hb24

Its 24 years old. Sudah 24 tahun secara Masihi aku melihat dunia. I’m a human being. Tipu kalau cakap semua hajat aku sudah tercapai. Tipu juga kalau cakap aku dah merasakan hidup aku sudah sempurna pada umur 24 tahun ni. Dalam 2 tahun ke belakang ni. Hidup aku terumbang ambing dan penuh dengan masalah yang membuatkan aku tewas pada tipu daya syaitan dan nafsu. Aku lupa bagaimana ertinya syukur yang akan membuatkan kita menerima seadanya apa saja ujian yang diberikan. Perasaan tamak dan mahukan sesuatu yang lebih membuatkan kita akan selalu terduduk setiap kali apa yang diinginkan tidak tercapai.


And that’s me, someone yang senang untuk de-motivated dan senang juga untuk re-motivated. For this birthday, aku cuma mahukan segala urusan aku dipermudahkan. Aku tak boleh nak minta hindarkan segala masalah sebab aku tau segala masalah tu adalah satu dinding ujian yang membuatkan kita lebih tabah untuk hari-hari yang datang. Aku Cuma minta dipermudahkan segala urusan agar aku dapat menghadapi segala ujian tu dengan tenang dan penuh hemah. Aku Cuma dah sangat meluat melihat blog ni dipenuhi dengan perasaan yang emosional dan tidak gembira. Jadi aku kena belajar untuk sentiasa gembira dan tersenyum walaupun di masa kesusahan. Dan semoga apa yang kita hajati seterusnya akan jadi sesuatu yang mudah untuk kita.


Aku Cuma tahu ada sesuatu yang menunggu aku di sana. Cuma bila, aku tak tahu. Tanpa usaha tak mungkin kita akan terus mengimpikan sesuatu yang tidak pasti. So untuk this ulang tahun kelahiran, aku Cuma berazam akan terus mencari kegembiraan, terus mencari kejayaan dan terus untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya.


Jadi sesiapa yang membaca blog ni, aku nak mintak maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki. Halalkan segala makan dan minum, maafkan atas segala keterlanjuran kata-kata.  Kita tahu bila kita dilahirkan di dunia. Tapi kita tak tahu bila kita diambil kembali oleh Pencipta. Terima kasih juga atas segala-galanya. Sokongan dan bimbingan, nasihat, tunjuk ajar, dan segala-galanya. Cuma Tuhan yang dapat membalas jasa anda.


Terima kasih juga kepada keluarga, Ibu, Ayah, Angah dan Adik serta semua ahli keluarga yang lain. yang jasa nya tidak dapat dibalas dengan kata-kata, perbuatan dan tingkah laku. Dan juga kepada kawan-kawan yang aku ada dalam dunia ni. Thanks for your support, wishes, dan thanks untuk setiap permulaan perkenalan kita. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak dapat di elakkan. Tapi pertemuan yang bermula itulah titik perkenalan kita semua yang menghimpunkan segala suka dan duka. Thanks.


Let we start again!. With new hopes, new relations and new life!. Go!.



No comments:

Post a Comment