Wednesday 1 June 2011

Fact about Dating and Relationship.


Ini ada beberapa fakta tentang date relationship yang anda harus tahu. Kot-kot lah boleh gunakan tips ni untuk menjadi seperti abang Salleh Yaakob. Semoga berjaya! Muahahaha.


1.       Setiap pasangan biasanya memerlukan enam hingga lapan kali pertemuan sebelum mereka benar-benar memasuki ke dalam satu perhubungan yang eksklusif.


2.       Tempoh masa tiga hingga lima bulan merupakan satu tempoh yang biasa untuk breakup


3.       Secara purata, satu pasangan mengambil  12 hingga 14 kali dating sebelum mereka bertukar kunci rumah. Wink wink! You know what I think!


4.       Satu dalam tiga remaja pernah terlibat dalam keganasan sesuatu perhubungan


5.       Dalam survey yang dibuat  oleh MSNBC.com dan majalah Elle, lebih dari 31% dari lelaki membuang pasangan mereka yang terlebih berat berbanding dengan wanita sebanyak 12%


6.       Jika seseorang lelaki tidak dapat membuat pilihan baju yang ingin dipakai ketika date, dia mungkin memilih warna biru. Kajian menunjukkan perempuan lebih tertarik kepada lelaki yang memakai warna biru.


7.       4 dari 10 perhubungan yang bermula di tempat kerja akan berakhir dengan perkahwinan.


8.       Kajian yang ditunjukkan oleh Psikologi dari Universiti Pennsylvania  menyatakan keputusan berdasarkan tarikan kepada lawan jantina berlaku dalam masa 3 saat pada pertemuan pertama.


9.       Hampir 40% lelaki berasa tidak yakin pada temu janji pertama


10.   Bergantung pada jenis wanita yang ingin lelaki temui, dia perlu meluangkan masa ke kedai pakaian. Sebagai contoh; jika lelaki sukakan wanita yang outdoor, dia seharusnya pergi ke kedai pakaian outdoor.


11.   Apabila kali pertama wanita berjumpa dengan lelaki, 55% peratus adalah berdasarkan first impression pada penampilan dan body language, 38% kepada gaya bercakap, dan 7% adalah kepada percakapan sebenar lelaki itu.


12.   Tanda seseorang wanita tidak suka kepada seseorang lelaki dalam pertemuan biasanya bermula dengan mengelakkan dari eye contact, senyuman palsu atau tidak senyum, jawapan acuh tak acuh, mengangkat bahu, melihat jam tangan, menghentak-hentakkan kaki, atau berangan sambil pura-pura merenung.


13.   Masa yang sesuai untuk menelefon pasangan selepas temu janji pertama di dalam jangka masa dua hingga empat hari, dan tidak lebih daripada empat hingga lima hari. Menelefon terlalu awal menunjukkan seseorang itu dalam keadaan desperate.


14.   Memilih tempat temu janji yang sesuai meningkatkan peratusan seseorang wanita jatuh cinta kepada lelaki.


15.   Tempat yang tidak sesuai untuk temu janji pertama termasuklah restoran fast food, birthday party anak, rumah parents, strips club, party yang ada bekas pasangan, aktiviti keagamaan dan windows shopping.


16.   Pakar menyatakan jika seorang wanita tidak membalas selepas dua mesej, menujukkan dia tidak berminat.


17.   Eye contact adalah kuasa yang terhebat untuk menarik pasangan berlawanan jantina.


18.   Kajian menunjukkan lelaki mengetahui dirinya jatuh cinta pada pertemuan ke-tiga, tetapi wanita hanya mengetahui dirinya dilamun cinta hanya pada pertemuan ke-14


19.   Lelaki takut untuk bertemu dengan wanita yang hadir antara dia dan rakannya, yang tidak memberi masa, yang menjadi stalker, tidak menghormati, atau terlalu high maintenance. 


20.   Manusia sukakan misteri dan ‘chase’. Jadi jangan terlalu ‘available’. Pakar menyatakan terlalu sukar untuk dikejar dan di dapatkan, terlalu manis cinta itu akan berkembang.


Sumber dari sini



No comments:

Post a Comment