Monday 23 May 2011

Kasih Platonik

Amirul masih merenung dalam ke dalam laptop yang sedikit usang itu. Perlahan-lahan jari-jemarinya menaip di atas papan kekunci cuba untuk mencari beberapa baris ayat. Jelas “Hubungan Platonik” merupakan kata kunci yang di carinya di laman maya. Ditekan nya butang “Enter”, lalu sebaris pengertian terpapar pada skrin laptop. Dia baca dengan perlahan, sesekali terlihat kerutan di dahinya nya, dia membaca dengan penuh teliti.


“Hubungan platonik adalah hubungan PERSAHABATAN antara perempuan dengan lelaki yang sangat akrab tanpa wujud perasaan cinta. Pasangan ini selalunya berkongsi rahsia sesama sendiri. Tak kira la dari yang luar dan dalam. Mereka tetap akan berkongsi”


Amirul bingkas bangun dan menolak laptop usang itu jauh dari dirinya. Dia mengambil bantal dan menekup mukanya. Dia tidak sesekali percaya yang hubungan platonik itu merupakan klausa yang sering dipakai oleh Hazriati. Dia tidak percaya sama sekali Hubungan Platonik itu wujud dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan.


Sudah terlalu banyak dia cuba bertanyakan apakah hubungan Hazriati dengan Fendi. Cuma jawapan yang keluar dari mulut Hazriati cuma lah klausa yang bermain di kepalanya sekarang ini. Dia membentak menzahirkan rasa tidak puas hati “tipu, kalau dah mesra bukan main, tak kan tidak langsung ada perasaan”. Dia keliru dan cuba akur, yang Hazriati memang ada perasaan pada Fendi tapi dia masih lagi tidak mahu mengalah selagi mereka belum ada ikatan yang rasmi.


Perlu kah Amirul akur yang Hazriati memang menyimpan perasaan pada Fendi dan terus melupakan niat untuk cuba mendapatkan gadis idamannya; atau Amirul perlu bersabar dan menanti serta percaya yang hubungan Platonik itu masih lagi wujud, dan percaya yang kemesraan Hazriati dan Fendi tidak lebih dari sekadar kawan yang mesra?


p/s: Bullshit, aku tak percaya langsung wujudnya term Hubungan Platonik. Well kalau dah betul suka dan ada rasa kasih, just declare sebelum membuat orang lain berteka teki tentang status kamu. So Amirul, better kau pergi dalam gua musang, dan bertapa. Itu lebih baik dari menunggu buah yang tidak gugur. #BelieveYourSelf.





No comments:

Post a Comment