Induksi Exco 2011/2012

Kursus Induksi Exco Permaj sesi 11/12 baru je melabuhkan tirai nya semalam. Penat memang tersangat penat. Wajah peserta memang penat. Mana tak bila dah kena dera habis-habisan. Tapi dia orang tak tau, abang-akak lagi penat. Nak drive dari KL-JB, kena meeting time kamu tidur, kena rangka perjalanan program, kena fikir idea what is the best module nak bagi supaya kamu sayangkan Permaj dan do the best to them.


So far rasa puas hati bila akhirnya ada respond dari exco baru Permaj yang melahirkan rasa sayang dan bersemangat tinggi. Cuma harapnya semangat tu jangan tinggal sebarang dua bulan saja. Kalau boleh dan mesti boleh untuk selama-selamanya. Coz semangat tu kita perlukan untuk kita lahirkan next generation dan untuk kehidupan kita bila dah kerja nanti.


Cuma terfikir, persatuan apa selain dari Permaj yang boleh berkumpul selama 13 generation di dalam satu program. Walaupun 13 next generation tu tak dapat datang, at least 1 generation satu wakil. Even PMUKM pun tak rasa mereka mampu lakukan.


Mesti sedih bila rumah impian dimusnahkan. Abang-akak ni pun tak sampai hati bila tengok rumah yang kamu buat tu comel-comel dan cantik. Apatah lagi penat berjalan semata-mata nak mencari barang-barang terbuang untuk bina model rumah impian tu. Ditambah lagi dengan impian yang ada pada rumah tu; 100 menara impian, rumah hi-tech, dewan konvensyen Permaj (aku tau korang bodek!), pertanian yang maju, bilik yang besar dan luas, perpustakaan lengkap dan etc. Walaupun impian still boleh tetap runtuh kalau ada halangan dan kamu tidak dapat mengatasi halangan itu. Akhirnya rumah impian tu pun musnah. Jahat abang-akak kamu. Haha. Ada yang cabut-cabut, ada yang pijak rumah. Koyak-koyak kan dinding rumah.


Tapi puas hati tengok kamu nangis. Rasa nak pijak-pijak lagi rumah impian tu. Haha. Angin jahat rasa bertambah-tambah. Habis setiap satu rumah tu hancur-hancur jadi cebis-cebisan. Tapi impian itu yang ditanam pada semangat adik-adik supaya jangan jadikan semangat dan impian kita musnah dan hancur akhirnya. Rasa sakit hati dan kecewa yang sangat tu ada pada setiap insan. Kalau kita boleh rasa, kita patut tau yang abang-akak juga ada perasaan itu. Jadi jangan kita hancurkan impian mereka nak tengok Permaj ni ada untuk 10 generasi lagi yang akan datang.


Jadi bila salah satu impian dan harapan kita hancur, kita tak boleh nak salahkan orang sebab asas kesalahan kita tu datang nya dari kita sendiri. Kita yang tak menjaga apa yang dikatakan hak kita. Bila tiba masa, kita Cuma terpegun dan tergamam bila tengok orang lain yang musnahkan harapan kita.


Good Luck; All The Best!


p/s: italic word contains double meaning!.one for Permaj, the other one for someone else. thanks!.





4 comments:

  1. pergh, aku koyakkan je rumah2 impian dorg ni dgn sopan santun, aku xpijak xsepak dan xkoyak dgn ganas sbb tak sampai hati....hahaha

    ReplyDelete
  2. dah grad pun masih aktif PERMAJ, bgus btul epong ni..

    ReplyDelete
  3. @fire

    aku pun tak sampai hati.. tapi terpaksa kena hati kering sikit.. hahaha

    ReplyDelete
  4. @Damon Salvatore

    sebab permaj tu indah.. masa kita 1st year dulu pun abg-akak turun nak training kita. so turn kita plak utk berbakti pada adik2..

    neway permaj itu bukan persatuan.. more than family organization. =)

    ReplyDelete