Melahirkan seorang pemimpin dalam diri lelaki.
Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menjelaskan lelaki
berperanan sebagai pemimpin, dan wanita adalah golongan yang dipimpin.
Antaranya
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh
kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang
lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta
mereka..." (al-Nisa', 4:34)
Jelas menunjukkan bahawa seorang lelaki harus lah mempunyai
sifat seorang pemimpin. Kerana setiap lelaki akan menjadi suami dan ayah. Jadi cuba
lihat pada persekitaran, anggaran golongan remaja pada umur 20 hingga ke 30
tahun. Antara jumlah 10 orang lelaki, berapa banyak lelaki yang benar-benar
menunjukkan sifat pemimpin? Mungkin ada yang jawab Cuma seorang. Kerana, yang
lelaki yang benar-benar menunjukkan sikap pemimpin yang penuh dengan teladan dan
kebaikan adalah satu spesies yang diancam kepupusan.
Kenapa?
Menurut ayat Allah jelas menyatakan lelaki sebagai pemimpin.
Jadinya menurut pandangan peribadi aku, semua lelaki dilahirkan sebagai
pemimpin. Persekitaran lah yang membentuk mereka bagaimana untuk menjadi
pemimpin. Banyak contoh bahawa persekitaran membawa pengaruh yang besar. Lihat sejarah
Sayidina Umar, Salahuddin Al-Ayubi, Imam As-Syafiee dan lain-lain. tapi dalam
suasana sekarang ni susah sangat lah untuk kita melihat persekitaran yang cukup
sesuai melahirkan seorang pemimpin yang benar-benar pemimpin.
Saja. Isu ni dibangkitkan kerana ia fitrah semula jadi manusia.
Lelaki mahukan seorang wanita yang boleh dirasakan menjadi ibu yang terbaik
pada anak-anak mereka. Perempuan pula mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi
imam dan pemimpin kepada mereka dan anak-anak mereka. Untuk melihat kepimpinan
seorang lelaki, awal umur 20-30 tahun bukan masa yang sesuai. Ada pendapat
mengatakan mengapa Nabi Muhammad S.A.W diangkat menjadi rasul terakhir pada
umur 40 tahun, bukan pada umur remaja 20 tahun dsb sedangkan waktu itu adalah
waktu yang kudratnya kuat. Kerana pendapat mengatakan umur 40 tahun adalah
waktu matang, tanggungjawab dan kepimpinan seorang lelaki itu terserlah. Itu adalah
sebagai satu petanda kepada umat selepas kewafatan nya, kerana kita tahu,
Baginda adalah seorang yang maksum.
Jadi sebenarnya, pada pandangan peribadi, setiap lelaki
mempunyai sikap pemimpin yang hanya boleh diserlahkan melalui persekitaran. Jika
persekitaran itu membentuk dia menjadi seorang pemimpin, insya-Allah pada umur
40 tahun kelak, dia bakal menjadi pemimpin yang baik untuk anak-anak dan
isterinya. Apa yang dimaksudkan di sini, umur awal dewasa bukan lah sesuatu
tanda yang sesuai untuk kita lihat dia boleh memimpin, dan dia tidak.
Aku tak lah mencari seorang wanita yang sempurna, aku
mencari seorang wanita yang boleh menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya. Tapi
the most important thing, aku mencari wanita yang boleh buat kan aku menjadi
lebih kuat. Seorang wanita yang boleh mendorong aku berubah untuk menjadi
lebih baik, lebih untuk berasa tenang,
seorang wanita yang boleh buat aku tersenyum even ada banyak masalah. Yang boleh
buat aku tidak berputus asa. Sedikit sebanyak sebenarnya seorang yang wanita
yang boleh membuatkan sikap kepimpinan aku terserlah dan menjadi seorang lelaki
yang lebih berjaya di masa hadapan. Rite? If u say tak semua lelaki boleh
menjadi pemimpin. Tak semua perempuan juga boleh membuatkan sikap seorang
lelaki berubah. Dan tak semua perempuan juga bersedia untuk dipimpin.
Ada juga yang pernah berkata. Kenapa tak kejar saja
kejayaan. At that time bila ada kereta besar, ada kerjaya yang bagus, barulah
orang nak dekat kita. Yep. Betul. Zaman materialistik sekarang tu sebenarnya
betul. Tetapi. Kita takkan pernah tahu siapa yang sanggup bersusah payah dengan
kita untuk lihat kejayaan kita. Mereka datang hanya bila kita dah berjaya. Untuk
apa? We are more appreciate bila kita berjaya disebabkan dia.
Then mulalah dengar kata-kata.. “eh, bila susah, semua
isteri support itu ini. Bila dah berjaya, lupa isteri, mabuk cari pompuan lain”.
Then kenalah ingat, merubah seseorang berjaya bukan saja berjaya duniawi, kena
ada perubahan ke arah akhirat juga. Kan.
Entahlah. Ini pendapat aku. Semua orang pun berhak
memberikan pendapat. What ever pon.
"My Heart is Set On You, I Dont Want No One Else, And If You Dont Want Me, I Guess Ill Be All By Myself"
p/s: kalau dah suke, apa pun alasan boleh diberi.. hermm..
T,T
p/s: abaikan kalau rasa aku merepek.
No comments:
Post a Comment