Wednesday 9 March 2011

Foreigner Students

Duduk di PPS ni kadang-kadang buat aku tersenyum sendirian. Mana tak nya, bila tengok kerenah-kerenah pelajar antarabangsa ni memang pelbagai macam. Mereka ni tak macam orang Malaysia, mudah terima apa saja arahan dan syarat. Jarang sekali membantah. Kalau ada membantah pun adalah sedikit terhormat. Tetapi pelajar foreigner ni kalau dia kata nak, memang dia nak. Sedangkan tempat dia perlu berurusan adalah di tempat lain. Halangan komunikasi pun boleh jadi juga.


Pelajar foreigner kebiasaannya yang amek master/PhD ni semuanya golongan lanjut umur. So dia punya keras tu lain macam. Degil. Nak betul je. Nak jaga kaunter pun kena ada kesabaran peringkat tertinggi. Akak-akak yang jaga kaunter ni pun dah namanya wanita kan. Haha. 2-3 jam boleh sabar lagi. Lama-lama bertekak dengan student. Aku duduk tergelak je lah melihatkan kerenah yang macam-macam.


Tapi bila involve pelajar foreigner yang cun-cun ni, nga-nga lah aku dekat dalam office ni sambil ditegur makcik-makcik yang jealous kenapa aku tak usha dia orang. Uh! Please. Haha.


3 minggu dekat sini. So far okay. Dan aku dah tau port-port cantik untuk tidur siang. Haha. Nak balik rumah pun senang. So dalam 2-3 hari lagi aku akan naik motor pergi PPS. Save sikit duit minyak. Nak bayar down payment motor lagenda tu, telan air liur dulu je lah. Pakai je motor yang mana ada; Harley Davidson.


Sigh. Banyak benda nak beli tetapi duit hanya mampu beli Maggie je. Sedihnya!.



No comments:

Post a Comment