Showing posts with label fantasi. Show all posts
Showing posts with label fantasi. Show all posts

Friday, 7 August 2009

2030



"mama, fly scoot saya rosak, macammana nak pergi sekolah" teriak Aminz jauh di sudut pintu hadapan. Kecewa riak wajah mengambarkan betapa duka hati mengetahui kerosakan kecil pada scooter terbang kesayangannya. Scooter merah lining hitam itu adalah pemberian dari papa tersayang. Jenama dari pakar pengeluaran dan pembuatan scooter terkenal Scoo Toot Toot Company."Takpe Aminz, nanti mama telefon papa, InsyaAllah papa akan baru beli teleport watch terbaru, telefon nanti, sudah pasti tidak sampai sesaat, datanglah papa pada kamu, biar saja papa hantar kamu ke sekolah hari ini" sahut mama Aminz dari dapur, barangkali sibuk mengarahkan sesuatu pada sekumpulan pembantu rumah robotik ataupun kitchen Robo untuk menyiapkan hidangan tengahari mereka.

"Aminz, nah!, pakai dulu sementara teleport watch papa hari ni, kebetulan papa off. Ada kerja sikit nak buat kat rumah. Jangan lupa, alat itu, kamu perlu jaga dengan baik, ingat! ini amanah. Tentang scoot kamu, nanti papa bawak repair" Suara papa muncul tiba-tiba. Senyap sunyi, tidak terasa kehadiran papa. Memang benar, teleport watch itu juga keluaran terbaru, boleh memindahkan jasad manusia dari satu tempat ke satu tempat yang lain sepantas kelipan mata. Sebut saja di celah mana, rantau mana, ceruk yang mana.. Device itu pasti dapat memindah manusia. Kehidupan kini diakui jauh lebih mudah dan sukar dibayangkan pada zaman datuk nenek moyang kita dulu pada abad ke 20.

Aminz juga berlalu sunyi, senyap dan sepi. "Papa, saya risau dengan Aimanz, bagaimana agaknya Aimanz" di sebalik kebuntuan suara itu, terselit kerisauan mama. Mama terus erduduk di atas kerusi empuk buatan abad ke 30. Diam. "im sure he's ok, proud to be his parents, you know, bangga sebab dia berkorban demi agama, bangsa dan negara. Sedangkan kita hanya mampu berdoa, semoga dia dilindungi dalam payung keb
esaran Yang Maha Kuasa" Jawab papa bangga, tapi penuh hati-hati.. Tidak mahu jiwa isterinya di robek kata-kata yang memilukan.. "ya saya harap dapat terima berita Aimanz, rindu rasanya, rohnya dekat dengan saya, jasad pula jauh dari kita, di dunia yang bergolak, semoga dia selamat kembali ke bumi Malaysia yang aman dan sentosa ini" jel
as mama, masih lagi dengan nada kebimbangan.

Jauh di selatan Tehran, Iran, Jentera-jentera masih lagi bergerak, pesawat-pesawat meluncur rendah bagaikan helang mencari mangsa. Riuh dan bingit dengan tembakan dan dentuman. Darah merah bagaikan mengalir, menyusuri jalan-jalan bagaikan sungai. Menangisi keruntuhan tembok tembok ketamadunan Iran yang runtuh dibedil pesawat-pesawat si zalim, kecil bagaikan burung, tapi pemangsa bagaikan garuda, meliar mencari sasaran, menembak tanpa batasan. Mata-mata merah tentera robotik si kafir zalim menyilau mencari buruan. Kejam tidak berperikemanusiaan.


"mengucap sahabat, mengucap" Aimanz menyebut butir-butir yang tidak jelas, tersangkut di kerongkong, tercungap-cungap. Menadah kepala kebawah. Melihat sahabat yang terkulai layu. Mereka adalah sekumpulan 12 orang unit Jihad02 yang terperangkap di balik jerat pemangsa. Mereka yang diketuai Aimanz berada dalam misi mengusir tentera-tentera zalim dari menodai kedaulatan Republik Islam Iran. Mereka dihantar oleh Negara Islam Malaysia yang kini bukan lagi sebuah negara kecil yang ketakutan tapi sebuah suara yang kuat untuk mengoncang dan kembali membangunkan Islam sebagai kekuatan di seluruh dunia.

"Panglima, kita sedang terperangkap, dan masih tiada lagi unit sokongan" satu tubuh kecil berkulit gelap bersuara tegas tetapi masih bernada ketakutan.
"sabar sahabatku, ana masih lagi mencari jalan keluar, InsyaAllah kita usaha dalam pemikiran. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita ini" Aimanz bersuara tenang, menenangkan rakan-rakan seperjuangan. Cuba menutupi kegusaran hatinya.


* huhu saja create cereka ini.. dapat idea dari Amir NUke_rude.. inipun cereka pasal peperangan mybe dalam tahun 2030.. sebenarnya dapat idea selepas tgk GI-Joe.. Alat-alat peperangan dia canggih sangat.. macam Red-Alert.. bagi aku, dapatlah GI-Joe tu menandingi Terminator tapi mungkin tidak dapat menawan kehebatan transformer.. kot..

*huhu minggu terasa sedikit kepenatan, kebingungan dan kemaluan (sedikit sensored, maksudnya mendapat malu.. hahaha)... kan bagus dapat berehat di tepi pantai di pulau-pulau yang panoramanya mengusik kekacauan dalam hati. memberi ketenangan maksima.. dan relax yang secukupnya.. huhu i wish i wish..

Saturday, 1 August 2009

Fantasy Fever


pari-pari itu menari terbang di jari jemariku.. kecil, halus dan suci, molek benar rupanya, semanis lenggok dan tarian yang dilakukannya.. cukup sekadar aku memperkenalkan dirinya sebagai Ellie..Pari-pari yang selalu menemani aku saat duka, ceria dan gembira.. Dia sebenarnya adalah puteri dari spesisnya sendiri..

"arini kau tidak memburu?" sapa Ellie menyedarkan ku.
"ohh maafkan aku, hari ini, sudah pasti aku ada temujanji bersama dia yang tersayang" jawabku ringkas... "aku pergi dulu ya... sudah waktunya.. maafkan aku sekali lagi"
"asalkan ko berjanji untuk menjaga diri sendiri sudah cukup bagi aku, kirim salam aku pada Hanim"

Aku terus berlalu pergi.. Menuju di pinggiran Hutan Larangan.. kerana di situ terletaknya Taman yang cukup tersegam indah... Entah siapa, entah bila, tidak ada satu pun yang tahu mengapa taman itu wujud di situ.. Yang pasti ada kenangan di situ.. Taman itu cantik dengan terselit tasik yang membiru.. Jernih.. Ada kawanan burung yang terbang.. Sama tinggi terbangnya... Bunga-Bunga yang berkembang mekar, pelbagai warna.. ada yang merah, putih, ungu, merah jambu kelihatan tersusun rapi di setiap sudut taman.. seolah-olah ada penjaganya.. kemas dan cantek.. itu gambaran ringkas taman itu pada aku..

Di taman itu lah waktu kali pertama aku bertemu dengan Hanim.. wajahnya persis bidadari dari syurga, kulitnya putih dan halus.. Jarinya tenang dan kecil.. Harumnya sehingga seminggu aku terbau.. Ketika aku tersedar dari lena yang amat panjang.. Hinggakan aku lupa siapa sebenarnya diriku.. Asal usul ku.. Dan mengapa aku di sini.. Terbaring di laman taman yang indah ini.. Ketika aku tersedar dari lena yang panjang itulah, wajah Hanim yang pertama aku lihat di depan mata.. Aku seperti datang dari seribu tahun dulu.. Kosong.. Tidak ada satu pun tentang diriku yang boleh aku ingat kembali.. Tapi dalam jagaan Hanim, juga bawah jagaan penduduk Kampung Mearc serta teman pari-pari, buatkan hidup aku bahagia lebih dari yang ku mahu.. Indah dan sempurna....

*hahaha.. sajer jerk.. apa yang nk dijelaskan di sini.. sedapnya hidup dalam alam fantasi.. kita bley create aper2 suasana yang kita mahukan.. atau melarikan diri dari segala masalah.. kalau dalam alam realiti, kita xbley lari.. we must face reality... wuuuuuu..... Jadi sapa nk ikut aku pergi masuk dunia alice in wonderland.. hahaha...


href="http://www.mylivesignature.com/" target="_blank">

Monday, 13 July 2009

bartender


tahu kemana aku menghilang? hahaha... penat.. aku wat kerja part time sket2... buat tambah2 duit.. ngn tambah2 aksesori kereta aku.. ahahah...

kerja ni menemukan aku dengan seorang bekas bartender.. and then dia cter pengalaman dier menjadi bartender.. menarik.. dengan pengalaman dia membuat juggler dengan botol2 dekat bar tuh.. siap buat performance secara tak rasmi lgi depan aku dan staf2 yang lain.. dari cerita dia, menjadi bartender, duit yang masuk sangat lumayan.. bayangkan tips seminggu mencecah hampir RM700.. belum termasuk gaji yang ditawarkan oleh kelab-kelab.. dan juga pendapatan dari show yang dibuat. Manjadi Bartender, tidak perlu kisah tentang perempuan.. tidak perlu khuatir nak mengejar perempuan kerana perempuan yang mengejar bartender-bartender tersebuat.. wowww...

selepas ternganga mulut aku dengar cerita dia, aku cakap yang aku ingin menjadi bartender... dia marah aku kerana menjadi bartender sudah semestinya bermain dan bergelumang dengan alcoholic.. Abang ni pon nampaknya dah berubah.. dia pernah menolak tawaran lumayan dan inginkan kerja yang lebih mendapat keberkatan..


Aku sememangnya ada teringin menjadi bartender.. tapi bukanlah bergelumang dengan alcoholic.. tapi aku nak main dengan cappucino, caffe late, hazelnut drink, mocha dll.. sebab aku cofee lover.. lagi satu kalau kita buat cappucino dan white coffe, kita boleh lukis something atas air tuh macam bentuk love, wajah seseorang dsb.. menarik dan romantik.. kerja dengan pakai ves, dan bow tie.. kalau betul campuran dan gaya pembuatannya, coffee tuh terbit aroma yang wangi, rasa yang sungguh mendamaikan..



so ader sesaper nk ajar aku bagaimana membuat dan mengadun coffee menjadi yang terbaik? InsyAllah kalau ada peluang nnt aku akan belajar membuat coffee - coffee yang terbaik antara yang terbaik..



Saturday, 28 March 2009

Fantasy world

entry ini mungkin kedengaran keanak-anakan sikit yerk.. tapi apa aku kisah.. kisah aku so aku tulis apa yang aku ingin tulis.. hahaha..

back to entry, kenapa aku suka fantasi ekk berbanding realiti.. tengoklah cter Harry Potter, Lord Of the Ring, Narnia.. huhu teruja dengan landscape yang menarik, haiwan sepermainan yang setia seperti dragon dalam cerita eragorn, rakan-rakan seperjuangan yang teguh di belakang memperjuangkan keadilan.. walaupun banyak halangan yang terpaksa ditempuhi, tetapi pengakhiran hidup mereka seolah-olah dirancang.. Percintaan mereka juga seolah dramatik, dan sangat suci kononya..

Berbeza dengan alam realiti, pengakhiran hidup kita, kita tidak tahu.. percaturan watak juga kita tidak tahu, siapa yang hero, siapa heroine, siapa antagonis dan siapa protagonis dalam cerita kiter.. Sometimes, kawan kita adalah lawan.. Dan lawan kita adalah kawan.. kita tidak tahu siapa yang setia, siapa yang perlu kita harapkan..

Dalam realiti.. semua boleh berubah tanpa disangka.. walaupun dirancang, tapi belum tentu terlaksana.. Manusia boleh berubah dengan ketamakan kuasa dan wang di depan mata.. semua itu tidak indah.. landscape kehidupan kita juga membosankan, sama.. hutan besi dan pencakar langit dengan kehidupan manusia yang bersesak-sesak dengan pelbagai ragam.. pening dan juga memualkan..

kalau aku ader pilihan, aku ingin ke alam fantasi.. aku akan wujudkan cerita aku sendiri.. siapa hero?.. sudah tentu aku.. dan aku akan pilih rakan-rakan yang setia.. dan musuh aku juga, aku akan tetapkan sendiri.. siapa dia.. Biarlah rahsia. hahaha...

Namun sedalam mana kita bermimpi.. kita takkan lari dari dunia kita... masih tidak dapat lari.. masalah masih berpusing.. jalan penyelesaian masih lagi difikir.. adakah kita dapat predict pengakhiran jalan hidup kita?.... setakat mana kita ditimpa masalah.. setakat mana kita berjaya menghadapi mereka-mereka yang selalu merosakkan kehidupan kita.. sekelumit pon kita tidak akan dapat lihat.. masa depan ada disana.. just wait and see..

nway call me Harry.. Harry Nizam... wahahahaha...