Monday 31 August 2009

MERDEKA

Dahulu
Lautan mana yang tidak kau tawan
Tanah mana yang tidak kau jejak
Nusantara milik kita
Merdeka dan Bebas
Agung dan Daulat

Kerana sengketa
Daulat itu hanya jadi nama
Kebebasan ditarik, dijajah sengsara
minda dibelenggu orang asing
yang benci pada kehebatan nusantara kita
Kehebatan kita terjelepuk
di tanah tumpah darah sendiri.

Demi sebuah kemerdekaan
Nenek Moyang bermandi lautan darah
Dan Demi sebuah kebebasan
Nenek Moyang berkorban segala-galanya
Apa yag kita kecapi
kesempurnaan pengorbanan dari mereka

Kita sebuah Negara berdaulat
Wajib kau tahankan dari penjajahan moden
Jangan minda dan hati dipasungkan
Jangan sengketa, Jangan bermain api

Ini bumi darahku..
Biar darah pernah menangisi bumi
Jangan tangisi sekali lagi
Biar fitnah melanda
Aku ku tahankan dengan sosok tubuku
Kerana kami pernah sengsara..
Tidak akan sengsara lagi

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-52

"Andai Bumi Ini Dipijak, aku yang akan memijak mereka. Andai Bangsaku Di Tindas, Aku yang akan Menindas Mereka, Andai Agamaku Kau Cemuh, Dengan Pertolongan Allah Engkau akan Binasa selama beberapa keturunan"

Saturday 29 August 2009

A Dream In A Fever

Demam aku belum lagi kebah.. sekejap turun.. sekejap naik.. sekejap panas... sekejap sejuk... Dugaan bulan puasa agaknya... Tapi berkaita demam ni, nk kongsi sikit.. pernah atau tidak anda semua bermimpi ketika demam.. mesti mimpi tuh macam realistik semacam kan... atau ianya bukan mimpi.. tapi lebih kepada igauan walupun mata anda celik... belum lagi tidur.. aku dua kali dah kena.. mungkin banyak kali.. tapi yang ingat 2 kali... Minggu lepas sekali.. dan waktu kanak-kanak around 4-5 years sekali.. yang tu paling tak boleh dilupakan...

Masa kanak-kanak dulu.. aku sorang.. adik-adik belum ada lagi.. so bila demam, dapatlah tidur dengan ibu dan ayah... tidur di tengah-tengah lagi.. malam kejadian.. aku tak dapat tidur... apa yang ganggu aku ialah watak-watak kartun street fighter tengah berlawan sesama sendiri atas aku, di atas syiling.. di dinding... semuanya jelas.... aku masih celik ketika itu...

4/5 tahun aku dah mengenal watak street fighter.. semuanya kerana game tape.. selalu main dengan ayah aku dulu... jadi watak-watak terus bermain.. semua super power keluar... yang aku rasakan dinding, syiling kat dalam bilik tuh dah macam hancur musnah... hahahaha... gilerkan imiginasi terhebat aku...

Dan part yang paling besh.. kemuncak pertarungan tersebut diakhiri dengan ledakan sebuah peluru berpandu yang muncul dari dinding tiba-tiba... semasa peluru tu muncul perlahan-perlahan, ada laungan azan.. di atas peluru itu ada kalimah Allah... dan ada suara, yang peluru itu akan lindungi aku dari syaitan-syaitan... Ada alunan-alunan Azan, zikir dan sebagainya..

Peluru tu terus je menembak ke watak-watak kartun masuk dalam bilik air yang ketika itu di depan katil yang aku baring nih... rupanya tak abes di situ saja.. lampu bilik air tu tiba-tiba menyala... aku takut.. aku kejut ayah... ayah kata xda pape... then lampu bilik akir tuh padam semula... dia bukak.. dia padam... aku kejut ayah balik.. akhirnya ayah bangun, dan bukak lampu bilik air, dan bukak pintu bilik air sekali... barulah aku dapat tidur...

hahaha.. ini kisah betul.. aku alami... bukan buat-buat cerita... bila ingat balik peluru berpandu.. seolah-olah aku terasa macam utusan Tuhan lak.. dilindungi macam tu.. mungkin sebagai kiasan yang aku akan dilindungi.. mungkin aku akan jadi panglima Islam ke, Orang alim Ulama ke... bila fikir semula.. xmungkinlah.. banyak sangat dosa... xlayak sangat..

mungkin sewaktu kita kecil, tak banyak dosa.. tuhan lindungi.. mungkin juga sewaktu kecil.. kita mudah nampak macam-macam....

Thursday 27 August 2009

Dont Judge Books By Its Cover

Mesti ramai dah tau apa maksudnya.. kalo kita perincikan lagi, kadangkala sesuatu muka depan buku tu, nampak cantik, kemas, penuh dengan ilustrasi dan mampu menambat hati pembaca walaupun dengan hanya melihat kulit depan... bila sahaja kita buka isinya, mak aii.. kosong.. tak ada input yang boleh diguna pakai.. ibarat menghabiskan duit dengan sesuatu yang sia-sia..

ada sesetengah buku nampak usang, kotor, berdebu.. lapuk yang tersangat.. malah ada yang sedikit koyak.. tulisan di muka depan pudar, tenggelam tidak menarik.. tetapi isinya bagaikan lautan yang sarat dengan ilmu.. berisi cukup manfaat.. siapa yang membaca pasti memperoleh ilmu darinya.. cukup bagus.. hampir sempurna...

bagaimana pula dengan situasi ini?

situasi 1

dalam keadaan memandu di satu bulatan dengan keadaan yang sesak, ada satu Toyota unser parking tepat disebelah. Pemandunya dikira dalam linkungan 40 an.. Mungkin Pak Haji.. cantik dengan jambang.. berkopiah putih.. dari luaran, sesiapa yang terpandang pasti berkata dalam hati " orang ni mesti tinggi ilmu agamanya"... namun dengan tiba-tiba.. tingkap toyota Unser itu terbuka, dan dia meludah ke luar.. hampir tepat mengenai kenderaan sebelah.. dia ludah sekali lagi.. lagi, lagi dan lagi... hampir lima kali dia ludah ke luar tingkap kereta tanpa mengambil kira kereta sebelah yang sangat tidak jauh dari keretanya.. bukak pintu dah boleh kena kereta sebelah.. jadi itu bagaimana?

situasi 2

ketika zaman kenaikan minyak yang amat tinggi, di satu stesyen minyak.. ada seorang Pak haji lengkap berkopiah di kala tengahari tengah memarahi petugas kaunter bayaran stesyen tersebut... dia memaksa petugas tersebut mengurangkan harga minyak.. sambil membebel, sambil memaki... dan sambil mengutuk kerajaan.. dengan suara keras dan hampir menimbulkan kekecohan serta menyebabkan ramai pengguna lain beratur sesak menunggu dia.. Petugas itu merayu yang dia tidak bersalah, dan bukan dia yang menaikkan harga minyak.. kes ini kelakar bukan.. Jadi kes ini macam mana pula?

situasi 3

ada jiran dekat tak berapa dekat... boleh dikatakan soleh.. cukup luaran hampir sempurna jika dipandang.... jiran2 terdekat memandang dengan penuh kehormatan... 5 waktu ke masjid lengkap berjubah dan beserban... namun di sebalik rumah tangga.. anak bini tak pernah dapat nafkah... nafkah apa tak pasti... anak bini ditinggalkan dan sering dipukul jika tidak mengikut kemahuannya... cukup sempurnakah dia?

3 situasi ini anda sahaja yang boleh tentukan.. Di sini hanya bagi situasi untuk anda renungkan dan ambil apa yang baik, apa yang tidak.. Bukankah Solat itu mencegah kamu dari kemungkaran.. Jika masih melakukan kemungkaran, maknanya ada masalah dalam solat kamu... mungkin mencuri dalam solat yakni rukuk dan sujud tidak sempurna.. atau Bacaan Al-Fatihah tidak betul...

Sekada memberi nasihat kepada diri sendiri dan anda semua...

p/s: x update blog sebab demam... hampir gak seminggu.. huhu...naseb bukan H1N1.. Alhamdulillah... mungkin entry akan datang nak cerita pasal pengalaman demam masa kanak-kanak.. hehe.. besh.. mimpi yang memang x masuk akal...

Monday 24 August 2009

One Malaysia!!

satu Malaysia...? satu cogankata i guess yang diperkenalkan oleh PM ke 6 kita.. Datuk Seri Najib Tun Razak... ape pun yang ada dalam pemikiran Datuk Seri Najib harapnya untuk kebaikan kita bersama demi pembangunan negara kita..

Tapi dalam masa sekarang, timbul isu untuk mennggugurkan 'kaum' dalam borang rasmi kerajaan.. dengarnya supaya lebih realistik dengan satu Malaysia.. sebagai persoalan untuk isu ini... kenapa tidak menggugurkan 'agama' sekali.. atau 'jantina'... kenapa adanya isu ini.. sedangkan selama ini tidak pernah ada masalah dengan isu kaum dalam borang rasmi mana-mana sekalipun..

Bila blog Dr. M berbunyi mengenai Melayu.. ramai menuduhnya racist.. Tetapi salahkah kalau orang Melayu nak meniupkan semangat kemelayuan.. kalau bukan Melayu, siapa? adakah kita penakut bila berbicara tentang bangsa kita sendiri? Adakah kita bacul bila memperjuangkan hak kita? adakah kita dayus bila Agama kita dibicarakan tanpa lapik?

Jangan kita dipinggirkan di bumi sendiri.. di sepak.. di terajang.. Mungkin sekarang nampak manis, esok lusa dah bernanah baru nak menangis.. sekarang pun... Melayu sendiri mengkhianati bangsanya... Melayu sendiri mencerca bangsanya... Lupa kan diri... Akibat pengkhianat, Tamadun Kesultanan Melaka di jajah Bangsa Asing... Angkara Munafik, satu persatu tamadun Islam tumbang menyembah bumi... di redah Bangsa Asing...

Ada benda boleh kita kongsi... ada benda yang tidak... Mahukah Isteri anda dikongsi lelaki lain? Sanggup lihat Isteri dipeluk, dicium, digomol dan diratah tanpa belas kasihan..? Kalau sanggup, maka kongsilah..

Ada benda yang kita perlu pertahankan hak kita.. yang hak tetap hak... yang batil tetap batil.. bukan berbelit, sekejap boleh sekejap tidak... Islam dihina sekalipun, tetap sangka baik... bagusnya Tuan Guru ni.. Jadi bolehlah kita bersangka baik terhadap Israel? sebab mungkin Israel xpaham tentang Islam? Jadi dia serang palestin.. Macam tu?

Anak- anak Melayu Islam generasi nanti biar membesar sempurna... bukan membesar tanpa Laungan Azan lima kali sehari.. Bukan membesar di rumah sebelah Masjid, sebelah lagi rumah ibadat.. Bukan Membesar dengan menyertai demonstrasi jalanan... Cerca sana sini..

Satu Malaysia, Islam didahulukan, Melayu diutamakan. Yang Lain tidak akan dipinggirkan..


Friday 21 August 2009

General Story

Aduhai... nampak sekejap.. tapi lama.. banyak benda nk tulis.. tapi sangkut ditengah jalan... sekarang nih sibuk dengan proposal Theses.. tapi take a time jap nak blogging nih.. Tomorrow dah nak balik Jb.. yeayyy.. Tidak Yeayyy Sangat pun.. penat.. dari Bangi-Jb = 300km... woooo.. penat...

untuk post nih ada 2 cerita.. yang pertama.. mestilah bout JLM kesayangan ku... disebabkan sayang.. maka aku makeup secara kecil-kecilan dulu.. tambah sikit accecsories... tambah eyelid dengan diffuser.. ada duit sikit.. so nampak kanlah pada kereta dari sibuk tak nampak pape... so enjoys the pic..

(Sebelum)

(Selepas)


(Penuh)

yang kedua.. sibuk negara kita dengan H1N1.. tapi selasa lepas aku ke KL-Central.. ada sedikit urusan rasmi-tak-berapa-rasmi.... yang peliknya... majoriti dari pengguna KTM yang sesak lagi menyesakkan tu tidak memakai mask.. tak kan tidak pernah nak ambil tahu betapa pentingnya bila penyakit pandemik ini terus berlanjutan... owhh... masyarakat Malaysia perlukan kesedaran yang lebih serius... mungkin dah terlalu lama dibelai kesenangan di bumi bertuah... so here's the pic.. sikit jer... amek banyak-banyak nanti kena saman lak.. hahaha...


p/s: Tahniah kepada graduan PERMAJ, Microbians, dan UO... serta semua graduan-graduan sesi ini... Ingat!! mendapat segulung Ijazah bukan bermakna tamat perjuangan.. Perjalanan kita masih jauh lagi.. banyak lagi kejayaan yang harus kita dapatkan.. bukan bersenang lenang... Jadi.. ayuh.. Anda pewaris Bangsa dan Negara...

Sunday 16 August 2009

i miss them


xsempat sungguh nak update blog.. kekangan masa terlalu mengongkong diri.. kadang-kadang terlintas dah nak tulis apa atau nak bangkitkan isu apa.. tetapi bila menghadap komputer, bukak facebook dan of course farmville, then utusan malaysia, tengok blog jap, terus tidur... xsempat dah nak update..


komputer dah ok dari serangan virus, clean and clear.. but my cd-rom and sound was still disfunctional... sungguh sakit hati.. cuba mencari software driver tapi sia-sia.. memang tidak ada.. hurmm mungkin ok kot suatu hari nanti.. setakat ni HP masih boleh memainkan mp3 oklah.. takder bosan sangat..


H1N1 semakin menjadi-jadi.. kebimbangan berlarutan sebab perubahan cuaca sekarang sangat ketara... hujan-panas-hujan-panas.. jadi yang demam biasa pun boleh jadi panik.. situ siti sana sini memenuhi hospital dan klinik baik yang awam ataupun swasta.. Pihak hospital pun main ala kadar je buat check up sebab dah terlalu ramai yang membanjiri kawasan hospital.. harap-harap bencana secara perlahan-lahan ini terhapus dengan sekadar yang mungkin.. semoga Ujian dari Tuhan ini ditamatkan secara serta merta...


My mom demam... risau gak.. td demam.. sebelum ni my dad.. my dad bertugas sebagai barisan pertama dekat tambak Johor dan Second link sempada JB-Singapore... tapi dia dah diberi vaksin.. tetap juga risau.. walaupun demam biasa tetapi dengan huru hara sekarang ni, sangat membimbangkan.. bila lah boleh balik rumah.. hahaha.. jarang aku nak rindu balik rumah ni.. selalu aku buat dunno jerk.. lelaki katakan.. tak ada manja sangat nak balik rumah..

ya!! aku mengaku aku risau dan rindu my parents and my siblings.. adek yang cinonet, dan my lil sis... huhu.. tetiba rindu.. adakah aku akan pergi jauh (amal tak cukup lagi ok!) yang adek aku lelaki tuh, disebabkan dia buncit, dan tembam.. maka selalu menjadi mangsa pelukan aku ketika tidur.. hhaha.. padan muka..

I Miss Them.. Hope my lovely Family terhindar dari segala bencana yang menimpa.. hope so muchh.. Aminn...

Friday 14 August 2009

Nadia Saphira



Anda semua kenal atau tidak Nadia Saphira? kalau tidak, haaaaa inilah dia artis Indonesia yang cuba nak mengorat aku... Hurmm Taulah aku ni kacak dan macho orangnya.. tak kisahlah kalau ada orang yang cakap aku perasan.. aku bukan perasan tapi perasaan kacak tuh memang dah ada dalam diri.. hahahaha.... bukanlah.. sebenarnya aku ni selekeh, comot dan suka berangan..

walaupun selekeh, comot, selebet dan macam-macam lagi, tapi si Nadia Saphira ni tetap nak mengoda aku... puas aku google bagaimana nak menghalau tetamu yang tidak diingini.. akhirnya aku jumpa jugak... jadi akhirnya aku berjaya menghalau setelah 3 hari menghadapi gangguannya...

Di petik dari sabahdaily.com

Cara Manual Atasi Serangan Virus Nadia Saphira

Virus Nadia Saphira belum dapat dikesan oleh kebanyakan produk antivirus. Namun, anda dapat mengatasinya secara manual jika komputer terlanjur diserang dan antivirus belum dapat mengatasinya.

Berikut 7 langkah membersihkan virus Nadia Saphira.

1. Sebaiknya putuskan komputer yang akan dibersihkan dari jaringan internet maupun LAN.

2. Matikan “System Restore” selama proses pembersihan virus (untuk Windows XP/Vista) dengan memilih turn off pada Start>>Control Panel>>System Restore.

3. Matikan proses virus yang aktif di memory. Gunakan tools pengganti task manager, seperti CProcess.a. Aplikasi ini dapat anda download pada http://www.nirsoft.net/utils/index.html
b. Dengan tools ini, lakukan kill process, pada beberapa file virus yang aktif yaitu:
- C:-Documents and Settings-All User-Start Menu-Programs-Startup-lan.exe
- C:-WINDOWS-system32-misconfig.exe
- C:-WINDOWS-taskmgr.exe

4. Hapus string registry yang telah dibuat oleh virus.a. Untuk mempermudah dapat menggunakan script registry di bawah ini.
[Version]
Signature=”$Chicago$”
Provider=Vaksincom Oyee
[DefaultInstall]
AddReg=UnhookRegKeyDelReg=del
[UnhookRegKey]
HKCR, batfile-shell-open-command,,,”"”%1″” %*”
HKCR, comfile-shell-open-command,,,”"”%1″” %*”
HKCR, exefile-shell-open-command,,,”"”%1″” %*”
HKCR, piffile-shell-open-command,,,”"”%1″” %*”
HKCR, lnkfile-shell-open-command,,,”"”%1″” %*”HKCR, scrfile-shell-open-command,,,”"”%1″” %*”
HKCU, Software-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Explorer-Advanced,
HKLM, SOFTWARE-Classes-exefile-DefaultIcon,,,”"%1″”
HKLM, SOFTWARE-Classes-exefile,,,”Application”
HKLM, SOFTWARE-Classes-exefile,infotip,0, “prop:FileDescription;Company;FileVersion;Create;Size”
HKLM, SOFTWARE-Classes-exefile,TileInfo,0, “prop:FileDescription;Company;FileVersion”
HKCU, Software-Microsoft-Command Processor, AutoRun,0,
HKLM, SOFTWARE-Microsoft-Command Processor, AutoRun,0,
HKLM,SOFTWARE-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Explorer-Advanced-Folder-Hidden-SHOWALL, CheckedValue, 0×00010001,1HKLM,SOFTWARE-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Explorer-Advanced-Folder-Hidden-SHOWALL, DefaultValue, 0×00010001,2
[del]
HKCU, Software-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Policies-System, DisableRegistryTools
HKCU, Software-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Policies-Explorer, NoFolderOptions
HKCU, Software-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Policies-Explorer, nofind
HKLM, SOFTWARE-Microsoft-Windows-CurrentVersion-Policies-Explorer, nofind
HKLM, SOFTWARE-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Image File Execution Options-msiexec.exe
HKLM, SOFTWARE-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Image File Execution Options-sessmgr.exe
HKLM, SOFTWARE-Microsoft-Windows NT-CurrentVersion-Image File Execution Options-SPYXX.exe
b. Gunakan notepad, kemudian simpan dengan nama “repair.inf” (gunakan pilihan Save As Type menjadi All Files agar tidak terjadi kesalahan).
c. Jalankan repair.inf dengan klik kanan, kemudian pilih install.Sebaiknya membuat file repair.inf di komputer yang clean, agar virus tidak aktif kembali.

5. Hapus file virus yang mempunyai ciri-ciri sebagai berikut Icon application/folder, Extension .exe, Ukuran 69 kb & 17 kb.a. Sebaiknya tampilkan file yang tersembunyi agar mempermudah dalam proses pencarian file virus.
b. Untuk mempermudah proses pencarian sebaiknya gunakan “Search Windows” dengan filter file *.exe & *.ini yang mempunyai ukuran 69 KB & 17 KB.

c. Hapus file virus yang biasanya mempunyai date modified yang sama.

6. Tampilkan kembali folder yang disembunyikan pada drive atau flashdisk gunakan perintah “ATTRIB” pada command prompt.
a. Klik “Start”
b. Klik “Run”
c. Ketik “CMD”, kemudian tekan butang “Enter”
d. Pindahkan posisi kursor ke drive Flash Disk
e. Kemudian taip perintah ATTRIB –s –h –r /s /d kemudian tekan butang enter.

7.Untuk pembersihan yang optimal dan mencegah infeksi ulang, sebaiknya menggunakan antivirus yang terupdate dan mengenali virus ini dengan baik




itu dia.. bersih jugak comp aku.. akhirnya... selamat dari godaan Nadia Saphira.. hurmmm si Nadia ni jugak menganggu HP aku tp bukan melalui sms.. tapi melalui drive HP... hebat... So sesiapa yang kena ganggu, inilah tips dia bagaimana nk memulihkan komputer anda.. selamat mencuba...

p/s: cuba mengikuti saranan Abg Mazidul... menulis blog bukan dengan bahasa SMS.. kita tulis dalam bahasa blog ya!!...


Tuesday 11 August 2009

Just An Info (18sx)

sebelum pape, ini bukan lucah tapi trivia.. hahaha.. aku TERbaca, di ulang terbaca.. hahaha... menambah ilmu di dada... so aku nk berkongsi ilmu dengan anda semua...

1 -Dikatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur -

Bagaimana kalau lelaki bujang yang buncit.. hahaha.. air zat apakah yang mengalir di dalam tubuh... hehehe..


2-Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah, kurang mood dan selalu tertekan.-

Jadi kesimpulan trivia ke dua ni, kalau ada perempuan marah, terutama kakitangan kerajaan yang makcik-makcik kat opis tuh, atau sesapa sajerk.. anda tahu jawapannya...



Friday 7 August 2009

2030



"mama, fly scoot saya rosak, macammana nak pergi sekolah" teriak Aminz jauh di sudut pintu hadapan. Kecewa riak wajah mengambarkan betapa duka hati mengetahui kerosakan kecil pada scooter terbang kesayangannya. Scooter merah lining hitam itu adalah pemberian dari papa tersayang. Jenama dari pakar pengeluaran dan pembuatan scooter terkenal Scoo Toot Toot Company."Takpe Aminz, nanti mama telefon papa, InsyaAllah papa akan baru beli teleport watch terbaru, telefon nanti, sudah pasti tidak sampai sesaat, datanglah papa pada kamu, biar saja papa hantar kamu ke sekolah hari ini" sahut mama Aminz dari dapur, barangkali sibuk mengarahkan sesuatu pada sekumpulan pembantu rumah robotik ataupun kitchen Robo untuk menyiapkan hidangan tengahari mereka.

"Aminz, nah!, pakai dulu sementara teleport watch papa hari ni, kebetulan papa off. Ada kerja sikit nak buat kat rumah. Jangan lupa, alat itu, kamu perlu jaga dengan baik, ingat! ini amanah. Tentang scoot kamu, nanti papa bawak repair" Suara papa muncul tiba-tiba. Senyap sunyi, tidak terasa kehadiran papa. Memang benar, teleport watch itu juga keluaran terbaru, boleh memindahkan jasad manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain sepantas kelipan mata. Sebut saja di celah mana, rantau mana, ceruk yang mana.. Device itu pasti dapat memindah manusia. Kehidupan kini diakui jauh lebih mudah dan sukar dibayangkan pada zaman datuk nenek moyang kita dulu pada abad ke 20.

Aminz juga berlalu sunyi, senyap dan sepi. "Papa, saya risau dengan Aimanz, bagaimana agaknya Aimanz" di sebalik kebuntuan suara itu, terselit kerisauan mama. Mama terus erduduk di atas kerusi empuk buatan abad ke 30. Diam. "im sure he's ok, proud to be his parents, you know, bangga sebab dia berkorban demi agama, bangsa dan negara. Sedangkan kita hanya mampu berdoa, semoga dia dilindungi dalam payung keb
esaran Yang Maha Kuasa" Jawab papa bangga, tapi penuh hati-hati.. Tidak mahu jiwa isterinya di robek kata-kata yang memilukan.. "ya saya harap dapat terima berita Aimanz, rindu rasanya, rohnya dekat dengan saya, jasad pula jauh dari kita, di dunia yang bergolak, semoga dia selamat kembali ke bumi Malaysia yang aman dan sentosa ini" jel
as mama, masih lagi dengan nada kebimbangan.

Jauh di selatan Tehran, Iran, Jentera-jentera masih lagi bergerak, pesawat-pesawat meluncur rendah bagaikan helang mencari mangsa. Riuh dan bingit dengan tembakan dan dentuman. Darah merah bagaikan mengalir, menyusuri jalan-jalan bagaikan sungai. Menangisi keruntuhan tembok tembok ketamadunan Iran yang runtuh dibedil pesawat-pesawat si zalim, kecil bagaikan burung, tapi pemangsa bagaikan garuda, meliar mencari sasaran, menembak tanpa batasan. Mata-mata merah tentera robotik si kafir zalim menyilau mencari buruan. Kejam tidak berperikemanusiaan.


"mengucap sahabat, mengucap" Aimanz menyebut butir-butir yang tidak jelas, tersangkut di kerongkong, tercungap-cungap. Menadah kepala kebawah. Melihat sahabat yang terkulai layu. Mereka adalah sekumpulan 12 orang unit Jihad02 yang terperangkap di balik jerat pemangsa. Mereka yang diketuai Aimanz berada dalam misi mengusir tentera-tentera zalim dari menodai kedaulatan Republik Islam Iran. Mereka dihantar oleh Negara Islam Malaysia yang kini bukan lagi sebuah negara kecil yang ketakutan tapi sebuah suara yang kuat untuk mengoncang dan kembali membangunkan Islam sebagai kekuatan di seluruh dunia.

"Panglima, kita sedang terperangkap, dan masih tiada lagi unit sokongan" satu tubuh kecil berkulit gelap bersuara tegas tetapi masih bernada ketakutan.
"sabar sahabatku, ana masih lagi mencari jalan keluar, InsyaAllah kita usaha dalam pemikiran. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita ini" Aimanz bersuara tenang, menenangkan rakan-rakan seperjuangan. Cuba menutupi kegusaran hatinya.


* huhu saja create cereka ini.. dapat idea dari Amir NUke_rude.. inipun cereka pasal peperangan mybe dalam tahun 2030.. sebenarnya dapat idea selepas tgk GI-Joe.. Alat-alat peperangan dia canggih sangat.. macam Red-Alert.. bagi aku, dapatlah GI-Joe tu menandingi Terminator tapi mungkin tidak dapat menawan kehebatan transformer.. kot..

*huhu minggu terasa sedikit kepenatan, kebingungan dan kemaluan (sedikit sensored, maksudnya mendapat malu.. hahaha)... kan bagus dapat berehat di tepi pantai di pulau-pulau yang panoramanya mengusik kekacauan dalam hati. memberi ketenangan maksima.. dan relax yang secukupnya.. huhu i wish i wish..

Wednesday 5 August 2009

Bloggers Type

Hari ni terpanggil nak beri sedikit ulasan tentang dunia blogging ni.. tp dah semestinya 100% ulasan ni hanyalah pendapat aku semata-mata.. bukan fakta dari ahli akademik ataupun bijak pandai...

setelah lebih setahun aku menceburi bidang penulisan, tahulah aku serba sedikit tentang jenis-jenis blog yang ada dalam pasaran dunia ni terutama Malaysia..

antara blog yang menarik bagi aku blog Bro Mazidul.. segala kupasan benar tentang penyakit isu semasa yang melanda masyarakat kita terutama melayu.. Blog Nasehah Syamin, juga menarik, sebab dalamnya ada rekacipta-rekacipta mungkin bertujuan untuk masa hadapan.. gerek gerek gerek..

Blog Amir Mahmood juga menarik sebab ayat-ayat yang sedap dibaca.. dan juga secara terus terang, emosi yang dinyatakan dalam blog seolah memberi satu gambaran sebenar emosi penulis (no offense Amir, hehe).. Begitu juga Blog AJ, kata-kata yang sedap di baca, dan jujur dalam sesuatu di dalam blognya..

Blog Akmal Best, Azmi dan Fairul mungkin lebih menjurus kepada isu semasa... kupasan tentang politik kampus, atau pun politik luar.. Banyak sebenarnya di alam dewasa ini, kupasan demi kupasan tentang politik lbih banyak dalam laman maya...

Lain-lain blog lebih bersifat peribadi, mungkin tentang catatan kehidupan yang berlaku hari ini, semalam ataupun esok.. termasuk juga blog aku, (sebab apa yang aku rasa aku akan tulis).. mungkin juga, orang lain ada pandangan yang lain tentang blog ini..

Tapi ada juga kewujudan blog yang masuk bakul angkat diri sendiri.. paham maksudnya? maksudnya blog tersebut mengambarkan dirinya seorang yang perfect.. sedangkan jauh panggang dari api.. apa yang dalam blog tu jauh dari sifatnya yang sebenar.. cara cerita, penggayaannya seolah-olah hanya dia di pihak yang benar, pihak lain yang menjadi mangsa.. sedangkan orang lain sebaliknya... hahaha... kami semua taulah, kalo orang lain bolehlah hang tipu, kagum dan percaya tentang kejujuran penceritaan itu... tapi bukan kami untuk hang nak tipu.. yang penting, cek balik diri kita depan cermin.. Jangan Cakap X Serupa Bikin... Jangan Paku Dulang Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih... Jangan Juga bercakap sesuatu Yang Tidak Elok Tapi Hang Juga Lakukakan...


Tuesday 4 August 2009

JLM 5845


JLM 5845.. tu nombor plate keter aku.. yang belah depan dah cantek aku ganti dari bentuk panjang ke bentuk yg pendek.. mahal lah gak aku tabur duit atas benda alah tuh...

tapi yang menyakitkan hati... baru jap tadi aku perasan benda alah tuh sudah pun mengalami kecacatan kekal.. siot betol lah.. sapa lah langgar aku nyer nombor plate nih.. buta ker.. atau ada orang yang dengki ngn aku.. cet... bayar lah balik kalo langgar pon.. dah senget sangat.. kalo sket2 tkpe lagi.. ni kuat nyer langgar... sah2 buta... naseb keter aku xcalar pape..

aduhhhhh... nk betulkan sendiri takut susah plak.. ermm pening2...


Saturday 1 August 2009

Fantasy Fever


pari-pari itu menari terbang di jari jemariku.. kecil, halus dan suci, molek benar rupanya, semanis lenggok dan tarian yang dilakukannya.. cukup sekadar aku memperkenalkan dirinya sebagai Ellie..Pari-pari yang selalu menemani aku saat duka, ceria dan gembira.. Dia sebenarnya adalah puteri dari spesisnya sendiri..

"arini kau tidak memburu?" sapa Ellie menyedarkan ku.
"ohh maafkan aku, hari ini, sudah pasti aku ada temujanji bersama dia yang tersayang" jawabku ringkas... "aku pergi dulu ya... sudah waktunya.. maafkan aku sekali lagi"
"asalkan ko berjanji untuk menjaga diri sendiri sudah cukup bagi aku, kirim salam aku pada Hanim"

Aku terus berlalu pergi.. Menuju di pinggiran Hutan Larangan.. kerana di situ terletaknya Taman yang cukup tersegam indah... Entah siapa, entah bila, tidak ada satu pun yang tahu mengapa taman itu wujud di situ.. Yang pasti ada kenangan di situ.. Taman itu cantik dengan terselit tasik yang membiru.. Jernih.. Ada kawanan burung yang terbang.. Sama tinggi terbangnya... Bunga-Bunga yang berkembang mekar, pelbagai warna.. ada yang merah, putih, ungu, merah jambu kelihatan tersusun rapi di setiap sudut taman.. seolah-olah ada penjaganya.. kemas dan cantek.. itu gambaran ringkas taman itu pada aku..

Di taman itu lah waktu kali pertama aku bertemu dengan Hanim.. wajahnya persis bidadari dari syurga, kulitnya putih dan halus.. Jarinya tenang dan kecil.. Harumnya sehingga seminggu aku terbau.. Ketika aku tersedar dari lena yang amat panjang.. Hinggakan aku lupa siapa sebenarnya diriku.. Asal usul ku.. Dan mengapa aku di sini.. Terbaring di laman taman yang indah ini.. Ketika aku tersedar dari lena yang panjang itulah, wajah Hanim yang pertama aku lihat di depan mata.. Aku seperti datang dari seribu tahun dulu.. Kosong.. Tidak ada satu pun tentang diriku yang boleh aku ingat kembali.. Tapi dalam jagaan Hanim, juga bawah jagaan penduduk Kampung Mearc serta teman pari-pari, buatkan hidup aku bahagia lebih dari yang ku mahu.. Indah dan sempurna....

*hahaha.. sajer jerk.. apa yang nk dijelaskan di sini.. sedapnya hidup dalam alam fantasi.. kita bley create aper2 suasana yang kita mahukan.. atau melarikan diri dari segala masalah.. kalau dalam alam realiti, kita xbley lari.. we must face reality... wuuuuuu..... Jadi sapa nk ikut aku pergi masuk dunia alice in wonderland.. hahaha...


href="http://www.mylivesignature.com/" target="_blank">