Friday 18 March 2011

Kita Semak Apa yang ada pada gemini

Gemini

Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik, adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruhi orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaannya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi. Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh juga memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya. 


Kita check apa yang hampir kena dengan Gemini ni.


Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik, adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.


No komen. Haha


Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruhi orang lain


Yep aku rasa aku ada kelebihan untuk mempengaruhi orang lain. Serius. Tapi tak minat lah pula nak jadi salesman


Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaannya


Hampir tepat kecuali bukan cantik menjadi keutamaannya. Aku pandang kecantikan juga :p


Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati


Yep. Aku memang suka untuk meluahkan emosi. Dan selalu di anggap kebudakan. Well engkau orang yang cakap macam tu pun belum tentu berfikiran matang dari aku kan. Haha. Yep. Aku juga suka pasangan yang boleh berkongsi akal, bukan hati. Asyik nak layan perasaan je, penat lah.


Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.


Macam tak tepat je. Hahahaha. Gelak banyak sikit.


Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya


Kahwin lambat tu maybe tapi kahwin perempuan tua tu, tolong. Not my taste okay. Saya suka yang muda, hot chick dan sexy. Apatah lagi nafsu syahwatnya lagi rendah. Nanti asyik aku je menang, payahlah. Ok terlebih sudah. Haha.


Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh juga memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya. 


Ye. Saya suka juga wanita banyak harta kerana ia merupakan satu kelebihan. Boleh minta motor FZ terus pas ni. Tua tidak tapi yang muda saya mahu ya. Ego dan lagak memang tinggi jadi dia kena faham. Haha.


So sesiapa yang terasa dan berkenaan silalah masuk meminang sementara masih ada kekosongan. Haha. Promote promote.

2 comments:

  1. haha caner perempuan nafsu syahwat dier rendah, ko plak yg menang.. hahah.. terlebih sudah.. haha

    ReplyDelete