Monday 30 March 2009

Testimonial

hari ini, hujan seolah-olah tidak mahu menunjukkan kelemahannya.. Dari dinihari sehingga ke malam.. Penghuni dunia seakan terlena dengan kesejukan waktu ini.. Tidak terlepas juga aku.. Sama seiring dengan kehadiran hujan... Aku lena dari dinihari sehingga ke waktunya fajar mulai menyingsing.. Bangkit dari keenakan mimpi.. Aku terasa sesuatu.. sesuatu yang asing.. mamai barangkali..

Suasana masih lagi hujan... Dalam kesejukan ini juga, perasaan aku kembali mati.. keseronokan tidur yang lena pergi berganti kelembapan minda dan kematian perasaan.. fikiran ku beku sebekunya air perigi di luar.. Acapkali aku dihidangkan dengan dugaan dan kesabaran dalam perjalanan aku sebagai mahasiswa.. seringkali aku tertewas dengan permainan minda.. seringkali juga aku menindas psikologi aku dengan meningkatkan motivasi.. tapi biasa.. manusia.. ada juga pasang surutnya.. kali ini disebalik irama hujan di luar, aku tertewas lagi dalam permainan psikologi..

Aku ada penawar tersendiri.. Testimoni yang sering diberi kepada aku ketika tamatnya matrikulasi dan zaman persekolahan menjadi sumber kekuatan.. Mata orang yang memandang sebenarnya lebih berasas dari mata sendiri...

+ Nice knowing you in whole of my life
+ stay funny K!….. keceriaan yg dibawa boleh menceriakan orang lain… kan bermakna!?
+ sepanjang aku kenal ko, aku banyak memendam rasa melampau !! ko tuh;
celupar, mulut laser… tapi aku kagum + takjub dgn ko gak… aku respect kat ko sebab ko peramah, periang, pandai memimpin, pandai bergurau, otak advanced, kelakar, tapi tetap bijak, selamba dan manis, sedap mata memandang(huhu thanx)
+ kalo ko suke sesorang ko luahkan, krna ko takkan menderita… tkkan ko pendam jer… aku serius ko lamar jerk dak pompuan tuh !! cayok ?! (uiksss)
+ thankz coz sudi jadi teman gaduh aku.. so tkde la bohsan sgt idup kat kolej yg skema nih.. ada la gak kenangan utk dikenang kan.. thx 4 everything n nice knowing u
+ kadang2 kita kena gk pikir pasal diri sendiri,… berterus terang arr pd sesuatu walaupon ada hati yg terluka
(gulpp)
+ moge2 epong jadi muslimin soleh (InsyaAllah)
+ Pong ! thanks sbb bnyak mmbantu aku especially mase time first2 aku masuk dulu. lagi sekali thx sebab bnyak belanja aku.. ( my special friends coz he is unique and special)
+ mantain funny selalu
+ Epong ko memang penceria kelas B.. time suasana tegang dalam kelas, ko lah yg akan meredakan suasana (thx)
+ Oit pong, bnyak kenangan aku ngan ko kat cni.. walaupon kita kenal x lama sgt, tp kita boleh jd besfren.. mmg best kawan ngan ko, aku selalu sakit perut asyik gelak… happening betul,… aku ingat lagik masa first aku masuk kelas tutor.. kau tolong aku cari meja ngn kerusi… ko mmg peramah… sejak dari tu kita jadi rapat.. dalam kelas ko bnyak ajar aku.. thks so much.. aku betul2 best kwn ngan ko.. terasa untung plak.. haha… (thx to one of my best frenz that i ever had in whole of my life)
+ kita kenal x sampai setahu pon… tp bnyak yg aku pelajari dr ko secra x langsung… ko bnyak merubah pmkiran aku.. mcm2 la…terima kasih atas segalanya… (thx..tp sorry x suma aku tulis tkut ko marah aku. hehe)
+ ko ni kan ske wat lawak yg kadang2 x penah dbwat org.. wat aku tergelak sampai nk pecah perut… bgus arr, ko heppy jerk… ko ni smart, bijaksana.. tp stay cool jerk.. aku respect ngn ko sbb ko punyai matlamat/ prinsip tersendiri bijak, slamber asalkan ‘power’.. keep it up..! (thx i appreciate it so muchh)
+ epong mula2 datang kmk aku ingat mu jenis budak2 gengster.. tp ternyata aku silap, aku kagum ngan mu.. dari apa yg aku tgk, mu suka happy kan ati orang lain. satu lagik aku cukup respek dgn mu, pandai sembunyikan kemarahan mu kart seseorang.. and paling penting mu cukup peramah.. tima kasihla mu bnyak gembirakan aku masa kart cni.. (thx a lot.. frens never fade)
+aslamkm..
Epong, mgkn akak x brapa knal rapat dgn awk tp mmg best kwn dgn awk..
LELAKI BUDIMAN….
mgkn ada yg sama antara kita tp yg beza akk girl yg lbh beremosi..hehe..
apa2 pun, kita tahu siapa kita evn nak tahu siapa kita amat payah..
Saidina Ali ckp, sebaik2 insan adlah mereka yg mengenali diri sendiri..
KESUKARAN MEMAHAMI MELEBIHI KEPAYAHAN DIRI MENERIMA..
apa2 pun kita manusia biasa..
ada masa & ketika terasa & merasa..
tapi yg pasti, walau tiada sahabat berteman di sisi Dia sntiasa bersama kita ke mana shaja.
jgn sedih bila keseorangan cz kalau akk rasa sunyi & kseorangan,slalu motivasi diri Dia tetap setiap saat dgn kita & memahami kita melebihi insan lain & diri kita sendiri..
akak tahu awk tercipta lbh hebat dr yang terhebat..
peace… =)

Dengan kata-kata ini, aku kembali bersemangat.. Tapi aku juga takut dan tersedar.. Masa berubah.. aku mungkin bukan orang yang sama lagi.. kemewahan, kuasa dan pengaruh persekitaran menjadikan aku bukan orang yang mereka pernah kenali.. Maafkan aku.. Thanks a lot 4 ur words.. Thanks..


Sunday 29 March 2009

one million dollar!!

Malam ni setelah berpusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya aku singgah melempiaskan nafsu di Secret Recipe.. well tempat yang terkenal dengan keenakan hidangan kek nya especially cheesecake.. Semua tahu, untuk makan disitu sekurang-kurangnya kena sediakan RM20 ke atas.. Jikalau budjet tak cukup, alamatnya makan nasi berlaukkan garam dan air kosong saja.. Untuk sepotong kek coklat saja sudahpun mencecah RM 6..

Isunya bukan makanan di situ terlalu mahal.. Isunya bermula disini, setelah aku keluar dari franchise Secret recipe tersebut, aku terlihat kelibat sekeluarga, menjamu selera di luar secret recipe.. Seorang ibu bersama dua orang anak kecil... seorang dari anak kecilnya memakan nasi yang dibungkus dari gerai makanan lain.. dan anak kecilnya yang satu lagi disuapkan sesudu kek oleh ibunya.. Mungkin kerana terlalu kepingin si anak memakan kek, maka si ibu terpaksa membelikannya sepotong kek untuk membasahkan tekak..

Apa yang ingin dijelaskan di sini.. aku merasa tidak sedap hati.. aku kesian.. sedangkan aku makan secara mewah.. tapi ada insan yang tidak senasib dengan aku.. Aku mempu kesian.. aku tidak berdaya menolong.. kalau kita lihat ramai lagi yang hidupnya melarat dan memerlukan bantuan.. Sometimes bila aku makan di mapley, akan ada seorang makcik yang lingkungan umurnya dalam 40-50an menjaja kerepek dari satu meja ke satu meja yang lain.. kesian sangat.. dalam jam 11 malam masih lagi menjaja sebegitu rupa... mana anak-anaknya!! Owhh bayangkan ahli keluarga kita yang bersengkang mata menjual kerepek sebegitu rupa.. Aku tak sanggup..

Aku harap, bila aku dah berjaya kelak.. duit yang datang melimpah ruah.. Aku harap Mata aku xkan digelapkan oleh kuasa dan harta.. Aku akan membantu mereka yang memerlukan bantuan.. Duit kita takkan kemana jikalau kita membantu.. Ketepikan soal mereka ini menipu atau tidak.. Kita bantu apa yang terdaya.. Anak-anak yatim.. Ibu tunggal yang hidup serba kekurangan.. Warga emas yang tidak dipedulikan oleh anak-anaknya.. masyarakat OKU.. dan masyarakat yang memerlukan bantuan..

Ketepikan soal politik.. Ketepikan soal bangsa.. bantu sesama manusia atas dasar keprihatinan..
semoga tiada lagi insan bernasib malang di dunia ini, suatu hari nanti..



Saturday 28 March 2009

Fantasy world

entry ini mungkin kedengaran keanak-anakan sikit yerk.. tapi apa aku kisah.. kisah aku so aku tulis apa yang aku ingin tulis.. hahaha..

back to entry, kenapa aku suka fantasi ekk berbanding realiti.. tengoklah cter Harry Potter, Lord Of the Ring, Narnia.. huhu teruja dengan landscape yang menarik, haiwan sepermainan yang setia seperti dragon dalam cerita eragorn, rakan-rakan seperjuangan yang teguh di belakang memperjuangkan keadilan.. walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuhi, tetapi pengakhiran hidup mereka seolah-olah dirancang.. Percintaan mereka juga seolah dramatik, dan sangat suci kononya..

Berbeza dengan alam realiti, pengakhiran hidup kita, kita tidak tahu.. percaturan watak juga kita tidak tahu, siapa yang hero, siapa heroine, siapa antagonis dan siapa protagonis dalam cerita kiter.. Sometimes, kawan kita adalah lawan.. Dan lawan kita adalah kawan.. kita tidak tahu siapa yang setia, siapa yang perlu kita harapkan..

Dalam realiti.. semua boleh berubah tanpa disangka.. walaupun dirancang, tapi belum tentu terlaksana.. Manusia boleh berubah dengan ketamakan kuasa dan wang di depan mata.. semua itu tidak indah.. landscape kehidupan kita juga membosankan, sama.. hutan besi dan pencakar langit dengan kehidupan manusia yang bersesak-sesak dengan pelbagai ragam.. pening dan juga memualkan..

kalau aku ader pilihan, aku ingin ke alam fantasi.. aku akan wujudkan cerita aku sendiri.. siapa hero?.. sudah tentu aku.. dan aku akan pilih rakan-rakan yang setia.. dan musuh aku juga, aku akan tetapkan sendiri.. siapa dia.. Biarlah rahsia. hahaha...

Namun sedalam mana kita bermimpi.. kita takkan lari dari dunia kita... masih tidak dapat lari.. masalah masih berpusing.. jalan penyelesaian masih lagi difikir.. adakah kita dapat predict pengakhiran jalan hidup kita?.... setakat mana kita ditimpa masalah.. setakat mana kita berjaya menghadapi mereka-mereka yang selalu merosakkan kehidupan kita.. sekelumit pon kita tidak akan dapat lihat.. masa depan ada disana.. just wait and see..

nway call me Harry.. Harry Nizam... wahahahaha...




Friday 27 March 2009

Dont Quit

When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you're trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit
Rest if you must, but dont you quit

Life is queer with its twists and turns,
As every one of us sometimes learns,
And many a fellow turns about,
When he might have won had he stuck it out,
Dont give up though the pace seems slow
you may succed with another blow

Often goal is nearer than
It seems to a faint and fattering man
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor's cup;
And he learned too late when the night came down,
How close he was to the golden crown.

Success is failure inside out-
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you're hardest hit,-
Its when things seem worst that you mustnt quit.


Aku mengesan satu tindakan menjatuhkan aku.. jatuhkan apa.. Biar Tuhan yang tahu... Impian aku, niat aku it seems afar dengan kajatuhan aku, tapi it may be near tanpa kita sangka.. So stick to the fight and you mustn't quit..

Thanks My Dear for This beautifull poem.. I Will Never Give Up, Keep My Thoughts and My Mind Always On The Goal..





Monday 23 March 2009

Love Is Hurt

penatnya.. baru balek dari futsal.. dan aku semakin kerap nk create new post.. Aduhh. penangan blogging nih.. Ari ni jerk dah 2 post.. huhu kalau dulu, sebulan satu post jerk yang dicreate.. haha.. sungguh hebat dunia siber sekarang ini..

My fren mengadu pada aku yang dia ader probs ngn awek dier.. So setelah aku menjadi orang tengah, kononnya, aku dapat tau yang dia masih dalam dilema.. Sama ada hendak melepaskan kekasih kesayangan pertamanya atau sebaliknya.. Dari apa yang aku lihat, kaji dan selidik.. my frens pasti tertekan, merana dan sangat kecewa bila dia terpaksa dan give up dengan melepaskan awek dia..

Aku merasa empathy, sebab aku pernah mengalaminya.. yes dan ianya merupakan kesakitan yang pasti tak kan nampak di mata, tapi dalam hati, pasti berdarah, parah.. Satu kesakitan yang sangat2 memerlukan ketabahan..

Kecian dia.. Love is really2 hurt.. so much pain.. Dan dia makan x lalu, xder selera.. Tidor pon x lena.. Tidor semalaman pon sejam jerk.. Asyik terbayang dan terpikir.. Kalau mandi x basah, nanti cakap aku bohong plak.. Masa pengalaman aku dulu, dalam 2, 3 hari x mandi dan x makan.. kalau Bangun pun lemah, just nak amek air semayang, trus gie solat then after that, continue sleep.. Aku rasakan hidup ni useless.. dan maklumlah asrama, makan ader tyme2 dier, kalau terlepas tyme makan, means dah xley repeat lah makann tuh.. so bila dah terlepas, x larat nk bangun, aku terus tido.. sambung tido.. Cuma Sumtimes aku akan berjogging, waktu yang sesuai, waktu pagi.. sebabnya waktu itu sangat tenang.. Abes jogging jer, aku akan baring atas padang, merenung awan pagi yang kadangkala berkabus.. Sejuk dan mendamaikan.. Sangat tenang walaupun aku tahu ianya hanya sebentar..,Sedangkan dalam hati masih lagi bergelora dan masih lagi merasakan satu kesakitan... Dan kalau boleh, aku x ingin melihat sesiapa pun di dunia ini menderita seperti aku..

dan sememangnya, cinta itu memerlukan ketabahan dan ujian.. love is really hurt and pain.. Hanya mereka yang pernah mengenal kesengsaraan dalam cinta tahu apa itu erti cinta sebenar..


Sunday 22 March 2009

Miss Creation

Nukilan Rindu

Sesetengahnya aku rasa aku terlalu rindu
pada keajaiban dan ketenangan ketika sujud kepadamu
rintihanku, rayuanku kau sentiasa mendengar
kata bisikan kecil, insan yang kerdil dan lemah.

Pada masanya, aku rasa terlalu sempit
bernafas dalam satu kotak yang kecil
gelap tiada arah, gelita tanpa panduan
sampaikan aku lupa padaMu Ya Tuhan

Kadangkala aku rasa hati ini terlalu sunyi.
perjalanan hidup tiada siapa yang sudi menemani
Adakah aku lupa, Tuhanku sentiasa disisi..
mengapa aku alpa dan terus mengharap pada mereka yang tak sudi

Apa yang terjadi, baikkah ianya untukku?
apa yang terlanjur, ku mohon ampun padaMu..
Aku masih sesak di dada, entah mengapa..
Hati ini masih lagi terlalu sunyi..
Hati ini masih lagi merasakan sepi..
Moga rinduku padaMu mengubat kekecewaan ini..
Hati yang pernah terluka, tidak akan berdarah kembali..




Matured

Jari-jari aku semakin nakal.. Apa saja yang terlintas di hati, ingin aku siarkan di laman ini.. Dan ketika aku asyik memikirkan bagaimana mahu keluar dari kotak masalah aku, aku terpikir akan sesuatu perkataan ini.. Matang.. Adakah kita bersikap matang apabila menghadapi sesuatu masalah..?

Apakah pengukuran matang bagi seseorang.. Sudah tentu berbeza bagi setiap individu.. mengikut tafsiran masing-masing.. Tapi jika umur sudah mencecah 20-an, dan masih lagi tidak pandai berfikiran rasional dalam sesuatu perkara, sudah tentu ianya menunjukkan ketidakmatangan seseorang itu..

Sebagai contoh, jika sudah terang lagi bersuluh, kita yang melakukan kesalahan, tetapi mengharapkan orang lain yang meminta maaf kepada kita, adakah itu menunjukkan kita sudah matang.. Sudah tentu jawapannya tidak!!

Bagaimana kita bertindak menghadapi masalah kita, bagaimana kita menyelesaikannya tanpa menyusahkan orang lain, dan bagaimana kita mengawal rentak emosi kita, akan menjadi pengukur tahap kematangan.. Bertindak rasional, kikiskan emosi, berfikiran dewasa, dan pandanglah jauh ke hadapan..

cuma kadangkala kita terasa seperti bayi, ingin dimanja, ingin dibelai, ingin diberi perhatian, ingin disanjung, dipuji diberi ganjaran.. Tapi cuma kadangkala.. Kalau sudah selalu merengek, tampar saja, biar masuk parit.. Kalau sentiasa emosi, payahlah.. Kena ingat, orang lain pon ada emosi jugak, cuma dikawal.. Kalau x dikawal, serupa mcm orang sakit mental, belasah jerk apa yang nk dicakap..

Kadangkala pikirkanlah, semua yang kita buat x selalunya org suka.. Apa yang kita cakap x selalunya orang sanjung, Apa yang kita buat, x selalunya diberikan penghargaan.. Kadangkala aku pun terasa something wrong inside me.. Adakah aku cukup tabah.. dan adakah aku cukup matang menghadapi masalah dan environment sekeliling aku..

Korang? matang ker?



Saturday 21 March 2009

im suck

aku baru balek dari Seminar Agenda Melayu, Memperkasakan politik Melayu.. Anjuran Alumni kelab UMNO luar negara.. Penat tapi dapat pelbagai input berguna..

Dan aku juga dapat berkenalan dengan blogger yang terkenal, agak terkenal.. Yang mengendalikan laman web yoyooh.. Berapa kali jugak, laman maya nukilan beliau pernah memasuki beberapa akhbar kumpulan Utusan.. Semoga perkenalan ini, dapat menambahkan ilmu aku kepada bidang siber..

Keter aku dapat isnin.. Aduhh patah kaki aku sebentar.. Sangat menyakitkan hati aku.. Apalah yang diorang ni wat kejer.. Maen2 btol..

Aku skang celaru. Sangat celaru.. Fikiran aku macam serabut.. Sangat serabut.. Aku cemburu.. Sangat cemburu.. Hati aku mendesah2.. Hati aku xtenteram.. Ohh Tuhan.. Tolonglah aku.. Bagaimana.. Aku semakin keliru.. Aku resah..

Kenapa? kenapa aku.. Kenapa aku yang harus berassa begitu.. Xsepatutnya.. Aku masih tertanya2.. Jauh di sudut hati aku merasa bersalah.. Jauh di sudut hati.. AKu rasa kecewa.. kecewa yang sangat2.. Kenapa... Perrmainan ini semakin merungsingkan, permainan hati ini semakin lari, jauh dari jalannya..

Hanya tuhan Yang tahu.. Semoga aku tenteram.. Tapi pasti takkan bisa tenteram.. Masih lagi tertanya-tanya.. masih lagi kecewa..

Thursday 19 March 2009

Miserable

ohh sakit hati sialll
Proton Savvy aku buat lagi..
Kali yang ntah ke berapa..
Kena tarik bawak ke bengkel
macam x bayar hutang jadinya
menyusahkan. Pening sakit kepala
Fcuk Fcuk Kereta ini..
Aku dah x menyayanginya lagi..
Selamat Tinggal..

Ayah kata, dia dah deal ngn Toyota
Trade In..
Huh Aku Menanti x Sabar..
Coza aku dah lama tahan sabar ngn keter cinonet nih.

Thanks
Ayah
ibu



Takziah

Temanku
Ku tahu ianya sukar
Kehilangan insan dalam semalaman
Mungkin ianya hikmah
Buatmu yang baru menjengah alam kedewasaan

Temanku
Ku Tahu, dia bukan sekadar pemberi kasih
Dia juga bukan sekadar penjaga yang setia
Tapi dia sebagai teman paling abadi
Yang pastinya dia tiada galang ganti

Temanku
Yang pergi tetapkan pergi
Kau tabahlah meniti hari demi hari
Moga dia kembali dengan tenang disisi Ilahi
Melihat kau gagah dan terus berdikari

Temanku
Teruskan perjuangan, ciptakan kejayaan
Banggakan mereka yang menyayangimu
Sinari mereka dengan kasih sucimu
Dan juga amalan amalmu
Moga dia terus mendapat keredhaan-Nya

Al-Fatihah buat ayahanda Ammar yang kembali ke rahmatullah pada jam 8.45 malam tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beriman.

Takziah buat Ammar dan sekeluarga. Semoga tabah meniti hari-hari yang mendatang.



Tuesday 17 March 2009

free top up

Kawan aku semalam bagtau, pakwe dia kejer kart satu syarikat telekomunikasi terkenal dan popular di Malaysia. Senang kata syarikat line yang aku guna sekarang ni. Sapa yang tahu nombor aku tahu la kan syarikat mana.. Apa yang secretnya kart sini, kalau kita topup, kalau kena dengan kod2 yang betul, RM10 boleh guna sehingga RM100 free.. Kaedah ni macam 'crossing acount' dalam bahasa scientific nya..

Mudah saja, tapi jangan guna kod ni banyak kali, sebab sistem akan auto detect dan nombor kita akan di block, dibatalkan pendaftaran. Aku nasihat buat dalam 3 kali, jangan lebih untuk satu nombor topup. Kaedah ni perlu di buat dalam hujung bulan 3am ke atas, sebabnya dalam waktu sebegini sistem akan diselenggara.. bila dah kata selenggara, means senang sketlah nak cross account.. so kena try and error tapi ingat jangan banyak kali untuk satu nombor top up..

Kawan aku bgtau, macam ini Kaedahnya:

1) beli topup RM 10…gores & ready.

2)type <**REC 10 > , then send to 3669

3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, kena salin tau.

4)pastu korg type <**REC 10><123456>( msukkan 6 digit td), send 3669

5)pastu diorag akn reply “insert ur topup num”, so korg type 14 digit
topup number yg korg beli cntohnya

; <01234567891023>send to 3669

6) syarikat tersebut kebiasaanya akan reply

“Kepala ko berjambul, tengkorak hidup, Banyak cantek muka ko.. Miskin nak top up RM 10 ada hati nk jadi RM100. Ko ingat kompeni ni opah tiri ko yang punya.. Masuk toilet pon kena bayar 20 sen lagi nak top free lah kan"

~huhu.. aku dah biasa, kadang2 terasa kecik ati pon ada.. cakap aku miskin plak.. makan dalam sungguh.. Kalau sesapa nak mencuba, silakanlah ye..~


Saturday 14 March 2009

Bad Day, Really Bad Day

Badminton

Semalam, aku bersiap nk bermain untuk tournament badminton UO, setelah tunggu selama 2 jam, aku x dapat bermain untuk hari ini, kerana peraturan by. So terpaksa aku tunggu keeseokan harinya. Bad Day ditambah lagi dengan hujan yang turun hari ini, membuatkan hari ini aku terpaksa menahan semangat bermain badminton sekali lagi.. terpaksa menunggu keesokan harinya..


Pro Evolution Soccer

Hari ini ada pertandingan PES anjuran Extreme-c KUO. Aku bermula dengan baik dengan pasukan AC-Milan.. Bermain secara liga, dengan game yang pertama seri 0-0.. Game kedua rezeki memihak kepada aku dengan kemenangan 3-1. Tapi malangnya game ketiga menampakkan seolah-olah luck mula mencemburui aku.. Aku kalah 2-3.. Lawan aku dapat 2 penalti yang x disangka dan aku pula terpaksa bermain dengan 10 player, setelah seorang kena buang padang..


Hair Cut

Setelah kecewa, aku keluar mengunting rambut, macam biasa kedai mamak Mr D di Seksyen 4.. Aku nak bela rambut panjang tetapi kemas, dan sekali lagi aku dikecewakan.. Rambut aku di gunting pendek.. Hampehh.. dah Gunting.. Nak wat camner? Terima jelah..


Manchester United VS Liverpool

Kekecewaan aku bertambah mengaibkan.. Badi PES menghantui aku.. Aku sampai di kedai makan SOHO jer, terus Liverpool dapat penalti setelah Gerrad dijatuhkan oleh Evra.. Keputusan ketika itu memihak kepada Liverpool 2-1.. Setelah 90 minit perlawanan. Liverpool menang dengan 4-1.. Sekali lagi, MU terpaksa bermain 10 orang pemain.. Penamatan sebuah permainan yang sama. Penalti dan red card.. MU kalah secara mengaibkan.. Hampeh hampeh..

Aku harap kekecewaan aku akan berakhir di sini.. Mungkin esokn Lucky Day aku sapa tahu?



PPSMI


Sekarang heboh tentang penentangan PPSMI yang dilakukan oleh sesetengah mereka yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu semakin pupus disebabkan PPSMI.. Adakah penentangan dan demonstrasi ini relevan.. Adakah mereka tidak terfikir untuk berfikir jauh kehadapan dan menyelami sejarah ketamadunan yang silam.. Atau adakah mereka menutup minda mereka, mengikut dalang2 yang ingin melihat bangsa melayu semakin tertinggal. siapakah dalang ini.. Pernahkah terfikir ada seseorang yang pasti tersenyum melihat semua ini di balik tabir?

Bahasa Melayu semakin tertinggal. Ohh ya.. mungkin aku lupa. Sains dan Matematik lebih relevan dan terkehadapan jika diguna pakai bahasa melayu.. Semua perkataan/istilah sains Inggeris di alih bahasa ke Bahasa Ibunda tercinta..
Sebagai contoh:
Oxidation - Oksidasi
fermentation - fermentasi
transcription factor - faktor transkripsi

Adakah semua istilah sains di alih bahasa ke Bahasa Melayu. jadi bahasa apakah itu. Bahasa Melayu Sains barangkali.?

Aku sebagai mahasiswa Sains barangkali sudah terbiasa dengan istilah sains.. ada sesetengah perkataan/ istilah boleh difahami dengan Bahasa Melayu tetapi ada sesetengahnya tidak mungkin dapat difahami tanpa penggunaan Bahasa Inggeris. Setahu aku, 'Thesis' atau latihan ilmiahnya tidak mungkin dalam bahasa Melayu bagi subjek sains kerana kebanyakkan sumber dan rujukan adalah jurnal dari bahasa-bahasa Inggeris. Jadi salahkah kita mengajar dan mengasuh Adik-adik supaya mereka terbiasa dan tidak kekok dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris..

Dengan adanya PPSMI musnahlah Bahasa Kebangsaan.. Sungguh kenyataan itu Aku tidak setuju.. Tapi aku akan menentang jika wujudnya Pembelajaran
Sejarah - BI
Geografi - BI
Agama Islam - BI
Sains - Bi
Matematik - BI
Kajian Tempatan - BI
Kemahiran HIdup - BI
Bahasa Melayu -BM

Bukanlah nak dikatakan aku tidak ada semangat patriotik terhadap bahasa aku sendiri. Aku sudah tentu tidak mahu Bahasa Melayu di anaktirikan di dalam negara Malaysia.. tapi kena relevan dengan keadaan semasa. Imbas kembali sejarah. bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam zaman kesultanan Melaka. Kerana zaman kesultanan Melaka merupakan salah satu empayar terhebat di nusantara. Mereka yang datang perlu berbahasa Melayu untuk berdagang dan mencipta peluang untuk mencari rezeki.. Kalau kita ambil contoh Eropah, mereka mempelajari bahasa Arab. kerana apa? adakah kerana mereka mengagungkan bahasa Arab? kerana mereka ingin mengambil/menceduk ilmu-ilmu dan teknologi yang dipelopori Ketamadunan Islam, untuk mereka ambil dan mencipta kemajuan bangsa mereka sendiri.. Dan setelah Ketamadunan Islam menunjukkan keruntuhan empayarnya maka mereka mengaku segala teknologi, mereka yang mengasasnya kerana kebanyakkan rujukan dan bukti telah habis dibakar atau dicampakkan ke dalam sungai sepertimana yang terjadi ketika kejatuhan kerajaan Abasiyyah ke tangan tentera Mongolia.

Kalau Jepun, Jerman, dan Perancis boleh maju kehadapan dengan bahasa mereka sendiri, kenapa tidak kita? Kerana negara-negara inilah yang mempelopori kemajuan teknologi. Teknologi automotif, aeronautik, penerokaan angkasa, robotik, dean sebagainya.. Kita juga boleh mengambil sikap sebegitu, tapi kita cuma ada teknologi mesin mengopek kelapa, mesin membuat kuih bahulu atau apa pun untuk mereka menceduk hasil teknologi kita..

Kalau kita pandang jauh kehadapan, kita sepatutnya menguasai bahasa teknologi bahasa Inggeris untuk kita majukan Bangsa Kita, perkuatkan teknologi kita.. Jika kita sudah menjadi sebahagian kuasa besar teknologi, baru kita boleh berbangga sambil mengatakan "kau nak teknologi aku, mari berpantun dengan aku" dan mereka akan mempelajari Bahasa Melayu untuk mengambil ilmu kita..

Dan kita perlu ada usaha lain untuk memartabatkan Bahasa Kita supaya jati diri dan semangat Kemelayuan dan Kebangsaan tidak pudar dan luput.Teruskan PPSMI dalam masa yang sama perbanyakkan aktiviti yang melibatkan pengukuhan Bahasa Kebangsaan seperti pidato, debat dan sebagainya.

"Jangan kerana emosi, kita hilang segalanya"




Thursday 12 March 2009

Norazalina Bte Sulaiman


hurmm siapa kah nama yang disebut2 ini.. misteri-misteri.. haaa Dia nilah Kak Azah @ My Cousin @ akak sedara aku.. Memandangkan aku terjumpa blog dia last week, maka Entry kali ni special mengenai beliau.. Kak Aza ni adalah anak yang sulong dalam family beliau yang besh dan My Cousin yang bertunang tuh adalah yang ke anak yang ke 3 dalam keluarga Mak Ngah aku ni..

Apa yang beshnya sehingga aku membuat satu entry khas yang tajuknya menggunakan namanya? Well kak Aza ni lah sebenarnya yang aku wat sebagai penanda aras atau batch marking. Mungkin Disebabkan Kejayaan kak Aza menjadikan sebagai satu sumber inspirasi aku dan menyaksikan kejayaan aku bertapak di menara gading sekarang ini..

Ketika aku masih lagi belum mengenal erti kehidupan sekolah yang sebenar, sekadar masuk kelas, belajar dan main.. Tapi aku dah pasang azam. Pasang impian.. Aku menjadikan Kak Aza sebagai pencetus semangat.. Sebabnya? Kak Aza ketika itu belajar di MRSM PDRM Kulim.. Dan dari apa yang aku dengar, paham, dan teliti, MRSM merupakan sekolah yang elit.. Sekolah yang mampu membanggakan sesapa sahaja yang berada di sekeliling kita.. mak, Ayah, Sedara mara dan rakan taulan.. Masih teringat lagi, kami, sedara mara datang ke kulim menghantar Kak Aza.. Dan kelihatan sangat membanggakan.. Tidak hairan juga, Kebetulan kak Aza memang bijak dan pandai..

Jadi.. Aku pasang impian.. Aku yang tidak memahami sepenuhnya apa tu Sekolah biasa, MRSM dan SBP ni memasang niat dalam hati.. Aku akan ke MRSM.. Aku tak pandang langsung SBP.. Aku ingin juga ke MRSM.. Alhamdulillah, Rezeki aku ditempatkan di MRSM BPJ, walaupun MRSM baru, tapi tetap juga tempat perkumpulan pelajar-pelajar yang terpilih.. Pelajar yang boleh diketegorikan elit dalam pembelajaran.. Berbekalkan azam dan semangat, aku berjaya menempatkan diri aku Selama dua tahun di MRSM..

Ketika aku di MRSM. Aku jadikan juga Kak Aza sebagai pembakar semangat.. Ketika itu dia di Universiti Putra Malaysia.. Kadangkala datang aku turun juga ke UPM mengambil beliau bersama keluarga, Lagipun, aku seawal usia setahun dah pernah menjejakkan kaki ke UPM ketika konvokesyen Achik aku.. Dan ibu pernah cakap, Achik aku ketika itu, mendoakan aku menjejakkan kaki di UPM sebagai seorang mahasiswa. Kebetulan juga, aku pernah terdengar, di UPM pelbagai kemudahan ada, termasuk kemudahan LRT.. Dan aku begitu semangat.. Sekali lagi aku memasang impian.. UPM destinasi aku seterusnya..

Ketika mengisi borang UPU kemasukan ke Universiti.. Aku letak 5 pilihan teratas di UPM.. Aku ingin sangat melihat corak pembelajaran di sana.. Ingin belajar di Universiti yang diwarnai kemudahan di sekitarLembah klang.. Tapi mungkin Tuhan lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba-Nya.. Aku ditempatkan sebagai mahasiswa di universiti yang pernah mendapat Universiti terbaik diseluruh Malaysia satu ketika dulu, UKM.. Dan aku mengakui UKM memang yang terbaik..

Ketika entry ini ditulis, Kak Aza masih lagi mencipta nama.. Bekerja di Astro sebagai pekerjaan golongan elit, berjumpa artis yang mungkin saban hari.. Aku msih lagi memasang impian. Masih lagi memasang azam.. Semuanya kerana dia. kak Aza yang ku kenal..

Ketika ini aku memasang azam yang baru, menjadi seorang yang dikenali di peringkat antarabangsa. Mungkin sebagai ahli politik.. Kalau kita memasang impian dan cita-cita.. Siapa tahu, ianya mungkin menjadi kenyataan..



happy yippie burfday

selamat ulang tahun to my adek
aka faez yang buncit lagi tembam..
semoga berbahagia di samping insan tersayang..
panjang umur dan murah rezeki..
12 Mac 2009 yang berumur 13 tahun this year..
maap gambar hang tkder,
comp aku dah lama hilang kegambarannya



Friday 6 March 2009

Leadership (gila kuasa)

Kali ini nak bercerita lak pasal kepimpinan.. Isu ni jugak xder kena mengena dengan satu-satu pertubuhan @ persatuan tapi perkara yang ingin dibangkitkan ini menyentuh kepimpinan secara umum baek dari kampus ataupun nasional..

Aku tertarik pada blog salah seorang dari MPP UKM kita, dalam blog beliau memang terdapat banyak kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya, walaupun aku x sokong beliau menjadi salah seorang pemimpin tertinggi MPP UKM kerana masih mentah dan x punya banyak pengalaman tapi x seharusnya kata makian dan cacian terutama yang berunsurkan perkauman dilontarkan kepada beliau..

Apa yang dapat diperhatikan menjadi seorang pemimpin ini tersangat lah susah dan penuh tanggungjawab.. Tersangat sukar nak memuaskan hati semua orang.. Dan aku masih memikirkan sama ada aku perlu meneruskan perjuangan aku di kampus ini atau x.. sebab banyak tanggungjawab yang perlu difikirkan walaupun tawaran dan rezeki dah terhidang depan mata.. owhhh kenapa aku perlu memikirkan tanggungjawab sedangkan ader jer yang menerima jawatan kerana nama? kerana tamak kan kuasa..

Ada ker? owhh sesungguhnyia ada.. Ape lah sangat ngn jawatan.. kalo nak mencari pengaruh sekalipun bukan jawatan yang utama tetapi sikap kita dan cara kita mempengaruhi orang.. Tgk bawah kita, tgk sekeliling kita, mintak pendapat orang, kalau dah ader yang x suka dengan cara kita, there must be something wrong with you.. dan perlu ke lagi memegang jawatan tertinggi..

Walaupun aku benci PKR, tapi kalau melihat contoh kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, DSAB, dia pandai, pandai mempengaruhi orang, pandai membuatkan orang percaya kepada 'kesucian dia'.. walaupun dipecat dari Timb. Perdana Menteri, dia tetap berpengaruh.. So jawatan x penting... X payah la nak mengejar jawatan.. kalau ko dibawah sekalipun orang dah mencebik bibir apa lagi jawatan tinggi..

Ahhh, aku benci orang sebegini.. x reti ukur baju di badan sendiri... Dan aku masih lagi memikirkan jawatan ini yang patut aku pegang atau tak..

kalau pegang = aku akan cuba buktikan 'benda' yang aku pegang ni jauh terkehadapan dari yang lain (sebab aku sedih melihat 'benda' yang aku sayang tercicir dari segenap aspek) + tanggungjawab yang lebih besar + pengorbanan yang besar + thesis dan juga xtviti PERMAJ.. (kena seimbangkan lagi)

kalau x pegang = just thesis, grade, tido, a little bit buhsanz, my PERMAJ.. and free...

p/s: kalau sesapa yang x suka aku bagitau lah yerk, janganlah biarkan aku syok sendiri.. hahaha.. well kita kena menerima seadanya diri kita, tapi mata orang lain yang memandang lebih besar ertinya pada diri kita..

JANGAN JADIKAN DIRI KITA BAGUS UMPAMA MALAIKAT TANPA MENERIMA KRITIKAN ORANG OR JANGANLAH EMO KALAU ORANG KRITIK KITA, SEBAB KITA BUKAN PERFECT, DAN BUANGKAN EGO ANDA..


Thursday 5 March 2009

PERMAJ Leadership Camp


Di Daerah Ini
Kita Terdampar Mencari Arah Dan Haluan
Berdiri Menuju Destinasi
Perjuangan Yang Tidak Pudar
Mengenal Watak-watak Hati
Manusia Yang Alpa
Pada Perjuangan Yang Membunuh Keringat Diri


Hari Ini
Apabila Watak-watak Itu Disatukan
Tidak Nampak Sebarang Keresahan
Tidak Muncul Sebarang Keraguan
Kerana Kita Adalah Saudara
Pada Batas-batas Yang Kita Batasi


Dan Apabila
Ada Hati Yang Merajuk
Ada Wajah Yang Kian Menjauh
Ada Hati Yang Semakin Sebak
Keringat Yang Jatuh Mesti Dikutip
Walau Dengan Seribu Kepayahan
Kerana Semalam Adalah Pengalaman


Daerah Ini
Bukan Untuk Digadai
Setiap Apa Yang Diperolehi
Adalah Nilai Tidak Terkira
Suatu Hari Nanti Kau Pasti Rebah
Bersama Musibah Yang Semakin Lara



Permaj Ini
Terlalu Besar nilai Dirinya
Pada Perjuangan Yang Kenal Erti Keperitan
Jangan Sesekali Kau Runtuhkan
Kerana Keruntuhan Membuatkan
Kau Adalah Pengkhianat Yang Mesti Hapus
Dari Muka Bumi Ini


Adik-adikku
Berjuanglah Untuk Daerah Yang Pernah
Kita Sama-sama Jadikan Jambatan Hidup
Setiap Perjuangan Pasti Ada Hikmah
Kerana


"PERMAJ ADALAH KITA, KITA ADALAH PERMAJ"