Norazalina Bte Sulaiman


hurmm siapa kah nama yang disebut2 ini.. misteri-misteri.. haaa Dia nilah Kak Azah @ My Cousin @ akak sedara aku.. Memandangkan aku terjumpa blog dia last week, maka Entry kali ni special mengenai beliau.. Kak Aza ni adalah anak yang sulong dalam family beliau yang besh dan My Cousin yang bertunang tuh adalah yang ke anak yang ke 3 dalam keluarga Mak Ngah aku ni..

Apa yang beshnya sehingga aku membuat satu entry khas yang tajuknya menggunakan namanya? Well kak Aza ni lah sebenarnya yang aku wat sebagai penanda aras atau batch marking. Mungkin Disebabkan Kejayaan kak Aza menjadikan sebagai satu sumber inspirasi aku dan menyaksikan kejayaan aku bertapak di menara gading sekarang ini..

Ketika aku masih lagi belum mengenal erti kehidupan sekolah yang sebenar, sekadar masuk kelas, belajar dan main.. Tapi aku dah pasang azam. Pasang impian.. Aku menjadikan Kak Aza sebagai pencetus semangat.. Sebabnya? Kak Aza ketika itu belajar di MRSM PDRM Kulim.. Dan dari apa yang aku dengar, paham, dan teliti, MRSM merupakan sekolah yang elit.. Sekolah yang mampu membanggakan sesapa sahaja yang berada di sekeliling kita.. mak, Ayah, Sedara mara dan rakan taulan.. Masih teringat lagi, kami, sedara mara datang ke kulim menghantar Kak Aza.. Dan kelihatan sangat membanggakan.. Tidak hairan juga, Kebetulan kak Aza memang bijak dan pandai..

Jadi.. Aku pasang impian.. Aku yang tidak memahami sepenuhnya apa tu Sekolah biasa, MRSM dan SBP ni memasang niat dalam hati.. Aku akan ke MRSM.. Aku tak pandang langsung SBP.. Aku ingin juga ke MRSM.. Alhamdulillah, Rezeki aku ditempatkan di MRSM BPJ, walaupun MRSM baru, tapi tetap juga tempat perkumpulan pelajar-pelajar yang terpilih.. Pelajar yang boleh diketegorikan elit dalam pembelajaran.. Berbekalkan azam dan semangat, aku berjaya menempatkan diri aku Selama dua tahun di MRSM..

Ketika aku di MRSM. Aku jadikan juga Kak Aza sebagai pembakar semangat.. Ketika itu dia di Universiti Putra Malaysia.. Kadangkala datang aku turun juga ke UPM mengambil beliau bersama keluarga, Lagipun, aku seawal usia setahun dah pernah menjejakkan kaki ke UPM ketika konvokesyen Achik aku.. Dan ibu pernah cakap, Achik aku ketika itu, mendoakan aku menjejakkan kaki di UPM sebagai seorang mahasiswa. Kebetulan juga, aku pernah terdengar, di UPM pelbagai kemudahan ada, termasuk kemudahan LRT.. Dan aku begitu semangat.. Sekali lagi aku memasang impian.. UPM destinasi aku seterusnya..

Ketika mengisi borang UPU kemasukan ke Universiti.. Aku letak 5 pilihan teratas di UPM.. Aku ingin sangat melihat corak pembelajaran di sana.. Ingin belajar di Universiti yang diwarnai kemudahan di sekitarLembah klang.. Tapi mungkin Tuhan lebih mengetahui apa yang baik untuk hamba-Nya.. Aku ditempatkan sebagai mahasiswa di universiti yang pernah mendapat Universiti terbaik diseluruh Malaysia satu ketika dulu, UKM.. Dan aku mengakui UKM memang yang terbaik..

Ketika entry ini ditulis, Kak Aza masih lagi mencipta nama.. Bekerja di Astro sebagai pekerjaan golongan elit, berjumpa artis yang mungkin saban hari.. Aku msih lagi memasang impian. Masih lagi memasang azam.. Semuanya kerana dia. kak Aza yang ku kenal..

Ketika ini aku memasang azam yang baru, menjadi seorang yang dikenali di peringkat antarabangsa. Mungkin sebagai ahli politik.. Kalau kita memasang impian dan cita-cita.. Siapa tahu, ianya mungkin menjadi kenyataan..



2 comments:

  1. HI EPONG,

    I JUST READ UR ENTRY.ALA TOUCHINGNYA.APASAL MINGGU NI DPT ENTRY YG FLING2 AJA NI.BEBARU NI KAKLONG ADA GAK KASI COMMENT KAT MY BLOG.
    BTW,AKAK DAH LAMA TAHU PASAL EPONG JD KAN AKAK BENCH MARK UTK UR FUTURE.IBU ADA BERITAHU AKAK.WHAT I FEEL DAT TIME IS IM JUST SENYAP N THINKING.AT LEAST ADA ORG YG JADIKAN AKAK SBG IDOLA.WALAUPUN AKAK TAK SEGAH DATO CT OR SAPA YG LAYAK DIPANGGIL IDOLA.
    EPONG,AKAK SENTIASA DOAKAN YG TERBAIK UTK AWAK.AKAK INGAT LG DR KECIL,EPONG MMG RAPAT NGAN AKAK.AKAK INGAT LG TIME CELEB UR BDAY.ARWAH PAKNGAH BELI ADIAH SATU KOTAK BESAR.AKAK TAK PERNAH LUPAKAN EPONG.
    CUMA BILA DAH BESAR NI MASING2 SIBUK DGN HAL MASING2..SO KITA DAH JARANG LEPAK SAMA KAN.
    APAPUN,EPONG BUAT YG TERBAIK.SETIAP ANAK MEMBAWA MARUAH IBU,AYAH DAN KELUARGA DIA.SO HANDLE IT WISELY K BRO.
    APAPUN,AKAK SYG EPONG.JAGA DIRI.TQ FOR D ENTRY

    ReplyDelete