih belajar buang perasaan kemanusiaan tu. Sikap tu makin lama akan memakan diri. Sampai bila aku nak buat baik hingga orang mula pijak kepala aku.


Manusia akan berubah. Itu FAKTA! Tapi silap nya aku berubah menjadi seorang yang hatinya lebih lembut. Kau tak akan perasan perubahan itu. Tapi orang lain yang perasan. Selagi orang lain tak pernah mengkritik aku sebagai seorang yang keras kepala, so aku anggap aku bukan orang yang keras kepala. Selagi ramai yang kata aku ni terlalu baik, maka aku anggap aku ni memang mainan manusia yang dipijak-pijak!. 


Menjadi seorang manusia yang boleh ditendang sana sini adalah bodoh. Aku penat menjadi orang bodoh. Dan aku tak mahu lagi jadi orang bodoh.


cuma hati ini dah TERLALU sayang dan aku tak boleh hidup tanpa kau!.. 




Thursday 24 March 2011

Skill mengurat


It’s not like sengaja aku nak mendedahkan kelemahan aku tak reti nak mengurat awek. But that’s the #100factsabout me. It’s totally same application untuk memancing dengan mengurat. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga. Kalau tak ada skill memancing, ikan tak dapat, umpan pun habis.


Katakanlah aku dah berminat pada seseorang. Then aku just akan jadi stalker sahaja biarpun esok dunia dah kiamat. Keberanian. Memang tak ada. Apa lagi kalau nak di katakan gentleman. Paling berani pun aku akan tanya khabar dan etc. Aku tak ada skill langsung nak mengayat. 


Stalker selama berbulan malahan bertahun, then aku akan rasa down bila tengok ikan yang aku sibuk tunggu, lari bersama mata kail lain. what a loser kan. Then aku akan tengok je lah dia bermanja-manja dengan bf baru dia. Haha. Aku Cuma gigit jari jelah. Sebab tu semua kuku aku habis. Paling menyakitkan hati bila kau tengok bf baru dia tu macam kapal yang tak siap. Aku bukan mengutuk jauh sekali nak kata aku ni kapal cruise yang cantik tu. Tapi that’s fact. Engkau orang pun mesti ada situasi yang macam ni kan, awek cun, pakwe lak pakai selipar jepun biru putih tu. Atau vice versa. So basically it’s a fact.


Paling bengang bila tengok orang yang kau suka tu akhirnya dapat dekat kawan kau sendiri. Setakat ni aku tak pernah kena sebab kawan-kawan aku semuanya baik-baik. Haha. Tak apa. Kawan aku tak baca blog ni, depa bukan tau pun aku puji depa. Tapi situasi ni pernah berlaku depan aku. Zaman sekolah dulu. Punya lah angau, bermesej kata-kata manis, last-last dapat dekat kawan sendiri. Haha. Aku tumpang gelak. Kelakar pun ada. Kesian pun ada.  


Masa zaman sekolah dulu skill aku nak mengurat lagi kelakar. Tulis surat, sapu bedak bagi wangi. At last surat tu duduk berkepam dalam beg sekolah aku. Lama-lama beg aku jadi wangi dan aku jatuh cinta lak dengan beg aku. Lama-lama aku jadi give-up so kalau aku minat sekali pun, aku akan diam je. Berani tu sikit-sikit. Tapi banyak aku simpan je.


So apa point nya aku cerita ni. Just nak buang masa nak tunggu waktu lunch!.