Kerusi P-Ramlee



Dari hari tu aku dah perasan satu sosok kerusi kecil berwarna perang gelap, tersandar di belakang pintu pantry untuk di buat alat menyendal supaya pintu tidak tertutup dengan tiba-tiba. Di sebalik warna perang gelap itu terdapat tulisan yang jelas; P-Ramlee terletak di hadapan kerusi itu dan di atasnya secalit lagi tulisan; Director. Jika di amati, kerusi itu memang mustahil untuk dicipta pada zaman ini yang mementingkan keselesaan dan kesempurnaan. Sesuai berada pada zaman 60an dan 70an, kerusi kecil ini sukar untuk dipertikaikan keaslian nya dan kebenaran adakah kerusi kecil ini milik Pengarah Tersohor pada zaman itu yang kita kenali sebagai P-Ramlee.


Ada yang kata, kerusi ini pada asalnya berada di muzium, entah bila sampai di sini. Tidak tahu asal usul dan juga tidak tahu keasliannya. Mungkin hanya jenaka orang lama bila melihat fizikal kerusi tersebut saling tidak tumpah seperti kerusi director yang digunakan untuk filem-filem zaman dulu. Kalau terbukti benar dakwaan kerusi itu milik P-Ramlee, mungkin harganya akan mencecah ribuan ringgit. Jadi kebenaran kerusi itu menjadi tanda tanya. Sebab aku macam percaya je kerusi itu milik P-Ramlee apatah lagi dengan tulisannya yang benar-benar oldshool.


Tak percaya? Tengoklah sendiri. 







1 comment:

  1. cara ko tulis entry ni sebijik cam baca cerpen/novel jer.. jujor.. ada unsur suspen n misteri ar.. sambong jadi cerpen title 'Kerusi Ramlee' then sent for publish..

    ReplyDelete