Saturday 14 March 2009

PPSMI


Sekarang heboh tentang penentangan PPSMI yang dilakukan oleh sesetengah mereka yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu semakin pupus disebabkan PPSMI.. Adakah penentangan dan demonstrasi ini relevan.. Adakah mereka tidak terfikir untuk berfikir jauh kehadapan dan menyelami sejarah ketamadunan yang silam.. Atau adakah mereka menutup minda mereka, mengikut dalang2 yang ingin melihat bangsa melayu semakin tertinggal. siapakah dalang ini.. Pernahkah terfikir ada seseorang yang pasti tersenyum melihat semua ini di balik tabir?

Bahasa Melayu semakin tertinggal. Ohh ya.. mungkin aku lupa. Sains dan Matematik lebih relevan dan terkehadapan jika diguna pakai bahasa melayu.. Semua perkataan/istilah sains Inggeris di alih bahasa ke Bahasa Ibunda tercinta..
Sebagai contoh:
Oxidation - Oksidasi
fermentation - fermentasi
transcription factor - faktor transkripsi

Adakah semua istilah sains di alih bahasa ke Bahasa Melayu. jadi bahasa apakah itu. Bahasa Melayu Sains barangkali.?

Aku sebagai mahasiswa Sains barangkali sudah terbiasa dengan istilah sains.. ada sesetengah perkataan/ istilah boleh difahami dengan Bahasa Melayu tetapi ada sesetengahnya tidak mungkin dapat difahami tanpa penggunaan Bahasa Inggeris. Setahu aku, 'Thesis' atau latihan ilmiahnya tidak mungkin dalam bahasa Melayu bagi subjek sains kerana kebanyakkan sumber dan rujukan adalah jurnal dari bahasa-bahasa Inggeris. Jadi salahkah kita mengajar dan mengasuh Adik-adik supaya mereka terbiasa dan tidak kekok dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris..

Dengan adanya PPSMI musnahlah Bahasa Kebangsaan.. Sungguh kenyataan itu Aku tidak setuju.. Tapi aku akan menentang jika wujudnya Pembelajaran
Sejarah - BI
Geografi - BI
Agama Islam - BI
Sains - Bi
Matematik - BI
Kajian Tempatan - BI
Kemahiran HIdup - BI
Bahasa Melayu -BM

Bukanlah nak dikatakan aku tidak ada semangat patriotik terhadap bahasa aku sendiri. Aku sudah tentu tidak mahu Bahasa Melayu di anaktirikan di dalam negara Malaysia.. tapi kena relevan dengan keadaan semasa. Imbas kembali sejarah. bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam zaman kesultanan Melaka. Kerana zaman kesultanan Melaka merupakan salah satu empayar terhebat di nusantara. Mereka yang datang perlu berbahasa Melayu untuk berdagang dan mencipta peluang untuk mencari rezeki.. Kalau kita ambil contoh Eropah, mereka mempelajari bahasa Arab. kerana apa? adakah kerana mereka mengagungkan bahasa Arab? kerana mereka ingin mengambil/menceduk ilmu-ilmu dan teknologi yang dipelopori Ketamadunan Islam, untuk mereka ambil dan mencipta kemajuan bangsa mereka sendiri.. Dan setelah Ketamadunan Islam menunjukkan keruntuhan empayarnya maka mereka mengaku segala teknologi, mereka yang mengasasnya kerana kebanyakkan rujukan dan bukti telah habis dibakar atau dicampakkan ke dalam sungai sepertimana yang terjadi ketika kejatuhan kerajaan Abasiyyah ke tangan tentera Mongolia.

Kalau Jepun, Jerman, dan Perancis boleh maju kehadapan dengan bahasa mereka sendiri, kenapa tidak kita? Kerana negara-negara inilah yang mempelopori kemajuan teknologi. Teknologi automotif, aeronautik, penerokaan angkasa, robotik, dean sebagainya.. Kita juga boleh mengambil sikap sebegitu, tapi kita cuma ada teknologi mesin mengopek kelapa, mesin membuat kuih bahulu atau apa pun untuk mereka menceduk hasil teknologi kita..

Kalau kita pandang jauh kehadapan, kita sepatutnya menguasai bahasa teknologi bahasa Inggeris untuk kita majukan Bangsa Kita, perkuatkan teknologi kita.. Jika kita sudah menjadi sebahagian kuasa besar teknologi, baru kita boleh berbangga sambil mengatakan "kau nak teknologi aku, mari berpantun dengan aku" dan mereka akan mempelajari Bahasa Melayu untuk mengambil ilmu kita..

Dan kita perlu ada usaha lain untuk memartabatkan Bahasa Kita supaya jati diri dan semangat Kemelayuan dan Kebangsaan tidak pudar dan luput.Teruskan PPSMI dalam masa yang sama perbanyakkan aktiviti yang melibatkan pengukuhan Bahasa Kebangsaan seperti pidato, debat dan sebagainya.

"Jangan kerana emosi, kita hilang segalanya"




No comments:

Post a Comment