Friday 11 March 2011

Kelemahan

Aku rasa aku mempunyai kelemahan yang agak ketara. Kelemahan yang kadangkala akan memberikan orang lain mengambil kesempatan terhadap aku. Aku bukan Mr. Nice Guy yang selalu perempuan impikan tetapi aku memang nice!. Haha. Kelemahan yang aku rasa bukan lagi satu kebaikan ialah aku susah nak mementingkan diri dan selalu sangat menjaga hati dan perasaan orang lain.


Imagine ada seseorang suruh aku browsing data untuk thesis dia and at the same time aku ada kerja, perasaan aku time tu memang tak sampai hati nak biarkan diri aku go on dengan kerja aku. Rasa macam wah! Baiknya. Tapi aku rasa macam damn shit. Aku tak reti nak menolak langsung. Instead adalah satu dua perkara yang aku tak akan berkompromi macam orang nak pinjam duit tapi aku just ada RM3 je dalam dompet tapi mostly nya memang macam tu.


Ada satu perkara yang besar untuk aku tolong macam anta orang ke KLIA sebab kematian saudara, itu memang aku rasa dalam kategori wajib tolong atau tayar pancit dekat nilai sana. Kategori ni kalau tak tolong aku rasa memang tak guna lah jadi manusia kan. Benda yang paling susah nak jaga bukan lah harta wang ringgit, bagi aku benda yang paling susah nak jaga adalah perasaan orang. Kita tak nak di label sebagai orang yang pentingkan perasaan sendiri seperti mana kita mudah nak melabel orang lain.


Tapi dalam nak menjaga hati orang lain kita takut kita melukakan hati sendiri. Dan more worst aku rasa kita melukakan hati orang lain. Yep kita tak boleh nak satisfy kan semua orang tapi itulah yang berlaku. Aku rasa macam down sangat bila aku tak dapat nak gembira kan semua orang. Paling sedih aku tak dapat nak gembira kan hati sendiri akibat terlalu kerap memikirkan kegembiraan orang lain. Do you think it’s a good attitude or bad. Aku rasa it’s a bad one sebab aku tak reti nak balance kan keseimbangan tersebut. Orang mintak tolong ni, aku ikut. Orang nak ni aku buat. Tapi jauh sudut hati aku rasa penat. Dan mulut aku senang je keluar jawapan “ok boleh je”.


Aku takut. Kalau kalau suatu hari nanti kawan baik aku berminat pada isteri aku. Adakah waktu tu, aku masih lagi tak pandai nak menolak. Atau lagi sedih, isteri aku minat pada kawan baik aku, dan mintak dia dilepaskan sebab ingin bersama lelaki tu. Adakah aku terlalu dayus membiarkan diar pergi hanya kerana perasaan dia lebih penting dari perasaan aku.?



No comments:

Post a Comment