Ajal hanya Di Tangan Tuhan

Banyak benda nak tulis dalam blog. Mostly about benda yang remeh temeh. Rasa nak tulis bila tengah marah. Then sejuk balik bila dah lama. Dah lupa. Minggu ni Pengarah PPS ada conference dekat Bali seminggu. Secara officially dan logic seminggu juga lah aku tak ada kerja. Cuma semalam tolong jadi tour guide pada Professor yang datang dari Chulalongkorn University.


Sekalung takziah pada Jepun yang dilanda Tsunami. Kuasa Alam dari Allah memang tiada tandingannya. Hari ni kesusahan dan peringatan untuk orang lain. Esok lusa kalau peringatan tu diturunkan untuk kita, mampu ke tidak kita nak mengharunginya. Ajal maut di tangan Tuhan.


And now aku just dapat berita yang Mak Ngah aku di tolak dari menerima rawatan kemoterapi untuk kanser thyroid. Dan sedikit ubat yang dikatakan oleh doktor cukup untuk dia mengharungi sisa-sisa hidupnya. So macam mana Seorang Doktor boleh cakap macam tu. Adakah dia melanggar etika kedoktoran atau pun sikap macam tu sebahagian dari tanggungjawabnya.


So bila Doktor kata macam tu untuk apa? Untuk si waris ni bersiap sedia atau dia dah malas nak berusaha untuk pesakitnya. Sebab dia bukan Tuhan yang tahu tentang ajal dan maut. Sepatutnya dia berusaha sebaik yang mungkin even dia tahu yang pesakit tu memang dah kronik. Kalau ada duit, hantar pergi hospital swasta, mesti ada usaha yang dilakukan. Tapi semuanya perlukan duit baru orang ada motivasi nak bersungguh-sungguh.


And now bila aku terima berita tu, aku just masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Sebab aku tak sanggup nak menerima kehilangan dia awal dari yang sepatutnya. Just percaya kuasa Tuhan tak ada siapa yang tahu. Kalau esok lusa di takdirkan umurnya panjang, dan doktor tu yang pergi dulu, tak ada siapa yang menafikan hakikatnya.


Hope mak ngah akan okay untuk 10 tahun lagi dengan kuasa Tuhan. Epong sayang mak ngah jadi jangan putus harapan untuk terus kan kehidupan macam biasa. Epong takut salah satu impian epong akan musnah. Bila arwah Pak Ngah pergi then arwah Mok Teh, baru terasa yang impian tu makin hari makin sukar nak di realiti kan. Kalau boleh nak lihat semua orang yang kita sayang ada di sebelah kita, bagi support, semangat masa Majlis Akad Nikah nanti. Itu salah satu impian yang ada dari kecik lagi. So I pray for ur best Mak Ngah. Get Well Soon and nanti boleh lihat saya kahwin. Ok.!



No comments:

Post a Comment