Tuesday 31 May 2011

8 things you need to know before setting foot on a college campus

Ok sekarang tengah busy buat kerja. So just nak take a nap kejap. Fuh! Fuh!


Semalam baru menghantar adik perempuan ke Pusat Asasi UIAM di Petaling Jaya. Mungkin dia akan berada di sana dalam seminggu dan akan meneruskan pengajian dia di Nilai untuk tempoh 2 tahun lagi. Aku memang tak ada idea sangat tentang Asasi ni lagi-lagi UIA punya Asasi. Sesiapa yang tahu boleh bagi sikit idea dan penerangan. Dia dapat Sains Pengurusan dan Ekonomi.


Dan semalam merupakan hari pertama dia di hantar ke asrama secara total. And tak taulah anak manja macam dia boleh survive ke tidak. Haha. Hope she fine dan belajar elok-elok dekat sana. Kami dekat sini sentiasa mendoakan dan good luck. Try your best!


So here I give you, 8 things you need to know before setting foot on a college campus. I’m sorry, this one taken from here, and not my originally idea. Tak ada masa sangat nak berfikir. Kerja banyak!.


1.      1. Learn

Masuk asrama, banyak benda kena belajar. kena pandai bahagikan masa dengan setiap part dalam kehidupan kita. Belajar, basuh baju, sports/beriadah, dan aktiviti leisure yang lain. semua task tu kalau tak tahu pun, mesti kena belajar. you must know kalau tak, nak harapkan siapa? Kena tahu juga jaga kewangan, menguruskan masa dsb.


2.     2. Masa untuk Tidur.

Yep! Yang ini part yang memang aku suka tapi FAILED!. You must know bila waktu yang sesuai untuk tidur supaya tidak terlalu penat. Dan tidak tertidur waktu kuliah. Kalau aku dulu memang tidur time kuliah dan after kuliah. Malam, jem! Tak dapat nak tidur. So kenalah cari masa yang sesuai. Kalau terlebih tidur pun akan jadi penat, badan akan rasa sangat letih. Kalau tak cukup tidur, boleh masuk hospital.


3.      3. Privacy

Bila masuk asrama dan ada roommate, kena juga tahu batas-batas privacy yang perlu kita ada. Kalau dulu boleh cakap dengan makwe atau parents sekuat hati, sekarang dah tak boleh lagi. Melainkan kalau dapat laptop baru dan saja nak bercakap dengan kuat. Privasi perlu dan jangan sesuka hati bercerita kepada orang apa yang mereka tidak perlu tahu tentang kita.


4.     4. Kebebasan

Asrama merupakan syurga kebebasan. Terutama di peringkat kolej dan universiti. You can do whatever you want. Tapi ada batas-batas nya. Kalau silap langkah, kebebasan merupakan jalan ke neraka yang paling cepat. Kehidupan kolej ini memberikan kita 90% kepada kita untuk membuat keputusan tanpa bergantung pada sesiapa.


5.       5. Family

Pernah dengar tak homesick. Sesiapa yang dah biasa duduk asrama perkara ni pasti akan berlaku kepada kita. And mostly happen to girls. Kadang-kadang bila banyak sangat masalah, assignment, homework, masalah kewangan, kita akan terfikir kan keadaan keluarga dan kampung. Rasa nak balik tu meluap-luap. Macam aku dulu pun, kalau dekat rumah asyik nak bergaduh je, tapi bila dah ada di luar dan balik sekejap di rumah, pasti suasana akan bertukar lain. for sure!


6.       6. Makanan

Makanan adalah sesuatu yang sukar bagi pelajar asrama. Kalau dulu di MRSM, kenalah menghadap apa saja makanan yang ada. Ikan jaket lah, nugget keras, nasi berwarna-warni. Nak atau tak, kena juga makan. Kalau tak makan meranalah. Nak keluar malam-malam sah-sah tak dapat. Kalau beli pun, bila dah hujung bulan, terpaksa ikat perut. Paling best makan magi ramai-ramai. Makan dalam baldi kongsi seramai mungkin. Memang macam haram! Time ni, makanan paling dirindui, adalah makanan yang mak masak. Kalau sebelum ni macam tak nak makan je, tapi bila balik rumah, nasi goreng pun rasa macam makan dekat hotel 5 star.


7.       7. Persahabatan

Persahabatan di kolej ni lah yang banyak ajar kita tentang makna persahabatan. Seriously aku gunakan prinsip jangan percaya semua orang walaupun dia kawan yang terdekat dengan kita. Adik-beradik pun boleh bergaduh apatah lagi kawan. Bukanlah maksudnya kena jadi kera sumbang atau memilih kawan. Tapi more to berhati-hati dalam berkawan. Kalau kena dengan gaya, persahabatan yang bermula di kolej/asrama boleh menjadi satu persahabatan yang kuat dan akan dikenang sampai bila-bila. Bila dah lama duduk asrama, insya-Allah kita boleh kenal yang mana satu permata yang mana satu kaca. Yang penting, elakkan kita yang menjadi kaca.


8.       8. Mengenal kehidupan

Belajar di asrama bukanlah tentang belajar 100%. Ia tentang pengalaman yang bakal kita peroleh. Banyak benda yang akan kita belajar mengenai kehidupan di sini. Susah, ikat perut, suka duka, senang, waktu bergembira, waktu kita sedih dan terasa seperti semua orang tidak pedulikan kita, stress dan banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan asrama akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih kuat, tabah dan berdikari.


Itu saja. Idea yang di ceduk dari sumber ini dan ditambah dengan pengalaman sendiri. So kalau ada apa-apa nak tambah, silakan =)





No comments:

Post a Comment