Tuesday 10 May 2011

Just to get a new mood

Ok now dah masuk 10hb Mei. Dan aku rasa untuk bulan ni baru 2 entry yang aku post. It’s weird semenjak aku private kan blog selama 10 hari, terasa malas sangat nak update. Idea ada dah nak story fasal apa tapi bila buka blog tak terasa langsung nak tekan button new post.  


Blog ni adalah medium untuk orang yang ikhlas nak menulis dan mostly entry aku semuanya syok sendiri kan. Sebab aku rasa apa yang nak tulis dan aku tulis. I don’t give a crap kalau sesiapa yang tak mahu baca sebab boring or tak menarik. Kalau orang rajin baca means I get a new stalker sebab isi dalam blog ni semuanya luahan hati semata-mata dan rasa tidak puas hati. Tak ada pun info-info yang menarik, atau gossip panas.


Isu semasa pun jarang nak menulis, sebab isu semasa ni each person ada pandangan masing-masing. Aku lebih suka membaca dari meluahkan apa yang aku rasa bila sentuh part isu semasa ni. Kadang-kadang isu semasa dan politik ni kalau aku cakap A, side sana akan cakap B. Bila mereka cakap A, aku pula tak puas hati akan cakap B. So agak-agak engkau bila kah masanya bila kedua-dua side akan duduk semeja tarik sikit A gabung dengan B dan menjadikannya satu gabungan A dan B yang perfect untuk dijadikan dasar dalam pentadbiran. Do u get it what I’m saying? So selagi kedua-dua side bertindak macam tu, selagi tulah kita tak akan ke mana-mana. Duduk dan tengok sesama kita bertelagah. Manusia memang susah nak belajar dari sejarah kan. Sebab sejarah tu boring kan. Semua orang percaya sejarah akan berulang dengan sendirinya, tapi aku yakin lebih ramai lagi yang percaya mereka boleh/cuba mencipta sejarah dengan mementingkan agenda masing-masing.


Aku berani isytihar yang aku totally adalah pro-kerajaan but I admit there’s something wrong with our government today. I admit juga yang pakatan pembangkang kadangkala come with good ideas but mostly pembangkang trying to be hero by creating unreasonable issues. Same goes dengan government bila mereka menjadi pembangkang di sesetengah negeri. Semua come up with issues yang melaga-lagakan dan menjatuhkan demi nak mengangkat diri sendiri sebagai pemimpin. Macam haram. Aku ada idea yang dari dulu aku percaya ia akan membawa kestabilan kepada pentadbiran. Believe it or not ia adalah pentadbiran berdasarkan Islam.


Everything berdasarkan Islam; undang-undang, kewangan, sistem pentadbiran, pembelajaran dan etc. Then akan ada suara yang kata “hey dey macha, kita kan negara berbilang agama, macam mana mereka nak terima”. There you are, kalau engkau rasa sistem Islam adalah sistem yang terbaik di dunia, duduk semeja berbincang dan berpakat apa yang terbaik dan apa yang patut dilaksanakan. Kalau kau asyik sebut masalah tanpa cuba mencari jalan penyelesaian sampai bila pun kau akan stuck dekat sekitar masalah tu. Sebab aku percaya walau klasik nasional mana pun sistem Islam tu, ia adalah satu sistem yang relevan pada setiap ketika, pada setiap keadaan dan pada setiap zaman. Take some example as emas. Islam menggunakan mata wang Dinar Emas dan Perak. Dan sekarang orang sibuk nak kumpul emas sebab mereka dah mula percaya yang Emas adalah asset yang terbaik boleh disimpan. Tapi semuanya sebab dunia. Cuba kalau kita gunakan emas tu sebagai satu sistem kewangan dalam pentadbiran.


Ok. Sebelum aku sibuk cerita panjang about this issues better we stop here. Aku Cuma diam bila papers, news semua sibuk putar belit kan siapa yang benar siapa yang salah, aku Cuma diam, fikir, dan berkata dalam hati, “ini semuanya adalah fitnah akhir zaman”. Yang baik kita telan dan simpan, yang buruk kita buang. 


Ok I really really stop. Just to get a new mood nak menulis semula. Tapi dah sangat panjang mood nya. #LoL.




No comments:

Post a Comment