Tuesday 22 March 2011

Mira Azmira

“Mira ada dekat sini je Syuk, kau tak nak pergi jumpa dia?”


“Macam mana kau tahu dia ada di sini”


“Dia mesej aku semalam, katanya dia ada orientasi di sini, pergilah jumpa kalau kau masih ada lagi hati dekat si dia”. Riak wajah Azmir begitu beria-ia mahu aku berjumpa dengan Mira.


“Aku tak pernah ada hati pada dia, kau pun tahu kan”


Azmir Cuma tersenyum, mengangguk dengan perlahan. Perlahan aku hilang dalam perbualan itu tadi. Mira sememangnya gadis yang cuba menjerat hatiku dulu. Entah bagaimana agak nya dia sekarang. Kami selepas berpisah tidak pernah berutus khabar dan hanya sepi begitu saja tanpa sebarang berita.


“Aku cakap dengan Mira, kau ada di sini juga” Azmir mematikan khayalan peringkat tertinggi aku. Hampeh. Hilang stim sekejap.


“oh! So dia cakap apa?”


“dia cakap kalau ada rezeki nak jumpa kau, dia tak lah kata rindu tapi aku pasti dari kata-kata dia tu dah memang terselit rindu yang hanya untuk kau, Syuk.”


“kau kalau pemutar belit memang kau lah juara antara juara” aku terus mencapai tuala mandi yang tersidai. Jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Terlewat ke kerja merupakan satu perkara biasa bagi aku. Walaupun sudah beberapa kali di tegur majikan, tapi benda yang sudah menjadi kebiasaan sukar untuk dikikis. 


Aku memang tidak ada hati pada Mira, bagi aku dia hanyalah kawan baik yang pernah aku ada waktu itu. Tapi sejak aku menolak kasihnya, dia mula menjauhkan diri. Aku tak marah sebab aku pun terasa yang aku juga menjauhkan diri daripada dia. Agaknya, itulah yang akan terjadi bila satu musim hendak di tukar ke musim yang lain. Sejak itu, aku tidak pernah mengabdikan kasih aku pada seseorang bernama wanita. Biarlah apa pun tanggapan orang luar, aku tetap tidak punya keinginan untuk berkasih sayang.  




“Syuk aku keluar rehat dulu, hari ni bini aku nak keluar sekali, mengidam ikan pari bakar”


“it’s ok, we meet after this, send my regards to your wife” aku tersenyum pahit. Aku sudah biasa ditinggalkan berseorangan waktu rehat. Semua rakan sepejabat sudah pun berumah tangga. Boleh dikatakan hanya aku seorang saja kumbang yang masih belum bertemu madunya. Nasib badan, apa saja yang aku boleh buat melainkan tersenyum.


Waktu rehat, kedai mamak seberang jalan dari pejabat aku merupakan lokasi makan tengah hari yang biasa dan ideal. Dekat dan menjimatkan masa. Tak perlu untuk aku menghidupkan enjin kereta dan tak perlu aku terkejar-kejar balik ke pejabat bila waktu rehat dah hampir habis.


Bila aku selesai menjamah hidangan tengah hari, aku terus berkejar ke pejabat. Aku terlupa, ada mesyuarat dengan klien dan aku tak sepatutnya keluar pejabat awal seperti biasa. Kalau lah aku seperti Tuan Aziz yang terjaga jadualnya dengan adanya Pembantu Peribadi yang sentiasa up-to-date dengan jadual dan tugas kerja.


“aduh!” aku terduduk di depan kedai mamak. Bahu aku sakit, terasa sedikit terkehel. Di depan aku, ada seorang wanita, dengan beberapa fail jatuh di atas jalan. Wajah nya tunduk sambil memegang kaki nya. Sakit barangkali akibat pertembungan yang berlaku sebentar tadi.


“cik ok, ada apa yang saya boleh tolong” aku cuba menghiraukan kesakitan aku. Sebagai lelaki, aku sepatutnya lebih bersikap gentleman.
 

“saya minta maaf, saya terlalu terkejar-kejar, saya ada mesyuarat penting” sambung ku lagi cuba untuk memujuknya dengan harapan dia akan memaafkan aku. 


“tak apa, it’s ok, saya pun bersalah sebab tak pandang depan sewaktu berjalan” dia mengangkat wajahnya. Wajah itu pernah aku kenal, kelihatan anggun dan ayu dengan rambut yang di sisir kemas pada paras bahu. Lesung pipit ketika dia tersenyum masih ada lagi di situ menampakkan lagi keayuan yang memang sudah terserlah. Berpakaian pejabat kasual membuatkan aku hampir tidak mengenali dia. Betapa masa juga telah membuktikan yang manusia itu boleh berubah seiring waktu.


“Mira, are you Mira Azmira anak Uncle Din?”


“yes, I am, and you are.?”


“Syukri, and you can call me Syuk as usual”


“Syukri!, I heard you was in this town, but I tak sangka akan meet you dalam keadaan macam ni, so why not we have a lunch together sambil berbual-bual, sure we’ll have a long story to tell right? “


“Oh! I’m sorry Mira, as I said, I have an appointment with my client, and I already late, I’m So sorry, next time maybe?” aku memang benar-benar dah terlambat. Bukan sengaja mahu mencari alasan.


“ok, next time ya, “


“ok Mira, see you then” Aku tersenyum dan terus berlalu pergi. Berjalan separuh berlari. Mengejar masa yang aku telah bazir kan. 


Aku tak sangka, perwatakan seorang lelaki boleh berubah menjadi seorang yang ayu dan menarik hati. Siapa agaknya yang berjaya merubah penampilan dia. Dia bukan lagi kawan yang aku kenal. Kalau dulu biasa saja bagi mulut aku untuk bergurau kasar dengan dia, tapi kini bahasa kasar mungkin mampu menghancurkan hati wanita dia. 


Wajahnya yang lembut itu entah kenapa sentiasa berada di dalam kotak fikiran aku. Meeting dengan klien pun menjadi tidak begitu lancar. Sudah lah lambat, fikiran entah menerawang ke mana.


Yang pasti dia tetap Mira Azmira yang aku pernah kenal sewaktu dulu..


p/s: aku bosan dalam office! sorry kalau citer ni merepek!.. ahahaha



2 comments:

  1. kenapa kena nama azmira dan azmir?
    hahaha..
    mcm name azmir ngan adik die?kihkih..

    ReplyDelete
  2. @Atin

    that name just ada tiba-tiba dalam kotak fikiran... hahaha... xda kena mengena pun antara Azmir, Azmira dan Aishah Farliani.. hahaha

    ReplyDelete