Showing posts with label Sains. Show all posts
Showing posts with label Sains. Show all posts

Tuesday, 3 November 2009

Jiwa Pelajar Sains





Semalam aku berada di lab hampir seharian, hari ni aku berada di lab dari jam 8.00 am sehingga ke 3.30 pm.. Esok maybe akan masuk lab lagi... Bukan susah pun berada di lab sebagai bacteriologist, sebabnya dah pernah ada pengalaman masuk lab dalam kelas - kelas tertentu, dan berpengalaman juga mengendalikan makmal mikrobiologi untuk hospital pakar di JB dalam latihan industri yang lepas..


Tapi setiap kali mengendalikan bahan -bahan makmal untuk lab, walaupun secara sukarela.. Aku rasa tertekan.. Aku rasa terbeban, tidak seronok, buhsan, dan membuhsankan... Kena prepare before masuk lab dari segala alatan, dan dari segala bahan serta ingredients nak membuat sesuatu experiments.. Bayangkan tengah membuat kerja, mikropipet lak takda, bikar takda, bahan kimia takda.... Duh.. Membebankan rasanya...


Sejarah aku dalam makmal sains amat tidak memberangsangkan... Dalam makmal fizik tingkatan 5, aku main tembak -tembak menggunakan picagari dengan member.. Sehinggalah kena marah dengan pembantu makmal.. Dalam makmal kimia tingkatan 5 juga, alatan kaca pecah sehingga berdarah tangan aku... Dalam makmal kimia matrikulasi, titration acid - bes, aku buat sampai melimpah ruah xperasan alkali tuh dah terlebih penuh dalam bikar... abes licin meja makmal dan tangan aku.. Setakat alatan makmal, tak terkira berapa banyak pecah..


Dan secara jujurnya, aku dalam makmal lebih banyak memerhati dari melakukannya... Lebih banyak main dari serius.. Kalau boleh aku nak memainkan peranan yang kecil sahaja dalam makmal.. Sorry and thanks a lot kepada lab partner aku.. Terutama KB, Hana (siap gaduh lagi), dan Eein.. (walaupun korang takkan baca blog ni)..


Selama 7 tahun bergelumang dengan sains, baru ketika ini aku betul-betul sedari, jiwa aku bukan untuk sains.. Aku more to lawyer, sejarah, political science.. Aku sanggup menghabiskan masa dalam library membaca note-note penting untuk point -point sejarah... Dari melakukan kerja -kerja makmal dalam keadaan tertekan..


Jiwa aku sebagai pelajar sains masih lagi memberontak.. Namun, setiap awal ada akhirnya.. Dan awal kepada aku terjebak dalam sains akan aku akhiri dengan jayanya...

Saturday, 14 March 2009

PPSMI


Sekarang heboh tentang penentangan PPSMI yang dilakukan oleh sesetengah mereka yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu semakin pupus disebabkan PPSMI.. Adakah penentangan dan demonstrasi ini relevan.. Adakah mereka tidak terfikir untuk berfikir jauh kehadapan dan menyelami sejarah ketamadunan yang silam.. Atau adakah mereka menutup minda mereka, mengikut dalang2 yang ingin melihat bangsa melayu semakin tertinggal. siapakah dalang ini.. Pernahkah terfikir ada seseorang yang pasti tersenyum melihat semua ini di balik tabir?

Bahasa Melayu semakin tertinggal. Ohh ya.. mungkin aku lupa. Sains dan Matematik lebih relevan dan terkehadapan jika diguna pakai bahasa melayu.. Semua perkataan/istilah sains Inggeris di alih bahasa ke Bahasa Ibunda tercinta..
Sebagai contoh:
Oxidation - Oksidasi
fermentation - fermentasi
transcription factor - faktor transkripsi

Adakah semua istilah sains di alih bahasa ke Bahasa Melayu. jadi bahasa apakah itu. Bahasa Melayu Sains barangkali.?

Aku sebagai mahasiswa Sains barangkali sudah terbiasa dengan istilah sains.. ada sesetengah perkataan/ istilah boleh difahami dengan Bahasa Melayu tetapi ada sesetengahnya tidak mungkin dapat difahami tanpa penggunaan Bahasa Inggeris. Setahu aku, 'Thesis' atau latihan ilmiahnya tidak mungkin dalam bahasa Melayu bagi subjek sains kerana kebanyakkan sumber dan rujukan adalah jurnal dari bahasa-bahasa Inggeris. Jadi salahkah kita mengajar dan mengasuh Adik-adik supaya mereka terbiasa dan tidak kekok dengan Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris..

Dengan adanya PPSMI musnahlah Bahasa Kebangsaan.. Sungguh kenyataan itu Aku tidak setuju.. Tapi aku akan menentang jika wujudnya Pembelajaran
Sejarah - BI
Geografi - BI
Agama Islam - BI
Sains - Bi
Matematik - BI
Kajian Tempatan - BI
Kemahiran HIdup - BI
Bahasa Melayu -BM

Bukanlah nak dikatakan aku tidak ada semangat patriotik terhadap bahasa aku sendiri. Aku sudah tentu tidak mahu Bahasa Melayu di anaktirikan di dalam negara Malaysia.. tapi kena relevan dengan keadaan semasa. Imbas kembali sejarah. bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam zaman kesultanan Melaka. Kerana zaman kesultanan Melaka merupakan salah satu empayar terhebat di nusantara. Mereka yang datang perlu berbahasa Melayu untuk berdagang dan mencipta peluang untuk mencari rezeki.. Kalau kita ambil contoh Eropah, mereka mempelajari bahasa Arab. kerana apa? adakah kerana mereka mengagungkan bahasa Arab? kerana mereka ingin mengambil/menceduk ilmu-ilmu dan teknologi yang dipelopori Ketamadunan Islam, untuk mereka ambil dan mencipta kemajuan bangsa mereka sendiri.. Dan setelah Ketamadunan Islam menunjukkan keruntuhan empayarnya maka mereka mengaku segala teknologi, mereka yang mengasasnya kerana kebanyakkan rujukan dan bukti telah habis dibakar atau dicampakkan ke dalam sungai sepertimana yang terjadi ketika kejatuhan kerajaan Abasiyyah ke tangan tentera Mongolia.

Kalau Jepun, Jerman, dan Perancis boleh maju kehadapan dengan bahasa mereka sendiri, kenapa tidak kita? Kerana negara-negara inilah yang mempelopori kemajuan teknologi. Teknologi automotif, aeronautik, penerokaan angkasa, robotik, dean sebagainya.. Kita juga boleh mengambil sikap sebegitu, tapi kita cuma ada teknologi mesin mengopek kelapa, mesin membuat kuih bahulu atau apa pun untuk mereka menceduk hasil teknologi kita..

Kalau kita pandang jauh kehadapan, kita sepatutnya menguasai bahasa teknologi bahasa Inggeris untuk kita majukan Bangsa Kita, perkuatkan teknologi kita.. Jika kita sudah menjadi sebahagian kuasa besar teknologi, baru kita boleh berbangga sambil mengatakan "kau nak teknologi aku, mari berpantun dengan aku" dan mereka akan mempelajari Bahasa Melayu untuk mengambil ilmu kita..

Dan kita perlu ada usaha lain untuk memartabatkan Bahasa Kita supaya jati diri dan semangat Kemelayuan dan Kebangsaan tidak pudar dan luput.Teruskan PPSMI dalam masa yang sama perbanyakkan aktiviti yang melibatkan pengukuhan Bahasa Kebangsaan seperti pidato, debat dan sebagainya.

"Jangan kerana emosi, kita hilang segalanya"