Fantasy world

entry ini mungkin kedengaran keanak-anakan sikit yerk.. tapi apa aku kisah.. kisah aku so aku tulis apa yang aku ingin tulis.. hahaha..

back to entry, kenapa aku suka fantasi ekk berbanding realiti.. tengoklah cter Harry Potter, Lord Of the Ring, Narnia.. huhu teruja dengan landscape yang menarik, haiwan sepermainan yang setia seperti dragon dalam cerita eragorn, rakan-rakan seperjuangan yang teguh di belakang memperjuangkan keadilan.. walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuhi, tetapi pengakhiran hidup mereka seolah-olah dirancang.. Percintaan mereka juga seolah dramatik, dan sangat suci kononya..

Berbeza dengan alam realiti, pengakhiran hidup kita, kita tidak tahu.. percaturan watak juga kita tidak tahu, siapa yang hero, siapa heroine, siapa antagonis dan siapa protagonis dalam cerita kiter.. Sometimes, kawan kita adalah lawan.. Dan lawan kita adalah kawan.. kita tidak tahu siapa yang setia, siapa yang perlu kita harapkan..

Dalam realiti.. semua boleh berubah tanpa disangka.. walaupun dirancang, tapi belum tentu terlaksana.. Manusia boleh berubah dengan ketamakan kuasa dan wang di depan mata.. semua itu tidak indah.. landscape kehidupan kita juga membosankan, sama.. hutan besi dan pencakar langit dengan kehidupan manusia yang bersesak-sesak dengan pelbagai ragam.. pening dan juga memualkan..

kalau aku ader pilihan, aku ingin ke alam fantasi.. aku akan wujudkan cerita aku sendiri.. siapa hero?.. sudah tentu aku.. dan aku akan pilih rakan-rakan yang setia.. dan musuh aku juga, aku akan tetapkan sendiri.. siapa dia.. Biarlah rahsia. hahaha...

Namun sedalam mana kita bermimpi.. kita takkan lari dari dunia kita... masih tidak dapat lari.. masalah masih berpusing.. jalan penyelesaian masih lagi difikir.. adakah kita dapat predict pengakhiran jalan hidup kita?.... setakat mana kita ditimpa masalah.. setakat mana kita berjaya menghadapi mereka-mereka yang selalu merosakkan kehidupan kita.. sekelumit pon kita tidak akan dapat lihat.. masa depan ada disana.. just wait and see..

nway call me Harry.. Harry Nizam... wahahahaha...




2 comments:

  1. kalo sya dpt pilih fantasi sdri
    saya nak dunia yg boleh beli baju kasut tgk wyg free..huhu
    then ley menari sepanjang wktu
    then ley men game tnpa perlu hirau bil elekrtik then bley travel ke negara2 len ske2 hati
    wow...mmg sgt demand..huuhu

    ReplyDelete
  2. nama pon dunia fantasy
    so bleylah demand-demand

    ReplyDelete