Busy Weekend

Hari sabtu kena kerja. Untuk isi data bagi permohonan Zamalah. Borang dia ada dekat 5 kotak besar untuk aku jadikan data. Sementara tu sabtu ni juga ada kelas Prudential-BSN insurance. Untuk pengetahuan, aku ambil kelas ni untuk jadi agen insurans. Untuk tambahkan side income. Hope sangat Berjaya lah dengan langkah yang aku ambil ni. Takut juga, tapi kalau tak berani nak bertapak dan ambil risiko belum tentu kita Berjaya. Aku just fikir kita kena berani untuk berubah.


Sabtu pagi ada kelas Prudential ni dekat Damansara, petang masuk office PPS untuk siapkan data. Ahad pula kena pergi lagi 2nd class kat Damansara, petang ada AGM Permaj. Bila tengok jadual macam ni atas kertas Nampak sangat memenatkan. Apatah lagi duit ke Damansara-Bangi macam dah boleh tarik nyawa ke paras hidung.


Tapi tu lah, orang kata bersusah dulu, bersenang kemudian. Tapi masih ada takut risiko yang aku ambil ni. Mana tau tak Berjaya peranan aku sebagai agen. Kalau Berjaya belakang cerita. Tapi ntahlah. Rasa ragu-ragu tu masih ada. Hope Berjaya lah hendaknya.


Doakan kejayaan atas langkah yang akan aku ambil ni.


Berani untuk berubah.

No comments:

Post a Comment