Wednesday 16 March 2011

Dia Yang Aku Sayang.

Tadi balik melawat Mak Ngah aku di Melaka. So kami berborak-borak melepaskan rindu.  Kesian dia, baru buat iodin theraphy. Lemah, nak bergerak ke tandas pun perlu kan sokongan. Doktor kata, canser tu dah merebak dalam bahagian otak dia, peha, tangan kanan dan paru-paru. Sebab tu doktor kata Mak Ngah aku dah di peringkat akhir. Even doktor tu tak bagi tahu pun, aku tahu.


 Bila aku masuk dan terus pandang muka dia, terpancar muka bangga. Aku datang dengan satu set lengkap berkemeja biru lengan panjang dan seluar slack. Aku tunduk mahu bersalam, tapi dia suruh aku berdiri tegak. Dia senyum puas, ada kegembiraan di wajahnya melihat aku dalam pakaian pejabat. Dari senyuman dia tu buatkan aku sedih. Aku tunduk salam. Dia peluk dan cium aku. Then aku terus pergi tukar baju. Aku tak sanggup.


Bila masuk waktu petang, aku berborak dengan dia. Banyak benda yang dia pesan. Buat aku bertambah sedih. Dia kata, dia gembira tengok aku dah besar. Ada misai, ada janggut, dah kerja. Dia kata bila kerja kena simpan duit. Jangan belanja besar. Dia nak tengok anak buah dia berjaya sambung pelajaran. Dia nak aku buat sampai PhD. Aku senyum dan angguk. Tak mampu nak berkata apatah lagi nak pandang muka dia.



Dia kata lagi, bila dah kerja, hulurkan duit untuk mak ayah. Walaupun dia bukan mak ayah kita yang sebenar, tapi kasih sayang tu kita kena hargai. Dengan duit kerja kita yang tak seberapa mampu memberi kegembiraan buat orang tua kita. Dia kata aku beruntung, ada mak ayah sanggup beri kemewahan. Ada kereta, mintak nak apa saja mesti dapat. Yang penting dia suruh aku hargai orang tua. Dia kata duit tak penting, kasih sayang lebih penting.


Aku genggam tangan dia erat-erat. Aku tak mahu dia cakap macam tu lagi.


Mak Ngah sambung lagi kata-kata dia. Dia cakap dia dah tak ada apa lagi yang tinggal. Cuma harapkan kasih sayang anak-anak dan adik-adik. Dia suh aku berkorban untuk adik-adik. Jaga adik-adik. Pastikan adik-adik aku belajar tinggi-tinggi macam aku. Aku mampu senyum. Hanya mampu senyum.


Dia suruh aku simpan duit. Simpan dalam 10ribu untuk wang hantaran. Dia nak aku kahwin sementara dia masih ada. Aku tak suka dia cakap macam tu. Aku nak dia ada walaupun 10 tahun lagi aku kahwin. Dia nak tengok aku berkeluarga. Dia senyum tapi aku dah mula bergenang air mata. Aku Cuma cakap InsyaAllah. InsyaAllah. InsyaAllah.


Ye itu semua impian aku. Sambung pelajaran, bahagiakan orang tua aku, uruskan masa depan adik-adik aku dan aku nak dia ada masa perkahwinan aku.


Aku salam dan cium pipi dia, cium tangan dia. Berat hati aku nak lepaskan tangan dia. Aku takut. Aku takut sangat. Aku sayangkan dia. Aku anggap dia macam ibu aku sendiri. Dan arwah Pak Ngah macam ayah aku sendiri. Aku rindu kan arwah. Dia baik. Sangat baik.


Aku tak mahu kehilangan orang yang aku sayang dalam dunia ni. Aku tak mahu.

No comments:

Post a Comment