Kahwin lambat sikit boleh?

Okay. Mood dalam bahasa ibunda plak. Sebab aku hanya dapat bermain internet dalam office je. Dah  hampir pukul 5, nak balik so there’s no quality time to write in English nak mengarang bagai. Kenapa entry sebelum ini in English. Tak ada jawapan yang accurate. Full stop. LOL.

Ramai kawan aku dah kahwin malah lebih ramai lagi akan menyusul. Terasa? Semestinya. Macam mana tak terasa bila kita ni dah hampir ke tahap wajib kahwin. Bila tengok perempuan cun pun hampir menitis air liur. Jangan cakap aku pervert. Kau pergi tanya boyfriend/husband/kawan lelaki kau sendiri. Sama saja.

Rasa jealous juga bila tengok orang dah kahwin. Apa pun boleh buat. Boleh tempah hotel, peluk-memeluk, dan whatever lagilah yang orang kahwin boleh buat. Aku? Just tunggu another 5 years maybe. Terpaksalah tahan dowh!. Tahan sabar. Dan bila semua kawan-kawan kau sudah berkahwin tinggal kau seorang je duduk ternganga menanti penuh pasrah. Kenapa lah engkau orang semua nak kahwin cepat ni!.


Ok. Dah tahap meroyan. Haha. So maaf ye pada gadis-gadis di luar sana yang menanti aku untuk datang meminang, aku kena kerja dulu cari nafkah. Biarpun tak handsome, aku pasti kereta BMW aku yang handsome tu mampu menambat naluri kewanitaan mu. Haha.


Pada kawan aku yang nak kahwin tu, lambat sikit boleh tak, jangan tinggalkan aku seorang dekat rumah sewa tu. Ok. Spoiler dah terbuka. 



No comments:

Post a Comment