Tuesday 24 May 2011

Tanya Sama hati

“Benar ku mencintai mu.. tapi tak begini.. kau khianati hati ini.. kau curangi aku..” – Anang. Bait lirik lagu tu kalau karaoke mesti ada satu perasaan aneh yang meresap ke dalam seluruh jiwa aku. Semacam ada aura aneh yang aku turut memahami perasaan Anang. Then bila dapat tau Kris Dayanti mengandung anak luar nikah, So akan ada rasa satu perasaan kesian sangat pada Anang. 


Ada lirik-lirik tertentu dalam penulisan sesuatu lagu benar-benar memberi kesan pada seluruh kehidupan kita.  Bila happy, for sure lagu-lagu romantik dan puitis akan menghiasi telinga kita pagi petang siang dan malam. Bila tengah sedih, lagu-lagu rentak perlahan, slow, dan dihiasi dengan 2-3 kotak tisu. For me, bila sedih lebih suka dengar lagu Hindustan. Terasa di awangan melayang je tanpa tali. Then my roommate akan bising-bising tak tahan, dan cakap bilik ni dah jadi macam bilik orang India. Haha. Aku suka music dia je. Lirik sepatah haram tak tau.


Lirik lagu dari seberang juga banyak meruntun perasaan. “Mungkin ini memang jalan takdir ku, mengagumi tanpa dicintai, tak mengapa bagi ku asal kau pun bahagia dengan hidup mu, dengan hidup mu” -  Ungu. Well bila tengah frust, lagu ni pasti ada dalam senarai.


Lagu pun macam buah juga. Bagi aku, ada musim-musim nya bila nak dengar lagu ini, bila rasa tak nak dengar sebarang lagu. Sekarang mood aku bercampur aduk yang aku sendiri pun sukar nak mengerti apa yang sebenarnya aku sedang rasa. Cuma sekarang lagu yang ada dalam kepala otak aku adalah lagu-lagu dari Allayarham P.Ramlee. yup!. Bait-bait lagu dia sangat berkesan. Dan sangat menyentuh perasaan sehingga ke lubuk kalbu. Right now aku Cuma nak dengar lagu Tanya Sama Hati dari filem Anakku Sazali. Sebab apa. Jangan tanya aku kerana aku pun tak tau.


Tanya pada pokok apa sebab goyang,
Nanti jawab pokok angin yang goncang,
Tanya sama langit apa sebab hujan,
Nanti jawab langit tanyalah awan.

Awan nanti kata aku kandung air,
Sampai tempat sejuk aku pun cair,
Tengok dalam air nampak bayang-bayang,
Campak satu batu bayang pun hilang.

Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.




No comments:

Post a Comment